Nuffnang

Monday, October 19, 2009

~ 3 days ago ~


Assalamualaikum all,

Waah...dah 3days aku tak mengepost any entry ya. Iya. Aku berada di luar liputan blogging selama itew. Aku bersama orang orang-orang penting dalm hidup. Bersama ayahanda, bonda, adinda ku yang kayooo. Ohh.. Aku amat sedey balik rumah this time. Seturunnya aku dari bus [iya. kali nie aku menunggangi bus ke kampung halaman], menapak kaki ke rumah. Berhenti tandanya aku dah sampai ke pintu gerbang rumah aku [hehe. tak la. pagar rumah ja]. Then aku nampak ayah aku cuci aquarium besaq itew. Then rupanya. My last parrot i ever have gone already. Kenapa Golden Parrot aku pun mati? Kenapa? Mungkin ikan-ikan iniew dah kurang mendapat kasih sayang aku since aku dah lama tak layan plus bagi depa makan plus bermain-main dari cermin plus aku jarang merenung tajam opps bukan merenung masa depan depa dan aku. Mungkin depa dah merajuk dengan aku yang seakan tidak menghargai depa lagi. Oh Golden Parrots, tahukah kamu? [Waa..mcm ala-ala dalam TV IQ lak gayanya] bahawa aku amat menyanyangi kamu semua. Tidak nampakkah air mata aku berjuraian tatkala melihat kamu mati last Ramadhan in 1996. Aku tidak sahur kerana kemtian kamu lantas siang harinya terus ayah and bgcik aku kami ke kedai ikan. Membeli kamu yang sama [ Waa. Bugget sama ja perassan The Golden Parrots]. Kematian kamu yang lepas aku 200% salahkan pekerja wirering kat rumah aku time umah aku itew di renovate. Binggok!! Aku salahkan kamu. Sedeynya. Di sini aku nak bgtau, aku memang suka "ikan" tapi aku sangat cintakan the real fish. Hehe. Jangan marah ehh. Aku betul-betul sayangkan ikan seumur hidup aku. Skang nie hanya ada ikan bandaran ja dalam aquarium umah aku itew. Ikan bandaran nak buat apa? Dia bukan nak main-main ngan aku kalau aku duk lari-larikan jari jemari aku yang mulus nie di cermin aquarium itew. Dia tadak perasaan sama sekali pada jemari aku yang runcing iniew. [SEDEY!]

Mana satu AKU? Motif gambar adalah sekadar suka suki aku la!!

Baik. Mari bergembira.
Last Saturday, aku sampai rumah around 11.30am then apa lagi. Cari makanan la. Haha. Lapaq gila. Aku minum yogurt ja dalam bus. Tue pun aku nak terkucil dah. Tahan beb. Kalau dapat batu karang[Nauzubillahiminzalik], aku salahkan bus itew yang tamau stop kat mana-mana tol. [Gila apo]. Tapi tak salah kan nak stop for 15mins since the bus took off from Buterworth to Kangar. Batu buntpoto aku tau. Hahaha. The best thing is aku naik bus doubledekker. Yeayy! 1t time aku naik. Dalam hati gila merodak nak duk tingkat atas, tapi mat bangla tue lak tercongok kat situ so aku cancel la nak naik atas. Aku duk bawah ja la. Takpo next time aku nak naik atas lak. Hehehe. Mak aku duk prepare nasi ayam untuk kawan-kawan adik aku yang nak datang satgi. Ikans!!!! Tapi ikans muda. Tak layan aku ikan ribena nie. Then mak aku offer macam-macam makanan. Iyalah. Aku lapaq la sangat. Then makan alas perut co satgi nak p 3 KENDURI KAWEN! Aku ulang kenduri kawen. Sekali lagi aku ulang KENDURI KAWEN!!! Taniah pada pengantin. Aku hanya dapat tengok 2 pengantin ja. Rumah pertama aku p tue, pengantin tak sampai lagi. Tak apa. Aku tadak hati pun nak tengok. Aku bawak camera tapi aku just nak snap pict kawan aku kawen ja. Yang lagi 2 rumah tue rumah kawan mak ayah aku ja. Aku tak kenal. Haaa. Nasib baik ada lauk ayam. Kalau tak, tak berselera la aku makan. Daging pun ada. Tapi aku amik 2 3 ketul ja. Ayam lak coz kecik2 potongannya aku amik 6 7 ketul. Gila banyak. Orang pandang ja pinggang aku. Haaaahh!! Lantaklah. Hangpa tau apa. AKu naik bus penat-penat. Lapaqq wooo.. Hehehe. Gila ke8i aku nie. Hehe. Nie kes kenduri pertama. Kes kenduri kedua lak. Aku dah kenyang ratah ayam tadi so aku tak makan. Aku just makan bubur kacang ja. Ada makcik tue cakap sedap. Tapi aku makan, tak sedap pun. Dah la pekat. DEyyy..Ingat nie apa ka? Bagi la caiqq sket.[ Pandai lak aku kutuks masakan orang. Kalau orang makan bubur kacang aku, ntah-ntah siap leh potong-potong macam kek kacang agaknya. Hehe. Tak baik tau kutuks masakan orang. Mak tak pernah ajar mcm tue pong] Maafkan aku ya. Then kenduri ke3 dimana kawan sekolah rendah aku yang kawen. Taniah Hilmi and Wife. Seomoga kalian berbahagia. Betul. Aku tak makan nasi tapi ada sayoq rebung! Mana leh tolak bebsss! Aku amik letak dalam mangkuk and aku ratah ja. Hehehe Sedap. Lepas tue jumpa kawan aku and sampaikan salam-salam kawan-kawan yang tak dapat hadir. Mari tengok Helmi dan Wife dia. Then aku, mak and ayah balik ke rumah since ayah nak kena keja kul 4pm.
Taniah Helmi! Semoga Berbahagia selamanya!
Malamnya aku mengisi dengan menonton tv ja plus sudoku disebelah aku. Mak ke rumah kawan ayah aku since dia buat kenduri tahlil and adik aku lak p rumah kawan dia yang setaman aku. Ada bakar satay katanya. Tapi hampeh aku order 10 cucuk dimana 5 ayam and 5 daging pun tak sampai ke rumah. Dia makan awal-awal lagi. Teoookkkk!!! Kempunan aku. Hehehe. Saja ja gedixx. Then before he went to his friend's house, kami buat experimen dapur baru mak aku. Waaa. Terujanya aku. High class mak ayah aku la nie. Waaa.. TERASA rumah aku dh berteknologi tinggi sesuai la dengan aku yang duk Hi-Tech area la nie. Hehe. Aku dah tengok dapur letrik mak aku. Memenag super duper bagus la. Plus tengok periuk belanga yang shining sampai bersilau mata aku. Hehehe. Waaaa. Periouk punya la banyak. Mau rajin ngan tak rajin ja. Selepas itew aku try kerusi urut gintel! Weiii. Sakit gila kaki aku. Best la sket. Sket ja.

Pepagi Ahad aku awal-awal lagi dah ke market dengan mak aku. Then balik umah terus aku breakfast and then aku tertidoq time tengok Tom & Jerry Show. Ngantukks weii! Then hari tue ada kursus mandi jenazah kat surau umah aku. Mak ayah aku turut serta aku ja duk umah. Hehe. Teruks benorr makhluk ini. AKu tengok melodi then kul 1.30pm baru la ke surau coz nak amik nasi. Hehe. Then petangnya aku melepas pantais. Tengok kereta-kereta ikan yang tersadai. Benci! Ada pompuan di sebelah ikans! So punah impian dan harapan aku petang itew. Then before mentari berlalu pergi aku dah sampai rumah berserta temanku itew. Iya. Kami naik Persona SE Brilliant Red. Yeaahh!!!
Malamnya aku tidoq~~

Panorama Kuala Perlis

Isnin siang dah. Then aku bangun solat subuh and i've decide to sleep back and wake up at 9.30am. Then ting tong ting tong. Aku p pejabat post mesia to renew my license. Then get ready nak balik Kulim. Heeeiishh! Tak bestnya. Sat ja cuti aku dah habeh. Bila lah leh balik lagi kan. InsyaALLAH end of this month. Yeaayyy!!!

Ok all..Enjoy la masakan aku bersama mak aku pada Isnin itew. Aku memang super duper hebacck masak nie. Lihatlah so many dishes. AKu yang memasaknya tao. Mari pandang-pandang jeling-jeling.

Besaqnya udang. Ayah aku p tangkap sendiri tau.
My fav dish. Mak aku memang super duper teror masak asam pedas utara!! OhyesMacam biasa aku tak suka bangat sambal belacan even semua orang cakap mak aku terror dalam buat sambal belacan and air asam. And jangan tak tau KAMI ADALAH PENGUSAHA BELACAN SEANTERO KUALA JERLUN! oHYES!!Terung bakar kegemaran mak ayah aku. Tidak bagi aku, adik,bgchik and akak.Nasi Tomato - Jiran aku bagi. Thanks Cik Tie. Lamo tak makan Cik Tie masak nie.Overall dishes hari itew. Ada gulai ikan tue Mak Ah yang bg. Meriahnya jiran tetangga aku. Kami masih berkongsi makanan tengahari dan tidak hanya di bulan ramadhan sahaja. Sodapnya!! Pandai aku masak! eH EH..silap..mere mummy heeii! Sedapnya Makkk!!

p/s: Ayah aku ada tanya bila nak bawa balik Merlin, aku hanya mampu geleng kepala selagi Mem Besaq tak bg green light. Tapi balik rumah kali nie Mem Besaq sokmo suh aku drive cuma jiwa aku ja tak terasanak drive. Jiwa tersedu!
Credit to: Kak Pah oh Bintang. Thank dear for picture taken at beach. Ohyes. I'm beach girl!

No comments: