Nuffnang

Wednesday, September 16, 2009

~ Ucapan ikhlas dari hati-ku ~


Assalamualaikum,

Maha Suci Allah. Nampak gayanya sudah tiba perhujung Ramadhan 1430Hijrah. Aku rasa macam baru ja berpuasa hari first tup-tup hari nie dah 26 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Tak sedar pun. Iya. Inilah hakikatnya hidup kita seharian. Kita tak sedar masa begitu pantas berlalu tanpa kita menyedarinya samada kita alpa atau sebaliknya ia tetap pergi meninggalkan kita tanpa memberi sebarang tanda. Tetiba aku teringatkan zaman aku berpuasa di rumah zaman kanak-kanak aku bersama Arwah Abgchaq and Abgchik aku. Seronoknya. Iya. Ramadhan 1430H akan tinggalkan aku buat selamanya. Aku menantikan Ramadhan 1431H pula lepas ini. Ramadhan datang dan pergi tetapi aku masih lalai dengan nikmat dan ganjaran yang patut aku grab pada bulan mulia ini.

Raya tahun ini, percaya atau tidak, aku masih tidak mempunyai baju raya. Yang pastinya akan akan coba dapatkan dengan segera. Mungkin Jumaat ini. Berserta mak aku. Iya. Kami berdua masih tidak ada baju raya. Aku nak baju kurung putih. I will hunt for it. Ohyes! Jimat-jimat. Pastinya meriah adik aku la. Tak sabar nak tengok baju raya dia tahun ini. Ada impian dan harapan nak beli baju melayu kat butik, since aku, mak and ayah dah beli baju di butik, then he also request for it. Hooit! Kamu masih sekolah. Baju Pekan Rabu pun cantik what! Beli situ la. Tapi aku tau, mak ayah aku takkan hampakan dia. Sure membeli punya. Untungnya tatkala menjadi anak bongsu lagi-lagi kakak and abang dah berkerjaya. Lagi-lagi meriah hidup dia, tak raya lagi dah dapat duit raya dari bgcik. Aku seyakinnya raya nanti sure Fuad dapat lagi. Untuk dia aku juga dah asingkan.

Oh Hati!
Tetiba aku berasa sayu. Mungkinkah kerana aku tengah mendengar alunan biola yang amat mendayu-dayu ini. Sememangnya minggu yang sudah, hati ini begitu sayu sangat. Aku menginsafi diri tatkala usai solat Isyak dan Solat Sunat Taraweh. Sesungguhnya aku berasa sungguh takut. Aku berdoa aku di beri nafas lagi untuk meneruskan amalan aku di bulan-bulan mendatang dan Ramadhan hadapan. Air mata? Adakah ianya mudah untuk di alirkan, dikeluarkan. Wan aku pernah bercakap, susah sebenarnya untuk kita mengalirkan air mata. Tapi aku nie amatlah lemah, mudah sahaja aku alirkan ia. Ramadhan kali ini aku begitu alpa. Ya. Lalai. Ampunkan aku Ya ALLAH! Aku lagha.

Hari raya!
Hari raya adalah hari untuk kita bergembira di mana ianya adalah hari kemenangan kita dapat berpuasa selama sebulan. Mana yang tak cukup tue, pepandai la ganti eh. Incuding me! Tapi pada hari raya juga tak salah kita nak bersedih sempena mengingati mereka-mereka yang telah pergi buat selamanya. Iya. Aku kau kamu berbeza. Aku dah menghadapi banyak situasi di mana pemergian Arwah Khairul Azmir Ahmad, Arwah Aishah Abdul, Arwah Saad Abd Rahman dan nenek-nenek yang aku masih ingat lagi paras rupa mereka. Sesungguhnya pemergian Arwah Abgchaq amatlah terasa sekali. Tiap tahun tak penah kami tidak akan ke pusaranya. Sama-sama membaca Surah Yaasin dan menghadiahkan pada Arwah. Semoga Arwah berbahagia dia sana bersama-sama bidadari syurga. Amiin. Pemergian Arwah Tok (Mak ayah) juga tak disangkakan.(Yani, sapa sangka orang tue nak mati?). Aku sayangkan Arwah Tok aku nie. Sangat sayang sekali. Kalaulah Arwah masih ada, aku yakin Arwah akan bangga dengan cucu-cucunya semua. Ya. Sudah pasti!

Ucapan hatiku...
Sempena penuh kesabaran menantikan lebaran yang akan datang 4 hari lagi, aku Yani Ahmad ingin menyusun 10 jari jemariku ini dengan penuh harapan agar semua dapat memaafkan salah dan silap aku. Tak lupa juga pada yang sudi membaca blog "Bunga Orkid" ini. Terima kasih semua. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Untuk yang nak balik ke kampung halaman, hati-hati di jalan raya ya. Rancang perjalanan anda. InsyaALLAH aku akan balik ke kampung halaman pada malam besok, 27 Ramadhan 1430H bersama-sama Abgchik dan kakak iparku. Semoga kita ketemu kembali selepas raya nanti. InsyaALLAH.

Assalamualaikum and take a good care ya!

2 comments:

z@ti said...

Yani...Selamat Hari Raya...mintak maap dr ujung rambut ke ujung ibu jari kaki andai kata aku bnyk buat salah ko samaada secara sengaja or xsengaja..maapkanlah aku..aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. pasal baju raye putih tu..mmg ada...tp org sure ingat hang nak g nikah..hehe..tp xpela as long as u like that color this year. i like. yani..kalau berkesempatan dtglah sini beraya. rayakan sebulan. lagi cantik kalo hang bawak keta baru hang tu..oh alangkah bergayanya yani membawa kereta baru sambil memakai spek gelas itam..sangatlah 'wannabe' gitu...ok yani sampaikan salam kpd parents, akak abg adik tok n semua haiwan2 ternakan di kg...berhati2 di jalan raya dan ingatlah org tersayang!

Yani said...

Zati:
Ya. Samalah dengan aku ya. Maafkan aku atas kekasaran bahasa aku kat hang, halal makan minum kita. Iya la. Kita nie sokmo makan ja kan. Hehehe. Heaven nya!! Pasal kurung putih itew, aku ada sebab musabab la belu kurung putih tue. Aku dah bgtau hang kan. Baiklah.

Sempena Syawal 1430 yang bakal menjelma ini, aku juga ingin menyusun 10 jari jemari aku yg halus mulus iniew, memohon ampun dan maaf dari hang selama kita berkenalan rapat ini. Gaduh tue memang ada. Ada part hantu yang aku tak leh lupakan. Nanti aku refresh balik. Hope hang ingat la. Miss you my dear fren and congrats for ur permanent position with TM ya. All the best!!!