Nuffnang

Wednesday, October 28, 2009

~ Wrongly Change it ~

Assalamualaikum ALL,

Aku tengah hairan nie.
Gena leh jadi macam tue?
Gena aku dah check tapi rupanya macam tue rupanya. Luckily sempat change it to the correct one. Perhaps, tomorrow can get feedback from PI la.
Hadoi. Aku nak naik gila tadi. Aku balik pun dh lewat. Almost 7.30pm.
Sib baik ada Cik Anis, sudi tumpangkan aku. Btw, Wana ada call aku nak tumpangkan aku. So kind of her. And besok aku p keja dengan Cik Zai. Aku dah inform her. Hadoooi. Aku nak balas jasa baik depa nie la. Wait ya. One day I will do it dear!

Aku balik dari keja tadi, jiwa aku agak sedey. Ntah la. Rasa macam mana ntah. Macam-macam berulang dalam kepala otak aku nie. Macam film pun ada juga. Hadoi. Mak aku call, lagila aku rasa sedey. Tak apa la. Jumaat nie aku balik umah dah. Leh makan dengan sedapnya. InsyaALLAH. Tadi dinner hahaha. Dinner ka. Aku makan New York Cheese Cake. Dah lama tak makan this favor. Bestnya. Lepas nie nak ajak Cik Zai la makan kat situ terus. Mari Cik Aimi juga. Kepingin!

Malam nie aku rasa macam nak tidoq awal TAPI la nie dah pukul 10.30pm. Gena mung nak tidoq awal? Hahaha. Baju semua dh iron untuk besok. Apalah pula kisah hidup aku untuk besok. Aku doakan segalanya berjalan dengan lancar. Aku doakan begitu. Andai ada sahaja ujian, dugaan dalam pekerjaan aku seharian iniew, aku redha. Aku pasrah. Ntah la. Sukar juga kerjaya ini. Once aku silap buat, effect to production, yield loss. Mati la aku. Nak bayar dengan gaji aku yang sebegitew rupa tue. Mahunya aku kerja 10yrs free without receive any payment! Hadoi. Makkk. Aku berdoa nak kerja gov. Tapi ntah la. Sukar to get it. Belum rezeki kot.

Aku pegang kata-kata nie:

ALLAH Taala dah tentukan yang terbaik buat aku. Aku kena terima, redha dan gembira dengan nikmatnya.

Wahai Hati,
Kuatkan la engkau!
Jangan mudah putus asa, Putus harapan.
InsyaALLAH ada cahaya kebahagiaan, kegembiraan menanti aku di hadapan kelak.
Sabar yaa.

Credit to Reza which is Wana's husband for helping me to buy this sweet lamp. Yeayy!

Okla!
Aku nak tidoq dah.
Bersedai menghadapi hari besok dengan tabah.

Good nite all. Take care. Happy working ya!
Assalamualaikum.

Monday, October 26, 2009

~ Entry ke-100 ~

Bismillahhirahmanirrahim..

Finally this is the time!Ohyeayy..entry ke-100 buat Bunga Orkid. Ya. Aku suka. Aku happy. Actually there's nothing for me to talk about. How was your weekend peeps? Mine. Ohyeay! I'm so happy. Met my ex-mentor in Penang and window shopping at Queensbay, Penang. Dalam tak nak membeli, aku membeli juga. Hadoiii! Terbang fulus mania aku lagi. Tapi rasanya berbaloi-baloi. Hehehe. Bulan depan aku taleh beli apa-apa lagi. Tapi ada aim dah nie. Sport shoe! Aku nak beli kat BATA ja la. POWERRR! Cukup la tue.

Weekend aku dengan Nora memang best la. Lepaksking kat umah dia. Berkenalan dengan Papa and Mama dia. Hahaha. Memang best la depa nie. Lawak pun lawak. Aku tak segan duk umah depa. Thanks ya bg Yani tumpang tidoq semalam. InsyaALLAH ada rezeki, ada masa yani p menyemak lagi eh. Hehehe. Depa nie duk penthouse. Paling tinggi beb! Aku ada snap some pictures from balcony. And will show you guys later ya. Dari balcony leh nampak Queensbay and Pulau Jerejak. Actually tujuan aku utama ke sana adalah nak jumpa ex-mentor aku itew then aku mengutip barang-barang yang aku pesan padanya and dia hadiahkan sempena ulang tahun kelahiran aku bulan 9 lepas. Sungguh seronoks aku rasa. Yeay! Thanks Nora. Segan yani nak terimanya. Zati dah comment handbags tue. Hehehe. Tapi tak da la aku nak display kat sini. Maluuu I. Ada kisah Nora sebenarnya tapi tak apa la. Hanya aku, dia dan mereka yang mengetahuinya. Can't waiting for ur BIG DAY too!! Bila la big day aku...duk smaller day ja nie. Hehehe. Eh tak adalah. Aku happy dengan hidup aku selama iniew. Hehehe.

Actually entry nie aku tulis malam tadi tapi malas nak publish since aku tak donlod lagi pict ke lappie. So aku biaq ja la. Tadi pepagi sampai opis, Wana dan bagi aku lampu yang aku pesan. Reza beli kat IKEA. Yeay! Sorry ya DaK Anne sama ngan kamu punya color lak. Aku dah excited nak p cari lampu nya nie. Ada kat kedai MEH bak kata Wana.

Petang nie rasa nak masak la. Mak aku bg udang segar hari tue. Ntah apa la jadi ngan udang itew ya. Dah lama dah nie. Aku nak goreng ja kot. Gena nak masak udang tue eh? Mehhh, aku nak google sat. Jumpa dah. Clik here to see my recipe. Simple kan. Aku hanya ada bahan-bahan nie saja. Yeay! Mari memasak!! Pulun ja lebeh aku nie, tengok-tengok tak dak pa pa pun aku buat. Hehehe.

Mari. Aku tunjuk sket picture from penthouse yang Nora stay! Ada pict baby Rayyan lagi. Chumel nya dia nie. He loves to smiling! Nak ngurat aku la tue! Hehe.

Tinggi wooo!! Tingkat paling atas.

Can't you see Pulau Jerejak and Queensbay?

Baby Rayyan yang suka senyum. Comot coz baru lepas breakfast!

Inilah ex-mentor aku Nora Basir. Thanks Nora. Pls think deeply ya. It's all about your future and your life ok.

Okla semua. Aku duk conference ngan Botman a.k.a Fakhril and Faizal Pur nie. Dak2 nie tak abeh2 tanya pasal keta aku. Hadoi. Tadi kat opis aku dah kena bambu ala-ala bambooo ngan Jida, SK and Wana. Tapi Wana baeek woo. Nak tumpangkan aku tatkala hujan. Thanks too to Cik Zai kerana sokmo sangatlah tumpangkan En Kelisa anda. Saya manusia tiada kenderaan berteduh lagi. Hehe. Good night all. Take Care! Enjoyy keja besok ya.

Psssssstt: Dah lama tak online ngan Orang Tawau. Duk pulun menjalankan Sugar Hunter agaknya. Hehehe.

Wednesday, October 21, 2009

~ Kerja tak terduga laa ~

Hello ALL,

Ada ja keja. Tapi OK la juga. Tak ada la aku nganga ja kan. Dah la nak browsing pun payah sket since Si Dia Bersuara Lembut di belakang aku sahaja. Hehe.


Cik Zai dah memanggil nak pulang! Marilah kita pula ke rumah. Yeayyy!!!
Malam nie dalam "Are You Smarter than 5th Grader"

Papai all..Have a nice day!!

Monday, October 19, 2009

~ 3 days ago ~


Assalamualaikum all,

Waah...dah 3days aku tak mengepost any entry ya. Iya. Aku berada di luar liputan blogging selama itew. Aku bersama orang orang-orang penting dalm hidup. Bersama ayahanda, bonda, adinda ku yang kayooo. Ohh.. Aku amat sedey balik rumah this time. Seturunnya aku dari bus [iya. kali nie aku menunggangi bus ke kampung halaman], menapak kaki ke rumah. Berhenti tandanya aku dah sampai ke pintu gerbang rumah aku [hehe. tak la. pagar rumah ja]. Then aku nampak ayah aku cuci aquarium besaq itew. Then rupanya. My last parrot i ever have gone already. Kenapa Golden Parrot aku pun mati? Kenapa? Mungkin ikan-ikan iniew dah kurang mendapat kasih sayang aku since aku dah lama tak layan plus bagi depa makan plus bermain-main dari cermin plus aku jarang merenung tajam opps bukan merenung masa depan depa dan aku. Mungkin depa dah merajuk dengan aku yang seakan tidak menghargai depa lagi. Oh Golden Parrots, tahukah kamu? [Waa..mcm ala-ala dalam TV IQ lak gayanya] bahawa aku amat menyanyangi kamu semua. Tidak nampakkah air mata aku berjuraian tatkala melihat kamu mati last Ramadhan in 1996. Aku tidak sahur kerana kemtian kamu lantas siang harinya terus ayah and bgcik aku kami ke kedai ikan. Membeli kamu yang sama [ Waa. Bugget sama ja perassan The Golden Parrots]. Kematian kamu yang lepas aku 200% salahkan pekerja wirering kat rumah aku time umah aku itew di renovate. Binggok!! Aku salahkan kamu. Sedeynya. Di sini aku nak bgtau, aku memang suka "ikan" tapi aku sangat cintakan the real fish. Hehe. Jangan marah ehh. Aku betul-betul sayangkan ikan seumur hidup aku. Skang nie hanya ada ikan bandaran ja dalam aquarium umah aku itew. Ikan bandaran nak buat apa? Dia bukan nak main-main ngan aku kalau aku duk lari-larikan jari jemari aku yang mulus nie di cermin aquarium itew. Dia tadak perasaan sama sekali pada jemari aku yang runcing iniew. [SEDEY!]

Mana satu AKU? Motif gambar adalah sekadar suka suki aku la!!

Baik. Mari bergembira.
Last Saturday, aku sampai rumah around 11.30am then apa lagi. Cari makanan la. Haha. Lapaq gila. Aku minum yogurt ja dalam bus. Tue pun aku nak terkucil dah. Tahan beb. Kalau dapat batu karang[Nauzubillahiminzalik], aku salahkan bus itew yang tamau stop kat mana-mana tol. [Gila apo]. Tapi tak salah kan nak stop for 15mins since the bus took off from Buterworth to Kangar. Batu buntpoto aku tau. Hahaha. The best thing is aku naik bus doubledekker. Yeayy! 1t time aku naik. Dalam hati gila merodak nak duk tingkat atas, tapi mat bangla tue lak tercongok kat situ so aku cancel la nak naik atas. Aku duk bawah ja la. Takpo next time aku nak naik atas lak. Hehehe. Mak aku duk prepare nasi ayam untuk kawan-kawan adik aku yang nak datang satgi. Ikans!!!! Tapi ikans muda. Tak layan aku ikan ribena nie. Then mak aku offer macam-macam makanan. Iyalah. Aku lapaq la sangat. Then makan alas perut co satgi nak p 3 KENDURI KAWEN! Aku ulang kenduri kawen. Sekali lagi aku ulang KENDURI KAWEN!!! Taniah pada pengantin. Aku hanya dapat tengok 2 pengantin ja. Rumah pertama aku p tue, pengantin tak sampai lagi. Tak apa. Aku tadak hati pun nak tengok. Aku bawak camera tapi aku just nak snap pict kawan aku kawen ja. Yang lagi 2 rumah tue rumah kawan mak ayah aku ja. Aku tak kenal. Haaa. Nasib baik ada lauk ayam. Kalau tak, tak berselera la aku makan. Daging pun ada. Tapi aku amik 2 3 ketul ja. Ayam lak coz kecik2 potongannya aku amik 6 7 ketul. Gila banyak. Orang pandang ja pinggang aku. Haaaahh!! Lantaklah. Hangpa tau apa. AKu naik bus penat-penat. Lapaqq wooo.. Hehehe. Gila ke8i aku nie. Hehe. Nie kes kenduri pertama. Kes kenduri kedua lak. Aku dah kenyang ratah ayam tadi so aku tak makan. Aku just makan bubur kacang ja. Ada makcik tue cakap sedap. Tapi aku makan, tak sedap pun. Dah la pekat. DEyyy..Ingat nie apa ka? Bagi la caiqq sket.[ Pandai lak aku kutuks masakan orang. Kalau orang makan bubur kacang aku, ntah-ntah siap leh potong-potong macam kek kacang agaknya. Hehe. Tak baik tau kutuks masakan orang. Mak tak pernah ajar mcm tue pong] Maafkan aku ya. Then kenduri ke3 dimana kawan sekolah rendah aku yang kawen. Taniah Hilmi and Wife. Seomoga kalian berbahagia. Betul. Aku tak makan nasi tapi ada sayoq rebung! Mana leh tolak bebsss! Aku amik letak dalam mangkuk and aku ratah ja. Hehehe Sedap. Lepas tue jumpa kawan aku and sampaikan salam-salam kawan-kawan yang tak dapat hadir. Mari tengok Helmi dan Wife dia. Then aku, mak and ayah balik ke rumah since ayah nak kena keja kul 4pm.
Taniah Helmi! Semoga Berbahagia selamanya!
Malamnya aku mengisi dengan menonton tv ja plus sudoku disebelah aku. Mak ke rumah kawan ayah aku since dia buat kenduri tahlil and adik aku lak p rumah kawan dia yang setaman aku. Ada bakar satay katanya. Tapi hampeh aku order 10 cucuk dimana 5 ayam and 5 daging pun tak sampai ke rumah. Dia makan awal-awal lagi. Teoookkkk!!! Kempunan aku. Hehehe. Saja ja gedixx. Then before he went to his friend's house, kami buat experimen dapur baru mak aku. Waaa. Terujanya aku. High class mak ayah aku la nie. Waaa.. TERASA rumah aku dh berteknologi tinggi sesuai la dengan aku yang duk Hi-Tech area la nie. Hehe. Aku dah tengok dapur letrik mak aku. Memenag super duper bagus la. Plus tengok periuk belanga yang shining sampai bersilau mata aku. Hehehe. Waaaa. Periouk punya la banyak. Mau rajin ngan tak rajin ja. Selepas itew aku try kerusi urut gintel! Weiii. Sakit gila kaki aku. Best la sket. Sket ja.

Pepagi Ahad aku awal-awal lagi dah ke market dengan mak aku. Then balik umah terus aku breakfast and then aku tertidoq time tengok Tom & Jerry Show. Ngantukks weii! Then hari tue ada kursus mandi jenazah kat surau umah aku. Mak ayah aku turut serta aku ja duk umah. Hehe. Teruks benorr makhluk ini. AKu tengok melodi then kul 1.30pm baru la ke surau coz nak amik nasi. Hehe. Then petangnya aku melepas pantais. Tengok kereta-kereta ikan yang tersadai. Benci! Ada pompuan di sebelah ikans! So punah impian dan harapan aku petang itew. Then before mentari berlalu pergi aku dah sampai rumah berserta temanku itew. Iya. Kami naik Persona SE Brilliant Red. Yeaahh!!!
Malamnya aku tidoq~~

Panorama Kuala Perlis

Isnin siang dah. Then aku bangun solat subuh and i've decide to sleep back and wake up at 9.30am. Then ting tong ting tong. Aku p pejabat post mesia to renew my license. Then get ready nak balik Kulim. Heeeiishh! Tak bestnya. Sat ja cuti aku dah habeh. Bila lah leh balik lagi kan. InsyaALLAH end of this month. Yeaayyy!!!

Ok all..Enjoy la masakan aku bersama mak aku pada Isnin itew. Aku memang super duper hebacck masak nie. Lihatlah so many dishes. AKu yang memasaknya tao. Mari pandang-pandang jeling-jeling.

Besaqnya udang. Ayah aku p tangkap sendiri tau.
My fav dish. Mak aku memang super duper teror masak asam pedas utara!! OhyesMacam biasa aku tak suka bangat sambal belacan even semua orang cakap mak aku terror dalam buat sambal belacan and air asam. And jangan tak tau KAMI ADALAH PENGUSAHA BELACAN SEANTERO KUALA JERLUN! oHYES!!Terung bakar kegemaran mak ayah aku. Tidak bagi aku, adik,bgchik and akak.Nasi Tomato - Jiran aku bagi. Thanks Cik Tie. Lamo tak makan Cik Tie masak nie.Overall dishes hari itew. Ada gulai ikan tue Mak Ah yang bg. Meriahnya jiran tetangga aku. Kami masih berkongsi makanan tengahari dan tidak hanya di bulan ramadhan sahaja. Sodapnya!! Pandai aku masak! eH EH..silap..mere mummy heeii! Sedapnya Makkk!!

p/s: Ayah aku ada tanya bila nak bawa balik Merlin, aku hanya mampu geleng kepala selagi Mem Besaq tak bg green light. Tapi balik rumah kali nie Mem Besaq sokmo suh aku drive cuma jiwa aku ja tak terasanak drive. Jiwa tersedu!
Credit to: Kak Pah oh Bintang. Thank dear for picture taken at beach. Ohyes. I'm beach girl!

Thursday, October 15, 2009

~ Happy Birthday Bgchik and Cik Zai ~

Assalamualaikum!!!

Today is 15th October and today is my big brotha's birthday Bangchik and my friend Cik Zai. I already wish to my brotha via sms this morning since last night feeling so sleepy. Cannot tahan ini mata anymore. So I decided to wish him early in this morning.

My sms to my big brotha:
["Guten Morgen! Bgchik..Happy Birthday..moga dilimpahi RAHMAT-NYA selalu and may all ur dream comes true.."]
Happy birthday my handsome man with all my heart. I love you so much!! Your are such a great big brotha for me!!

To Cik Zai,
Happy birthday girl!
My fren,
Most of all, I hope you will always be as happy as you have made me happpily! We going for shoping together! Lalalala. Picture taken during my birthday's celeb.

Will be any open table today? I don't think so since one in Tanjung Malim and the other one still on di%t. (*_*) Yeeayy!!

Wednesday, October 14, 2009

Tuesday, October 13, 2009

~ Continue or Quit the GAME ~

Promotion!
Recognization!
Increment!
Bonus!

CRAPPP!!!!

I have 2 choices:
1. Continue the game
2. Quit the game and go to other place.

I don’t know whether to stay or going somewhere. In the meantime, I’m still looking for a new job.

HAPPY?? Don't care laaaaa…

Monday, October 12, 2009

~ Moga mendapat Suami Pakej ~

Salam all,

Malam tadi aku merenung bulan! Oh tidak malam tadi lampu kat ruang tamu rumah Kulim blinking and finally gelap macam tue saja. Ishh! Banyaknya peeee'el rumah nie la nie. Aku ketuk juga bumbung rumah nie nanti. Tapi sebetulnya. Malam tadi aku tadak mood nak tengok drama melayu kat TV3 tue. Tatkala aku iron baju untuk ke office besok, aku dengar la dialoqnya. Gila garang bapa budak tue plus ada 2nd wife lak. Hadaoi.. DUNIA! DUNIA!! Usai iron baju aku masuk semula ke bilik. Selesaikan mana yang terhutang dengan-NYA dan kemudian aku buka 2 3 helai kalam suci. Tamat. Alhamdulillah. Selepas itew aku mula merenung syiling kapur dalam bilik aku yang chuumel itew. Semua perasaan ada. Takut. Risau. Gementar. Seram. Tertanya-tanya bilakah agaknya masa aku akan sampai. Ya. Tak lain tak bukan pasal teman hidup. Kenkadang tak patut betul aku sokmo duk pikirkan. Ini semua kerja-NYA. Aku berdoa semoga akan ketemu Suami Pakej yang aku idamkan selama iniew. Pasal pekejnya adakah patut aku ceritanya di sini. Tak salah bukan? TAPI tak apa lah. Anggaplah Suami Pakej tue sama macam Abg Jogg..Hehe. Gila gedix nak mentioned his name too. Kak Sobah pernah bercakap, "Yani kena yakin jodoh yani tue ada. Cuma belum sampai masanya ja lagi". Then she add some more "Nanti yani akan cakap/ bgtau...ermm..nie la yg kak sob cakap dulu". Iya. Memang pun tapi masanya belum sampai lagi. SK pernah bercakap kat aku "Do not rushing in seeking a husband coz currently so many divorce cases among Malays". I'm agree with her pun tapi kita percaya semua tue urusan-NYA. Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya kerja-NYA.

Tadi tatkala aku memandu motosikal Honda The Power of Dreams, aku pun terpikir apalah nasuib aku pada tahun depan. Adakah aku masih macam pagi niew? Aku doakan semoga akan ada perubahan dalam life aku. Aku kepingin better life than now. InsyaALLAH. Berusaha dan berdoa kemudia tawakal. Dengan izin-NYA aku akan ketemu Suami Pakej yang aku idamkan. Amin. Ya ALLAH Ya Tuhanku, dengarlah doa hamba-MU yang hina ini. [Sedey wooooo..]

Ohh...Adakah entry iniew untuk mengenang nasib diri yang sedey? Oh. Aku kena meneruskan hidup dengan lebeh gembira plus bahagia. Marilah memancing!!!

Apa kes nie Yani hoiit???
Hard Rock Hotel Penang. Aku suka pict nie. Source: fwd email.
Ada masa aku nak ziarah la hotel nie. Penah p time under construction dulu ngan Kak Aziyah.

Suami Pakej = Hard Rock Hotel Penang?

Saturday, October 10, 2009

~ Sepetang di Kulim Hi-Tech ~

Sepetang di Kulim Hi-Tech.

Agak biasa sahaja sebenarnya. Life in Kulim agak sama dengan life aku di Simpang Empat cuma di Kulim aku bekerja dan aku kena mencari makanan sendiri tetapi di Simpang Empat memang lagi la seronok since I don't have to hunt for my food. Hehe. Plus rasanya while in Simpang Empat, all my problem will fly away from me. Sometimes YES and sometimes NO. It's make me realized that problem will happen anywhere, anytime. This is life right. As what Cik Zai always said to me. We must always positive. Yes dear, you are correct and I always keep on my mind bout this quotes.

Last night Cik Zai and me went to one of Cik Zai's colleague. Makkkkkkkk datoookkk!! Ketanya. Yes Cik Zai. You are correct that's why people said that being an engineer kaya gabakkk! But, US? Genaaa? Hadaoooi. Sampai ke sudah aku duk pikiaq pasal kesenangan mereka-mereka ini. Not only Kak XXX tapi the others Kak XXX's pun punyalah gabak senang lenang. MUNGKIN they all nie before nak sesenang right now, depa pun dah mengalami sepertimana kami rasakan tatkala ini. Yes. Marilah kita berdoa dan berusaha ke arah itew. Aku tak harapkan kekayaan tapi cukuplah kesenangan yang mumudahkan hidup aku plus kebahagiaan dalam hidup plus keseronokan dalam menjalani kehidupan seharian plus kesihatan yang baik plus kejelitaan yang berpanjangan. HEHEHE.Gila keji! So many plusssss Yani!!!

WEeeeekeenderrrss!!
Today is Saturday, usai solat aku tidoq balik dan bangun at 9.30am. Kemas katil and menyapu lantai bilik then housekeeping. Yang ada, Sim, Munchy and aku. Rumah terasa bersih. Lega. Nak pijak lantai pun sedap ja kaki aku nie. Aku tak suka bulu-bulu Munchy yang merata-rata tue. Hadoi. Come aku nak share will all keadaan rumah luar aku sekarang. Hehehe. Cik Lulup sure mung merindui this. Take a look ya!

Aku tak pernah menyangka yang bunga Orkid nie akan berbunga jua akhirnya. Yeayy! Seronoknya tengok ada bunga-bunga di halaman kami.
Cantik bukan halaman kami tatkala ini. Yes! Nantikan lepas iniew sure halaman nie bertambah ceria kerna aku akan mulakan aktivitis flirting aku kembali bersama abg jogg! [JANGAN ADA YANG KENA SAWAN KAT TAWAU HOCCAY!]
Beeeeeee...beeeeeeeeeeee...beeeee yang sokmo nak tumbang itew.
Subur bukan?
Cik Lulup mung remember this?

Sini pun dah ada Old Town White Coffee tapi aku tak penah p lagi. Nak kena check sijil halal dulu la.


OK ALL. Aku nak tengok movie kat Hallmarks. "Sacrifices of the Heart". Pengorbanan seorang anak untuk ayahnya yang mengidap alzheimer's decease and she willing to going back to hometown and take care her's father. Good daughter ya. Hopefully nanti kalau ayah mak aku sakit, aku nak jaga mak ayah aku macam nie. Take care all. Enjoy ur weekenderrs!!

Friday, October 9, 2009

~ Tak sabar-sabar! ~

Assalamualaikum. Ohyes! Today is Friday means tomorrow is weekeeenderss..Yeeehaaaa. I’m so happy excited but the happier today is I saw Abg Jogging. Oh. Saya begitu sabar menanti kepulangannya dari US. And today I saw him already. Early in this morning while I’m preparing my breakfast. Terasa nak campak ja roti and sudu tue coz I nak lari-lari menatap wajahnya. Tubuh yang solid dan dengan ketinggian yang amat bermakna buat saya. “Oh Abg Jogging, Lepas nie jangan kemana-mana lagi taw! I can’t live happily without you. You are the most important person in my life”. Nehiiii hey Cik Lulup. Ya Cik Lulup. Hidup I di Kulim dah terasa bermakna. Sangattt bermakna ya. Cik Lulup you jangan rasa sangat menyesal sebab tak kejar Abg Jogging I. And you jangan perasantan coz Abg Jogging takkan terpegun, terkesima dengan you coz he already falling in love with me forever! Currently there are so many butterflies up to my head and feeling like birds singing to my ears. Oh. This is LOVE! MY TRULY LOVE.

Siapakah dia Abg Jogging?
Si dia adalah jantung hati Cik Yani and bukan penentang tegarnya yakni Cik Lulup. Si dia Abg Jogging andalah jejaka tampan yang telah memanah hati Cik Yani tatkala pagi hari menunggang Honda The Power of Dreams nya ke opis di suatu pagi and not only just for 1st time but 2 3 4 times. Ohyes! We are dedicated, meant to be together. Si dia Abg Jogging adalah pria makes my heart beating so fast every time I saw him. Oh Abg Jogging jangan la pergi lagi ya.

To all,
I wish you guys and gals happy weekennderrs as for me, I will enjoy my weekenders with HIM. Guest who? Oh you know already that guy in this entry. Lalalalala.

p/s: Cik Zai adakah any agenda kita for this week? Marrriii. Jogging. Nak tak? Since my loves one really obsesses with jogging thus, I will follow him. Lalalala.

Photo credit to: darkenstormyknight Flickr.
I will be mamarazi and will capture while he was jogggg! Pls take note that Abg Jogging not shirtless like this guy but pls be informed that he is more sexy and hot than this guy in picture. His chest, his muscle, his hair. Ohhhh!! Demmmnnnnn sexy! Lalala.

Sabar yani. It’s Friday. Mariii bekerja. I cant start working if I’m not telling you gals about this GOD creature.

Wednesday, October 7, 2009

~ Happy 1st Anniversary Bunga Orkid ~


Assalamualaikum ALL,

Happy 1st Birthday Bunga Orkid!

Thanks to all Bunga Orkid's reader for your continuing and support me. I wonder for the 1st entry that I post last year, that this blog might be just hangat-hangat tahi ayam and today it showed that I'm wrong. I can give commitment for my baby and today my baby already turned 1 year. Yeayy!!! Gooooood Yani!!

Heeeeeeeeeee. When I decided to have my own blog as per advice by Zati I thought I can’t commit on it. Iyalah. Aku nie bukan creative pun. Lagilah bahasa-bahasa indah but from here I can express my feeling - happy, sadness, enjoy, tears, and everything. Eventho sometimes I have no story but still gedixx nak post something here. From here I’m still survival and support for my own blog. A big compliment for my dear friend, Zati Hanani Md Idrus.

From blogging also I'm still can mancing maa. Where is everyday I have blog hoping. Ohyess! Got 2 3 fishy's blog that I followed. Hehehe. Perhaps one day, I could comment on their blog. Besides, from blog hopping also aku banyak juga membeli barang. Including Tupperware set for my mum last Hari Raya. Thanks to cyber world!! Cyber place which is I can put a piece of my life story overhere.

To all my readyers, [Ada ka? Ada. Hehehe]
Thanks for all the support, for keep on clicks on my blog even I know, my story was not so good that others. Perhaps foe the next coming year will be more cheerful, happier. Lalalalala. Perhaps I will have special entry with my future loves one. Since I don’t have it right now. Stillllllllll….

Congratulation Bunga Orkid for your 1st Anniversary! Waiting for many returns year. InsyaALLAH.

Tiada doa yang lebeh berharga untuk Bunga Orkid selain aku mendoakan kesihatan yang baik untuk empunya blog, hati yang tenang plus baik, semoga tekun dan tabah memposting lagi entry yang bermanfaat untuk semua.

Yani deyy! Bukan entry marah-marah and kutuksking orang tauu! Tak baik!!

Photo Credit to: timfotography.com Flickr

Tuesday, October 6, 2009

~ Hari Raya Luncheon ~

Hello! Again Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Makan. Makan. Makan sampai berry-berry. Oppss..it's not somekind of fruits ya. Today, for me makanan yang di hudangkan tak sesedap mana. Makanan tue from our cafetaria, so what else to assume? Same taste. Garam. Gula. Hadoiyaii! Ingat organizer nie order from outside thus seronok la sket nak makan, nak rasa makanan yang lain dari hari biasa. And aku ada bergambar bersama our MoD. Hahaha. Once HR upload it in our intranet, I'll stealing it.

Aku makan tadi sambil sembang-sembang and we agreed that Nasi Tomato rumah Kak Sarimah better than this one. Memang sedap la. Iya la. Kak Sarimah buat macam nak makan kan, bukan nak jual. Hehehe.

Today aku ada guessst! From Kuantan with Love. Then I have to wake a lil bit early than biasa, then I have to sweep my room. Keep it clean and tidy. Aku kan rajin. Yeeehaaa!!! This guest will stay only for 11-12hrs. Its ok la. Since I already talked to my housemates. And they have to agree. Hehehe. Thanks All! Wan sila belanja aku coz tumpangkan teman hang hoccay!

Rasanya ini sahaja la yang ada untuk aku share. Sis in-law balik Perlis malam nie. Ayah and mak will fetch her in airport. Aku ntah bila nak balik Perlis lagi.

Hello All! Take care ya! Kulim suasana hujan since yesterday.

Saturday, October 3, 2009

~ A new single bed, a new cupboard ~

Alhamdulillah. Everything goes smoothly. Yeayy!! Finally I bought this 2 items after berkira-kira! After bersunting-sunting. Tepat kul 2.34pm tadi sampailah ia. Pekerja itew memasangnya dengan hati-hati sekali. Melayang duit ahkah RM530. Oh makk!! nampak gayanya tak jadi la aku nak membeli jam Paris Hilton Auto Watch itew. Hopefully bakal suami aku akan hadiahkan. Yang, You dengar tak I cakap? [Gila gedixx nie. Aku nak tiru ala-ala Mss Aimi and Cik Zai bersuara belalui blogging to their sweetheart..hehe] Cik Lulup, ur sssssswetheart tue gena? Hahaha. Mung jangan perasantan abg PETRONAS tue i punyooo hoccayy!! $$$$$$$$ best tue!!

Ok. Back to my new things. Lalalalalala. Malam nie sure aku tidoq nyenyak!! Walhal before this dengan tilam baru ku itew pun aku selalu terbabas! Super duperr enak ketiduran aku tiap hari! Marrriii. AKu sanggup berkongsi bilik tidur ahkak dengan viewers. Perasantan! Macam ramai ja nak tengok. Aku nie kan going to be ala-ala Paris Hilton. Aku tengah practice talking like Paris. Auuuuuwwww!

Tapi dalam gembira, ada sakitnya. Bongekla drawer bawah nie. Aku tarik nak ketuk-ketuk debu yang ada, tetiba zuuupppp! Kena kaki aku yang sexy iniew! Hehe. Pedih! Di tusuk sembilu!! Ouchh! Lega dah.Sakit wei!

Aku suka mendengar comments Zati, Cil Lulup! Oh yess!! Bestnya aku rasa. Tue la kalau ada rezeki nak ja beli kat IKEA. Tapi aku duk kat Kulim Hi-Tech even title Hi-Tech pun tapi IKEA tadak! Huhuhu.Inilah roopa bilik aku la nie. Cantik bukan? Kalau aku suh Nate Berkus tengok bilik aku nie naik gila dia tanya macam mana aku decorate it. I love you Nate!!Inilah roopa almari baru aku. 5S? Outt!!

Lembap gila aku nak upload picture nie. Kalau still lembap. Aku akan upload time kat opis. Or besok aku p opis upload? Gilaaaa pulun aku nie! Hehe. Besok nak tengok Baby Zafran. Alaa ucuk-ucuk!! Pipi labuh. Aku tengah charging batt camera tue. Sok aku nak snap sesuka hati la. Besok p dengan Hanin, Kak Eimma and Syida. Hopefully Kak Aziyah bawak anak-anak dia sekali. Meriah umah Kak Sob! Hehehe. Besok Kak Sob cakap nak masak Nasi Ayam. Means. Aku makan pree lagi la. Malam nie pun makan preee. Octovia masak spaghetti. Yummy!! 2 kali aku tambah dengan muka aku tidak malu sama sekali. Iya la. Aku separuh gila cuci umah hari nie.

Ok all..jum bermimpi di malam hari! Siang pun aku mimpi gaks kat surau! Hehehe. Kenkadang ja la. Take care all. I love you all. Hehehe. Gila gatai.

Thursday, October 1, 2009

~ October already... ~

Assalamualaikum,

Entry October 2009. Makkk ai! Cepatnya dah masuk bulan 10. Amacam azam aku? sudah terlaksanakah belum? Entahlah. Aku sendiri kurang pasti. Nampak sangat aku nie tadak azam. Ehh..ehh..ada ada. Tamau la reveal! Malu akak! Hehehe. While chit chat with Zati! Aku curi masa sket nak blogging! Indahnya beraya di desa. Lalalala. Malam nie mood aku agak jiwangs. Aku mendengar lagu-lagu jiwa Kak Mariah Karey tue. Ohhh!! Enaknya tinga aku iniew. Plus lagu Hinder-Without You amat menggetarkan nafasku. Chehh. Gila perasan. Sapa yang aku nak angankan sedangkan aku tiada siapa dalam hati. Yang ada hanyalah Si Dia yang berjiwa lembut. Hahaha. Sapakah iteww? Gedixx dah nie. Ok OK. Serious! Tadak siapa. Full stop.

Kenangan Terindah.
Ini kan lagu Samsons. Hahaha. Mengingatkan lagu nie, teringat aku pada drama "Futsal..I'm in Love". Bongeks la drama nie. Nak termuntah aku tengok. Tapi yang buat drama sengal nie aku, Zati and 6 orang lagi yang tak perlu aku nyatakan di sini. Dalam drama sengal nie, ada banyak aksi 18SX. Ohhh. Aku tamau ingat lagi drama iniew! Zati, I love to see while you playing with the ball. Hehehe. Kalau di beri pilihan antara 1 million dengan drama ini. For sure aku pilih 1 million. Hahaha. Leh beli barang yang aku idamkan. Seriously drama nie awal-awal lagi dah kena kutuks dengan En. Nizam! Tak suka drama cinta kununs, tapi drama yang memenangi hatinya jua drama cinta! Encik Biased!! Demmmmmn!
Oh ya. Dalam team nie ada sorang jejaka! Oh. Amat sakit hati aku dengan jejaka iniew. Kenapalah hang nie macam nie. Ok Yani. Tak baik kutuksking orang di malam Jumaat yang di rahmati-NYA ini. Fullstop!

Aku sedang memakai mask Cik Lulup nie. Cik Lulup tamau, dia sedekah kat aku. Aku pernah berkata kat dia. "Kalau muka I kuning siap mung". Cik Lulup membalas. Oh...aku tak ingat apa balasanya. Maafkan aku. Tapi aku rasa time pakai mask kunyit nie, jururawat aku kucut la. I liokee!

Al-kisah.
Aku kepingin jam tangan Paris Hilton Auto Watch. Harganya dah ok bg aku. It will delivery from States. Since aku bersama-sama Cik Zai mengukur diameternya. Finally I have to say no. Because that watch case diameter is 36mm. Gila penuh gelangan tangan aku dengan jam tue. Interface memang too mechanical for me, but only that watch make me stop to browse the other watch. OK. ok. I'll follow what Cik Lulup cakap, better aku walk in sendiri kat kedai jam. Letak kat tangan aku sesuai ka dak. Idaman aku dalam list is Fossil. Lalalala. Duit! Datanglah padaku. Beriban-riban.

Katil dan Almari.
Ohyes!! Weekend nie akan aku isikan dengan gumbiranya. Aku nak hunting for katil and almari since baju aku la nie mostly aku hang it. Mak aku dah lama suh beli. Cuma bulan nie ada rezeki lebeh. Aku nak beli la. IKEA? Maaaakk datuk! Sini mana ada IKEA. Ntah la. Aku akan cari yang cantik, tahan, berkualiti and semestinya MURAH!! Yeayy!!!! Agenda weekend nie juga aku nak ke rumah Kak Sobah, nak tengok Baby Zafran! Aku nak snap picture dia la. Tengok picture dia from Kak Sob's hp, makk aii...pipi jatuh! banyaknya isis dia. Hehehe. Nak kena bali hadiah gak kat baby nie. Nak beli apo eh? Think. Think.

No water!
Vunguks la. Ayaq tadak. Pepagi tadi aku separuh gila calling and msging Cik Zai pasal ayaq. Luckily umahnya ada orang. Aku mandi umah Cik Zai. Thanks ya!!! Malam nie aku gedix cuci baju and all. Hopefully air nie takkan stop begitew sahaja la. MALAS la nak ke sana ke sini.

Ok semua! Selamat berhari Jumaat! Aku pun suka! Weeeekeenddderrs!!! Ada rezeki this Sunday aku nak p Sunway la. Ajak Aiman tengok movie pun best gaks nie. Lalala.