Nuffnang

Monday, May 31, 2010

~ Tak se-ro-nok bukan? ~

Assalamualaikum...

uwaaa....how do you feel once you made any mistakes in ur daily task? hampeh bukan? Plus you are not the first yang solve it since you away from office. Haiish! sian colleague aku, Azwana. She have to recover me and it's really killed her's weekend. Luckily Wana tak ke mana-mana lagi since Redza not feeling well. I'm sorry Wana! Aku nak senyum manis pun jadi tawar since aku menyusahkan Wana. Adeii! Now lesson learn! checking! checking! cheking!!! Sure KPI aku teruk due to this issue. Neverminds la. Bak kata Kak Aziyah, those KPI is bullsh*t ja la. Ntah la. Senior colleague boleh la acting gitu, yang aku nie baru nak menapak.

Lepas kejadian nie, aku terus rasa macam tak seronok. Rasa nak keja kerani ja. Apakah kaitan? iya ada. Tak pun aku nak jual roti canai. Ermmm...nak buat tepung pisang goreng pun tak menjadi, inikan pula dough roti canai. Deeyyy!!!!

Weekend aku? Ya aku isi dengan pelbagai aktivitas. Lebeh menyeronokkan dengan kepulangan brotha and SIL ke kampung halaman. Kami sama-sama menghabiskan uang di Jom Heboh bertembat di Perkarangan Stadium Utama Kangar. Tak membeli apa pun. Aku beli kismis kat booth Tok Guru, then set otak pintar untuk adik aku. Yang lain, pow bgcik la. Uwahahhawa. Saturday morning! Awal-awal lagi kami ke Kangar coz nak membeli ikan. Nak tambah ikan dalam aquarium. Yeay! Kami ada banyak jenis ikan baru. Antaranya, ikan buntal, ikan emas [tapi ikan emas yang tak lembab-besar punya size sebab nak bagi lawan-lawan dengan parrots], tiger [yang sedia maklum jangka hayat sangat pendek-pendek umur], ikan putih [aku tatau nama dia-tapi sangatlah cantik] dan terakhir sekali ikan pujaan kami sekeluarga, Golden Parrots dua ekoq aku beli. Actually pagi-pagi Jumaat aku dengan adik aku dan beli ikan, then petangnya bgcik sampai dari KL, cakap nak tambah ikan lagi. Yeayy!! Seronok beb!! Kalau nak tau la kan, umah aku tak pernah sepi dari ikan-ikan dalam aquarium. Dont know why. Maybe since dad is a seaman, thus we love to have it dekat rumah kami. IKAN...IKAN..IKAN...bukankah IKAN juga phojaan hati aku? Tengok ikan berenang-renang dalam aquarium, membayangkan aku sedang berenang-renang dengan badan yang lembut. Wahahahahhaah...sudah kau!

Sabtu juga ada wedding kat taman aku itew. Mak ayah busy la tolong menolong. Anak-anak menantu p makan dengan bertambah 2 3 pinggang. Sedap bukan? Mestilah sedap! Mak aku yang masak. eh tak tak...Mak and team. Kang marah Makcik Timah Gemok, Makcik Yam, Makcik Pora-Mereka inilah orang kuat. Tapi lauk pauk ini tidak aku berjaya terhidang tanpa bantuan makcik-makcik setaman aku juga. Mereka bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak. Seronok! Kami masih gotong-royong.

Kringgg! Kringgg!! Kringgg!!
"Long, kami nak p makan nasi ayam long malam esok."

Adeiii. Cousins side ayah nak datang makan nasi ayam hasil air tangan aku. Aku nie yang malas nak masak nie, kang semua orang nak merasa. Haiish! Aku bukan apa, malas nak dengaq depa puji yang melambung tinggi. Tak nak la bongkak diri, bangga kan. Tak elok gitu. Tapi atas permintaan ramai, MAK aku masakkan juga la. Wahahaa. TIPU! Mak aku yang masak dan sebenarnya...cintaa..Aku hanya tolong mana-mana yang aku suka ja. Hehehe. AKu tolong la. AKu yang buat bawang goreng tau. Ingat senang ka nak hiris bawang goreng sehalus mungkin. Susah tauuu! Tapi yang sedey, aku, brotha and SIL tak dapat entertain Wan, Maktok, Lang,Paklang, Njang, Teh,Makteh, Chik, Chik pompuan, cousins, anak-anak buah sebab kami dah balik ke Kulim plus bgcik aku ank ke Tepeng coz akak ada training nak ngajor surveyor. License surveyor! Masyukk weii!! Then malam tadi sampai Kulim dalam perasaan yang tidak berapa gumbira bila memikirkan issue yang nak kena tengok pada hari ini Isnin. Uwaaa.. Tak setle.

Perasaan macam haaaaaaaacuss!

Baiklah. AKu harus kuatkan hati and semangat. Mana ada orang suka buat silap kan? Aku hanyalah careless masa membuat percaturan dalam berubahan dalam laluan itu.

Baiklah kawan-kawan, gaji dah masuk tapi nilainya super-duper susut. Uwaaa! Bulan 7 mahu menggunakan duit yang banyak dong! Mahu kemana buk? Mahu ke kekedai kereta. Aku nak beli keta baru! Yay!!!

Kereta tolak a.k.a kereta surong!

Have a nice day. Hari-hari aku adalah tiada pelangi petang nan indah lagi....aku sedey!

Thursday, May 27, 2010

~ Long weekend. Yay! ~

Assalamualaikum...

Today is Thursday. [vavavava....macam kanak-kanak sekolah rendah pula]. Ahaks. This week is not an interesting week. BUT I got one achievement. I can swimming already. But still not so expert la. Setakat nak train you all nak masuk Olympic tue, no hall la. [riak]. Actually, aku leh swimming but still kena ada tunjuk ajarku sifu la. The next day, terus badan aku dah sakit-sakit. Yueehueee!

Oh ya. Talking bout my journey to Segamat yang amat segar. Pheeww! After sooo sooo sooooooo long hours in bush, then nak ke Felda Redong pula. How? My friend ask me to take a cab. OK fine. Aku tanya pakcik cab how much to Felda Redong, the he said RM30. Then my friend said too expensive. Then I have to cancel amik cab and tipu pakcik tue cakap kawan sy nak amik. Haaaaa. Hamik kau! BUS la kawan kau amik. Oh tidakkk! Aku naik bus pula ke rumahnya. Aku dah la sorang-sorang plus tue tempat orang. Perasaan masa tue...Ohhh Muuuuummmyyyyyyyy!! haaa. Betoi. Muka aku sangat gusar. After 10mins waiting then bus pun sampai la. Aku naik and tanya uncle bus tue nak stop kat situ. Oh ya! Before that, aku ada tanya uncle Indian pasal nak ke felda tue. Uncle Indian tue cakap ada lalu tapi tepi jalan you kena turun. Ohhhh Muuummy again! OK. Kuatkan muka, kuatkan semangat. Then bus pun berjalan. Wahaha. Bus nie bawak pula aku bersiar-siar ke bandar Segamat. Slow gila uncle nie bawak. Aku jalan kaki lagi la laju. [riak lagi]. Bus pun bergerak la. Kali nie semakin laju dan laju. Around 9.10am, aku turun and waiting anak buah my friends come to fetch me. Hadoii! Still waiting juga. Deey!!!! Tak apalah. After 10mins waiting, nampak pun kereta nya. Syukur.

2 hari di Segamat,
Felda Redong. Seronok. Sampai-sampai ja rumah my friend. Orang dah ramai. Rewang kata orang Johor. Aku nie jenis tak kisah. Aku makan ja apa yang ada tapi ini selepas di pelawa oleh Nora dan family. Memang tak berlapar laa. Seronok dapat tolong siapkan hantaran for both side even aku tak tolong banyak pun. Cukuplah sekadar tolong pegang bunga untuk Nora potongkan tangkainya. Wahaha. Cukup ringan keja aku. Tapi lepas tue aku ada tolong itu ini itu ini jugak. Takkan aku tak nak tunjuk bakat kerajinan aku kepada, MUNGKIN mereka-mereka itew bakal mak mentua aku. Wahahaaaa. Angan-angan haruslah tinggi. Seperti ingin berkahwin dengan Putera Raja. Patang Sabtu tue, ada kawan-kawan Nora and Stefan datang. Jauh aku, jauh lagi depa. Wahaha. Malamnya ada majlis berinai dan bergambar sakan. Meriahh! Ada majlis Khatam Al-Quran oleh Nora, akak Mas and anak buah Nora. Meriiahh!! Penat tapi seronok. Malam tue tidoq around 12.30am.

Ahad 23 May 2010.
Hari ini hari kendurinya. After all those preparation have been made, so hari nie hari untuk makan sehabeh-habehnya. Waallla!! Pepaginya usai solat, sejukk bangatt!!! Aku tolong tengok akak Mas dan Ngah buat cupcake and fruit tart. Gilosss rajinnn! Sedap sangat cheese cake with brownies yang akak Mas buat. Sapa-sapa area KL leh order ya/ [waaa. promo pula. Area Bangi tau.] After siapkan cup cake and tart, then aku bersiram dan menggosok baju. Aku buat satu per satu bukan serentak hoccay. Then get ready untuk siapkan diri. Tolong mana yang patut. Actually byk juga kerja aku buat, malas nak list down kat sini. Apppaaaa? Nak tau juga apa aku buat? Baiklah. I will list it all:

1. Tolong kupas buah kiwi 9 biji dan cucikan.
2. Tolong potong buah anngur, belah dua dan cucikan.
3. Tolong sapukan ala-ala gummy la. Cant remember what we called it. Tapi mcm gum la.
4. Tolong susunkan cup cake, tart, cheese cake yang di potong ke dalam dulang and cup.
5. Tolong keringkan badan Farhana [3yrs old] dan pakai dia baju plus bedakkan dan sisirkan rambutnya.
6. Bermain-main camera dengan Baby Hakim.
7. Tolong tiup belon sebanyak mungkin. But finally budak-budak ini yang main belon tue. Hehehe.
8. Tolong bukakan plastic choc dan letakkan dalam bakul untuk acara balik chocs. Aku ada makan jua.
9. Beramah tamah dengan penduduk sekitar. [sambil-sambil usha is there any IKAN?]
10.Tolong Nora mana yang patut.
11.Tolong entertain kawan-kawan Nora.
12.Tolong berikan special door gift pada kenalan rapat Nora.
13.Berbual-bual dengan Lam yan datang dari Seremban.
14.Tolong amik gambar tapi frust coz camera aku cap ayam.
15.Haiiishhh banyak lagi nak list down now.
16.Tolong rehatkan diri since malam nie aku nak naik bushhh.

Hehehe. 16 action items yoouee!

Baiklah. Di sini aku kepilkan barang dua tiga keping gambar untuk tatapan bersama.
Sila saksikan......




















Enjoice. Cam aku hampeh. Need to buy a new brand new.

Hari ini aku balik Perlis. Yayy!! Rhopanya bgcik and akak aku pong balik. Adeii. Tiba-tiba aku teringin nak pow resepi rahsia. Tue ja yang terbaru ada kat Kangar. Yaaay! Baiklah kawan-kawan. Have a nice weekend ya. Hati-hati di jalan raya. Minggu nie aku leh makan masakan mak aku. Yay!

Enjoicee!!
Assalamualaikum...

Friday, May 21, 2010

~ Abang sayang adik ~



Tengok picture tue...macam-macam kita boleh interpret kan. It's touch my heart so much. No place to sleep, tangga pun jadilah.

Kita semua...sayangilah negara kita. Jom bersatu padu ya!

~ What IF... ~

Assalamualaikum...

Salam Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ini aku lunch kat cafe saja. Planning nak makan Nasi Pokok Ubi, last minute cancel. Tak apa. Cafe ada. Lauk pauk aku as usual, no colors. Aku makan telur pecah-pecah dengan sup ayam yang super duper delicious la. [Well, tak sedap mana pun, tapi itu ja yang mampu membuka selera aku]. Makan dengan Kak Aziyah [my best lunchmate], Fizah [my insepian's] and Meen [kawan yang aku kenal dari Fiza]. Boleh la bole...Datang ke rumahku...lalalala...lala lalilamtamplum.

Ermm...gini kisahnya...

What IF, i'm walking at Level 3 suddenly something tragisss happen. Maybe aku nak cepat ke ladies. Then ada la sorang preggy women pun guna bay yang sama dengan aku. Tup-tup aku terlanggar dia dan terkena perut dia yang dah 7months pregnant tue. Then Preggy women jatuh, dia meraung kesakitan. Aku pun yang terjatuh. Lantas menerpa ke arah preggy women. Preggy women menangis. Sakit perut katanya. Bleeding! Bleeding!!! Bleeding!! OMG!! Semua orang datang sebab aku menjerit mintak tolong [walhal each bay kat office aku bukan jarak sangat pun]. Semua orang panic. Aku lagi la panic. Call FMCS. errr..leh ka call number tue? Semua orang berkerumum tengok dia. Aku jerit. "Why you guys only standing there, pls help her laa". Aku leh bayangkan muka aku merah masa tue sebab aku takut. Then call in house clinic. Alahai. Lenggang sungguh nurse nie. Today is Thursday, thus no doc. Nurse tue pun panic. Terus call Hospital Kulim and they sent an ambulans. Kami dari Level 3 barusaha nak bawak preggy women ke ground. Using stretcher and finally we safely bring her to lobby. Ambulans arrived. Oh nooone!! Needs to open emergency door since main entrance to lobby is circle sliding door. Huush! Preggy women screaming. Aku rasa sakit yang amat gila la tue. I have no exp. dear. Then her's colleague come and called her husband. Nasib baik husband dia keja kat Silterra saja. Syukur. Berjaya bawak kuar dengan masa yang lama la jugak. FMCS manage to bring her out. Ni nong! ni nong! ni nong!! Aku pun follow even aku pun sakit kaki. Rupanya, kuat juga perlanggaran kami. Mungkin dalam badan aku ada batu. Keadaan di hospital sangat genting. Doc cakap baby dah tak leh selamat lagi. OMG!! Imagine she already pregnant for 7 months. Baby dah cukup sifat semuanya. Tiba-tiba sebab aku langgar dia. Baby tue meninggal. Oh ya. She is a chinese lady. Adoi! Macam mana nie? Aku menangis di situ juga. Aku takut. Husband that lady, dengan ja doc cakap macam tue, terus pandang aku dengan wajah yang sukar untuk aku gambarkan. Marahkan dia? Gilakah dia? Ya. aku tak pasti.

Apakah yang akan terjadi pada aku selanjutnnya? Adakah aku akan di saman yang menyebabkan kehilangan satu nyawa. Aku langsung tak berniat nak langgar dia. Adoi!

Takutnyaaa.....

Nauzubillah benda ini terjadi pada sesapa. Sememangnya tidak semua perkara yang terjadi adalah atas kehendak kita. Semuanya atas takdir-Nya. Kita sebagai umat manusia, senantiasalah berdoa semoga kita dalam elakkan diri dari sebarang kecelakaan tidak kira di mana saja.

Photo credit to: efsun_polat [flickr]

Thursday, May 20, 2010

~ Rasa lama dah ~

Assalamualaikum.

Tika ini aku ada keja kat office yang tak siap. Ada laa lagi 2 perkara rasanya. Tapi aku tetap mengidam yang sedap-sedap. Rasa dah lama tak makan sambal udang fresh mak aku. Rasa dah lama tak makan asam pedas ikan temenung mak aku. Rasa dah lama tak makan sayur rebung mak aku. Sedapnya. Lama juga rasanya tak makan ikan-ikan yang baru naik dari laut. Weekend nie aku tak balik Perlis, aku nak ke Segamat yang amat segar. Ex-mentor aku W-Day. Malam esok yakni esok Jumaat. Malamnya bus aku akan bergerak ke Johor. Dari Butterworth ke Segamat. Doakan perjalanan aku ya kawan-kawan.

Tiba-tiba aku rasa rindu nak balik Perlis, walhal aku balik last 3 weeks ja. Siap jumpa whole family lagi. Especially bgcik, akak and Tok aku side mak. InsyaALLAH minggu depan long weekend! Aku nak balik. Leh ronggeng. Weekend nie banyak jugak color untuk aku. Ada hari hujan, ada hari panas. Kulim nan permai lagi indah memang sukar untuk di ramal lah! Aku harap sangat minggu nie berakhir dengan indah...Lalala lalali lamtamplum. Oh yeay!

Oh nooooonee!
Tadi aku bergayutans dengan Yuen sat, tup tup. Phone aku berbunyi-bunyi. Batt flat la. Haish! Perkiraaan nak membeli phone baru haruslah diletakkan di NO.1. Tapi. Aku berkira-kira nak tunggu birthday aku. Mungkin ada sesapa nak hadiahkan iphone seikhlas hatinya. Ohya! Birthday aku tahun ini masih jatuh dalam bulan Ramadhan ya kawan-kawan. Thus no parti liar di sini ya. Mak aku dah warning awai-awai. Hahaha. Phone aku nie memang aku suka. Kalau phone nie jatuh pun, tak penah hati aku terusik. Kalau aku nak baling ke dinding pun, tak pernah hati aku rasa bersalah. Puass lagi ada la. Legaa leh release tension aku nan luar biasa tatkala ini. Mungkin dah nak masuk 26 tahun nie, emosi kian tinggi. Rapuh gituew.

Kemarin yakni Rabu aku ada bergayutans dengan Bgcik aku. Sembang untuk buang masa dan buang duit company. Haiish! Aku nak ugut bgcik aku la. Tue ja aku rasa la nie.
Aku suci nan murni.

Aku ada sebiji lagi karipap. Sapa nak?? Meh la amik kat Level3 nie. Aku beli kat cafe tadi sebab aku nak amik subsidi 7kupang yang infineon bagi. Bila la nak pernaik singgit nie. Jenuh lama dah aku tunggu nie. Talking bout cafe. Makanan sangat lah mahal kenkadang. Makanan tak sedap! Cannooot GOOOOOOOOO! Apalah nasib. Sebab tue kalau makan luaq, sedap la juga sikit but still kepingin makan nasi tengahari yang mak masak.

Mum, i miss u! Nak makan yang mak masak. Kalau boleh nak makan malam nie jugak.
Gena???

Boooomb!!!

Friday, May 14, 2010

~ I'm sorry Mum.. ~

Good day friends!

Ya. As I mentioned in my previous entry, I'm going to Perlis today. I thought I can met my mum as she asked me to try higoat milk. But work is never end. Until 5pm I'm still doing changes thus I have to canceled my planning to going home. Hampehh!! Around 7.10pm, I packed my stuffs and going back. On the way back, wish goddbye to my director. Ermm..planning to chill out with dearest family but have to dream it la.
Goodbye to my berlambak of works, till we meet again next monday. My brain need a rest, my mental so. Or else I will be the crazies people in town. Hahaha.

No water for a while.
Adoi. Lepas mandi tadi, felt a bit itchy la. Maybe because air tue baru lagi released and the color a bit dirt la. Even, I already open the shower for 10minutes, but still air kotor sikit. Neverminds la. Syukur air dah ada or else besok, will going to my old house since rumah lama ada air. The problem is now ada pili bomba bocor. Agak-agak la nak buat pesta air pun. Weekend is coming la. Tak pasai-pasai aku duk pe managih air kat rumah kawan-kawan. Hehehe.

Watching Thomas cup Badminton.
Ya! Frustrated la! Do respect Wong Chooon Han for the 1st game. He trying to get the point to point but still kalah akhirnya. Talking bout their performance. Ermmm! Tak consistent langsung. Maybe nervous played kat court sendiri. Semua expect we can win. Tak apa lah tak ada rezeki kan.

Akhir sekali aku nak pesan...think twice before you disobey your parents. How much people respect their mum, dad? Mum, dad, pls forgive me for what I have did. Perhaps, next 2 weeks I will going home safely. Oh ok! it's so sad. Sekian.

Have a nice weekend ya friends. Kawan aku sorang tue kat Langkawi..ada tak chocs untuk aku? Hehehe.

Thursday, May 13, 2010

~ Hujan ~

Assalamualaikum.

Petang tadi aku busy kat office. Aku pandang luar, ya gelap. Then aku masih meneruskan kerja aku juga. Jam menunjukkan pukul 6.11pm. Aku harus bergegas pulang coz aku nak tengok Adamaya final episode. Masa aku tengok luar memang ada nampak cebisan hujan. Dan aku yakin aku sempat lagi sampai rumah dengan keadaan cebisan hujan sebegitew. Lantas aku menggerakkan kaki dengan langkah yang tajam dan berani. Pantasss. Laju. Jangan pusing kiri kanan. Hanya pandang depan. Nasib baik la IKAN tak ada, kalau tak rugi aku. Oh ya bercakap pasal IKAN, IKAN yang hensem makin kurang dari pandangan mata aku la nie. Adakah sebab aku jarang outing? Wakaka. Mungkin juga. Ya berbalik pada langkahku nan murni. Aku sampai ja kat parking Merlina!!! Derrruummmmmmmmmmmm! Hujan turun dengan lebatnya. Maha Suci ALLAH! Aku cepat-cepat pakai baju hujan dan terus memecut tanpa menghiraukan hujan lebat juga itew. Aku dah budget aku basah lecun la jawabnya nie. Then aku bergerak dengan kadar agak laju tapi masih selamat untuk aku. Sampai ja kat Kulim Perdana aku nampak ada dua orang pakcik sedang menuntun moto depa. Sian. Aku rasa minyak habih agaknya. Siannnn sangat. Imagine kawan-kawan, dalam keadaan hujan lebat sebegitu. Siannya! Balik rumah aku rasa menyesal tak tolong. TAPI aku pun dalam keadaan basah. YANG pastinya, pakcik berdua itew akan melalui post guard Kulim Perdana, and perhaps they will help this pakciks. Masa tue hati aku berdetik, syukur motor aku tak buat hal pada saat-saat genting macam niw. Syukur sangat. Alhamdulillah. Aku nie masa hujan la aku emo sikit. Orang lain tak ramai besahan, tapi aku nie basahan. Tapi apa-apa pun menarik juga life aku nie. Boleh dikatakan every week ada ja colleague aku, kawan-kawan nak suh aku bawak keto. Hahahaa. Rasa macam tue ayat-ayat yang membuatkan tidur aku semakin lena. Ohh wooo!! Dah nak masuk setahun dan Merlin! Ya! I have to do something. Make a 1st step! SABAR ya kawan-kawan...

Chiffon Tierack!
Yay!!! Hari nie dapat tudung yang pest time di postkan from London. Actually, tudung tue nak pakai masa wedding my Kodok's clan, Kodok's Uzi. Sekali tak sampai juga. Ermm. Syukur finally sampai juga. Rasa gedix nak pakai besok la.

Baiklah. Nak gosip ngan cik lulup. Lama rasanya tak gosipsking ngan dia. Good nite all.

Assalamualaikum.

Tuesday, May 11, 2010

~ Untuk Mak ~

Assalamualaikum,

Ya! Hari ibu dah banyak hari berlalu. Tapi aku still nak cerita juga kisah aku dan mak aku. Aku tatau macam mana nak describe perasaan aku pada mak aku. Ya! Mak aku orang paling penting dalam hidup aku. Aku sayang sangat kat mak aku dan aku tau aku ini anak yang degil, kenkadang suka buat muka monyok depan mak aku, kadang-kadang tercakap kuat kat mak aku. Ampunkan aku. Mak aku juga tolong aku zaman aku tadak duit. Tue yang beshhh! Hehehe. Dalam family, aku sorang ja anak perempuan mak ayah dan perasaannya sangatlah seronok sebab aku tak payah berkongsi kasih sayang mak ayah dengan adik-adik perempuan yang lain. Tapi kenkadang aku nak ada adik beradik perempuan. Since ada kakak ipar, aku sukaaa sangat!! Masa aku sakit demam. Aku suka mak aku masak sup ayam. Sedapnya! Sememangnya aku suka makan apa saja sup. Even mak aku masak telor goreng then letak sos and kicap pun dah sedap gilerrr. Kalau aku buat sendiri, tak sama yang macam mak masakkan.

Ayah dan Mak

La nie aku dah besaq, aku dah duduk jauh dari mak ayah. Kulim jaa pun. Hahaha. Boleh katakan hari-hari la juga mak aku akan call aku or takpun aku akan call. Mostly mak yang akan call. Apa punya anak la aku nie. Hehe. Kadang-kadang kalau mak aku tak dapat call aku, hahaha. Siaplah Cik Zai. Kamulah number yang akan di tekan-tekannya. Trimas Cik Zai. Jasa kamu saya kenang. Kenapa mak aku call Cik Zai??? Ya! Aku pun tertanya-tanya. Kisahnya begini, kadang-kadang phone Nokia aku itew kehabisan battery la, no coverage la. Aku pun tak faham kenapa nak jadi pada aku. Tapi memang betoi. Phone aku sokmo problemoss. Nak tukar phone? Alamaakkk. Bila la agaknya ya? Kadang-kadang mak aku call tatkala aku atas motor. Sedang merempit bak kata orang. So aku tak dapat jawab, tup tup tengok phone aku, ada ja misscall dari 'Mama'. Mak aku pernah berkata, dengar suara aku pun jadilah. This is to make sure aku dalam keadaan selamat di Kulim nan permai iniew.

Hari Ahad lepas, aku dah wish hari ibu kat mak aku. Aku sayang sangat kat mak aku! Even mak aku nie garang. Hehehe. Tanpa garang mak aku tue, sure aku memain ja study. AKu puji mak aku dalam menjaga orang tua. Aku tengok sendiri macam mana mak aku jaga Wan aku. Ohhh! Mampukah aku jadi macam mak aku?

Mak,
Adik keni harap adik keni boleh berbakti dan dapat balas jasa mak. Iya! Tak terbalas jasa mak. Adik keni doakan mak berbahagia. Menjalani segala kehendak-Nya. Maafkan adik keni atas semua kedegilan selama ini. Sorry sangat. Adik keni harap mak sihat sejahtera dan doa adik keni, ALLAH SWT beri hanya balasan syurga nan indah sahaja kat mak atas segala kasih sayang, pengorbanan mak untuk kami adik-beradik. Adik keni tau mak selalu doakan kami dan tak penah lupakan kami dalam doa mak. Terima kasih atas tunjuk ajar mak selama ini.

Terima kasih mak.

Selamat Hari Ibu, Mak...Puan Fatimah Hj Saad.

Thursday, May 6, 2010

~ Kuala Terengganu, here I come. Yay!! ~

Assalamualaikum,

Aku still kat office. Since hujan lebat, aku akan balik dengan housemate aku. Mas. Nasib baik la Mas ada kan. Aku dah settle semua pasal MC aku kemarin, keja aku mostly aku try siapkan hari nie juga. Mana request yang tak tersiap tue aku akan siapkan next week la. Hopefully it's not so urgent. Petang nie agak hangin juga ngan sorang PI ini. Cik Zai, Cik Lulup, Cik Aimi..kamooo sedia maklum dia ini. Adaka patut submit dah pukul 5 lebeh, then ada hati nak siapkan cepat2. Deyy!! Aku pun pulun la siapkan juga. Syukur aku siapkan.

Petang ini hujan lebat pula. Aku harap perjalanan aku malam nie berjalan lancar. Besok kawan aku Yuzi Noryulaiha akan mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hati. Congrats Kodok's Uzi. Kamu mengetuai Kodok's lelain. InsyaALLAH kami juga bakal membontototi mung jua. Pasraaahhhhhh...

Malam ini juga aku akan packing those things yang nak bawak ke Dungun. Aku bawak baju ala kadar saja coz mungkin Sabtu malam or Ahad pagi aku akan balik ke Kulim. Seronoknya! Kodok's Zati akan amik CT Rocks kat Ampang Park then they will heading to Kuantan 1st and tomorrow morning they will coming to Dungun. Jangan sesat dah la noo. Jangan malu bertanya sudah la. Coz aku sedia maklum, golongan Kodok's nie memang terkenal seantero Malaya dengan kesesatan kami di jalan raya nak lurus itew. Tapi tak mengapa, kami sokmo bertanya pada mereka di sekitar jalan dan kadang-kala kami juga tertipu dengan guidance yang diberikan. Ya! Mereka sendiri tidak tahu tetapi suka suka ja nak guide kami. Wakaka. Kami yang dalam kegelapan ini hanya mampu menuruti tanpa sebarang alasan. Seronokkkk! Sengal!!

Tudung! Hiiishhh! Tudung yang di tunggu tidak berkunjung tiba. Aku sangat sedey dan aku meminta pertolongan Kodok's Zati untuk mencarikan tudung buat aku. Awal-awal lagi aku dah cakap aku takmo shawl dan aku terlupa nak cakap aku juga takmo tudung ala-ala ariani itew. I do inform her that i want tudung kotak. Tak kisah la cotton pun. Aku terlewat nak inform semula bila Zati call aku and berkata-kata dia sudah membeli tudung untuk aku. TUDUNG ALA-ALA ARIANI!!!! oHHHHH NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONEEEEEEEEE!!!! Aku tak gemarrrrrr!!! Tapi disebabkan Zati dah beli, I will wear it dear! No worries. Cant imagine my whole face while wearing that kind of tudung. Normally aku main serkup ja tudung gitew untuk ke market. Ohhhnoooone!!!! Muuuummmmmmmmmmmyyyy......

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak pesanan, gena...orang dah beli....wakaka...

Baiklah kawan-kawanku....doakan perjalanan aku malam ini ya. Doakan aku selamat sampai Kuala Terengganu dan selamat sampai semula di bumi Kulim nan permai lagi menghijau nie.

Kepada Kodok's Uzi,
Congrats ya! We love you so much! Our friendship never end ya!!

Seee yaaa!!!!!

Wednesday, May 5, 2010

~ I'm sicks! ~

Assalamualaikum friends,

Lalalala...lalalala...lalala...let me finish sing this lalalala song ya!

Today i'm MC! Thanks doc! Last night i really can sleep. My cough keep in coughing and seems like to be serious. Thus i did wake up, sat on the bed and lied down again. twice. So..ermmm... well. ermmmmm no choice. i still have to get up and take the ubat batuk and just slurppp it. Last weekend, boleh la mum tolong feed it. Then I can sleep back and early in the morning sms to Wana informed her that i will MC today. At 9am, heading to clinic Aziz, but suddenly nurse do inform us that doc got an emergency. WAallllaaaa. Then aku pun p la ke clinic kedua. Yayyy!! Doc bagi mc. I do informed her that last night i cant sleep very well. Then doc checked aku tak demam and tekak aku dah merah. Grrrrrrrrrrrrr...Perut lapaq! Aku tatau kedai mana yang buka then aku terus ke kedai nasi kandaq ja. Beli roti canai and nasi kandaq yang hanya ada ayam and aku pesan mamak to asingkan the kuah. Balik umah makan roti canai and makan ubat. AKu tidoq tak sedaq diri. Wake up at 3pm untuk solat and makan nasi. Then tgk tv sat and tidoq semula. Wake up at 6.30pm to solat asar and mandi and buat apa yang patut. Batuk? Getting better la. Dah la malam besok aku nak jalan jauh. I'm going to Kuala Terengganu for Uzi's wedding. Can' wait to meet kodok's and Siti Rocks!!

Well, apa yang aku nak story is last weekend, bgcik and akak aku balik kampung! Yayyy!! Rumah aku ramai orang plus ada Tok aku and then Chu and wife and kids pun mai umah aku. Ramai laa. Di tambah dengan rumah aku yang panas thus aku propose kat mak aku pasang aircond kat ruang tamu. Macam akan di approve ja. Kalau ada aircond kat ruang tamu, aku tak kisah aku tidoq kat ruang tamu pun since bilik aku[bilik orang gaji] mana ada aircond. Sian aku. Hehehe. Kalau nak ada aircond terpaksalah aku membanting tulang empat kerat untuk mengangkut batu-bata depa sebuah aircond. Hahah. Melalauuuttt.

Haruslah kumpul duit. Bgcik aku dah warning aku agar simpan duit. Ya. I will. Ada misi keluarga yang perlu kami usahakan. Demi masa depan agar kesenangan terjamin. Deyyyy! Mana nak cekau duit sebanyak tue? Adoiiii. Even pulangannya tak banyak tapi hak tue ada. Hak tue yang penting. Tak apa. Aku akan jimat cermat lagi. Dapat duit, jangan belanja lagi. Letak dalam tabung dulu then baru la belanja. Manusia dengan duit, manakan leh di pisahkan. Hehehe.

Bilik sepah!
Ya bilik aku sangatlah sepah tatkala ini. Aku tengok saja. Penuh dengan ubat-ubatan, air badak, air sarang burung yang ada jelly. Di tambah pula dengan usaha rajin nak jahit bead kat baju untuk di pakai on Uzi's w-day. Hahaha. Kodok's nanti hangpa tengok la bertapa lemah gemalainya aku menjahit beadings tue. Kenapa aku rajin nak jahit? Kenapa tak hantar kedai? 1. Costly. 2. Not enough time. Ya betoi aku dapat baju pun time balik umah baru-baru ini. Kalau nak hantar ke kedai untuk jahit beads nie, alamatnya aku kena cancel la hadiah untuk Uzi. Adoii!! This May i have lots of travelling. After Terengganu, i will heading to Johor pula. My ex-mentor pula w-day. Also alone from Kulim. Creeeepy!

Malam ini aku rasa ok sket. Makan ubat and now terasa a bit lali dah. Oklah all... i need to get a good rest or else sok sure aku separuh sedar. Hahaha. Aku tetap akan makan ubat batuk even aku berkerja sok. Lantaklah aku nak lali ka apa. Kalau aku salah buat route changes, matilahhh aku. Nauzubillah. Doakan aku cepat baik ya.

Assalamualaikum. Good night all......