Nuffnang

Friday, July 2, 2010

~ Selamat Hari Lahir - Ayah ~

Assalamualaikum,

Salam Juamat semua. Hari nie hari lahir ayahanda aku. En. Ahmad Hj Abd Rani yang ke 55 tahun. Pepagi seawal 6.04am, bukan aku tapi bgcik aku sms. He want to confirm hari nie ka birthday ayah. Deeeyy!!! Save it in your reminder la. Then seawal 7.40am aku reply yes yes yes yes! Puas hati aku. But before that aku dah wish dulu kat ayah.
Hello Ayah!!
Ucapan aku:
Selamat Hari Lahir ayah yang ke 55 tahun..semoga panjang umur,murah rezeki sihat sejahtera hendaknya..hadiah: Amik kerete persona because i want to buy a new car..yay!

Ayah reply:
Terima kaseh anakku Yani.

Untuk ayah yang aku sayang lagi kasihi, semoga usia ayah bertambah a.k.a panjang umur, dapat menjalankan aktiviti yang ayah suka. Semoga ayah stay cool! Daddy cool!!

Itulah hadiah tergempar penah aku bagi. Tunggu ja soalan cepu gangsa dari mak aku lak. Waaahahaha. Panass panasss panasss!

Pagi tadi hujan, aku datang office dengan perasaan seorang loser! Yes I am! Hujan tak lebat so aku tak tegar/gagah/pulun nak pakai raincoat. Haiish! Malas betoi nak keja. Bulan nie sure aku sesak nafas. Banyak nak kena bayaq plus aku terima surat cinta dari MARA pasal tunggakkan aku yang tak bayaq. Deyy!! Aku start keja pun bulan 12-2008 gagah nak suruh aku bayar 05-2008. For sure aku tak bayaq. Aku dapat elaun 1k ja masa training. Oh tidakk! Entry nie sepatutnya penuh dengan kasih sayang aku buat ayah, telah tercemar dengan emosi yang tidak stabil di kala ini. Damn it!

Happy weekenderss all. Malam nie aku ada outing dengan INSEPians pula. Yay! It's time to hang out dear!! Yayy!!!

Take care all. See ya around.
Salam...

Yani wannabe.


Mari membaca...
Hati gelap punca maksiat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: "Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT."

Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.

Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: "Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan".

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.

Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.

Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.

Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-'Ijlan dari al-Qa'qa' Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.

"Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar".

Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: "Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.

Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: "Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut".

Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: "Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.

Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.

Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.

Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.

Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Credit to: Utusan online

No comments: