Nuffnang

Monday, August 31, 2009

~ Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ke-52~

Assalamualaikum ALL,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Kredit pada: khae_276 Flickr

Alhamdulillah aku panjangkan doa kesyukuran atas kemerdekaan ke-52 ini. Aku bersyukur negara kita tidak lagi terjajah oleh Japang! Aku tak dapat bayangkan kalau negara kita di bawah taklukan Japang. Apa lah terjadi pada aku? Pastinya agak sukar mak dan ayah aku akan ketemu, berkenalan langsung berkahwin. Tapi aku rasa, depa masih akan ketemu dimana rumah mereka adalah berdekatan. Mak ayah aku adalah jiran sekampung. Hehehe.

Erti merdeka pada aku. Secara jujurnya, tahun ini aku merasakan kelainan untuk menyambut merdeka ini. Mungkin atas tanggungjawab yang terbahu di bahu aku kini. Ya. Sudah mempunyai tanggungjawab aku kini. Kepada mak ayah, diri aku (sudah semestinya!), kereta kecilku dan segalanya yang mana usahkan aku khabarkan di sini. Bak kata Farhan AF5 "Aku Saja Yang Tahu". Erti kemerdekaan aku tidak hanya dengan bersemangat melaungkan Merdeka sepertimana tajuk entri aku ini, tapi bagaimana aku fahami erti kemerdekaan ini. Di mana mak aku cakap perjuangan orang dahulu sangatlah susah. Nak makan pun susah dulu. Jadi aku tamau segala susah payah itu berulang lagi, aku nak apa yang kita semua kecapi nikmatnya tatkala ini akan berterusan dan akan lebeh baik lagi. InsyaALLAH.

3 hari aku di kampung halaman. Ya. Sungguh seronok sekali. Dapat berbuka puasa dengan mak, ayah dan adik pada hari Sabtu. Pada keesokan harinya, kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama keluarga sebelah mak aku. Ada 5 keluarga termasuk Tok kesayangan hamba! Jumlah keseluruhannya adalah: 23 orang sahaja (Maaf ya Cik Zai, saya silap memberi nilau yang sebetul sebentar tadi (^_^)). Sungguh banyak aneka juadah, walhal di awalnya Chu aku dah berpakat denga mak aku jangan masak apa-apa. Mak aku berjanji akan menyediakan Tomyam Ayam, sambal belacan dan ada 2 juadah permintaan aku. Hooyeayy! Mak aku masakkan. Sedap tak terkata. Kemudian Chu aku berjanji akan membeli ayam golek 4 ekor kerana kami mempunyai ramai angkatan tentera kanak-kanak yang pastinya menggemari ayam! Dan MakSue, Lang Jam dan Tok kesayangan hamba telah menyediakan sambal udang yanga super besar, ikan bakar 4 ekor yang besar hasil tajaan Taukeh Ikan kami dari Jitra tidak lain tidak bukan Pak Cik Ani aku. Dan kedatangan Pakcik aku dan keluarga petang itu beserta durian yang enak(tangkal panjang), buah rambutan dan tembikai (aku tak makan, tok kesayangan hamba dan mak aku tak bagi makan kerana aku mengalami kegatalan kerongkong yang amat kuat!). Mak Cik Na aku sedari awal lagi sudah memberitahu mak aku bahawa dia tidak sempat menyediakan apa-apa kerana dia berjoli di Tesco AS. Borong barang-barang biskut, kueh raya. Ya. Aku dah bagitau kueh, biskut apa yang aku nak dia sediakan. Sedapnya!!
Usai makan dan bersolat, kami kemas dapur dan aku menuruti Tok kesayangan hamba ke Surau kampung di mana Wan Hj Abd Rani a.k.a Wan(Bapa ayah aku) mengimamkan solat kat surau pada malam itu. Aku buat 8 rakaat saja walaupun dah dinasihati Tok kesayangan hamba dan Maktok ranggi aku untuk meneruskan sampai habis. Oh tidak! Aku terbayang-bayang sepupu-sepupu ikan aku duduk bermain mercun! Mereka sudah tidak melayan bunga api. Sekarang ini, hanya mercun. Aku hanya menaja RM3 kerana aku masih belum mencocok wang gaji aku dari 5ayBank. Setelah penah chit-chat (oh aku sedaya mungkin mengguna Bahasa Malaysia sepenuhnya di entri kali ini. Maafkan aku!), 2 keluarga mengambil keputusan untuk pulang. Aku memandu waja ayah aku. Mata aku memang masalah. Silau! Aku nak buat kanta mata. Harus!!

Batuk aku masih kuat. Mak aku dah bekalkan Madu asli untuk diminum dengan air masak. Aku akan cuba apa yang mak aku dah ajar tadi di mana aku aku tunjukkan sukatan yang betul. Pada 26 tahun yang lepas, pada 30 Ogos 1983, ada seorang ibu sedang sakit untuk melahirkan seorang bayi perempuan.

Sekian hujung minggu aku yang amat gembira sekali. Di sini juga aku nak berkongsi tentang panggilan jodoh. Adakah itu maknanya dia untukku? Hahaha. Oh! Aku tamau pikirkan semua itu lagi. Aku mendengar pesanan mak aku setelah ayah aku hanya mendiamkan diri buat seketika sewaktu perbualan kami pada pukul 1 tengahari Sabtu itu. Tamat.

Thursday, August 27, 2009

~ This is the life ~

Hello ALL,


Aku sangat suka pict nie. This pict was forwarded by my colleague, Ezly Khalid. Thanks.

Di sini aku nak katakan yang hidup kita memang akan susah kalau kita yang susahkannya. Segala apa yang kita usahakan selama nie takkan kekal, so kita kenalah selalu beringat apa yang patut. If we want a better life, we have to make a CHANGE and we have to LEARN how to FIGHT with our NEEDS. Thus we can keep continuing ALIVE! Yes. Heaven. Kepada diri aku, jangan la selalu berangan nak jadi kaya kelak aku akan kayap! TATAPI! Berangan untuk hidup senang. Akak aku yang advice aku macam tue. She said: "Yani, jangan pikir nak kaya, tapi pikir nak hidup senang!". Aku beli untuk kepuasan diri aku juga. Plus aku beli untuk mak ayah aku. But mostly untuk mak aku la. Hehehe. Oh noooone Yani!

I want a better life, but apa yang aku buat to achieve it? I’m doing nothing. Aku duk membeli ja. Yani! Yani! Yani! Hadoooi. Aku happy ka dengan hidup aku sekarang? My current life was so boring. I have no life at all. P keja, balik keja, tengok tv, tidoq. Weekend aku kat kampong. Inilah life aku. Huhuhu. Buhsan? Yes. Sometimes yes. But mostly aku enjoy in this dull life!

Ya. Aku agak marah dengan diri aku! Lantaklah (Hahaha kata Waheeda wassini! Tak suka!!). Its hard to believe that I love to spent my money to something unnecessary. Eh betoi ka? Tak kot. I need that things so much since I already aim it for so long long looong time. Thus why not I get it since I have my own paycheck? Keewll right!

Financial. I have to manage my money properly. Tapi aku akan start after raya la. Means October 2009 nie. InsyaALLAH. Do support me ya!

Selamat berbuka semua. Aku makan kat TCRS today with Cik Zai. Yummmy!

Wednesday, August 26, 2009

~ Lakonan yang indah ~

Assalamualaikum all,
Today aku tak bangun sahur even awal-awal lagi mere Mak heii dah call aku suh bangun. The best thing is, sempat lagi mak aku Tanya aku makan apa soq (bahasa sahur bagi orang utara) nie. Aku cakap la makan roti ja dengan milo. Then lepas bagi salam, end call and aku pun proceed mimpi aku. Hadoii! Yani!! Gapong mung dok bangun deh? Aku ngantuk la. Dah la misi malam tadi aku nak mancing terbantut kat surau KTC tue. Jenal tetiba tegur aku lak kat suro. Hehe. Btw, banyak ikan gak tue. Sure semuanya adalah bekerjaya bagus-bagus. Tapi aku tamau ikan-ikan ribena(bak kata Cik Zai pada Cik Aimi and aku) politeknik tue (keji! Memilih!!). Ya la. Ikan-ikan ribena, tamau la aku. Aku tak minum ribena lagi, aku minum ice lemon tea hoccayyy!

Pekerjaan aku yang seronok!
Ya. Tatkala ini dua Director ada di belakang aku. Sorang director aku, Thomas and the other one is one of the Technology’s Department directors, Benjamin. Plus boss aku, Fritz (Si dia yang bersuara enak) Hehehe. Ya. Boss aku itew memang bersuara baik compared to Elmar. Suaranya so load! But very nice manager.

p/s: Cik lulup, you nak I paste pict Benjamin tak? Or you dah lopa wajah macho dia tue? If you want it, I will paste it for you. Dedicated for you tau!

Mancing di PARAM!
Credit to: captain_jim1 Flickr Motif gambar adalah hiasan. Aku mancing untuk masa depan!

Ya. Sejak puasa nie aku kerap mancing kat param. Memang banyak ikan la juga kat param tapi aku malas nak tabur umpan, satgi tak bebuka kat rumah lak aku. Sian osmet kesayangan aku tak dapat bebuka poso dengan aku yang BAEKK inieww. Yesterday I bought nasi ayam plus soya bean. Hampeh soya tue. Aku dah agak dak soya tue hampeh. Tak macam soya kat pasar malam yang aku, cik ido and cik lulup suka beli. Memang sedap soya tue. Tapi aku tak jumpa lak abg tue jual soya kat param. Tak apa. Hari nie usaha berganda la. Demi sesoya yang enak lagi segar. Oh ya. Dah lama aku tak minum ais. Aku berpantang sejak aku dapat demam, batuk nie. But still, now aku duk batuk lagi. Tapi Alhamdulillah makin kurang dah. Alhamdulillah.

Cik Zai dan lakunan hebat!
Menapak kaki ke cubic aku dengan niat untuk bersembang, tatapi oleh kerana director dia juga ada di belakang aku bersama director aku dan boss bersuara enak aku, so terus Cik Zai suh aku bukak route viewer. Hahaha. Mantap!! Kami sama-sama check route DO*L dia. Hehehe. Guna 2 application which is Fabcoc*p*t and route viewer. Already checked it and talking bout work for a while then Cik Zai pulang ke cubicle dia. Waah! Kami suka berlakon. Dulu Cik Lulup pun suka berlakon dengan aku. Normally time dia dating berry kat toilet OPC then dia akan singgah kat tempat aku. Adakah dia nak spread bau-bau dia dari toilet kat workplace aku? Oh sungguh tidak senonoh Cik Lulup. Oh ya. Cik Zai jua begitew tadi. Oppss.. Sorry Cik Zai. Saya telah reveal lak. Surrrryyy!

Agenda besok. Khamis 27 August 2009.
Ohyes. Kami akan ke Sunway Carnival. Cik Zai dah terketa1-ketaq tue. So besok kami akan bebuka kat TCRS la. Yummy! Then aku nak beli something kat McD untuk soq aku. Next! It's Friday!!! OMG. So fast like a jet plane. Separuh gila aku kat opis hari nie. Aku bersuka ria.

Agenda lusa, Jumaat 28 August 20009.
Majlis bebuka posa dengan INSEP. Dah lama tak makan sekaali dengan INSEPIANs aku nie. Finally Luqman nak belanja. I will snap some picts during that night. Ofkos aku akan snap. Coz aku nak share with you guys. Hahaha.

Ok. I stop here. Selamat berbuka semua. Mood aku today. Indah tapi bohsan! Hadoi.
Credit to: www.dipity.com/tickr/Flickr-ramadhan-pasar.
Aku terkenang-kenang ayam golek kat Simpang Empat, Perlis nie. Ayah, Adikeni nak makan lagi ayam tue. Amat beruntung adik aku kat umah, dapat makan best2 mak aku masak. Opps! Correction kanak-kanak ribena itew suka membeli di param dari memakan lauk pauk masakan mak aku. Taka pa Fuad, lepas nie hang merantau baru hang nak rasa betapa lauk-pauk mak masak tue best. Laa nie hang leh la berlagaksking, asyik nak beli ja. Lepas nie hang merasainnn la Fuad! (Haha. Statemenet jeles dari aku tapi berunsur pesanan yang agak rude buat adik kesayangan aku itew!)

Saturday, August 22, 2009

~ Seindah Ramadhan, setulus hati ~

Assalamualaikum ALL,

Entry kali nie aku tamau marah-marah (actually this is my 1st entry aku karang sewaktu aku berada di Perlis), tamau comment banyak sangat (tapi ada la jugak..ehehe). Syukur. Alhamdulillah. ALLAH Taala panjangkan umur aku untuk berpuasa lagi untuk tahun ini. Seperti biasa, tadi aku tak bangun sahur. Yippy! Then pagi tadi aku dan Cik Zai dan En. Kelisa sama-sama menuju ke bumi Perlis yang subur lagi permai. Perjalanan kami agak tenang. Sekejap nampak nak hujan, tapi mostly panas. Tapi sesampainya di bumi Perlis ada hujan seket. Seket joo. Then waiting ayah aku jemput aku. Then kami isi masa kosong itew dengan Kisah di Jerman. Memang seronok tapi mampukan Mentor aku nak didik lelaki itew? Stefan being a Muslim. We are not talking about being a good Muslim. As what he said, he will convert but after that he will continue being a free thinker. Cannot maaa. Giloss! (Yani, cuba berbahasa molek-molek ya. Baaeekkk!) Aku doakan Stefan bersedia untuk menjadi Muslim yang sejati, Muslim yang taat pada ajaran Islam. Islam do not treat us hardly! Tak sangka, kata-kata hati aku dan aku pernah suarakan pada Cik Zai yang Mentor aku tue, possible will married with foreigner one day. See, currently she already falling in love with Mat German! Hope depa akan bersatu. Aku doakan depa. Since both parents really positive with this relationships cuma Mak Mentor aku ja a bit reluctant about this. Tak apa la. Hope semuanya akan beres and aku tak sabar nantikan their BIG DAY! Aku nak p. P Germany! Waaa'aa'auu!

Sambal bilis emak! Awal-awal lagi petang Jumaat aku dah call mak aku yang aku nak sambal bilis untuk aku bawak ke Kulim. Niat di hati nak suh mak aku carikan bilis yang best! Aku nak bilis yang lembut. Tamau yang keras. Coz hari tue ada sekali mak kau guna bilis Padang Besar. Oh. Aku sangat tidaaak suka! Takkk suka! Aku nak bilis Pulau Langkawi kalau boleh. Memang lembut dan sedap. Enak! Thus tadi sesampainya aku di rumah, mak aku ajak aku dengan ayah aku ke Sungai Baru. Not in Malacca hoccay! But somewhere in Perlis. Port orang Simpang Empat, Tok Pulau membeli ikan-ikan segar. Aku drive. As usual, it's raining. OMG! Kenapa sokmo hujan time aku drive nie. Tapi kalinya not mere Merlin, tapi waja ayahku. OhYes. Aku berjaya menyelir oh tidak menyelit waja ayah aku. Plus aku berjaya parking then my dad gimme thumbs up! Yaahuuu!! Susah tau ayah aku nak bagi tue kan aku. Lagi-lagi aku nie pemandu mentah. Then kami pulang ke rumah. Hati aku berbunga madu lagi. Aku berjaya parking sebelah kat depan garaj aku. FYI, hanya orang-orang hebat seperti aku ja mampu parking kat situ. Really thrillerr! Tamau aku buat lagi. Kira ok la tadi tue. Aku berjaya.

Oh cuti sekolah seminggu! Waa. Adik aku bercuti! Ada ja kana-kanak ribena kat umah aku nie. Ya. Seronoknya. Sham pun dah balik dari SMAP! Dak nie memang bijak. Tetiba aku tingat atris kumpulan dari Japang. SMAP! Ada lagu dia yang aku suka! Oh out of topic laks.

okla. Aku nak tengok apa terjadi kat dapur. Mak aku ada potong-potong rebung. Orang Perlis memang sukakan rebung. Aku sangat suka. Haaaaaaaa. Mak aku dah lalu depan aku. Means keja dah siap. Aku tayah tolong. Petang nie la aku tengok mak aku masak lagi. Sambil-sambil nie aku YM dengan Zati, dia memuji masakan mak aku. Yaa. Mak aku memang hebat di dapur, mak kalian juga kan. Yaa. Pastinya mak-mak kita hebat memasak, tapi apakan daya, kita??? Yaaa. Masanya pasti akan tiba. Aku pun selalu bermimpi, berangan nak jadi Chef yang handal. Macam mak aku. Macak Chaf Det. Betoi dak Cik Lulupokos.

Ok all, selamat berbuka puasa hari nie. Hari pertama puasa kan. Malam nie 2nd night solat Taraweh. Aku nak mulakan pengalam indah ini bersama-sama jemaah kat taman aku nie. Makan berpada-pada ya.
Assalamualaikum. Semoga berat badan ideal akan tercapai. Selamat BERJAYA ALL!

Friday, August 21, 2009

~ Adik kecik dalam spin washing machine ~

Haddoiiii! Penat la aku. Today is Friday, thus aku pulun cabut balik awal dari opis nak cuci baju. Ala baju aku untuk 3 hari punya la. Oleh kerana washing machine umah nie manual, so semuanya kena buat sendiri la. Part tue tak po. Tapi aku yang memang malas nie, aku akan on ja air then aku akan biar baju-baju aku putar. Aku duk ralit ym tak sedar air dh penuh. Bongek la! Spentot sapa lak nie dalam spinner nie? Aku sekeh gak orang yang tak reti guna penutup spin nie. Kenkadang aku tak guna gaks. Hehehe. Thus air dari sebelah dah ke spinner. Hadooi! Spentot nie la. Spoil! Aiq tak jalan! Then air melimpah kat dapur. Nasib baik tak banyak. Tapi banyak gak la. Adoii!! Skit jiwa aku dengan facilities kat umah nie. Naikkk gila! Camno aku nak tatik adik nie. Memang aku confirm nie bukan spentot aku hoccay! Adoiiii!!! Pening!!

Thursday, August 20, 2009

~ Tahap kesedaran H1N1 di Sabah MASIH kurang ~

Assalamualaikum ALL,

Dimanakah ini Cik Lulupiko? Credit to: onggon ~ [ outstation ]

Tajuk nie khas untuk orang Tawau nan sorang itew! Last week syok gila dia cakap badan aku terlalu fragile, banyak kuman. Then aku telah mengambil langkah untuk menyihatkan badan aku dengan kumpul semua supplement untuk aku makan. Ya. Sehari aku telan 8 biji. Adoi. Sakit tekak aku nak telan. Lagi-lagi yang fibre tue. Tapi memang aku sokmo mudah nak bubu la. Yeayy!!

Dimanakah Singgah Selalu? Credit to: onggon ~ [ outstation ]
MOTIF GAMBAR: Saja ja suka-suka. Nak bg orang Tawau-Labuan-Pahang-Johor-Kedah-kembali ke Tanah asalnya Tawau menjadi hottt!!

Today aku dah plan baik punya dengan Acap and Fiza nak breakfast, tup-tup Andrea mai tempat aku nak buat changes. Time tue aku tengah bukak drawer nak amik duit. Yani! Serve your customer 1st ok. Then aku usahasama dengan Wana and Andrea untuk buat changes. Soory mereka di cafe, aku naik lambat sket.

Batuk aku still ada. Tak larat nak batuk lagi. Tolong la baikkan aku dari batuk nie. Pepagi tadi ex-boss aku AiMei, told us that Jemmy's daughter got H1N1. Chuumel itu kid. Aku rasa age dia around 3-4yrs kot. Aku doa she will get well soon. That's why Jemmy not around yesterday. No wonder. Jemmy duk bersebelahan dengan boss aku. Jemmy dengan aku dalam 10 steps ja. Dekat bukan. Yes. Memang dekat pong.

Merlin aku scratch! Adoi! 5cm la juga. Aku tak perasaan then time ayah aku check-check tengok-tengok ada. Mere mak heeei cakap budak-budak la nie. Bukan aku langgar something ok. Tapi aku dengan nada baik, seriously, aku tak rasa nak marah pada sesiapa. Mungkin sebab aku tak larat. Tapi hari tue keadaan aku baik-baik aja. Then mak aku cakap akan letak pollish CNI. Tak apa la, aku tak kisah. Tak sama rasanya time tengok keta ayah aku scratch dulu. Maunya aku bising pokpet-pokpet. Tapi nie kena kat keta sendiri. Aku hanya mampu bersikap selamba saja. Tak apa la. Keta aku pun dh selamat 1st servis. Dah 1000km pun and mak aku cakap Merlin dah selamat simpan dalam garaj pun. Bagus la. Mak tolong tutup dengan kain ya. Takut kanak-kanak riang balik batu lak nanti. Cukup la seket scratch yang bukan hasil dari kesenian aku tue ada. Nampak lak tue. Adoi. Tak apa. Aku maafkan kanak-kanak iteww! Jangan nak buat Merlin aku tue as canvas dah la. Nak lukis pun bukan kat mere Merlin hoccay!
Proton Persona Blue Haze. Credit to: steven11(Flickr)
Apa yang aku perasan, tiap aku aku drive Merlin, sure hujan. Hujan yang amat lebat lak tue. Adakah kami tak serasi? Oh NOOOOOOOONEEE! Last Sunday, aku drive. Then siap ada pokok-pokok tumbang lagi. Nasib baiklah bukan time aku sampai lagi. Time tue bus yang depan. Keta aku after 2 buah keta lepas bus. Then ada khemah terangkat. Kuat betul angin petang tue plus hujan yang amat lebat sampai aku tak nampak. Ya. Aku kena pakai spec time drive. Ayah aku dah warning, jangan bagi alasan tak nampak untuk aku memandu macam orang tadak lesen. Ya Ayah, tak nampak la. Adoi. Silau-silau. Aku kena renew spec aku semula. Money!!Money!! Sapa nak huluqq??

Hari ini, apakah kisah aku lagi ya? Aku rasa tadak yang menarik lagi jikalau aku dapat bercuti lagi. Baring-baring di rumah dengan seronoknya. Weekend nie dah nak puasa. Alhamdulillah. Aku doa aku sempat berpuasa habeh and berhari raya bersama-sama keluarga aku nan tersayang. Buat si dia yang jauh di hati. I miss u so much! (Hahahaha. Kejiiii. Mana aku ada sesiapa!!! Saja gatai nak bercakap pasal si dia yang tak wujud)

A day before puasa, I will make a wish for you guys.

Friday, August 14, 2009

~ Lunch bersama Cik Aimi, Cik Fiza and Puan Lini ~

Assalamualaikum all,

Today is Friday. Begitu cepat masa berjalan eh silap masa berlari. Aku yang masih merangkak nie lembap gila nak bangun. Adoii. Today demam aku dah kurang. Pukul 7.30am mak aku dah call tanya aku nak p keja ka tak hari nie? Then aku decide nak p keja memandangkan aku malas nak p clinic lg untuk amik MC. Then aku sms Wana yang aku akan p keja tp aku tak p team building. Kalau aku sihat, mesti aku, wana, jida, SK akan bercanda ngan Daddy (Bak kata Cik Zai) kami yang berambut menawan iteww! Yes. Aku dapati tadi, time dalam weekly meeting rambut dia panjang. Sila memotongnya ok. So lepas nie our daddy sure handsome tahap gaban berlawan dengan raksasa. Yaa. Dia memang baik. Kemarin aku jalan dengan wana nak masuk office memang kami mengakui dia memang baik. Susah benor nak jumpa boss yang baik mcm dia. Lepas nie sure aku akan terkunang-kunangkan dia.

Lunch hari nie. Aku makan tidak lalu. Tapi cukup seronok bercerita dengan Aimi, Fiza and Lini. Sebetul itew ada Apit and Acap. Tapi depa dua orang nie awal lagi p hampar sejadah kat masjid. Hahaha. Seronok Aimi bercerita pasal pengalaman dia p Jakarta, Bandung. Maaakkkkk!!!! Nak p gakss!! Adoii...bila aku nak p nie? Tolong la sapa-sapa yang nak p tue, tadak orang nak snap picture depa, aku nak p...aku jadi camerawoman pun tak apa. Tapi. Awas! Aku tamau angkut bag-bag berat itew ok. Aku tak larat since aku baru baik demam nie. Hehehe. Sedar diri yani.

Petang ni balik awal. OPC akan lenggang after 3.30pm. Ohyes. Syoknya. Semua orang p Batu Feringhi aku lak kat Batu KTC. Sok aku balik umah. Tok aku buat kenduri Tahlil. Tadi Aiman cakap kat aku, sakan orang utara nie buat kenduri. Haa..Hang baru nak tau. Orang utara nie banyak beras. Rezeki lebeh kami buat la kenduri. Biar semua merasa. Alhamdulillah.

Ok. Aku nak p in-house clinic sat. Choww!!
Update: Doc td agak cute! Tapi Doc Ehsan yang mula-mula aku jumpa dulu lagi cute!

Wednesday, August 12, 2009

~ Alhamdulillah. Getting better now. ~

Assalamualaikum all,

Wayooo. Finally demam aku dah baik. But not fully recover yet. Today aku p clinic lagi. With Miss Zai dan En. Kelisa. Kali nie Klinik Azhar dan Rakan-rakan. Doc lak bukan ikan yang muda. Tapi senyumannya memikat. Pls take note ya Cik Lulup. Jangan duk berangan ikan-ikan u kat restoren ja memikat, kat sini pun memikat hoccay! Tadi aku jumpa doc tue, dia cakap demam aku ada sket ja 37.++ degree ja, then lung aku pun ok. Then dia cakap tekak aku ada merah sket and tak bengkak. Alhamdulillah. So far, la nie kalau aku nak telah air liur still sakit tekak. But aku dah makan ubat tadi. Lepas nie get ready nak tidoq la. ZZZZzzzzzzzzZZzzzZ...

Disini aku kepilkan picture ubats aku plus supplement yang aku amik la nie. Paling best aku dapat MC for 3 days. Ohyes!!! Sok aku kena start keja dah. Sok dah Khamis, then Jumaat. Ohyes!! Cuti!Ubat dan supplement aku.

Disini juga aku nak share dengan hangpa semua. Pasal kulat dalam bilik aku. Yes. He's coming finally. Dah lama aku menantikan dia. Ada pun. Tapi tak lama ja dia hidup then mati or layu di tasik madu. Sedey gak aku tak dapat tgk dia membesar dan mati di depan mata aku. Reason why he died so fast: The only one is because aku hentak pintu bilik aku yang amat kuat. Tue ja yang aku nampak. Tengok la ghoopanya kawan-kawan. A day before he dies. (sedeynyaa)Kulat yang tak kesampaian membesar.

Today bilik aku berbau kari. Adoyaiii. Rajin toii la hangpa nie masak. PLs la ya. Lepas nie kalau nak masak sila la on fan tue ya. Or else bilik aku sure bau kari yang hangpa masak. This is soft warning ya. Or else aku mengamuk tahap gaban nanti. Nak??? (Yani pls be good ok)

Besok aku nak p keja dah. Ohyes. Hopefully sok aku dah ok. And still aku akan bawak ubatansking aku ke office. Kalau aku tak larat aku akan p tidoq kat surau la. Hehehe. Ok peepiah!! Nenite. Assalamualaikum. See yaa..Take care all!!

Monday, August 10, 2009

~ Demam. Batuk. ~

Alhamulillah. Ini la hadiah ALLAH Taala bagi kat aku. Memang kat umah Perlis lagi aku dh start batuk. Then semalam, aku taleh tidoq. Badan aku panas. Ubat tadak. Pepagi tadi aku dh siap pakai baju semua nak ke ofic. then aku sms wana yang aku nak p dengan dia since ada hujan renyai2. Then aku bgtau wana yang aku demam malam td, then wana advice aku suh amik mc ja. Then pepagi tadi, kul 10 aku siap nak p clinic tapi hujan renyai2 lak, then aku baring2 dulu then kul 11++ aku start moto aku and p ke pekan kulim. Tuptup hujan. Memang basah lencun la aku. Ya ALLAH dah la aku nak elak kena hujan, sekali kena hujan yang amat lebat. Than aku balik umah la. Sesampainya kat umah, aku tengok lampu dapur aku blinking. OMG! Apa lak nie. Tadi memang aku fh makesure aku switch off semua lampu, fan. Then duk sat, tuan rumah datang. rupanya dia yang masuk umah aku. Baiki drain. Alhamdulillah drain dah ok. Tak tersumbat lagi. After aku mop-mop lantai. Even aku tak larat. Aku gagah juga buat semua tue. Then aku mandi akibat kena hujan td. Aku lunch. Aku solat and get ready nak tidoq. Aku terjumpa 2 panadol actifast 2 bijik. Aku makan la. Aku rasa nie cik ida punya kot. Tak apa la. Makan la. Nie aku waiting for fifi untuk hantar aku ke clinic plus aku nak apply MC. Hope doc bagi la. Condition aku. LEMAH. Until now fifi still not coming back. Ada keja kot. Aku doa doc bg la MC kat aku. Really need it. For today only.

Oh ya. Mak aku call. Mak aku cakap, awat aku tak habaq awai2, ayah aku tak keja today. Depa nak mai Kulim. Aku cakap tak apa la. Dah cakap kat fifi yang aku nak mintak tolong dia. And she already agreed.

Aku rasa aku dapat demam nie coz aku dah banyak kutukskings orang nie. Tapi ada betulnya. Adoii...Im not perfectionist but im trying to be as clean as i can.

Sunday, August 9, 2009

~ Boleh tak jaga kebersihan? ~

Aku pening. Buntu. Banyak masalah kebersihan.

Saturday, August 8, 2009

~ Tapak tangan kanan gatal ~

Hallo ALL,

Ya. Aku baru saja sampai rumah dari Sunway Carnival. Bersama Cik Zai dan En. Kelisa Cute. Aku dengan seronoknya membeli alat-alat makeup dari bodyshop. Ya. Aku dah register as member since aku telah membuat pembelian sebanyak RM110 dan keatas. Baru last 2 weeks aku dah beli perfume. Amatlah segar, enak, nyaman rasanya, baunya. Aku suka. Aku lebih suka memakainya dari memakai DKNY Delicious Night iteww. (Actually aku sayang nak guna DKNY iteww..sayang beb DikMat beli kat Harrods London tue..bila la aku nak jejak ke sana?). Seronoknya. Aku beranggapan lepas nie aku akan menjadi pembeli, pengguna setia BoyShop la. Tak mahal sangat kot compare to Mac, Bobby Brown. Oh. Cik Zai harapan untuk membeli Mac tidak kesampaian. Tak apa. Gaji aku beriban riban ribasss leh la merasa semua tue.

The Proposal. Hahaha. Aku suka. Lawak. Crazy. Segal. Ada semuanya. Aku suka. Finally she accept his proposal!! Nie yang aku suka. Like what Cik Zai cakap. 3 hari dah suka. Yes. Kenkadang aku suka macam tue gaks. Perasan and berangan nak jadi macam tue pun sokmo gak. Hahaha.

Last night. Aku dapat bungkusan dari Indonesia. Drive thru depan umah aku. Thanks Aimi, Apit. Aku doakan both of you feeling well asap. Then leh ronggeng lagik.

Besok aku balik Perlis. Aku dapat rasakan mak aku sure ajak p Padang Besar, nak bagi aku drive keta kecilku itew. Nanti aku story macam mana eh.

Zati aku say hello kat YM dia tak reply pun. Tengok kingkong pada shoutboxnya.

Ok kengkawan, aku dh gatal-gatal badan nie. Ada kawan aku dulu pun gatal-gatal gaks. Ajak jumpa Doc Aziz tak nak. La nie sure duk nyesal tak jumpa doc hensem tue. Betul tak Cik Aimi.

Goodnight. Aku akan update pict pakaian dari indonesia laterrrr ya dong. Assalamualaikum.

Friday, August 7, 2009

~ It's True ~

Yippi!!!

Assalamualaikum. Today is Friday. Tomorrow is Saturday. Next day is Sunday. Tonight I will watch The Proposal with Miss Zai. Ticket already bought yesterday via e-payment. Today after office hour, we both will heading to Sunway Carnival, Seberang Jaya. Bestinyaa!!

Credit to: Alamak aku lupa nak amik la sapanya nie. Tak pasai aku kena sue nanti.
Last night I’m so freakkkkkked! Ntah dari mana bunyinya di dapur itew? Takkan cacing perut Cik Lulup bermain-main ala-ala playground kot? Tiadaaak. Aku rasakan kucing iteww la tue kot. Memang creepy la. Tetiba ada bunyi. Mai dari mana ntah. So pepagi nie. Aku ulang lagi perangai aku datang lewat ke office. Today with Wana. Yeay!! Wana pun ada kisah lawak. Hahaha. Katak melekat-lekat masuk umah dia. Kat wet kitchen dia. Hahaha. Lawok-lawok. Gara-gara katak melekats iteww, Wana tak perpuasa. Persoalannya: Adakah katak itew yang nak membayar fidyah buat Wana? Ofcourse not, so Wana dalam perkiraannya macam tak sempat nak habehkan. Oh Kataking, siap la hang. Aku rasa dh jadi arwah kot since pagi tadi wana dah jirus dia dengan pelbagai vacksin. Haha. Sian dia. Mati di hari jumaat. (Mati ka???) Untuk katakings itew. Terima kasih. Jasamu di kenang. Sure Wana takan lupakan dia. Because of him Wana tak puasa ganti.


Misi today.
Aku kena habehkan cuci baju aku. Last night pending coz aku takut nak kuar bilik. Pepagi tadi gaks aku jemur baju yg aku remdam softlan malam tadi. Today, I have to wash all my adikskings, tudungsking. Ohh. Besok ketemu ayahanda, ibunda, kekanda bongsu and my new love ones, Merlin. Aku doa mereka semua sihat waalafiat. Nantikan kepulangan aku.

Kisah anak dan emak. (Adik aku menyemak)

Aku: Hello.
Adik: Hello.
Aku: Eh, awat tak pi sekolah?
Adik: Sekolah tutup. H1NI. (WHT, Perlis pun dah ada virrusss nie?)
Aku: Panggil mak sat.
Mak: Hello. Awat?
Aku: Mak nanti cari aiq nyoiq dengan kurma. Adikeni nak aiq nyioq yang dalam buah lg.
Mak: Kenapa? Beli la tepi jalan tue. Balik nanti singgah cari. (Sure mak aku pening. Giloo apo tetiba nak aiq nyioqq)
Aku: Tamau. Nak yg fresh. Tadi adikeni baca email leh minum aiq nie.
Mak: Ohh. Betoi la kot. Aiq nyiouq tue penawaq demam. Kurma memang ada penawaq dia juga. Besok balik umah maktok amik dari pokok.
Aku: Ok la mcm tue. Sok la amik. Ok la mak. Assalamualaikum. (Yes. Aku dengan baiknya memberi salam pada mak aku)
Mak: Waalaikumsalam.


Yes. Besok aku akan minum air kelapa kurma. Kepada kawan-kawan2 silalah cuba ok.
Credit to: Flickr yongkarmoh

Credit to: Flickr djokomuljanto

Bahan-bahan:
1. Air kelapa
2. Buah Kurma
3. mangkuk

Cara-cara menyediakan:
Rendamkan air kelapa and kurma dalam mangkuk selama 2 jam. Then baru leh minum.

Selamat mencuba resipi yang aku cilok nie. Adiooss. Aku nak gumbira sekejapan today.
Selamat berhujung minggu peepss!!! Take care!

Thursday, August 6, 2009

~ Boring ~

Hampeh Intan! Dah la call aku tetengah aku bekerja. Then tanya pasal KCN XXXX laks. Haha. Then tanya pasal blog aku. mumuyani..mumuntahh..bongek la hang nie. Aku sidekick gang satgi. Raya tahun depan kalau aku terlebey layan hubby hang, jangan nak marah aku hoccay!! Aku nak bagi pembalasan yang kijammmm!!! Frankly, thanks for calling me. Aku nak call hang? Al-maklumlah. boss kat belakang beb. Payah nak menyerupai bergayutan di pokoks. Thanks call aku. Syok buat lawak. Tapi sepertimana aku cakap tadi, aku ada etika di office, thus aku taleh lebey-lebey. Time aku kat umah la hang call, leh gelak tak ingat dunia. Pasal baju akad nikah, silalah usahakan ya. Aku dh plan dh nak pakai sexy mexy on ur wedding. Let others focus on me. Bigggg sportlight plsss...Hahaha. Intan toek hang cakap blog aku boring. Kurang pict. Toek!!

OK la. Aku dah beli makanan bebuka td. Together gether with Miss Zai. Thank coz tumpangkan lagi today. Sok kita enjoy. Legakan sakit di hati dengan shopping! Opps.. window shoping kot. Untuk aku la..Miss Zai sure ada agenda in her's mind. Hati aku berasa sakit menerima kiriman sms dari Tawau, dengan bangganya menyatakan dia sedang makan. Berbuka lebeh awal dari kami di Bandar Kulim ini. Ohhh..Siap la you cik Lulup. Nanti time sahur, you naik gila baca sms i nanti. Watch out!!!

Selamat berbuka kepada mereka yang berpuasa Nisfu Sya'ban hari nie ya. Semoga seumpama pahala kita mengerjakan puasa hari ini diterima-NYA. InsyaALLAH.

Wednesday, August 5, 2009

~ FREEDOM ~

Assalamualaikum readers,

Happy. I get back my life again. Yes. Rafidah coming back already for her's maternity leave. Thus, I will continue my current job, my lovely MDM task. Ohyes. I like it very much! But of course la I will have another challenge for my daily task. Ya lorr. Get to know in details about the changes, routes, so many system or application to handle during perform the changes, creations etc.

Today, raining in dawning. Alangkah indahnya kalau aku leh tarik lagi blanket aku iteww, malasanya nak bangun. Sedar-sedar ada dengar bunyi hujan terus aku texts Cik Zai bahawa aku ingin menumpang dia ke office dan thank Cik Zai coz sudi tumpangkan aku ke office. Bhobb Bhoob syukriya. Haha cakap Hindustans sat. Then today aku lunch kat cafe ja. Petangnya get ready nak balik. Today keja aku balance la. Ada la 3 request aku reject! Hehehe. Kijam kan. Dont worry this is as per Azwana's advice. Sukaaanya. (Giler keji suka duk reject request orang). Tak baik tul Yani. Nasib baik counterpart aku baik kat Villach. Sudi membetulkan kesilapan dia. Memang patut pun. I'm sorry Heimo. But then I already created your route in DEAL right. Pls check and verify from your end hoccayy. Thanks. Apo aku merepek nie. Sengal.

Malam nie, malam Nisfu Sya'ban. Apakah kisah disebalik malam ini and harinya. Alhamdulillah aku dapat menghabiskan bacaan Surah Yasin 3x. Beserta aku titipkan doa setiap kali membacanya. Semoga pahala aku membacanya di terima-Nya. Amin. InsyaALLAH.

Info Nisfu Sya'ban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Source: http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

Dalam kul 8.45pm aku usai amalan sunat itew, then aku ngadap TV. Susah benor aku nak tengok tv nowdays. Ntah la. No feeling at all. Maybe aku rasa sunyi kot tengok TV. Dulu duk tengok dengan Cik Lulup, Cik Idong. Syok. Kami leh jadi juri professional. But now, aku sorang ja bercakap. Haha. Memang sengal la. Tengok la sat tadi Are You Smarted than 5th Grader then proceed with I'm a Celebrity get me out of here. Haha. Aku tak suka Janice. Nampak sangat nak jadi bossy! Shhhhuuuuuxxxx!! Tengah syok-syok tengok phone aku ringing. Mama. Mak aku daaa.

Mak: Hello. Buat apa? (Mak aku tak bagi salam. Haha)
Aku: Ya. Tengok tv. (Dan aku pong tak bagi salam. Terukkskings aku)
Mak: Tadi baca Yasin dak? Mak lupa nak bgtau.
Aku: Baca. Dah kui berapa la nie mak. Mak nak posa dak esok?
Mak: Nak posa. Awat? Nak posa jugak ka?
Aku: Nak.
Mak: Makan apa? Ada nasi? Dah guna rice cooker tue?
AKu: Ada. Dah masak nasi. Goreng ayam.
bla bla bla bla.

Aku ingat mak aku call nak suh balik Perlis amik keta. Kot-kot la mak aku kesian aku kebasahan kena hujan. Tapi tidak sama skali. Mak aku tidak berbicara pasal kereta iteww pun. Haha. Frust!

Okla. Aku buhsan lak malam nie. Cik Lukupp dah tidoq kot. Deyyyy!! Kat opis pun tidoq tadi. Hammpeh punya pekerja bati inieewwww.. Hehe.

Sunday, August 2, 2009

~ Merlin ~

Hallo ALL,

I'm so excited. Finally I already drive my own car. But...of course there's still lots of BUT which is I'm FAILED in parking. Else I got one compliment from mymum and mydad. Depa cakap aku nie dh confident in driving. Alhamdulillah. Depa yakin juga dengan gaya pemanduan aku yang sengal, sexy, naughty, kelelelele nie. Haha. Keta aku sampai on 1st of Aug 2009 (tarikh keramat nie dalam diary aku) then sesampainya aku di rumah ayah aku bagi aku kunci kereta iteww. Bedeezuuuuppp! Waah. Ini hak aku sekarang. Rasa macam nak nangis lak aku rasa. Actually tue air mata gumbira hoccay! Tapi aku menerima dengan penih getaran di hati ini. Then aku bukak pintu keta and aku duduk di tempat driver. Memang perasaan tue lain. Tak macam aku duduk di seat driver untuk keta ayah aku. Memang lain sangat. Aku bersyukur. Alhamdulillah. Tengok semua tempat. Bonet Enjin. Accessories. GPS. Itu ini. Then masuk dalam umah aku tengok user guide dia. Nice. OK. Aku faham la but not all la. Ada lagi yang aku kena balajar. Then tatkala menunaikah solat Zuhur, aku panjangkan doa aku di atas rahmat-Nya, perkenan-Nya kepada aku. Sesungguhnya tak pernah aku bayangkan aku akan memiliki kereta ini. Siapalah aku untuk mendapat kereta ini. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat ini. Aku panjangkan ke sujud syukur. Alhamdulillah.

Ohyes di sini pasti aku sedia berkongsi kasih sayang aku dengan keta aku nie ngan hangpa semua. Sorry aku tak banyak snap, tapi cukup la buat masa ini (aku yakin lepas nie tak ada la banyak sangat). Hehehe. Kini hidup aku dah kena tanggung hutang di akhir bulan. Uwaaaaa..Banyaknya aku kena bayaq..then aku kena kurangkan beli barang-barang yang blink-blink. Sabar Yani. Janji hati ikhlas. OK. Aku ikhlas. Dulu aku dok blok Ikhlas time kat Kelantan. Huhuhu.
MERLIN

Mak aku bagi izin aku bawak keta ke Kulim after raya posa. Means. Aku dapat bersama ngan Merlin after raya la. Tak apa la. Aku still kena belajar banyak lagi. Tak apa la. Aku follow ja cakap mak aku.

Ok all. Aku happy. Hope you guys pun Happy hoccay! Tadi aku tengok 3R. Ada kena mengena dengan aku. Yang penting aku happy. Try ubah focus. Yaa. Focus aku la nie hutang yang menggunung Kinabalu.

Saturday, August 1, 2009

~ Janganlah Putih! ~

Hallo all,

Waaahh..sekejap saja aku merasain takut. Tak sampai 15 secs aku posting entry di bawah. Now aku nak membuka entry yang seronok pula. Oh ya. Today. 1st of Aug 2009. Yes. Today adalah Hari Kawan Sedunia a.k.a Friendship's Day. Early in the morning, I received sms from my Ko-K friend wish me Happy Friendship Day. Thus aku dengan gagahinya aku membacanya juga. Nice quotes! Dalam entry ini aku tak berminat nak bercakap pasal hal dunia itu. Aku nak bercakap pasal benda terdekat yang nak aku dapat. Adakah betul ayat aku ini? Ahh. Lantaklah. Ayat aku suka hati aku la. Ohh. Ada nada kasar dan mengeji nampaknya di situ. Ermm..
Today. Today. Today. Today. Dahhh cukupla banyak-banyak today. Hari ini (gedixxx toi, hari ini lak! Sengal Yani!!)

Aku nak umumkan...ohyes!!!! AKU DAPAT KERETA BARUKU!!OHYESSS OHYESSS!!!ohhh lalalala..welcome to my baby (baby ka??) Ahaaaa. Namanya Mr Merlin. Cik Laila sila jangan nak mengeji saya di sini hoccay!!! I memang suka Merlin dari awalnya compare to Arthur! Dia kan suka buat banya problemoss. Zati dah ingatkan aku pasal bagi nama keta nie. Macam nama kereta dia. Once in the blue moon. Panjangnya wei. Pendekkan la sket. Or aku leh tolong combine kan OITBM. Seems like Oiittt ja. Hehe. Sorry Zati. I'm kidding ok.

Bontoto aku nie dah panas dah nie duk kat Kulim. Cepatlah Cik Zai habeh weekend coverage then sharp 12pm we wil heading back to Perlis. Ohyess!! Kami Cik Zai, Cik Kelisa and Cik Yani! Ohyes!!!seronoksnya. Biarlah aku nak berseronok di luar dugaan pun, aku tak penah ada harta benda sebegini besar(bagi aku hoccayy!), sebegini mahal(bagi aku juga hoccay bukan youueww all) dan aku telah mempunyai sati lagi commitment untuk diri aku. Yang pastinya lepas nie aku takleh nak buang duit sesuka hati sangat. Thats why bulan nie aku dengan bangganya seronok membuang duit di merata-rata outlet. Hahaha. I'm so excited baby!!

Pepagi tadi, seawal 8.23am mak aku dah call. Bertanyakan adakah aku akan pulang ke Perlisan today. Ofcourse Mummy!! Nak balik. Nak tengok keta adikeni(ini nama manjaku di rumah). Yeaayyyy!!! Then mak aku cakap lak besok nak balik dengan Zai pukul berapa? Aku cakap lepas asar. Wahahaha. Nampak sangat ada nada, riak tidak memberi keizinan kepadaku untuk membawa pulang Mr. Merlinku itewww! Tak apa mum, adikeni pun tak budget nak bawak balik Kulim lagi. Tak apa. Mak ayah gunalah sepuasnya. Tapi nak pinjam Waja ayah leh? Hehehe. Sure ayah aku tak bagi punya. Tak apa la. Hidupku sebagai riders terhormat amat membuatkan aku berasa amat bangga. Sebulan minyak moto aku tak sampai RM50. Hanyalah RM20 sahaja. Yaa..Aku sungguh berlagak. Siaplah lepas nie, sure aku lah orang yang amat berkira-kira sama sekali.

Pagi nie aku dah setle basuh semua baju. Dengan seronok aku jemur baju di luar, then time aku nak jemur adik-adiks aku, tengok-tengok luar ada hujan renyai, macam kucing gila aku lari nak dapatkan baju aku. Separuh sengal cari kunci rumah! ish!! Banyak lak nak kena bukak. Kunci rumah la. Padlock la! Finally, baju aku seket kena hujan. Tak apa la. So aku kena jemur dalam rumah semula di bawah pusingan kipas yang makin berat dengan sawang tue. Bila la nak cuci kipas tue. Dunnnno....

Ok la kengkawan, today Makcik Aimi ke Jakarta, Bandung. Waaa! Best bangat!!! Aku ada pesan something kat Makcik. Hope Makcik dapat carikan ya!! I lap u Makcik!!!! Selamat pergi dan selamat pulang ya. Beware!! Jangan bawak balik HIN1. Nauzubillah. As what she told me early, he with her's fiancee already bring 8 masks for their trip. InsyaALLAH. Should be ok.

Aku akan attach pict kereta baruku besok! Gedixxsaan tahap gaban dah nie!!

~ Insafi diri ini ~

Assalamualaikum all,

Aku nak share with all about this song. Lyric nya sungguh menyentuh hati, menyentuh keimanan aku. Aku takut sebenarnya. Bagaimanalah kematian aku. Aku berdoa aku, kau dan dia akan mati dalam keadaan yang bersedia dan keadaan di mana kita sempat memohon ampun dan maaf dari semua pihak. Aku terlalu banyak berdosa. Nak aku listkan? Ehh..jangan. Biar aku yang tau. But sometimes aku revealed jugak. Hahaha!!

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do'aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
Adalah sebaris do'a ku untuk-Mu
lyrics from ALLYRICS.NET

Song by: Ungu
Title: Dengan Nafas Mu