Nuffnang

Thursday, July 29, 2010

~ Mesyuarat Semua Tangan ~

Assalamualaikum,

Hati berbunga-bunga! Yaaay! Gaji dah masuk...masyukkk! Tue pun coz ada QPI payout. Alhamdulillah. Tapi still ada benda aku nak bentang kat mere lovely boss. Wait 1-to-1 session nanti. Akan aku nyanyikan sepenuh jiwa ragaku.

Oh ya. Tadi aku attend mesyuarat semua tangan kat office. The main topic is our current performance as one of semiconductor company. From my understanding, our performance better than last year and needs to maintain it. From the graph as well, nampak kebagusan itew. With some comparison with other semiconductor company and what Peter said, "this will make him stay here" - lebeh kurang la gitu ayat dia. Macam tak nak bagi others blah ja dari company nie. Haiish! Ntahlah. IBM...aku nak kejaa! So far, aku suka company la nie, pls la top management, jagalah hati kami sama, jangan laa asyik concern only for top management, managers. Kami yang kuli batak nie pun sama meneraju company iniew ya! Dengarlahhh. Kilang aku buat wafer, bukan makanan ya. We fabricate wafer and cut it to smaller chips. Depends on type ok. Cannot be so details, satgi rahsia company tercemar pula. Waahahaaha. *Ada aku kesah.

Macam ini la yang kami hasilkan. But from this picture, it wasn't from us.

Oh ya. Remember yang aku nie suka main Sudoku? Last month aku ada join Sudoku competition kat company aku nie la. Aku nie consider bongok la. After so many days, baru leh submit. Orang lain, ada submit hari tue juga. Memang superrrb la. Aku salute la. Tapi hadiahnya hanya 10orang ja yang dapat. Aku rasa gini, sebab hadiah by lucky draw. Maybe depa dah asingkan mana sheet yang dah betoi, then depa cabut la nama sapa-sapa. Alhamdulillah nama aku naik and aku pun antara pemenang. Tapi bukan grand prize la. Grand prize based on sapa yang hantaq awai-awai kot, aku yang a bit late nie dapat la hadiah kecik ciput. More than 60 participate in this contest. Aku pun tak sangka betoi jugak aku main-main susun nombor tue. Seriously! Memang susahh! Hadiahnya. Tadaaaa!!! Kecik TAPI seronok la dapat kan dapat. Ini hadiah pertama la aku dapat no dari company. Dulu poster competition, kalah. Sedey!
Sebelum di bukak.
Tadaaa. Inilah hadiahnya. Dah 3 mug aku dapat.

Dannnnnnnnnnn..

Inilah pemenangnya. Yay!
Tengah aku typing nie, tiba-tiba tokwan Mas and Zai lalu. Aku pandang dia, dia pandang aku dan ada senyuman di situ. Sure dia tengok aku blogging. Kantooiss!

Hujan turun ya tatkala ini. Mungkin aku akan pulang dengan housemate aku la. Trimas Mas!

Photo credit to: Rico-san [Flickr]
Photo credit to: Mas Fdz [via her's E-Serie]

Wednesday, July 28, 2010

~ NKTM ~

Assalamualaikum,

Malam nie aku sungguh pilu noo. Tadi aku ada baca kat forum gossip kesayangan aku. Kisah NKTM - Nur Kasih The Movie. Pasal dialog Cat pada Adam dulu yang mana Cat ada cakap kat Adam lebeh kurang begini la ya "saya dah tak ada dalam hati awak tapi awak tetap dalam hati saya." Sedey bukan kalau kita sangat sayangkan orang itew, then begini perasaan orang itew pada kita. Hurrmm. Jodoh semua di tangannya. Destiny. Sapalah kita nak menentang takdirnya. Hanya berusaha dan berdoa moga-moga ditemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita. Janganlah mencari kesempurnaan sebaliknya carilah mereka yang mampu memenuhi kelemahan yang ada pada diri kita. Janganlah letakkan syarat yang terlalu tinggi, sehingga tidak mampu di penuhi oleh sesiapa. Tapi INGAT, kita ingin mencari SUAMI bukan mencari JANTAN yang mampu di jumpai di tepi jalan walau sekalipun. Ingat tue ya kawan-kawan yang masih mencari termasuk aku juaa.

Oklaa. Nenite. Assalamualaikum. Sok gajii! Yayyy!!

Saturday, July 24, 2010

~ 2.4km yaa ~

Assalamualaikum.

Yaaaay! Saturday ya peeps! What a lovely Saturday morning. There's something bring me up early in the morning with fully of spirit, strength, feeling so fresh. Wake up around 6.30am, take off my shirt, long pants *ouchh do not imagine more ya* then take a bath and praying. Doa to ALLAH Taala, give me HIS blessing and asking HIS love to me, HE forgive me the wrong that i did before.

Ok girls, let's talk about what actually happen on Saturday morning. Get ready for jogging ya dear! Waaahaahahaha!! One of activity that will enhance your stamina and can increase my fitness as well. Yaayy!

Sebijik macam kaki aku.

* on nooone! currently I'm in office now. There's one lot stuck due to missout some setting in system. Waallla! Luckily, I'm still at home cuci taik cicak. Oh ya, from dry run also cannot trigger if the route do not link to any parameter. I'm going home now. Chooowwwss*

I'm home now.
Talking about jogging. Because of him, Abg Jog. Waaahahha. Thus I need to get ready with the fitness body at all. *whuutss!. Ok Ok! This morning, Uya, Ella and myself going to Stadium Keladi, nearby Kelang Lama, Kulim. Early 7.20 we reach stadium, waa. Uncles, unties, girls, kiddos, and lovely guys. Waaahaa! IKAN oh IKAN. Di sini rupanya. Even tak banyak, but still there's some IKAN that need my attention. *Did they really need it? Whaaahaaa. Only me need it.* We start by warmed up lead by Uya. Then start jog. Alamaaak! Gena nak start nie. Mallu mallu!! As we know, there's nobody wanna looking at us. Let's start. You move 1st, then I'll follow. Hehehe. No la. Kidding la. We just start it.Run Yani Run. Run Yani Run. Run Yani Run. Run dear!! - This is like moral support from Abg Jog to me. Wheee! I know you care of me. Wheeee whaa! Penat hoccay! Mak nangka need to walking pula after 400m non-stop. Walking for 400m then start jogging pula. Apa terjadi masa anda jogging? 1. Belly dancing bergerak-gerak mengikut alunan gerakkan badan yang sexy ini. 2. Breathing! Capeekkk weiiss. Have to inhale, exhale. Needs to control my breathing. Nasib baik aku ada belajar from Yoga class. 3. Try to push/step my feet. Bammm bammm baammm bammm! After finish 6rounds, *i think so plus with walking*, then we decided nak balik rumah. Opss. Not yet dear. Heading to market. HARUSlah breakfast yaa.
The grand menu is:
1. Nasi lemak besarrr ya makcik.
2. Neslo ais.
3. Kueh RM2.

OK. Cukuplah makcik. Thats all for today. Tomorrow? Still thinking whether wanna go or not. Or just jogging area rumah saja. Will dedice tonight. Tomorrow, aku nak pej. imegresen. Betoi ka aku spell it nie.

Ok peep! Have a wonderful weekenderrss! Mine was pretty cool. It's was my turn for weekend MDM coverage. Alhamdulillah only 1 issue. Solved already. Take care ya. Assalamualaikum.

THE SORCERER'S APPRENTICE here we come!! This 2 girls wanna to cherish the boring weekend. Yipppy!

Photo credit to: shoe3000 [Flickr]

Friday, July 23, 2010

~ Feeling... ~

Dear Lady X,

Thanks for your understanding of my current situation. Before this, I do not know that you also have the same feeling with me. It was so unfair for you and me. From now onwards, I will keep it up. Yaa, it's a bit sad to know that bout it, thank for your sympathy, for your sorry. I do feeling it damned hurt. It has ruined my emotional, my feeling and my wisdom at all. Maybe this is fate. But I do doa, there will be any miracle in future. InsyaALLAH.

I will doing my best and never stop trying. But, do I have enough courage to fight it?
Thanks for your concerns on me. I really appreciate it with all my heart.

Feeling hurt,
Yani

Thursday, July 22, 2010

~ Mestilah bersebab ~

Assalamualaikum Kekawan,

Kenapa kena tutup pili air rapat-rapat? *betoi ka rapat-rapat? or kuat-kuat?* ahhh! Tak kisahlah. Janji tak ada air yang menitis tap tap tap. Ada faham. Apa sebabnya? Aku nyaris nak jatuh dalam toilet tadi masa nak berwudhuk karena aku tak tutup/pulas/pusing dan seangkatan dengannya pili air aku itew. Alhamdulillah aku tak sempat jatuh, or else seumpama mak buah cempedak jatuh la gamaknya. Tue la. Careless! Dalam toilet aku tue ada 3 eh 4 pili nak kena pulas. Tapi yang sokmo aku pulas hanyalah 3. Kenapa 3 dan bukan 4? Sebab aku guna 3 ja la. Hahaha. Sure heran kan kenapa banyak benor sampai 3. Sebab.. 1. Pili dekat sinki. 2. Pili shower. 3. Pili untuk flush after aku ehem-ehem. Kenapa pili yang ke tiga aku harus bukak dan tutup, sebab pili tue dah loose. Always need to refill the tank or else aku takleh nak flush out the lot. Wakakaaka. Pagi tadi juga, ntah kalut apa ntah, morning cream aku jatuh, nasib baik tak terbalik aku kungfu sket tadi, kalau kalau terbalik. Habehlah, dah la aku nak pakai kat muka, germs hoccay!

Ermmm, lately housemate aku suka bercerita pasal kelas menjahit. Aku pun teringin jugak nak join. Tapi class dah start pun. Almost 3 weeks already so for next class, tatau lagi bila. Haaaaaaaa. Lepas nie sapa nak suruh aku jahit, meh meh jangan malu-malu segan-segan, suruhlah aku. Wahaaha. Kalau sebelum ini aku suka menjahit kaki seluar aku tatakala hujung minggu, memang pulun gila la. Ada ka orang sambungkan kaki seluar dia dengan kain perca dari suar lain? Adakah orang setabah itew nak sambungkan seluarnya gara-gara dah sinting/singkat? Waaaaaaaa. Aku menjahit adalah bersebab! Kalau tak jahit, gilaa rugi aku tak paakai suar Nicole aku itewww! Kalau Levis yang sinting, mauu nangis kot nott. Gena nak sambung. Tapikan, ada kedai abg-abag tailor kat Kulim ini sangat hebacckkk menjahit. Depa berjaya menggunakan kaki suar asal untuk kaki suar yang telah dipotong tengahnya. Meaning suar tue labuh la, then the owner want to but a bit to fit it. Ermm. Memang hebaccckk! I'm so impressed dearr! Tapi aku, waaaa! Cik Lulup tidakkah kamu jeles dengan expertise sy iniew? Kalau setakat potong rambut sendiri, tak heran laa! Uuooopssss! Terlebey sudaaak! Sudah banyak seluar aku berjaya jahit sendiri. Misi terkini, aku ada baju yang mana kainnya ada chiffon dia mana part lengan adalah tidak di alas, thus i need to sew it a bit. How to sew it? Errm, already got some clue how to sew it, yang pastinya for sure it will be like sewing in the jungle. Why jungle? ntah..

Mestilah bersebab!
Itu kata mak aku tatkala aku mengadu-domba perihal IFx. This is unfair weiis! Apa yang aku nak kata adalah, better hired aku today and not in 2008 Dec! Bonggeeeeoookss! I already talked to my hr colleague's. She said, you are different group, they're in different group. Bullsh*t! Weeei! Kalau pasai salary aku kena la bertindak kasar. Opps! Tapi di sini sahaja ya. Yang pastinnya, mari kita lihat increment for 2009.

Dan bersebab itulah juga aku yakin, mak aku ada sebab kenapa tak bagi Merlin kat aku. Aku nak beli kereta baru. Kereta surong!

Lately juga, aku suka baca blog brides to be. Waaah! Aura makin terasa hoccay. *Cik Lelong, berwaspadalah anda. Abg Pett menantiku di Dubai. yaaay ini adalah ala-ala abg ketak bukan sebab aku nak kawen dengan abg ketat ok, tapi ABG PETT!* Angan-angan haruslah ada.

Hidup aku adalah umpama roda berputar. Sebab? Aku dapat ke office beroda dua beb. BUkan empat beb. Arggh! Lantaklah dua ka empat, yang penting cuba jaya tak susahkan orang hoccei! Or else you're moooreeee being a GREAT LOSER! Betoi! Hari-hari buat benda yang sama. *Dalam nada bernyanyi hoccay* Bangun pagi, gosok gigi, bersolat, pergi kerja, buat kerja, lunch, solat, sambung kerja, balik kerja, sampai rumah, lepak bawah for a while, then naik atas, bersolat, mandi, online, tengok tv, naik atas, online. ZaaaazzzzzzzZZZZZZZzzzzzzz~ Tamatlah riwayat untuk hari itew.

Uiissshhh!! Malas dahh..

Nenite all.

Assalamualaikum.

Friday, July 16, 2010

~ Kamu Jumaat ~

Assalamuaalikum,

Yay!!! Hari nie dah Jumaat.. Rasa macam baru sebentar ja Isnin yang lalu, tup tup tap tap, hari nie dah Jumaat. Masa...oh masa. Pantas berlalu. Malam tadi aku sempat baca kisah orang Munafik. Kalau kita ada instinct dalam hati yang orang tue macam munafik, tengok pada dua perkara. Samada dia berat nak tunaikan Solat Subuh dengan Solat Isyak. Haiish. Gena aku nie? Kadang-kadang Subuh pun dah nak gajah. Adeii. Aku cuba sedaya mungkin nak bangun awal, set alarm kul 6.30am, bangun kadang2 6.50am. Time tue dah nak cerah la Yani oiiitt! Alhamdulillah aku bangun jua. Aku tamau hari aku tak ada kepala otak dengan tidak bersolat Subuh. Nauzubillah. Sya'aban dah datang, Rejab dah berlalu pergi, berapa hari ja berpuasa. Banyaknya peluang aku abaikan. Yani deyy!!!

Besok, insyaALLAH aku nak balik Perlis. Bersama-sama Cik Zai. Pitty her. Last week she hit the other car because 'terlena di buai mimpi'. Alhamdulillah she's ok. Be more careful ya dear!

Actually almost 7weeks aku tak balik Perlis. But i do met my parents last week. Mum pun dah cakap, lama aku tak makan Laksa Pa and bihun sup Dan. Combined both name = PADAN.

Baiklah rerakan. Minggu nie nak bercuti dengan suka ria. Makan yang mum masak super duper enak. Tadi..

Wana: Yani jom join class masak.
Aku: Whaats? Masak apa? Masak sayor ka?
Wana: Masak sayoq beli buku resipi RM5 la. Ntah-ntah tak beli lagi?
Aku: Tak beli lagi.

Azam yang tinggi nak ajak aku memasak. Nak masak sayoq pun still aku refer resipe. Waaahaa..Nak masak sup lagi la. Aku suka sup, gena nak masak sup sedap but yet simple ways la. Hehehe.

Sedap kan? Delicious. Yummmy!

Baiklah. Happy weekenderrrss all. Aku mahu makan tengahari. Yummmy!
Assalamualaikum.
Photo credit to: Rafael

Tuesday, July 13, 2010

~ Rahsia Solat awal waktu ~

Assalamualaikum,

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu....). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Credit article to: Cik Lulup

Saturday, July 10, 2010

~ Mari jalan-jalan ~

Assalamualaikum,

Lalalala...lalalala...lalalala....

Malam tadi aku dah enjoice dengan housemate aku, Mas berserta Zai. Kami ke Kulim Landmark Central tengok movie. Ramai juga kat situ and dah makin bagus Bigcinemas nie, movie pun up-to-date. Kalau last week aku tengok Toy Stories 3 sorang-sorang, but last last aku bertiga lagi dengan mereka berdua. Waching Twilight Saga Eclipse. Finally dapat juga nonton penantian dengan penuh sabar. Waah! Banyak adegan romantic or kissing scene youeeeeww! Oh Philip! Untung lebeh ka tokei? Hahaha. Kalu ada yang perasan, Edward dalam Eclipse nie agak putihnya makeup dia. Uhhh noooone! Tapi he's maintain handsome and everything about Edward was good for me. Yay!! "Well i'm hotter than you!" whaaaaa. Tapi endingnya, sian kat Jacob and malam tadi aku tengok Jasper macam cute-cute lak. Wheee.. Part dia lawan Alice tue, alahai...both of them looks so cute la. Apa-apapun aku suka semua Twilights. This one more likely. Yummmy! Leh jadi Twilighters dah nie.

The main actor and actress

Love it!

Well sat lagi, nak bergembira di Penang pula bersama rakan-rakan malam tadi. Niat di hati nak makan Laksa best di Penang. Then dop tahu nak ke mana lagi. I follow you our host, Mas. Hehehe. Then besok aku akan ke Ipoh, ada wedding sedara aku kat Dewan Silveritage Galleria this is 2nd wedding. Last time ada sedara aku berkenturi kat dewan nie. nice place ya! Ni side mak aku, maybe besok aku akan jumpa Bgcik and SIL. Nak discuss pasal baju sedondon nie untuk raya akan datang.

Baiklah semue. Kulim sedang mendung nie. Niat di hati nak shoping, tapi apakan daya, niat tertangguh nampaknya. Phulusss! Kemari kamoooo!!

Have a nice weekend all. Perhaps, there will be a good moment in Penang today. InsyaALLAH. Take care ya! Assalamualaikum.

Photo credit to: robert_pattinson_eclipse [Flickr]

Wednesday, July 7, 2010

~ Rasa nak nangis ~

Assalamualaikum ALL,

Tatkala aku balik dari ofice, aku layan youtube la. Dengar lagu-lagu di mana orang lain MAMPU mendengar lagu seperjalanan ke office, aku nie hanya bertemankan kicauan burung nan rerama ja seperjalanan penuh ikhlas ke ofice. Maka, sejurus sampai ke rumah aku akan naik atas dan mula men'on'kan lappy aku nan aku sayangi. As usual, on mana yang patut. YM? Skype? Oh ya. Both communicator application, tak berlambak pun kawan-kawan aku. Maka haruskan mencari kenalan baru untuk mengisi masa nan terluang? Malassshhh! Since aku berchating ngan cik lelong masa di rumah lama, banyak kenangan, pengalaman keji kami tempuhi. Gilaaaa chatters out there. Betoi! Kalau tak kenai jangan gagah nak chatting ngan aku. Wahahaa. Thus, aku akan indahkan halwa telingan aku dengan benda-benda yang baik lagi menyejukkan hati nan pila. At this moment, lagu nie bergeger di sanubari aku.
Let's enjoy the smoothly piano/violin together.
This song reminds me of him, sapo? ahaha.. Anak hekannn!

Being a loser like me, lagu-lagu sedey la yang sepatutannya aku dengar. Nice song. Ada lagi 2,3 lagu yang aku suka, which is suits for me. LOSER! gLee. Malam nie final episode since we will having our dinner outside, so perhaps aku leh tengok la ulangannya. Bila aku tak sure. Or aku tak mau tidoq malam nie since ada game Germany vs Spain! Aku nak Germany menang. Harap-harap menang la. Yayy!

Weekend belum pasti indah!

Sunday, July 4, 2010

~ I follow this.. ~

Hello! Dah tengah malam nie...

Suddenly I'm following this link.

< I follow>

Seronok juga tengok cawan dunia 2010. And yes! I'm support for Brazil and German as well. Brazil dah kalah, German will proceed for next level. Wallllah.

The other housemate die-heart support for Holland. All the besst Mas.

Saturday was very nice. Slept until 1.30pm. Malam tadi bergumbira tengok bola Ghana vs Uruguay. Good game guys!

Oklaah. Rasa nak tidoq awal la malam nie.

Mum, dad - I miss u too!!

Friday, July 2, 2010

~ Selamat Hari Lahir - Ayah ~

Assalamualaikum,

Salam Juamat semua. Hari nie hari lahir ayahanda aku. En. Ahmad Hj Abd Rani yang ke 55 tahun. Pepagi seawal 6.04am, bukan aku tapi bgcik aku sms. He want to confirm hari nie ka birthday ayah. Deeeyy!!! Save it in your reminder la. Then seawal 7.40am aku reply yes yes yes yes! Puas hati aku. But before that aku dah wish dulu kat ayah.
Hello Ayah!!
Ucapan aku:
Selamat Hari Lahir ayah yang ke 55 tahun..semoga panjang umur,murah rezeki sihat sejahtera hendaknya..hadiah: Amik kerete persona because i want to buy a new car..yay!

Ayah reply:
Terima kaseh anakku Yani.

Untuk ayah yang aku sayang lagi kasihi, semoga usia ayah bertambah a.k.a panjang umur, dapat menjalankan aktiviti yang ayah suka. Semoga ayah stay cool! Daddy cool!!

Itulah hadiah tergempar penah aku bagi. Tunggu ja soalan cepu gangsa dari mak aku lak. Waaahahaha. Panass panasss panasss!

Pagi tadi hujan, aku datang office dengan perasaan seorang loser! Yes I am! Hujan tak lebat so aku tak tegar/gagah/pulun nak pakai raincoat. Haiish! Malas betoi nak keja. Bulan nie sure aku sesak nafas. Banyak nak kena bayaq plus aku terima surat cinta dari MARA pasal tunggakkan aku yang tak bayaq. Deyy!! Aku start keja pun bulan 12-2008 gagah nak suruh aku bayar 05-2008. For sure aku tak bayaq. Aku dapat elaun 1k ja masa training. Oh tidakk! Entry nie sepatutnya penuh dengan kasih sayang aku buat ayah, telah tercemar dengan emosi yang tidak stabil di kala ini. Damn it!

Happy weekenderss all. Malam nie aku ada outing dengan INSEPians pula. Yay! It's time to hang out dear!! Yayy!!!

Take care all. See ya around.
Salam...

Yani wannabe.


Mari membaca...
Hati gelap punca maksiat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: "Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT."

Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.

Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: "Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan".

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.

Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.

Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.

Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-'Ijlan dari al-Qa'qa' Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.

"Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar".

Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: "Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.

Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: "Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut".

Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: "Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.

Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.

Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.

Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.

Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Credit to: Utusan online