Nuffnang

Thursday, May 20, 2010

~ Rasa lama dah ~

Assalamualaikum.

Tika ini aku ada keja kat office yang tak siap. Ada laa lagi 2 perkara rasanya. Tapi aku tetap mengidam yang sedap-sedap. Rasa dah lama tak makan sambal udang fresh mak aku. Rasa dah lama tak makan asam pedas ikan temenung mak aku. Rasa dah lama tak makan sayur rebung mak aku. Sedapnya. Lama juga rasanya tak makan ikan-ikan yang baru naik dari laut. Weekend nie aku tak balik Perlis, aku nak ke Segamat yang amat segar. Ex-mentor aku W-Day. Malam esok yakni esok Jumaat. Malamnya bus aku akan bergerak ke Johor. Dari Butterworth ke Segamat. Doakan perjalanan aku ya kawan-kawan.

Tiba-tiba aku rasa rindu nak balik Perlis, walhal aku balik last 3 weeks ja. Siap jumpa whole family lagi. Especially bgcik, akak and Tok aku side mak. InsyaALLAH minggu depan long weekend! Aku nak balik. Leh ronggeng. Weekend nie banyak jugak color untuk aku. Ada hari hujan, ada hari panas. Kulim nan permai lagi indah memang sukar untuk di ramal lah! Aku harap sangat minggu nie berakhir dengan indah...Lalala lalali lamtamplum. Oh yeay!

Oh nooooonee!
Tadi aku bergayutans dengan Yuen sat, tup tup. Phone aku berbunyi-bunyi. Batt flat la. Haish! Perkiraaan nak membeli phone baru haruslah diletakkan di NO.1. Tapi. Aku berkira-kira nak tunggu birthday aku. Mungkin ada sesapa nak hadiahkan iphone seikhlas hatinya. Ohya! Birthday aku tahun ini masih jatuh dalam bulan Ramadhan ya kawan-kawan. Thus no parti liar di sini ya. Mak aku dah warning awai-awai. Hahaha. Phone aku nie memang aku suka. Kalau phone nie jatuh pun, tak penah hati aku terusik. Kalau aku nak baling ke dinding pun, tak pernah hati aku rasa bersalah. Puass lagi ada la. Legaa leh release tension aku nan luar biasa tatkala ini. Mungkin dah nak masuk 26 tahun nie, emosi kian tinggi. Rapuh gituew.

Kemarin yakni Rabu aku ada bergayutans dengan Bgcik aku. Sembang untuk buang masa dan buang duit company. Haiish! Aku nak ugut bgcik aku la. Tue ja aku rasa la nie.
Aku suci nan murni.

Aku ada sebiji lagi karipap. Sapa nak?? Meh la amik kat Level3 nie. Aku beli kat cafe tadi sebab aku nak amik subsidi 7kupang yang infineon bagi. Bila la nak pernaik singgit nie. Jenuh lama dah aku tunggu nie. Talking bout cafe. Makanan sangat lah mahal kenkadang. Makanan tak sedap! Cannooot GOOOOOOOOO! Apalah nasib. Sebab tue kalau makan luaq, sedap la juga sikit but still kepingin makan nasi tengahari yang mak masak.

Mum, i miss u! Nak makan yang mak masak. Kalau boleh nak makan malam nie jugak.
Gena???

Boooomb!!!

No comments: