Nuffnang

Tuesday, April 6, 2010

~ Ohhh Streamyx! ~

Dah masuk April 6 pun nie. Tenet aku masih tak on. Tapi tak apa lah. Sabaq ja la. Aku nak call lagi la hari nie.

Last weekend balik Perlis, Simpang Empat. Ahadnya ada majlis kenduri kesyukuran kat umah Wan side ayah. Atas keberangkatan Wan aku nak menunaikan umrah plus untuk Chu aku yang akan ke Lubnan selama 9 months. Cakap pasal kenduri, teringat aku masa kenduri dulu. Buat kat rumah Chu aku kat SP. Then ramai laa 'ikan-ikan a.k.a anak buah Chu' aku datang tolong untuk kenduri tue. Mak aku, maktok, tokNjang[perempuan], lang[perempuan], ngang[perempuan] tidak dilupakan cousins aku. Hhahaa...tapi yang banyak bagi arahan adalah mereka-mereka yang aku listkan di sini yang dah senior. Hahaa. Suka-suka ja suruh Chu aku amik aiq la, ayam la. Aapa-apa ja yang kurang.

Mak Aku: Munir, munir...ambik aiq sejaq.
Lang[Perempuan]: Munir, munir...amik gelas sama.

Ikan-ikan a.k.a anak buah Chu: Tak apa Tuan, saya ambik. Hhahaha....

Memang sakan la golongan senior nie mengarah. Hahaha. Tapi memang seronok la. AKu seronok cuci mata ja wakakaakaa. Masa kenduri Ahad lalu, aku pun penat juga membantu since Ahad, ramai cousin aku keja. Cikgu-cikgi la, MARA la. So aku gunakan keringat yang tak beberapa ringan nie untuk membantu mana yang mampu. Aku suka duk kat port Makteh potong tembikai, thus aku leh makan dengan banyaknya kat situ. Plus aku duk kat port orang potong daging, laju ja depa sua[hulur] kat aku sepiring. Awal-awal lagi aku cakap, aku tamau air asam[sambal belacan]. Makan la dengan seronoknya. Then ada ikan tenggiri goreng, ada gulai ikan pari. Yummmmyyy!! Agenda hari itew siap ada marhaban lagi. Seronoknya! Memang gini la kenduri-kenduri kat kampung kan. Seronoknyaa!! Petang tue, aku tolong-tolong juga. Tolong Tokngah yang nak bagi lauk-pauk kat orang mentara, aku tolong getahkan lauk-pauk tue. Actually aku tolong getahkan part gulai ja. ehehee. Then aku ke sana, ke sini. Jalan-jalan bagi menampakkan aku seolah-olah orang busy. Walhal aku nak lari-lari ja. Orang sini nampak aku, aku lari ke sana. Orang sana nampak aku, aku lari ke sini. Hahaha. Begitulah kitarannya. Petang tue, Ayah aku ajak p laut. P dengan Chik[lelaki], Ndak[lelaki], Ndak[perempuan], adik aku si Fuad dan cousin aku adik Syuhada. Seronoknyaaa! Pesttt timer aku tengok Ikan pari besaqqqqqqqqq~ Size around 75cm. Besaqq!!! Normally aku tengok ikan pari kecik-kecik ja or else kalau kat market tue, pakcik tue siap-siap potong dah. Plus ini masih hidup. Seronok bukan kepalang. then dapat pula sotong. HAHAHA..Selalunya aku tengok kat Nat Geo ja pasal sotong-sotong nie dalam laut, ini tengok ngan mata sendiri. Sotong tue memang nak bagi ingatan kat aku and yang lain. Freeeeeee ja ke dakwat sotong tue. Dia memancut dengan suka hati. Then tak lama lepas tue dapat ketam! Bukan ketam batu yan kekawan, ketam yang warna biru tue. Yummmmyy!!!!!!!! lepas tue kami beransur pulang. Aku dengan berbaju kurung di lautan. HAahaha....Sangatlah seronok sekali. Thanks ayah!

Balik dari laut, ndak[perempuan] and cousin aku adik Syuhada pening. Hahahaa. Sian depa. Aku syukur tak mabuk laut. Memang orang laut la aku nie. Hehehe. Balik tue makan cake lak. Choc indulgence. Birthday Fariz Wajdi. Anak cousin aku. Dah setahun dah dia. Last aku jumpa baby lagi. Hahaha. tapi raya haji lepas jumpa juga. Cepat betoi becaq ya.

Then malam tue, after dengar kutbah dari Wan aku, kami masing-masing beransur balik ke tempat memasing. Ngak[lelaki] aku willing nak hantar aku ke Kulim. Around 11.30pm aku sampai umah Kulim. Aku suka dengar kutbah dari Wan aku. Famly side ayah aku nie memang begini. Kalau wan bukak kutbah, semua akan duduk dekat dan mendengar. Selalunya bab amalan, taubat, solat dan sebagainya. Tapi kisah malam tue banyak la juga. Pasal haji, umrah[sebab wan aku nak menunaikan umrah] then tak lupa pasal solat. Pasal zikir dan sebagainya. Tatkala dengar apa yang wan aku cakap tue, terus aku rasakan jahilnya diri ini. Even seorang lelaki memuji seorang wanita dengan bercakap wanita itu cantik pun, tue pun berdosa. So wan aku akan cakap kita kena istifar sebab kita nie kotor, banyak dosa. Kalau di lihat kita keluar pun dari tempat yang kotor, tmpat kuar najis. Ermmm....itulah kita manusia.

Kawan-kawan, aku nie pun bukan reti sangat, cuma sempat kumpul ilmu-ilmu agama nie time balik rumah wan. Aku berniat juga nak ke majlis ilmu, tapi aku rasa ada ja kekangan di mana aku rasa bahaya pula kalau aku naik moto. Adakah ini alesang?

Hehehe. Aku doa, streamyx aku cepat-cepat la ON. Boleh la aku online tak hingat dhonia. Assalamualaikum. Mohh kita keja.

No comments: