Nuffnang

Wednesday, November 4, 2009

~ Utusan Malaysia 4 November 2009 / 16 Zulkaedah 1430 ~

Belajar di satu sekolah - Tun M
KUALA LUMPUR 3 Nov. - "Untuk menjadi bangsa Malaysia, sekurang- kurangnya belajarlah untuk pergi ke sekolah yang sama." Itulah luahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan cadangan mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, masyarakat pelbagai kaum di negara ini diberikan begitu banyak kebebasan dan menikmati kadar toleransi yang amat tinggi terutama daripada masyarakat Melayu.

"Di Filipina, jangan harap hendak ada sekolah Cina atau India. Di Indonesia pun jangan harap, di Thailand belajar guna bahasa Thailand, nama pun kena tukar, di sini semuanya bebas, tetapi paling kurang pergilah ke sekolah yang sama," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pertunjukan seni Rhythm of the 21st Century - Monologues of Raja Shahriman.

Beliau mengulas cadangan agar sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan di negara ini.

Kata Dr. Mahathir, beliau merupakan pemimpin yang pernah mencadangkan penubuhan Sekolah Wawasan yang mengekalkan semua ciri-ciri sekolah pelbagai aliran tetapi hanya berkongsi kemudahan sekolah sahaja secara bersama.

Namun, cadangan itu pun ditolak sepenuhnya.

Masalahnya kata beliau, ia berpunca daripada golongan pendidik Cina yang mahu menjadikan pendidikan aliran mereka umpama di negara China.

Katanya, golongan pendidik Cina kalau boleh tidak mahu anak-anak Cina bersentuh pun anak-anak kaum lain terutama Melayu.

"Tidak ada negara di dunia ini yang mengamalkan sistem tiga aliran," katanya.

Beliau juga menyatakan sokongan padu terhadap cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran berkenaan kerana perpaduan yang terbaik akan hanya dapat dibentuk melalui pendidikan.


Petikan nie aku amik dari Utusan Malaysia sepertimana aku dah nyatakan pada tajuk di atas bila. Bukan sebab ada nama aku dalam artikel nie. Tapi aku setuju kalau belajar dengan satu sekolah. Maksud aku satu sekolah semua ada kat situ. Ada Melayu, Cina, India dan sukukaum yang lain. Dari sini la kita boleh pupuk semangat kerjasama sesama pelajar, nak pupuk semangat perpaduan. Dari sini pelajar dapat bercampu gaul bukan nak couples ja tau! Iya. Memang betoi. Aku yang sekolah semua kaum majoriti ada pun memang tetap ada racist gak. Tapi class aku dulu ok sangat. Chinese student class aku sangat memberi kerjasama. Tue yang besh!! Apa-pa pun aku sokong sekolah gini and tak pula aku nak kutuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India juga. TAPI apa salahnya kita nak 1 MALAYSIA 1 SEKOLAH. Kan. Tapi bagaimana lak ngan sekolah kluster. Sekolah pompuan-pompuan, sekolah lelaki-lelaki. Memasing ada kelebehiannya. Tapi sekolah campur nie best bagii aku since aku tak penah sekolah kluster. Perpaduan penting coz tamau la ada jurang sesama pelajar. Lagi suka kalau semua bangsa berjaya sama-sama. Tadak nak pilih kulit. Di sini akah eujud persaingan yang sihat. Tapi jangan lak ada dengki-mendengki. Tak guna la nak implement konsep 1 SEKOLAH 1 MALAYSIA nie. Aku suka tengok keadaan sekolah kat luar negara. Kak aziyah penah story kat aku, kat Germany ada sekolah Tadika yang langsung tadak class and all the student learn from anyhting sekitar sekolah ja. Bukankah ituew baik. Belajar pasal pokok, pasir. HEHEHE. Plus leh mancing sapa-sapa yang lalu-lalang kat main road tue. Hahaa. Songsang dah aku nie. Ini semua adalah penadangan aku saja. No right no wrong. Apa kata hangpa semua?

Credit photo to: _mejastudy [Flickr]

6 comments:

z@ti said...

saya menyokong 100% akan kata2 Tun untuk menyatukan semua skolah2 kt mesia ni menjadi 1..means xde dah skolah cina india tamil arab lagi dah...semuanya dlm satu skolah..nape nak asing2? kan ke lg bagus semua subjek diajar dlm satu skolah..adalah tidak adil org cina dan india shj tau berbahasa melayu ttp melayu? melayu juga harus tau menggunakan bahasa kaum lain..oleh yg demikian tuan pengerusi majlis, skali lg sy menyokong usaha 1Sekolah 1Mesia..tap tap tap

Yani said...

Zati betul tue.. Nak la juga belajar Bahasa Mandarin, Hokkien, Tamil kan. At least kita faham semua bahasa nie. Baru lah rockss!! Zati tingat tak time kita jadi observer royal debate kat UKM and UIA dulu. Hahaha. Lawak kan kita...hearrr hearr hearR!!!! Ketuks meja!!

.:Miss Amy:. said...

tu ar..sometime nama je Malaysian. ckp dalam bahasa malaysia cm haram.

Yani said...

Cik Aimi!
Kalau tidak masakan memanggil Azima dengan Ajima! Hahaha

Faizal Reza said...

Erk, skolah kluster bkn mksd skolah asing2 laki ngan pompuan..skola mngh aku dl pon br jek naek taraf drpd kluster, naek ker skola berprestasi tggi taun nie...hahaha mcm name enjin da plak..vromm vroom!! ;op

Tp aku sokong skola satu aliran jekk,idop TUN!hakhak

Yani said...

Bila masak si Faizal nie ada bloging nie...bak llink hang!