Nuffnang

Thursday, April 16, 2009

~ Kenapa mesti aku? ~

Kenapa mesti aku yang akan rasa semua ini. Cukup la atas apa yg telah terjadi antara kita. Tak perlu lagi kata-kata yang hanya mengundang rasa kecewa dalam diri aku ini. Ketahuilah, sememangnya diri aku ini tidak mampu lagi nak berhadapan dengan semua ini. Cukup la, cukuplah. Adakah perlu aku menjerit sekuat hati menyatakan ianya dengan lebeh jelas lagi. Dalam msgmu, kau menyatakan tidak ingin melihat aku menangis lagi. Ya...aku setuju, jadi cukup la. Jangan la berhubung dengan aku lagi dengan menyatakan penyesalan itu. Ya...mungkin jodoh kita tiada, cukup la selama 5 tahun ini aku membenarkan cinta aku ini di dustai oleh kau, aku sudah penat dengan semua ini. Biarlah aku hidup sendiri. Sememangnya, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, aku telah belajar untuk memujuk hati ini, yang aku harus berani teruskan hidup aku selepas nie. Kalau dalam beberapa bulan yang lepas, aku masih mengharapkan kau, tapi rasanya ianya telah expired tempohnya. Kau cakap boleh menangis kerana aku, tapi taukah kau yang selama ini air mata aku banyak aku alirkan kerana kau. Mungkin kau tidak sensitif mengenainya. Tak mengapa, salah aku juga terlalu jujur dalam menyintai kau. Apa yang aku harapkan, there will be the most beautiful rainbow at the end of this dark tunnel. Sememangnya aku tidak ada sama sekali membiarkan pelangi itu pergi tanpa aku sedari sekali lagi. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ketemukanlah aku dengan cinta yang sebenarnya.

2 comments:

kakyong said...

jiwang la pulak..kenapa ni cik kak?

Yani said...

bukan jiwa la makcik..this is what i felt... =((