Nuffnang

Monday, August 31, 2009

~ Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ke-52~

Assalamualaikum ALL,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Kredit pada: khae_276 Flickr

Alhamdulillah aku panjangkan doa kesyukuran atas kemerdekaan ke-52 ini. Aku bersyukur negara kita tidak lagi terjajah oleh Japang! Aku tak dapat bayangkan kalau negara kita di bawah taklukan Japang. Apa lah terjadi pada aku? Pastinya agak sukar mak dan ayah aku akan ketemu, berkenalan langsung berkahwin. Tapi aku rasa, depa masih akan ketemu dimana rumah mereka adalah berdekatan. Mak ayah aku adalah jiran sekampung. Hehehe.

Erti merdeka pada aku. Secara jujurnya, tahun ini aku merasakan kelainan untuk menyambut merdeka ini. Mungkin atas tanggungjawab yang terbahu di bahu aku kini. Ya. Sudah mempunyai tanggungjawab aku kini. Kepada mak ayah, diri aku (sudah semestinya!), kereta kecilku dan segalanya yang mana usahkan aku khabarkan di sini. Bak kata Farhan AF5 "Aku Saja Yang Tahu". Erti kemerdekaan aku tidak hanya dengan bersemangat melaungkan Merdeka sepertimana tajuk entri aku ini, tapi bagaimana aku fahami erti kemerdekaan ini. Di mana mak aku cakap perjuangan orang dahulu sangatlah susah. Nak makan pun susah dulu. Jadi aku tamau segala susah payah itu berulang lagi, aku nak apa yang kita semua kecapi nikmatnya tatkala ini akan berterusan dan akan lebeh baik lagi. InsyaALLAH.

3 hari aku di kampung halaman. Ya. Sungguh seronok sekali. Dapat berbuka puasa dengan mak, ayah dan adik pada hari Sabtu. Pada keesokan harinya, kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama keluarga sebelah mak aku. Ada 5 keluarga termasuk Tok kesayangan hamba! Jumlah keseluruhannya adalah: 23 orang sahaja (Maaf ya Cik Zai, saya silap memberi nilau yang sebetul sebentar tadi (^_^)). Sungguh banyak aneka juadah, walhal di awalnya Chu aku dah berpakat denga mak aku jangan masak apa-apa. Mak aku berjanji akan menyediakan Tomyam Ayam, sambal belacan dan ada 2 juadah permintaan aku. Hooyeayy! Mak aku masakkan. Sedap tak terkata. Kemudian Chu aku berjanji akan membeli ayam golek 4 ekor kerana kami mempunyai ramai angkatan tentera kanak-kanak yang pastinya menggemari ayam! Dan MakSue, Lang Jam dan Tok kesayangan hamba telah menyediakan sambal udang yanga super besar, ikan bakar 4 ekor yang besar hasil tajaan Taukeh Ikan kami dari Jitra tidak lain tidak bukan Pak Cik Ani aku. Dan kedatangan Pakcik aku dan keluarga petang itu beserta durian yang enak(tangkal panjang), buah rambutan dan tembikai (aku tak makan, tok kesayangan hamba dan mak aku tak bagi makan kerana aku mengalami kegatalan kerongkong yang amat kuat!). Mak Cik Na aku sedari awal lagi sudah memberitahu mak aku bahawa dia tidak sempat menyediakan apa-apa kerana dia berjoli di Tesco AS. Borong barang-barang biskut, kueh raya. Ya. Aku dah bagitau kueh, biskut apa yang aku nak dia sediakan. Sedapnya!!
Usai makan dan bersolat, kami kemas dapur dan aku menuruti Tok kesayangan hamba ke Surau kampung di mana Wan Hj Abd Rani a.k.a Wan(Bapa ayah aku) mengimamkan solat kat surau pada malam itu. Aku buat 8 rakaat saja walaupun dah dinasihati Tok kesayangan hamba dan Maktok ranggi aku untuk meneruskan sampai habis. Oh tidak! Aku terbayang-bayang sepupu-sepupu ikan aku duduk bermain mercun! Mereka sudah tidak melayan bunga api. Sekarang ini, hanya mercun. Aku hanya menaja RM3 kerana aku masih belum mencocok wang gaji aku dari 5ayBank. Setelah penah chit-chat (oh aku sedaya mungkin mengguna Bahasa Malaysia sepenuhnya di entri kali ini. Maafkan aku!), 2 keluarga mengambil keputusan untuk pulang. Aku memandu waja ayah aku. Mata aku memang masalah. Silau! Aku nak buat kanta mata. Harus!!

Batuk aku masih kuat. Mak aku dah bekalkan Madu asli untuk diminum dengan air masak. Aku akan cuba apa yang mak aku dah ajar tadi di mana aku aku tunjukkan sukatan yang betul. Pada 26 tahun yang lepas, pada 30 Ogos 1983, ada seorang ibu sedang sakit untuk melahirkan seorang bayi perempuan.

Sekian hujung minggu aku yang amat gembira sekali. Di sini juga aku nak berkongsi tentang panggilan jodoh. Adakah itu maknanya dia untukku? Hahaha. Oh! Aku tamau pikirkan semua itu lagi. Aku mendengar pesanan mak aku setelah ayah aku hanya mendiamkan diri buat seketika sewaktu perbualan kami pada pukul 1 tengahari Sabtu itu. Tamat.

3 comments:

.:Miss Amy:. said...

Grrr..
sudah ada panggilan jodoh?
marilah kite bergosip di surau...

♥MALIN♥ said...

selamat hari tue... =P

Yani said...

Miss Aimi: Hahaha. Memang lawak la aimi. I bermuka MALUUU!!

Malina: Thanks! nani lg tue..