Nuffnang

Sunday, June 27, 2010

~ Ayah...garang? ~

Heyyya!!

Talking bout my dad, tiba-tiba teringat masa kecik-kecik dulu. Ayah selalu suruh aku or Abgcik or Arwah Abgchaq, but most of the time aku la yang kena amik itu. Benda yang ayah suruh is tolong amik:

1. Hammer
2. Skrewdriver Philip or Flat one.
3. Playar
Ayah dan aku masa Aidilfitri 2008.
And mostly aku akan confuse with item no.2 coz aku nie macam sengal nak kenal dua jenis mata or blade. Ayah dengan tenang sure akan suruh aku p tukar semula. Get the correct one. Hehehe. Nak bukak laci and select yang betoi. Aku nie main pilih ja. Then dalam bengkel KH, aku pun leh kenal benda nie coz dari kecik dah di suruh ayah amik alat-alat nie. Masa kecik-kecik, even until now ayah aku still akan menjahit pukat. Ayah aku kan nelayan, so ada satu musim ayah aku akan menjahit pukat baru. New fishhh!! Aku sukaa benda yang related dengan ikan nie. Suka aku menghulurkan bantuan yang tak seberapa. Kadang-kadang ayah mintak tolong cekangkan tali pukat la. Musim ayah menjahit pukat, satu rumah kami akan terlibat. Hehehe. Pukat kan panjang, so jahit dari ruang tamu sampailah ke dapur tue pun tak cukup. Rumah kami tidak besar mana. Hanya 3 bilik termasuk bilik aku selaku bilik orang gaji terhormat. Hehehe. Seroonok tau mempunyai ayah yang menyandang 3 jawatan, so far. Antara jawatan terhebat ayah aku adalah:

1. Polis
2. Nelayan
3. Petani a.k.a pesawah padi.

Ketiga-tiga jawatan ayah aku nie, semua aku suka. Even sometimes, ramai yang suka kutuk polis, aku tak faham la. Bukankah polis antara pihak yang banyak membantu tatkala ada sesuatu kejadian berlaku. MIsalanya: Kemalangan, kes-kes jenayah dan sebagainya. Selain polis, Bomba dan tentera juga banyak membantu dalam mengekalkan keamanan negara. Iya! Aku tak nafikan ada segelintir anggota yang makan rasuah dan membuat perkara yang tidak sepatutnya di buat oleh seorang anggota polis atau anggota badan beruniform. Aku rasa kerjaya lain juga ada berbuat sedemikian. Buyers, even engineer pun mungkin ada. Jual data company to other party. Argghh! Tak kisahlah. Yang penting aku kenal ayah aku sedemikian rupa. Masing-masing punyai hak masing-masing. Tapi janganlah semuanya nak buruk sangka pada polis. AKu bukan nak bercakap pasal parti politik or apa-apa kejadahnya, tapi do respect la pada pihak yang cuba sedaya mungkin untuk membanteras segala jenayah dan masalah negara. Jangan hanya suka menuding jari selaju mungkin pada pihak lain. Ughhh!

Back to my story, hari ayah ke laut pun seronok. Ada rezeki, ayah akan bawak balik ikan-ikan yang fresh yang tak kena ais lagi. Sungguh manis ikan itew. Percayalahh!! Aku tak tipu!! Dapat makan ketam yang masih gerak sikit-sikit then mak aku akan rebus saja. Manisssnya isinyaa! Then dapat makan ikan yang masih suci tiada sebarang make-up. Maksud aku ianya mata yang tidak merah macam ikan lama. Hehehe. Aku bersyukurr. Errmm...Hari ayah sebagai petani pun menarik. Tapi kesian la. Panas di padang akan membuatkan wajah ayah sedikit gelap. Tapi aku tahu, ayah sungguh enjoy dengan kerjaya no.2 dan no.3 coz kerjaya no.1 menuntut waktu yang tidak boleh dijangkakan. Iyalah! Ayah aku sangatlah jarang apply cuti masa raya. Sebab tue kami banyak berkorban masa raya. Sebab dulu muda-muda ayahlah akan drive kemasa saja. Ayah takkan apply cuti coz ayah kata, ayah nak bg chance pada orang-orang jauh untuk balik kampung since kampung kami dekat saja. Ikut nasib, ada tahun tue, hari raya jatuh pada hari ayah OFF, so kami sungguh seronok dapat seharian berhari raya dengan ayah mak dan sedara-mara di kampung both side. Cuma 2 tahun lepas, ada boss ayah advice suruh ayah apply cuti since ayah banyak bagu peluang pada anggota lain. Then ayah amik cuti! Kami anak-anak, pastinya seronok. Heheehe. Masa di Balai Polis Simpang Empat, Perlis ayah anggota senior yang cukup di hormati oleh anggota lain. Iyalah. Ayah aku dah senior dan banyak kali Ketua balai offer ayah untuk promote him, most of the time ayah aku refuse to accept it coz ayah tak nak transfer ke mana-mana since ada banyak project kat kampung. But last 3yrs, ayah accept jugak. Maka naiklah menjadi Sarjan Ahmad Hj Abd Rani. Nampak la muka ayah gembira. Once ayah promoted, he was not immediately transfer, Ketua Balai want him to remains kat Simpang Empat bout a year la jugak, but then ayah still kena transfer ke Balai Polis Padang Besar. Ayah akan berulang lebeh kurang sejam dari rumah kami ke Padang Besar. Ayah join Unit Peronda. Kalau ayah start keja pukul 4pm, pukul 2.30pm ayah dah gerak ke Padang Besar. oH YA! Masa tahun 1990-an ayah juga kena transfer ke Balai Polis Kaki Bukit/ Wang Kelian, masa tue mak ayah tengah pertimbangkan samada nak pindah ke sana or nak stay di Simpang Empat. Because masa tue Arwah nak exam UPSR, then mak ayah decide tak nak moved. Itulah ayah kena berulang-alik dari rumah kami ke Kaki Bukit/Wang Kelian. Banyak sungguh ayah kena berkiorban kan. Hidup pada masa tue dengaan mak tidak bekerja, aku tengok mak ayah aku tabah membesarkan kami 3 beradik. Sudah tentu kami sederhana saja. Mempuyai kereta Mazda 323 =PAJ9126 dan moto Honda Power of Dreams =RA5811. Ohh! Rindunya pada kenderaan kami masa tue. Sebab tue la mulai membeli kereta atau moto baru kami akan gunakan plat number 9126. Memberi ingatan pada PAJ. Termasuk Merlin and Merlina. Hehehe. Talking bout new car. Penah kami membeli keret Proton Saga tahun 1980-an, tapi mak aku tak leh tidoq siang malam sebab teringatkan PAJ, finally kami beli semula PAJ. nasib baik owner tue sanggup jual balik. Funny betoi la mak aku. Tapi memang betoi, PAJ ada memory kami sekeluarga and now, PAJ pun selamat dijual pada orang lain. Aku tengok mak aku dah cool dengan waja. Wahahaa. Bersimpang-siur cerita aku kan.

Ayah banyak berkorban untuk kami semua. Mak juga! Tapi masa nak shoping hari raya saat paling seronok! Masa nie la kami akan beli baju raya sakan-sakan. Dari kecil kami dah dibelikan baju yang bagi kami agak mahal, Kik-Lala, Kiko, Bunny House. Hehehe. Kasut, of course BATA. What do you aspect zaman tue huh? Tue ja la brand yang mampu dimiliki. Betoi. Sekali shoping zaman tue untuk kami 3 beradik mau dekat 1k. Masa tue la aku tengok mak ayah tak beli apa pun. Ada la 2 tahun sekali akan beli baju untuk ayah, tapi tue la, sekali beli untuk ayah, sure mahal. Tak apa. Semua tue duit ayah juga. Hehehe. Mak pun sama. Bahagianyaaa. Kadang-kadang aku terpikir dengan gaji kita semua yang beriban-riban nie, kadang-kadang tue pun tak cukup. Itu nak beli, ini nak beli. SEMUA nak beli. Tapi zaman mak ayah kita dulu, duit cukup ja. Well, kita tak tahu kan, mungkin ada masa sesak nafas tue, but still they can recover it. AKu patut berguru dengan mak ayah aku.

Aku sangat hormati mak ayah aku. Aku rasa hangpa pun sama kan. Tanpa mereka tiadalah kita. Ceewwwah. Hehee. Sempena hari ayah last week, aku telah hadiahkan ayah 1 sms yang penuh bermakna. Hehe. SMS ja aku send. Teruk nooo. Tak apalah, raya tahun nie ada something untuk ayah. InsyaALLAH. Moga dimurahkan rezeki aku dan kita semua. InsyaALLAH.

Dah petang nie, dah habeh weekend for this week. Semoga kembali weekend yang mendatang...besok keja! Kena semangat nie.

Nak puasa tak besok eh?? Sunat Rejab.

As a conclusion, ayah tak garang..ehehe..

I love you ayah!

3 comments:

L3N said...

"Ya saya stuju!!!Bila ada kuarga polis barulah memahami betapa rakyat la yg plg menyusahkan polis tp still xbsyukur...kena kt diri snirik nnt baru nk cari polis apakah gunanya???ecewaaahh"kata adik polis

Yani said...

Ewaaahhh adik Polis berkata-kata....
cik lelo, ur mum gena? apa perasaannya memepunyai anak bekerjaya polis? apa pula perasaan dia mempunyai anak engineeeearrr mcm mung? wahhaa...

apaa bentuk soklan n jawapan nie...wakaaaka..mung syok no keja tmpt baru...Ikan untuk i hado?

Yani said...
This comment has been removed by the author.