Nuffnang

Friday, April 30, 2010

~ Tamatlah Purnama 4 ~

Assalamualaikum...

HARI INI HARI JUMAAT. HARI INI BAKAL PULANG KE KAMPUNG HALAMAN NAN INDAH. HARI SEMALAM GAJI MASUK. HARI SEMALAM JUGA TENGOK IRON MAN BERSAMA HOUSEMATE MAS AND TEMAN SEPERJALANAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN CIK ZAI. HARI SEMALAM JUGA BERGELAK KETAWA. HARI SEMALAM JUGA KAK SOBAH CAKAP "YANI DAH TADAK DUIT DALAM TANGAN KA?". HARI SEMALAM JUGA MAKAN KAT KEDAI ALIBAP DIMANA BIHUN GORENG AKU TADAK AYAM OR DAGING DIMANA HANYA TELOR AYAM SEMATA-MATA PLUS BIHUN GORENG AKU LANGSUNG TAK PEDAS. AKU SUKA. HARI SEMALAM JUGA SERONOK TENGOK DUIT DALAM BANK YANG AGAK LEBEH SEDIKIT DARI BULAN-BULAN BIASA. SYUKUR ALMAHMDULILLAH. HARI SEMALAM AKU SHOPING KAT BODYSHOP. ITU JA AKU MAMPU. TUE PUN SEBAB COMPACT POWDER AKU SINCE AKU PRACTICAL DAH HABEH, NEED TO BUY THE NEW ONE. HARI SEMALAM JUGA AKU TENGOK SAMARINDA. AKU DAN MAS BUDGET MALAM TADI DAH LAST EPISODE. SEKALI ADA TULIS SAMBUNGAN. YA. HARI INI AKU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BERSAMA-SAMA FAIRUZ. NAIK SATRIA NEO CPS. HARI INI AKU TERINGIN NAK KOMEN PASAL IRON MAN 2. SANGATLAH BESH! AKU RASA RUGI LAK TAK TENGOK IRON MAN 1. AKU AKAN TENGOK SINCE MAS ADA COPY IRON MAN 1. YEAYY! ADA DAK COPY TONY STARK KAT MALAYSIA NIE. KAYA, JUTAWAN, HARTAMAN. INI BARU SUPERHERO YANG SERONOK! THIS IS A GREAT MOVIEEEE. =)))


HARI INI DALAM SEJARAH. AKU TRACK SOMEONE. WAKAKAKA. LAWOKK!

HARI INI HARI TERAKHIR BEKERJA DALAM MINGGU INI. HARI BESOK ADA HARI PEKERJA. AKU SELAKU PEKERJA YANG TEKUN, AKU SANGAT GEMBIRA. BESOK ADALAH HARI AKU JUGA. YEAY!!


KEPADA KEKAWAN TERINDAH AKU, SELAMAT HARI BEKERJA YA KEKAWAN. SEMOGA BANYAK HAK-HAK KITA AKAN TERBELA. AKU NAK PERASAAN GEMBIRA SEMASA BEKERJA. DIMANA BOLEH AKU MEMBELINYA?

HAPPY WEEKENDERSSS ALL....HAVE A SAFE JOURNEY ON THE ROAD! TO THOSE WHO WANT TO SPENT THEIR MONEY ONT HIS WEEKEND, ENJOICE YA! I ALREADY HAD MINE LAST NIGHT!!
ASSALAMUALAIKUM AND SEE YA NEXT MONTH ON MAY!!

PHOTO CREDIT TO: kertoon FLICKR
PHOTO CREDIT TO: Movie Mania FLICKR

Wednesday, April 28, 2010

~ Oppps! Sorry Makngah Nani ~

"Zum Geburtstag viel Glück!
Zum Geburtstag viel Glück!
Zum Geburtstag liebe ... Makngah Nani...
Zum Geburtstag viel Glück!"

Konon-konon since keja dengan company Dutch nie, amik ala-ala version depa. Sesungguhnya aku lupa nak wish kat sini Makngah Nani. Aku pun tatau apa yang aku ingatkan, pikirkan. Tapi malam tue kita dah sakan sembangkan. So many topic we talking about and of course the hottest one. Lalalala...

Ala-ala kamu Makngah Nani
Sempena umur yang muda belia ini, aku selaku kawan baik suka hati sekali mengucapkan Happy Birthay dear! May all your dreams come true.

Cuteeeeenya!
Tak sabar nak jumpa hang on Uzi's wedding this coming May. Yeay!! Time tue aku leh pow barang sekupang dua dari hang kan? Yummmy!!!!


Photo credited to: Rn ~'
Photo credited to: -Poison Girl-

Monday, April 26, 2010

~ memang untung ~

aku nak cakap sikit ja...

untung menjadi disayangi oleh orang lain lebeh dari orang lain...

ada paham ka?

Friday, April 23, 2010

~ ..... ~

Bunyi kipas berpusing.
Garu kepala.
Perut lapar.
Minum air kosong.
Rambut beralun-alun.
Sisir rambut dengan kemas.
Terasa sakit dada.
Ohhhh..
Garu telinga.
Capai cotton buds.
Bukak penutup.
Amik 1 cotton buds.
Korek telinga.
Uiishhh. Sedap. Gatal hilang.
Garu bawah mata kanan.
Gatal bawah bibir.
Uissh. Mungkin resdung.
Capai hphone.
Nobody sms.
Diammmmm sat.
Tengok bantal.
Tengok baju dalam bakul.
Termenung ngadap screen.
Letak kedua belah tapak tangan di tepi kepala.
Haiiishhhh..nasib diri.
Pikir ke Jitra besok.
Macam mana?
Dari Kulim ke SP?
Kulim ke AS?
Pening....
Mulakan percaturan.
Buntu!
Hampeh!!!
Alangkah indahnya aku di Dubai tatkala ini.
Merepek!
Sengal!
Oh semangat yang hilang, kembalilah!
Tengok YM.
Boring.
Tengok Skype.
Kosong.
Ubah posisi duduk.
Menongkah dagu dengan lutut.
Tak sopan?
Angkat dagu.
Rasa selesa.
Ermmm.
Mau membeli tudung chiffon!!

Yeayy!!!

Monday, April 19, 2010

~ Gerek ke sekolah ~

Assalamualaikum...

Gerek? Tau dak apa tue gerek? Tatau?? Hahaha.. sapa orang utara sure tau gerek tue apa. Kat Utara nie Gerek banyak orang guna. [1] Gerek = Basikal [2] Gula gerek = gula melaka. So far itu saja lah yang ada perkataan GEREK. Actually apa yang membuatkan aku teringat kisah gerek nie sebab last yesterday, mum ask my dad to repair her's gerek. Kata mak aku gerek tue dah pancat [pancit] sebab ada anak jiran aku yang badan semangat tue suka pinjam. Thus, mak aku patah kaki sebab gerek kesayangan dia rosak. Yaa. Mak aku tak leh bawak moto apatah lagi drive keto, thus gerek la menjadi kenderaan utama mak aku nak ke market ka, ke pasar tadi ka, nak ke Nat ka. Sure mak-mak hangpa[kamu semua] tak naik gerek dah ka? Tapi itulah mak aku. Heheehe. Kalau balik rumah, aku pun suka naik gerek. Semangat bukan? Bila mak aku cakap pasal gerek, teringat aku kisah aku naik gerek dulu-dulu. Zaman aku p sekolah dulu. Pepagi Ya, akan mai tunggu aku kat depan rumah then kami sama-sama beghemba [beriringan] ke sekolah. Seronokkk! Kayuh gerek slow motion ja. Hahaha. Dulu nak p sekolah pun dah kureeng semangat bukan apa, kami nak menghirup udara segala dalam perjalanan tue. Bau embun yang masih segar...adoi....seronoknya!! Sampai ja sekolah, parking gerek and of course we can see our gerek from class sebab tak jauh pong. Then tunggu ja masa nak balik rumah.


Paling seronok main congkak sokmo aku kena tipu dengan abang-abang aku. Depa suka main kecoh [tipu] sebab tue depa menang. Tapi kalau depa main dengan ayah, tau takut...sure ayah menang. Yeay!! Seronok kan!!

Aku ada satu gerek warna purple dulu. Itulah gerek pertama aku sebab before that kalau ada gerek pun, aku inherits it from both of my brothers. TAPI tak kisah pun. Zaman dulu-dulu BMX la, then Lerun pun ada. Aku punya gerek mini la. Yang paling best, aku leh naik Lerun dulu dari Bgcik aku. Nampak sangat aku nie aggressive masa kecik-kecik dulu. Tapi kalau panjat pokok, aku pun sama naik dengan abg-abg aku dulu. Wakaka. Kalau ayah buat senapang or pistol, sure untuk aku pun akan ada sekali. Dari kecik aku dah terdedah dengan dunia kanak-kanak lelaki. Main Polis sentry, main panjat-panjat pokok mempelam, galah panjang, tuju kasut [kasut disusun bentuk segitiga/piramid], main cucu-cucu [nenek-neke si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada. Nenek ku kawen dengan anak raja. Cucu-cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti..main teka-teka], batu tujuh [batu seremban..yang nie aku suka main ngan abang-abang aku. Sokmo aku menang sebab tangan depa keras], main pegang [lawan-lawan tukaq tiang then ada sorang kat tengah yang akan monitor. Sapa yang masa sesi nak tukaq tiang tue, then orang tengah tue dapat sentuh dia, maka dia kena la ganti orang tengah tue. Selalunya main dalam 6 tiang]. Seronoknya!
badminton. Seronoknya! Aku penah dulu naik gerek dengan abgchik aku. Bgcik carry aku duk belakang. Aku berdiri tempat passenger belakang tue, then kami cross titi kecik. Then aku berdiri aku lepas tangan, meaning aku tak pegang bahu bgcik aku. Then seronok la duk atas titi, tup-tup nampak di jalanraya. Ada polis sorang bawak moto, ada misai then polis tue stop moto dan panggil kami berdua. Ketaq weii. Polis tue arah suruh balik rumah. Balik ja petang tue, polis itew belanja kami sorang serotan kat tapak tangan. Wakaka. Polis yang dimaksudkan adalah Sarjan Ahmad a.k.a ayah aku. Hahahahaa... Then malam tue, ayah masuk bilik actually bilik tue bilik Arwah Bgchaq dengan Bgcik, tapi aku seperti biasa akan kacau depa study. Tapi masa tue aku dah darjah 2 kot. Then ayah check tangan memasing. Then ayah sapu minyak. Nakaiiii nya aku. Selalunya aku akan bermain-main dengan Bgcik. Aku join group bgcik sebab Arwah ada geng dia sendiri. Tapi kalau main tuju kasut pastinya aku akan masuk geng Arwah sebab kalau ke geng dengan orang-orang besaq, tak la kena tuju bola kuat-kuat. Selalunya team kami akan menang. Main memang tak ingat dunia. Main sampai ke Maghrib. Masa zaman aku dulu mengaji Al-Quran after balik sekolah. So memalam kena study or leh tengok TV kalau semua dah siap.

Zaman dah berUbah, cara hidup pun dah berubah. Dulu kalau nak main-main tak payah nak beli apa-a[a sangat, la nie kalau nak main bowling, futsal, game coin semua kena keluaqkan duit. Dulu banyak permainan boleh dimainkan sesama adik beradik. Untuk aku, kalau nak main masak-masak kena la cari geng perempuan. Main anak patung. Adaa wooooooo... Aku rindukan zaman kanak-kanak aku. Tolonggg....

Photo credit to: empTV [flickr] - Basikal biru
Photo credit to: pak alang [flickr] - Tuju kasut
Photo credit to: Ismah Mansurah [flickr] - Galah panjang
Photo credit to: helmi03 [flickr] - Bermain congkak

Friday, April 16, 2010

~ Congratulation Cik Zai on your E-Day ~

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Assalamualaikum friends,
Bila aku rasa sedey, pastinya aku akan nyanyi lagi nie dalam hati. Rasa sedey tue hilang sat. Legaa. Sungguhpun begitu….aku senyum hari nie sebab…it’s Friday peeps…Lalalaa..alalalalala….AKu balik Perlis lagi this weekend. Ada dua event. Satu sebab Wan aku balik dari umrah then kami akan menjemput Wan aku di Penang Airport on Saturday noon. On Sunday Zai’s engagement day. Tapi aku tadak baju putih, thus aku akan pakai apa saja baju yang aku ada. Maafkan sy Cik Zai. Kamu kawen nanti sy pasti mengikut tema ya.

Malam tadi makan nasi beriani kat Kg Pelet lagi. This time a bit frustrated because my beriani. I decided to eat beriani daging lembu and request to waitress that I want part yang ada daging, takmo tulang belulang. Then she replied me, “Ikut nasib la adik” ermm…memang unlucky me. Aku dapat part urat-urat. Aku rasa mcm serik nak makan situ lagi. Or nextime try western food kan. Why not...yups...will try for next visit. Oh ya…kami ke situ sebab nak celebrate birthday Mas..housemate baru aku. Hehehe. Nina pun buat surprise kat Mas, kami subscribe Star World # then kami leh tengok GLEE and AI2010. Yeayy!!

Internet stealing
Wakakaa…pencuri tegar! Aku dan housemate aku suka ja mencuri line internet yang mana jiran kami yang baik hati tak letak password. Seronoknya memalam kami menggunakan internet dia. Ada my good fren siap nak ajaq aku lagi buat perkara tak sepatutnya. Wakakaa...tapi tak buat la...Kawan aku tue risau saham dia naik coz ajaq aku buat benda-benda mcm tue. Hahaha. Tau takut nooo. Aku harap dia tak kisah kot kalau time dia browsing tue, a bit slow. Hehe. Haiish…bila la streamyx aku nak OK nie? Maybe need to adjust some setting from modem. Will ask Botman’s help la.

Ok laa….get ready nak balik Perlis dah nie. Haaiishh every week balik Perlis nie, gena nak menabung barang sekupang dua nie? Yeeehaaa!!!
Have a nice weekend friends. Do take care and have a safe journey on the road ya. Appreciate your love ones. Balik nie aku leh makan kurma, minum air Zam-Zam..untung-untung ada tudung Mekah barang sehelai dua. Tamak gila nak dua. Syukur..aku harap doa Wan aku akan dimakbulkan. Ehemmm eheemm…

Kepada Cik Zai,
Congratulation on you engagement day. This day promise will continuing with w-day pula kan. I'm really sure that you will look gojes on that day. InsyaALLAH. Looking forward on your w-day. Yeayy!!!

Have a nice weekend!
Assalamualaikum…

Credit to: Raj1973 [flickr]
Credit to: http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Senyum.html

Tuesday, April 6, 2010

~ Ohhh Streamyx! ~

Dah masuk April 6 pun nie. Tenet aku masih tak on. Tapi tak apa lah. Sabaq ja la. Aku nak call lagi la hari nie.

Last weekend balik Perlis, Simpang Empat. Ahadnya ada majlis kenduri kesyukuran kat umah Wan side ayah. Atas keberangkatan Wan aku nak menunaikan umrah plus untuk Chu aku yang akan ke Lubnan selama 9 months. Cakap pasal kenduri, teringat aku masa kenduri dulu. Buat kat rumah Chu aku kat SP. Then ramai laa 'ikan-ikan a.k.a anak buah Chu' aku datang tolong untuk kenduri tue. Mak aku, maktok, tokNjang[perempuan], lang[perempuan], ngang[perempuan] tidak dilupakan cousins aku. Hhahaa...tapi yang banyak bagi arahan adalah mereka-mereka yang aku listkan di sini yang dah senior. Hahaa. Suka-suka ja suruh Chu aku amik aiq la, ayam la. Aapa-apa ja yang kurang.

Mak Aku: Munir, munir...ambik aiq sejaq.
Lang[Perempuan]: Munir, munir...amik gelas sama.

Ikan-ikan a.k.a anak buah Chu: Tak apa Tuan, saya ambik. Hhahaha....

Memang sakan la golongan senior nie mengarah. Hahaha. Tapi memang seronok la. AKu seronok cuci mata ja wakakaakaa. Masa kenduri Ahad lalu, aku pun penat juga membantu since Ahad, ramai cousin aku keja. Cikgu-cikgi la, MARA la. So aku gunakan keringat yang tak beberapa ringan nie untuk membantu mana yang mampu. Aku suka duk kat port Makteh potong tembikai, thus aku leh makan dengan banyaknya kat situ. Plus aku duk kat port orang potong daging, laju ja depa sua[hulur] kat aku sepiring. Awal-awal lagi aku cakap, aku tamau air asam[sambal belacan]. Makan la dengan seronoknya. Then ada ikan tenggiri goreng, ada gulai ikan pari. Yummmmyyy!! Agenda hari itew siap ada marhaban lagi. Seronoknya! Memang gini la kenduri-kenduri kat kampung kan. Seronoknyaa!! Petang tue, aku tolong-tolong juga. Tolong Tokngah yang nak bagi lauk-pauk kat orang mentara, aku tolong getahkan lauk-pauk tue. Actually aku tolong getahkan part gulai ja. ehehee. Then aku ke sana, ke sini. Jalan-jalan bagi menampakkan aku seolah-olah orang busy. Walhal aku nak lari-lari ja. Orang sini nampak aku, aku lari ke sana. Orang sana nampak aku, aku lari ke sini. Hahaha. Begitulah kitarannya. Petang tue, Ayah aku ajak p laut. P dengan Chik[lelaki], Ndak[lelaki], Ndak[perempuan], adik aku si Fuad dan cousin aku adik Syuhada. Seronoknyaaa! Pesttt timer aku tengok Ikan pari besaqqqqqqqqq~ Size around 75cm. Besaqq!!! Normally aku tengok ikan pari kecik-kecik ja or else kalau kat market tue, pakcik tue siap-siap potong dah. Plus ini masih hidup. Seronok bukan kepalang. then dapat pula sotong. HAHAHA..Selalunya aku tengok kat Nat Geo ja pasal sotong-sotong nie dalam laut, ini tengok ngan mata sendiri. Sotong tue memang nak bagi ingatan kat aku and yang lain. Freeeeeee ja ke dakwat sotong tue. Dia memancut dengan suka hati. Then tak lama lepas tue dapat ketam! Bukan ketam batu yan kekawan, ketam yang warna biru tue. Yummmmyy!!!!!!!! lepas tue kami beransur pulang. Aku dengan berbaju kurung di lautan. HAahaha....Sangatlah seronok sekali. Thanks ayah!

Balik dari laut, ndak[perempuan] and cousin aku adik Syuhada pening. Hahahaa. Sian depa. Aku syukur tak mabuk laut. Memang orang laut la aku nie. Hehehe. Balik tue makan cake lak. Choc indulgence. Birthday Fariz Wajdi. Anak cousin aku. Dah setahun dah dia. Last aku jumpa baby lagi. Hahaha. tapi raya haji lepas jumpa juga. Cepat betoi becaq ya.

Then malam tue, after dengar kutbah dari Wan aku, kami masing-masing beransur balik ke tempat memasing. Ngak[lelaki] aku willing nak hantar aku ke Kulim. Around 11.30pm aku sampai umah Kulim. Aku suka dengar kutbah dari Wan aku. Famly side ayah aku nie memang begini. Kalau wan bukak kutbah, semua akan duduk dekat dan mendengar. Selalunya bab amalan, taubat, solat dan sebagainya. Tapi kisah malam tue banyak la juga. Pasal haji, umrah[sebab wan aku nak menunaikan umrah] then tak lupa pasal solat. Pasal zikir dan sebagainya. Tatkala dengar apa yang wan aku cakap tue, terus aku rasakan jahilnya diri ini. Even seorang lelaki memuji seorang wanita dengan bercakap wanita itu cantik pun, tue pun berdosa. So wan aku akan cakap kita kena istifar sebab kita nie kotor, banyak dosa. Kalau di lihat kita keluar pun dari tempat yang kotor, tmpat kuar najis. Ermmm....itulah kita manusia.

Kawan-kawan, aku nie pun bukan reti sangat, cuma sempat kumpul ilmu-ilmu agama nie time balik rumah wan. Aku berniat juga nak ke majlis ilmu, tapi aku rasa ada ja kekangan di mana aku rasa bahaya pula kalau aku naik moto. Adakah ini alesang?

Hehehe. Aku doa, streamyx aku cepat-cepat la ON. Boleh la aku online tak hingat dhonia. Assalamualaikum. Mohh kita keja.