Nuffnang

Monday, June 29, 2009

~ New Giant Superstore Kulim ~

New opening. Since 26th June. And today I have lots of time to "visit" this new place. Ya. Visit. Only visiting. Walking around for a while then heading to Giant hypermarket. So far ok la. Aku just membeli ayam and sayur-sayuran. Tak semua tempat aku pusing. Dengan aku sorang-sorang baik balik cepat.
Yayy!!! Finally aku berjaya cakap dengan Fritz yang aku nak ambil cuti for 2days. Alhamdulillah he will approve my leaves. 2 days ya Fritz. Thanks Fritz! I love u!! You are the best BOSS!! Hehehe. Time macam nie ja aku puji kan. Tapi kengkawan, Fritz memang baik. Kalau la dia muda, dah lama aku ngorat dia. Yayyy!!!

Today, even aku tak sure aku akan dapat cuti. Tapi aku melakukan tugas seharian dengan penuh bersemangat. Today aku sangat suka kerana semua tugas aku berjalan dengan lancar. Boleh submit release lot from store operation dengan berjayanya. Tambah-tambah lagi aku buat dengan Fritz. Sure dia takut aku salah type operation and lot ID. Hahaha. Sure dia tamau pisang berbuah dua kali. This time should be ok. Aku suka.

Azwana.
Today wana ajak aku and Swee Koon visiting her's new house. Woooww..So impressive. Kitchen cabinet, wallpaper, wet kitchen. Waaa...when is my turn? After this sure SK pula dengan rumah baru. Ermm...bestnya Wana. Lepas nie open house, jangan lupa habaq tau. Kami ramai-ramai serbu rumah wana. Tadi kat rumah wana, OMG, interior designer rumah wana nie, at first sight aku ingat HER tp HIM. Aiyak!!! Macam mana nie? Tapi memang superb la design tue.

YM.
Aku YM dengan Izani just now. She ask me about Kodok's life. Aku pun story sket ja. About current job. Tue ja la. To Kodok's dont worrry ok. Yani tak story morry apo-apo pun.

Yayy..sok p KL. Mummy, Daddy, i'm waiting you here. In Kulim. Can i drive to KL? Sure cannot kan. =(

Sunday, June 28, 2009

~ Tetamu di hujung minggu ~

Hari nie aku menerima kunjungan sahabat aku since Tadika Simpang Empat lagi. Sharifah Nadera. Opss...Cikgu Nad berserta kawannya Cikgu Hani. So apa lagi, aku and kakpah pun duk gossiping la. Kami ada bercerita pasal seseorang Si A. Di mana Si A juga kawan kami. Nak kata kami kutuk Si A, tak la. Memang betul. Si A memang tak rapat dengan kami. Ntahlah. Kot ya pun tak suka kat kawan kami yang sorang tue, Si B, jangan la duk buat ayat-ayat macam nak halau Si B, dulu hang juga yang sudi nak tumpangkan Si B. But at the end of the day, hang duk cakap tak suka lak Si B nie duk umah dengan dia. Shhhuuut!! Jangan la bangga sangat dengan diri hang tue. Jangan bongkak diri. Kita nie sekejap di atas, sekejap di bawah. Tak selamanya senang. So ingat la ya wahai sahabatku. Btw, Si A and Si B adalah sahabat di kala kami Tadika, primary school. Then pisah masing ke sekolah lain. Ermm..Last jumpa time cuti sekolah yang lepas. Bestnya depa. Huhuhu.

Tapi apa yang aku nak katakan di sini. Kerjaya seorang guru adalah satu tugas yang sukar. Bukan mudah nak mengajar pelajar. Yang paling penting keikhlasan, ketekunan, kesabaran, kecekalan dalam mendidik anak bangsa. Bagi aku, jangan la mengharapkan kerjaya yang mudah. Jangan hanya menunggu di hujung bulan di mana akaun bank sudah terisi sejumlah wang hasil dari pekerjaan selama satu bulan. Amat sukar nak menjadi seorang guru. Paling penting ilmu pengetahuan yang tinggi, sikap dan keinginan untuk mendidik anak bangsa kita. Huuuhhh! Aku penah apply KPLI dan DPLI. Keduanya aku tidak berjaya. Ya. Aku sedar mungkin itu bukan kerjaya yang sesuai untuk aku. DIA Maha Mengetahui, tamau la nanti aku jadi guru pertama yang potong tangan student. Creeeepy nyooo!! Tamau la aku jadi macam tue. As for now, aku dah senang dengan kerjaya aku sekarang. Tapi keinginan untuk berhijrah memang ada. Tapi masanya belum tentu bila. Aku menyimpan perasaan, angan-angan untuk bekerja di KL, tapi bila pikir-pikir balik, mampukan aku bekerja di sana. Tapi kalau kawan-kawan kau boleh, masakan aku tak boleh. "Kalau takut pisang berbuah dua kali, jangan la tanam pisang" Hahaha..kemana aku memasukkan kata-kata David Teoh nie di entry aku nie. Mungkin perasaan serik aku time aku intern dulu sangatlah memberi kesan yang kuat untuk aku meneruskan hajat aku bekerja di kota metropolitan itu. Perhaps, one day, if got good offer. Maybe 4K. Why not right? Lalala. Tapi sapa nak offer aku lagi. So as for now, aku akan gain experience aku dulu. Aku nak juga. Mungkin di sini juga aku leh develop career aku. Being a careerwomen? Oh..aku tak pernah mimpikan untuk menjadi sedemikian. Bagi aku, as long as aku enjoy dengan kerjaya aku. Colleagues pun best. I will stay here. Yeah...I'll stay.

New baby born.
Alhamdulillah malam tadi Kekda selamat deliver baby girl. Yeayy..Zati dah jadi mak ngah nani. Aku pun nak jadi mak cik yani la for her. Small and tiny bak kata mak ngah nani. Kekda and abg suhaimi, congrats for both of you. And welcome new member's for family Makcik Saleha. Hope with this new baby born will cherish your life. I do pray for my family as well.
Here aku tepek pict baby. Hope you guys dont mind. Or tanak reveal lagi? Btw, I will upload gak. Ngeehh!!


Somebody to worry about.
I wish to singing a song with a smiling to strangers. Yay!! I wish I could wait someone in home. Somebody I worry about. He'd cross my mind just now. Pls understand me. Can I be song's writer? Maybe I should take any course for it. Any good name as a song's write? Any idea? Pls help. Maybe I can start with Carpisa. Huhh..seems like Italians. Hehe. I like this. My purse. Yayy!!.

Ok. Aku nak mandi. Nak ke pasar malam. Mungkin ya mungkin tidak. Macam ada perasaan kemalasan di sini. In mymind, jagung rebus!! Oh pls. Gimme the spirit to push my Honda's starter then move to pasar malan Keylang Lama. Nice name Huh!

Ok. I'll go. Daaa...

Saturday, June 27, 2009

~ Nak lagi. Yay!! ~

Finally malam ini pada pukul 8.30pm kami 10 orang semuanya akan pergi menonton Transformers Revenge of the Fallen. Yayy!! Aku, Zai, Shah and Ridzwan sampai kul 8.00pm. Sesampai ja JJ Perda, terus ke surau nak solat. Then waiting Aiman, Hamka, Wan, Azrul, Ezly and Shahril. This group a bit late. Mana Aiman nak amik booking ticket lagi. Shahril berbuka puasa. Tue yang a bit late. Its ok la. Finally dapat gak tengok. Thanks Shah coz bagi aku and Zai tumpang keta hang. Lepas nie nak tumpang lagi.

Comment aku pasal Transformers kali nie..wallla...best giler!! Tadak moment aku nak cakap dalam hati..dah la dah la..tapi dalam hati aku berkata-kata, nak lagi..nak lagi..pls dont stop fighting. Pls keep on fighting. Superb real!!! Aku ada planning for 2nd time lak. Perhaps in KL. I will treat my family during our vacation to KL next week. Hope so..mintak-mintak la Fritz approve cuti aku lagi nie. Yayy!!

Ok all. Aku memang teruja dengan this film. Tapi mata aku nie dah penat. So nanti aku akan continue lagi perasaan aku ini.
Waalaa...Zati pun dah tengok juga siang tadi. Comment pls Cik Zati ya..Kita plan nak tengok sama, tapi apakan daya...mungkin dimana akan datang ya. InsyaALLAH. zZzZZZZzZZZZZzzzzz

Friday, June 26, 2009

~ King of Pop is no more ~

Today morning. While preparing my breakfast, I received sms from Zati. "Michael Jackson meninggal dunia". Whatt!!! Sadness, Michael Jackson died in LA as aged 50. Byebye Michael. It was so sad because his died so young. We gonna missed you, your song, the way you dance and everything. As for me, I love his song (great song) “Black or White”, “Billie Jean” and “Beat It”. Seems I want to dance with him. Apa akan jadi pada anak-anak angkat dia eh?? Pity them.... (=_=)

Bertemulah kamu dengan Pencipta yang sebenarnya. Allahuakbar!!

Tuesday, June 23, 2009

~ Tidak pernah lupa ~

Maafkan diri ini andai selalu meminta,
Maafkan diri ini andai selalu melawan kata,
Maafkan diri ini andai selalu bersikap degil,
Maafkan diri ini andai selalu malas baca buku,
Maafkan diri ini andai selalu lupa untuk semawa makanan,
Maafkan diri ini andai selalu berlebih-lebihan untuk memintak sesuatu,
Maafkan diri ini andai selalu memilih antara kamu dan dirinya,
Maafkan diri ini andai selalu menunjukkan emosi,
Maafkan diri ini andai selalu ekpresi tidak puas hati,
Maafkan diri ini andai selalu seakan melupakanmu,
Maafkan diri ini andai selalu tidak menghargai segala pengorbananmu,
Maafkan diri ini andai selalu tidak endahkan emosimu..

Oh Ayah,

You are the best Dad i ever have. I don't wanna to loose you.
Ayah la sumber hidup selama ini. Dengan gaji ayah sebagai anggota Polis inilah yang menyara hidup kita sekeluarga. Ayah memang seorang lelaki yang hebat. Penat bekerja di Balai Polis Simpang Empat, ayah tidak penat untuk kelaut. Memang itulah hobi dah kesukaan ayah. Melihat laut adalah ketenangan. Kata ayah. Laut itu damai. Kemudian tatkala laut mula berangin, berombak besar ayah pasti akan ke sawah. Even tanah tersebut bukanlah hak milik kita, tapi ayah tekun mengusahakannya juga. Setiap 3 tahun kita akan membayar sewa yang bukan sedikit untuk tanah sawah itu. Tapi kata emak. Tak apalah kita tidak dapat untung pun, yang pasti kita boleh mengeluarkan zakat dari hasil padi tersebut. Alhamdulillah. Hidup kita bertambah senang sekarang. Ayah dan emak sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan anak-anak emak ayah. Walaupun kami tidak sehebat mana, namun berkat kesabaran emak ayah, berkat rezeki yang kita perolehi, maka lahirlah pensyarah electric di Tanjung Malim, jurutera logistik di Kulim walaupun dirinya hanya lulusan IT & Multimedia dan bakal sorang lagi menyusul. InsyaALLAH pada adik di tingkatan 4 itu, akan kita sama-sama corakkan, aturkan masa hadapannya kelak.



Selamat Hari Bapa..Ayah..we love you so much!! Thanks for being such a wonderful person in our life.

..................................................................................................

Ikhlas dari anakmu,
Adikkeni

Monday, June 22, 2009

~ KL Trip ~

Assalamualaikum frens,


19 June 2009

Dah lama aku tak posting any entry dalam blog aku nie. Since aku kena backup colleague aku yang maternity leave nie, workload aku agak bertambah. Then aku juga kerap balik lewat selain aku ada yoga's class. Hehehe. Last week from Friday 19June untul 22June aku berada di KL. Bumi KL yang telah lama aku rindukan, telah lama ingin aku terjah. Finally, i made it last week. Bermula dengan perjalanan aku dengan housemate aku Laila, drive to KL. Pepagi, seawal kul 7.45am kami bertolak dari rumah Kulim then sampai Subang kul 1 la tolak sesat, tolak tatau or lupa jalan. Then lepak for a while, then kul 3 kuar ke Subang Parade, makan Dominos. Yummmy!!! Dah lama tak makan. Then round Subang Parade. Cuci mata ja. Then around 6pm Laila hantar aku kat Komuter Subang. That was the last moment we meet up. Again...i don't know when?? Perhaps on Aimi's wedding. Felt so sad, since dia la housemate yang aku selalu lepak kat umah nie. Lepas nie tadak la lagi. Tak po Cik Laila, i do pray for you, copat-copat la dapat kojo kek Sabah tue. insyaALLAH.

Yeah...After Komuter Subang, I'm heading to KL Central then take Putra to Kerinchi. Zati will fetch me overthere. Then dalam Putra, as usual so many people inside, smelly..ouchhh!!!penat hidung aku nak filter that kind if smelly. Finnaly reach Kerinchi. Called my mum because while in tren, she called me tp aku tak jawab because aku tak dengar la. Then I informed her that I will joined Zati after this, then call Zati and he get ready to fetch me. Yeayyy!! after 8 months didn't meet up, this is the time. Waah...mcm nak jejak kasihan lak. Hahaha. The funny thing is, aku leh lak lupa color keta dia. Aku salah recognize color keta dia. Hahaha. Sorry fren!! Baru dua kali aku naik keto hang. Then we heading to Equine. Apartment Zati yang dibanggakan nya iteww...Lalalala. NOt bad la. biliknya pun besar gak. Perhaps, lepas nie aku datang lagi, umah baru la ehh...hehehe.

Malamnya, dinner kar Alamanda. Yeayy..aku ketemu seorang lagi kawan baru. KD . Colleague zati kat TM. cute orangnya. Kecik ja. Aku suka baca blog dia. Bagi aku dia la orang yang paling bertuah dengan Pemuda Bag TM itu. Sorry ya KD, yani ada baca blog awak juga. Silent reader. Hehehe. Then malam tue aku memilih untuk makan Fish and Chip with Ice Lemon Tea while Zati and KD makan Chicken Chop with Ice Lemon Tea also and Mineral Water for KD since her throat still not getting well. Malam tue aku borak-borak dengan KD. Tak lama sangat. Tak sempat nak kenal dengan lebeh rapat. Takpo KD, lepas nie kita jumpa lagi ya. InsyaALLAH. Then kami balik umah...yeayyy...ZzZzZzZzZzZZZZzZzZ..

20June 2009.

Yeayy..

Today, Intan's engagement. Seawal pukul 9.30am aku kuar rumah dengan zati because kami tatau jalan, thus nie nak mencari rumah intan nie. Entah macam mana. Luckily hari tue tak panas, redup ja pepagi nan indah tue. Alhamdulillah. Then pusing punya pusing, finally we reached Intan's house. Sesampai ja, tengok intan dah siap make-up and dia nak pakai baju. Intan sungguh kurus. Gilerrr...Kurus...Dammn Kuruss...Aku juga yang masih belum capai tahap itu. Tak apa. Biar lambat asal selamat. Intan sangat cantik that day. I mean before this aku tak penah tengok dia make-up. That day sungguh ayu gitu. Tahun depan dia dah nak kawen. Alahmdulillah. InsyaALLAH ada rezeki aku datang lagi ya on ur wedding hang. Then kat majlis intan tue aku jumpa Ila which is Intan's cousin. Aku kenal Ila since diploma then jumpa Suci and anak Suci. Cutenyaa...Thanks intan coz jemput aku ke majlis hang!! Thanks kat ayah hang gak, beriya-iya suh aku and zati amik pict. Thanks uncle!! Then kami balik. Penat. Tidoq petang tue sampai kul 6. Aku bangun solat Jamak and Qasar.

Malamnya, as usual Warung Pak Maidin menjadi port kami makan. Aku tanya zati, better dah la service kedai nie since last October aku datang, services macam happo lagi. Muka pekerja jangan kan nak senyum. Masaaammm jo. Aku pun tak paham kenapa mereka bermuka begitu. Adakah dimarahi Bos? Adakah gaji kena potong? Adakah keja banyak tapi gaji tidak dinaikkan? Adakah..Adakah..Adakah?? So many adakah...Hanya mereka yang mengetahuinya. Tak kuasa aku nak terjah Pak Maidin. Since zati ckp dah better service nya. So kami pun makan la. Aku order Nasi Paprik and Telur Mata. Zati cakap pelik ja aku order Telur Mata because normally people will order Telur Dadar. Aku pun tatau kenapa aku order itu. Ahh..Makan ja la. Aku dah kelaparan nie. And betul service malam tue better. Then balik umah...Tidozzz...zzzzZzZZzZzzzzZz..

21 June 2009

Yeayy...Today kami akan jalan-jalan cari pasal. Yeayy...dah lama tak hang out. Also today aku akan jumpa Ct Rockkksss...Yeayy...friend during intership kat PELSSB dulu. Malas la nak ingat zaman batu tue. Hehehe. As usual, kuar umah around 8.30am p breakfast dulu kat mamak sambil segarkan mata yang baru bangun tidoq nie. Then we heading to Bukit Jalil. As usual. Tatau jalan. Maybe Zati tak biasa sangat dengan jalan nie. Tapi Zati cakap dia penah datang ngan Malina. Aiiyaakkkk!!! Finally jumpa gak Stesen Komuter Bukit Jalil. Parking keto. Then walking to Stesen Komuter. Zati ada perasan sesuatu!! Zati memang suka perkara-perkara sebegitu. Ahakss...Then beli tiket then...alahai..memalukan lagi. Salah platform. Orang ramai at the other side. This side only both of us. Hahaha..Sengal tol pepagi. Dah la dah buat bising dalam toilet. Then salah platform lak. Hehehe. Saudara cleaner tue pandang ja kami. Lastly dia gak yang bagitau kami kena ke platform sebelah sana. Hehehe. Konon nak cover malu kami berselindung di balik tiang yang besar. Hehe..Actually tak malu pong. Lalalala. Then ke PLaza Rakyat nak beli tiket bus aku nak balik Kulim soknya. Then dapat la beli and ramai giler org duk tanya nak balik mana..balik mana..balik mana.. Ahhhh..lantak laa..aku dah beli laaa...ok Lega....

Heading to KLCC..Yeayy..rindunya aku ke KLCC. Ntah kenapa aku sungguh suka tempat itu. Mungkin tempat tue la tempat yang aku berani jalan sorang-sorang eventho ada kawan-kawan aku cakap situ ramai foreigner tapi aku selesa di situ. Then masuk la ke kedai kat situ. Topshop, G2000, GAP, Padini, Zara, Mango. And Zati nak lagi ajak aku masuk ke kedai-kedai yang masih bukan tahap kami untuk bershoping. Aku cakap kat Zati, jangan la lagi. Hehehe. Finnaly tengah jalan-jalan sengal. CtRockss di depan mata!!!WAAA...lamanya tak jumpa. 'Awak dah lain la' Aku berkata pada CtRocks. Iya. CtRockss dah makin bergaya. Agak berbeza tatkala kami ketemu last September 2007. Lama gilerr. Then that day, CtRocksss treat us at Nandos. Yeayy..Aku makan Salad.
Then kami jalan sekejap. Oh yaa...aku duk ngidam nak makan roti boy. Aku beli 3. 1 untuk aku, 1 untuk Zati and 1 untuk CtRockss..Eventho aku dah kenyang, full already tapi still aku makan gak Roti Boy tue panas-panas. Memang sedap. Yeayy..Then kami naik Putra ke MasjID Jamek nak amik Star nak ke Bukit Jalil. Ntah macam mana, kami salah platform lagi. So apa la. Tukar la lagi. Adoii..memang sengal la 3 3 orang nie. Then sampai Bukit Jalil. Zati ada terperasan sesuatu lagi. Yaa...Dia. Selang beberapa buah kereta ja dari kereta zati. Zati memang perasan since kat Star td.

Perjalanan diteruskan. Hari hujan. Ya. Kami akan ke Mutiara Damansara. Again and again. Kami sesat. Zati, mungkin anda tidak biasa lagi dengan jalan-jalan yang sedang kita gunakan ini. Then kami jumpa juga OU. Yeayy...nak ke IKEA, The Curve, IKANOS and Cineleasure. Tidak malu untuk aku katakan. Aku tak pernah ke tempat-tempat ini. This is my first time. Hehe..Aku sungguh kagum dengan barangan kat IKEA. Dalam hati aku, macam-macam angan-angan dah tersemat, design tue untuk dapur, design tue untuk bilik tido, design tue untuk dining. Dan segala-galanya. Tapi dengan siapa aku nak merealisasikan segala impian dan angan-angan ini. Hanya DIA yang Maha Mengetahuinya.

Its time to going home. Then drop CtRocks kat Putra Station Kelana Jaya. CtRockss.. bila la kita leh ketemu lagi ya. Hehehe..tak apa. InsyaALLAH lepas nie leh jumpa lagi since this girl keja kat PETRONAS Tower 2. hehehe. Then aku and zati balik umah. Siap-siap nak dinner dengan Anne. Yeayy..Aku ada beli lampu kat Anne akt IKEA tadi. The best thing is, aku tak beli apa-apa pun kat IKEA. Zati ja bagi aku pensil IKEA and paper. Tue ja la gift from IKEA. Hehehe. Malamnya dinner kat Warung Pak Maidin lagi. That night. Service sampai nak termuntah aku rasa. Muka pekerja masam gilerr. Tak payah keja la dik ooiii..P duk umah ja. Tengok TV!!! Zati ada order Telur dadar, then time hantar makanan tadak lak telur dadar, then zati mintak la, leh lak cakap, 'Tadi ada order ke?' Heyyy..helllo..kalau tadi tadak dalam order pun, lantak la nak order pun. Apa masalah hang nie? Memang la. Bagi aku masakan OK, tapi kalau macam tue service and layanan yang customer dapat dari pekerja Pak Maidin yang berdedikasi la sangat tue. Leh rosak business Pak Maidin. To Pak Maidin: Pls do something to your workers. Bukan sorang tapi ramai. Then kami tengok MYVI SE Anne. Smart laa. Huhuhuhu... dalam hati aku, bila la keta aku nak sampai nie. Hehehe. Then balik umah..ZzZzzzzzzzZzzzzZZZZ

22 June 2009

Akhirnya hari nie aku kena balik ke Kulim. Aku akan continue perjalanan aku yang tak dapat aku gambarkan pemandunya iteww...Pakcik, silalah memandu bus nie betul-betul boleh tak, kita bukan nak makan angin, nak main-main stop tepi jalan nak beli air kelapa, nak beli pisang goreng, nak beli cendol pulut hoccay!!!
Penatnya tangan aku malam nie. Aku nak tidoq dulu. Assalamualaikum and gudnite all.