Nuffnang

Monday, April 19, 2010

~ Gerek ke sekolah ~

Assalamualaikum...

Gerek? Tau dak apa tue gerek? Tatau?? Hahaha.. sapa orang utara sure tau gerek tue apa. Kat Utara nie Gerek banyak orang guna. [1] Gerek = Basikal [2] Gula gerek = gula melaka. So far itu saja lah yang ada perkataan GEREK. Actually apa yang membuatkan aku teringat kisah gerek nie sebab last yesterday, mum ask my dad to repair her's gerek. Kata mak aku gerek tue dah pancat [pancit] sebab ada anak jiran aku yang badan semangat tue suka pinjam. Thus, mak aku patah kaki sebab gerek kesayangan dia rosak. Yaa. Mak aku tak leh bawak moto apatah lagi drive keto, thus gerek la menjadi kenderaan utama mak aku nak ke market ka, ke pasar tadi ka, nak ke Nat ka. Sure mak-mak hangpa[kamu semua] tak naik gerek dah ka? Tapi itulah mak aku. Heheehe. Kalau balik rumah, aku pun suka naik gerek. Semangat bukan? Bila mak aku cakap pasal gerek, teringat aku kisah aku naik gerek dulu-dulu. Zaman aku p sekolah dulu. Pepagi Ya, akan mai tunggu aku kat depan rumah then kami sama-sama beghemba [beriringan] ke sekolah. Seronokkk! Kayuh gerek slow motion ja. Hahaha. Dulu nak p sekolah pun dah kureeng semangat bukan apa, kami nak menghirup udara segala dalam perjalanan tue. Bau embun yang masih segar...adoi....seronoknya!! Sampai ja sekolah, parking gerek and of course we can see our gerek from class sebab tak jauh pong. Then tunggu ja masa nak balik rumah.


Paling seronok main congkak sokmo aku kena tipu dengan abang-abang aku. Depa suka main kecoh [tipu] sebab tue depa menang. Tapi kalau depa main dengan ayah, tau takut...sure ayah menang. Yeay!! Seronok kan!!

Aku ada satu gerek warna purple dulu. Itulah gerek pertama aku sebab before that kalau ada gerek pun, aku inherits it from both of my brothers. TAPI tak kisah pun. Zaman dulu-dulu BMX la, then Lerun pun ada. Aku punya gerek mini la. Yang paling best, aku leh naik Lerun dulu dari Bgcik aku. Nampak sangat aku nie aggressive masa kecik-kecik dulu. Tapi kalau panjat pokok, aku pun sama naik dengan abg-abg aku dulu. Wakaka. Kalau ayah buat senapang or pistol, sure untuk aku pun akan ada sekali. Dari kecik aku dah terdedah dengan dunia kanak-kanak lelaki. Main Polis sentry, main panjat-panjat pokok mempelam, galah panjang, tuju kasut [kasut disusun bentuk segitiga/piramid], main cucu-cucu [nenek-neke si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada. Nenek ku kawen dengan anak raja. Cucu-cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti..main teka-teka], batu tujuh [batu seremban..yang nie aku suka main ngan abang-abang aku. Sokmo aku menang sebab tangan depa keras], main pegang [lawan-lawan tukaq tiang then ada sorang kat tengah yang akan monitor. Sapa yang masa sesi nak tukaq tiang tue, then orang tengah tue dapat sentuh dia, maka dia kena la ganti orang tengah tue. Selalunya main dalam 6 tiang]. Seronoknya!
badminton. Seronoknya! Aku penah dulu naik gerek dengan abgchik aku. Bgcik carry aku duk belakang. Aku berdiri tempat passenger belakang tue, then kami cross titi kecik. Then aku berdiri aku lepas tangan, meaning aku tak pegang bahu bgcik aku. Then seronok la duk atas titi, tup-tup nampak di jalanraya. Ada polis sorang bawak moto, ada misai then polis tue stop moto dan panggil kami berdua. Ketaq weii. Polis tue arah suruh balik rumah. Balik ja petang tue, polis itew belanja kami sorang serotan kat tapak tangan. Wakaka. Polis yang dimaksudkan adalah Sarjan Ahmad a.k.a ayah aku. Hahahahaa... Then malam tue, ayah masuk bilik actually bilik tue bilik Arwah Bgchaq dengan Bgcik, tapi aku seperti biasa akan kacau depa study. Tapi masa tue aku dah darjah 2 kot. Then ayah check tangan memasing. Then ayah sapu minyak. Nakaiiii nya aku. Selalunya aku akan bermain-main dengan Bgcik. Aku join group bgcik sebab Arwah ada geng dia sendiri. Tapi kalau main tuju kasut pastinya aku akan masuk geng Arwah sebab kalau ke geng dengan orang-orang besaq, tak la kena tuju bola kuat-kuat. Selalunya team kami akan menang. Main memang tak ingat dunia. Main sampai ke Maghrib. Masa zaman aku dulu mengaji Al-Quran after balik sekolah. So memalam kena study or leh tengok TV kalau semua dah siap.

Zaman dah berUbah, cara hidup pun dah berubah. Dulu kalau nak main-main tak payah nak beli apa-a[a sangat, la nie kalau nak main bowling, futsal, game coin semua kena keluaqkan duit. Dulu banyak permainan boleh dimainkan sesama adik beradik. Untuk aku, kalau nak main masak-masak kena la cari geng perempuan. Main anak patung. Adaa wooooooo... Aku rindukan zaman kanak-kanak aku. Tolonggg....

Photo credit to: empTV [flickr] - Basikal biru
Photo credit to: pak alang [flickr] - Tuju kasut
Photo credit to: Ismah Mansurah [flickr] - Galah panjang
Photo credit to: helmi03 [flickr] - Bermain congkak

1 comment:

z@ti said...

gerek! adakah sama dgn maksud gerek seh? haha ye aku sudah mula merepek. dlu masa kecik aku guna gerek bmx tu..kaler biru...slalu bwk g skolah. sampai kena curi ngan budak nakal...tp budak tu pulang blk tau tkt(setelah bt pengumuman tergempar kt perhimpunan). skang ni ntah mane p gerek tu..jual kt majlis perbandaran kot~