Nuffnang

Tuesday, March 16, 2010

~ 16 March 2010 ~

Assalamualaikum....

Lamanya tak hapdet. Bukan busy sangat cuma masa tak mengizinkan. Wakakaka.. Duk bersuka-ria di kampung halaman nan indah. Waaa..aku balik Perlis sat saja duit aku melambong-lambong habeh. Di tambah seronok kerna aku kena saman tatkala Waktu Maghrib. Menarik bukan? Lebeh menarik, kawan ayah aku sendiri yang saman. I love you Pakcik!! Really. Pakcik ada anak lelaki tak? Yang single? Baiklah pakcik, ayah sy sudah slow talk dengan pakcik kan. Siaplah pakcik lepas nie. Sure ayah saya akan saman anak-anak pakcik pula lepas nie. Mana mungkin saya akan membiarkan ayah saya sewenang-wenangnya melepaskan anak-anak pakcik. Yaa!!! Saya suka menjadi sebegini sebabnya! My merlin tidak menghalang perjalanan benyak mana pun [but still halang dalam sejengkal ja].

Adik: Ayah berapa kakak kena bayaq nie ayah?
Ayah: 300.
Adik: Tuee diaaaa..
Aku yang dalam hati nie sangatlah susah hari. Adoi.. Duit aku bagaikan duitt..
Then kami sembang-sembang lagi.

Adik: Ayah berapa kakak kena bayaq?
Ayah: 150.
Ayah aku menjawab dengan serious.

Kami sembang-sembang lagi. Mak bising-bising. Hehehe. Aku rasa masa tue, rasa macam mak aku duk menyanyi ja kat aku. Lagunya adalah: Dondang Sayang.

Adik: Ayah berapa kakak kena bayaq:
Ayah: 70.
Adik: Awat makin turun, awat tak habaq 3ribu.
Aku: Hoiiit! Pasai pa lak?

Then ayah aku grap his hphone call number tertera.

Ayah: Assalamualaikum. Tengah keja ka?
Pakcik Saman: Ya [aku tak sure apa pakcik saman nie jawab]
Ayah: Tadi ada saman KCN 9126?
Pakcik Saman: Ya [again aku tak tau pa dia]
Ayah: bla bla blaa...blaaaaaaaaaa
Pakcik Saman: Blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahakkkkk
Ayah: Roger!

Ntah apa depa sembang aku pun tatau. Well last weekend, aku p makan kenduri 5 buah rumah kenduri. Seronok semuanyaa!!! Aku enjoy dapat jumpa Layern yang dah 10thn tak jumpa. Last jumpa time amik result SPM. Hehehe. So perasaan adalah sangat seronok. Bercakap pasal result SPM, ada sorang cousin aku yang amik SPM, lelaki. Ermmmm result adalah cukup makan. Tahun depan adik aku lak yang nak amik result SPM, tahun nie amik SPM. Pulun la Fuad oitt!

Tadi aku tengok Buletin Utama.
Kesian aku tengok penduduk Palestin. Israel laknat!! Aku tak dapat bayangkan kalau aku ada di sana. Nak kuar rumah pun takut. Nak kuar keja pun takut. Senjata, bomb di sana sini. Ya ALLAH, Selamatkanlah Bumi Palestin. Ya ALLAH, aku bersyukur aku tinggal di bumi Malaysia. Jadi aku merayu pada rakyat Malaysia, bersatu hati la. Marilah kita buat segalanya dengan baik tanpa ada apa-apa niat yang tidak baik. Rasanya kalau ada anak-anak Palestine yang nak jadi adopted child, aku nak suruh mak ayah aku amik sorang la. Tapi perempuan la. Leh jadi gengs aku. Seriyes niee. Syukurr. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada la nie. Betoi kata mak. Kita dapat yang ini, mungkin yang itew kita lewat sikit. InsyaALLAH akan dapat juga. Berdoa banyak-banyak.

Jangan di ucap selamat tinggal. Tetiba aku terkenang lagu nie. Kenapa aku teringat kat dia masa nie? Kenapa dia yang ada dalam kepala aku nie? Ermmm...tarikh nie. Dulu ada janji-janji tin kosong, tapi kini semuanya dah hilang. Aku malas nak ingat lagi tapi ntah kenapa malam nie aku teringat sangat. Aku bersyukur aku tak bersama dia, aku doakan dia ketemu dengan orang yang lebeh baik untuk dia. Dia enggang, aku pipit yang chomel. Hehehe. Hisshhh! Yani nak meluah perasaan lak. Inilah maksud tarikh ini.

Lunch tadi aku ada sembang-sembang dengan Zana, pasal kawan kami yang sorang nie. Baru ja kneduri kawen last Saturday. Tak faham pasai apa nak tipu kawan-kawan? Seronok eh? Pasai apa hang nak tipu kami Syed oiiitt! AKu dah explore habeh friendster wife hang tue. Memang terbentang elok info kat situ. Tak sangka aku hang sanggup tipu kawan-kawan semata-mata nak sedapkan diri hang! Nak banggi diri hang! Dah laaa weii..Hang buat macam kita baru kenai kemarin. Dah la. Kot mana pun nak jumpa juga kat Simpang 4 tue. Pi mai Pi mai tang tu jugak weiiis.

Nampaknya keadaan aku malam nie penuh dengan emosi yang tak tenteram. Marilah sesama kita tidoq awai. Aku juga tekanan jiwa nie. Kawan-kawan ohh kawan-kawan.....

No comments: