Nuffnang

Tuesday, May 11, 2010

~ Untuk Mak ~

Assalamualaikum,

Ya! Hari ibu dah banyak hari berlalu. Tapi aku still nak cerita juga kisah aku dan mak aku. Aku tatau macam mana nak describe perasaan aku pada mak aku. Ya! Mak aku orang paling penting dalam hidup aku. Aku sayang sangat kat mak aku dan aku tau aku ini anak yang degil, kenkadang suka buat muka monyok depan mak aku, kadang-kadang tercakap kuat kat mak aku. Ampunkan aku. Mak aku juga tolong aku zaman aku tadak duit. Tue yang beshhh! Hehehe. Dalam family, aku sorang ja anak perempuan mak ayah dan perasaannya sangatlah seronok sebab aku tak payah berkongsi kasih sayang mak ayah dengan adik-adik perempuan yang lain. Tapi kenkadang aku nak ada adik beradik perempuan. Since ada kakak ipar, aku sukaaa sangat!! Masa aku sakit demam. Aku suka mak aku masak sup ayam. Sedapnya! Sememangnya aku suka makan apa saja sup. Even mak aku masak telor goreng then letak sos and kicap pun dah sedap gilerrr. Kalau aku buat sendiri, tak sama yang macam mak masakkan.

Ayah dan Mak

La nie aku dah besaq, aku dah duduk jauh dari mak ayah. Kulim jaa pun. Hahaha. Boleh katakan hari-hari la juga mak aku akan call aku or takpun aku akan call. Mostly mak yang akan call. Apa punya anak la aku nie. Hehe. Kadang-kadang kalau mak aku tak dapat call aku, hahaha. Siaplah Cik Zai. Kamulah number yang akan di tekan-tekannya. Trimas Cik Zai. Jasa kamu saya kenang. Kenapa mak aku call Cik Zai??? Ya! Aku pun tertanya-tanya. Kisahnya begini, kadang-kadang phone Nokia aku itew kehabisan battery la, no coverage la. Aku pun tak faham kenapa nak jadi pada aku. Tapi memang betoi. Phone aku sokmo problemoss. Nak tukar phone? Alamaakkk. Bila la agaknya ya? Kadang-kadang mak aku call tatkala aku atas motor. Sedang merempit bak kata orang. So aku tak dapat jawab, tup tup tengok phone aku, ada ja misscall dari 'Mama'. Mak aku pernah berkata, dengar suara aku pun jadilah. This is to make sure aku dalam keadaan selamat di Kulim nan permai iniew.

Hari Ahad lepas, aku dah wish hari ibu kat mak aku. Aku sayang sangat kat mak aku! Even mak aku nie garang. Hehehe. Tanpa garang mak aku tue, sure aku memain ja study. AKu puji mak aku dalam menjaga orang tua. Aku tengok sendiri macam mana mak aku jaga Wan aku. Ohhh! Mampukah aku jadi macam mak aku?

Mak,
Adik keni harap adik keni boleh berbakti dan dapat balas jasa mak. Iya! Tak terbalas jasa mak. Adik keni doakan mak berbahagia. Menjalani segala kehendak-Nya. Maafkan adik keni atas semua kedegilan selama ini. Sorry sangat. Adik keni harap mak sihat sejahtera dan doa adik keni, ALLAH SWT beri hanya balasan syurga nan indah sahaja kat mak atas segala kasih sayang, pengorbanan mak untuk kami adik-beradik. Adik keni tau mak selalu doakan kami dan tak penah lupakan kami dalam doa mak. Terima kasih atas tunjuk ajar mak selama ini.

Terima kasih mak.

Selamat Hari Ibu, Mak...Puan Fatimah Hj Saad.

2 comments:

.:Mrs Hafiz:. said...

gambar di mejlis kaweeen saya!

Yani said...

Ya betul kamu!!!

sangat suka suasana nya....