Nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

~ Yayy! Merdeka lagi ke-53 ~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!! Selamat hari lahir Malaysia yang ke-53. Taniah!!!

Aku bangun sahur seawall 5.15am, bersahur dengan mak ayah and adik aku. Sambil makan, kami bersembang. France, Europe, training, 10k. Hahaha. Ini bukan kisah aku. Tapi kisah bgcik aku. Ohhh nooone! Bersolat Subuh dan aku sempat mengimbau kenangan lalu dengan tengok buku-buku autograph kawan-kawan aku zaman SKSE, ASTECH and univ. Hahaha. Lawok benor.

Jalur Gemilang..Tahukah anda bendeka Malaysia di tukar nama kepada Jalur Gemilang pada ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-40 semasa dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Pukul 7 aku dah nganga depan TV. Nak tengok majlis perarakan Hari Kemerdekaan ke-53 langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Mendengar lagu Tanggal 1 Ogos – Arwah Sudirman. Sungguh semangat rasanya. Sempat aku sms cik zai suruh tonton bersama. Hihihi. Rasa semangat betul rasanya. Pemimpin tertinggi yang awal datang, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Segar tengok wajah mereka! Sungguh bangga kiranya aku dapat bersama-sama crowd di Stadium Putra. Hari ini adalah bukanlah sekadar cuti umum, tapi antara perkara yang perlu kita kenang atas segala pengorbanan pejuangan pemimpin silam, payahnya mereka untuk mendapatkan kemerdekaan buat Tanah Melayu. Ohhh! Pengetahuan sejarah aku adalah tidak bagus. Maafkan aku.


Lagu 1 Malaysia yang bagi aku paling catchy.

Mendengar Lagu Negaraku. Oh sungguh lama aku tak nyanyi. Kat IFX mana mungkin nak nyanyi lagu ini. Lagu German pun tak penah nyanyi **Apo kaitan ini?**. Many formation playing with lighting, props and more than 4k participants i think. Kita 1 matlamat, 1 Bangsa, 1 Negara, 1 Malaysia.

Antara segmen yang ditontonkan ialah TTS – Tempur Tanpa Senjata, Pendidikan, Sains dan technology dan sebagainya. Ada antara kanak-kanak Tadika KEMAS dengan berpakaian baju tadika yang sungguh comel sekali.

Masa aku tengok rancangan ini, tiba-tiba aku terpikir..apakah perasaan penjenayah-penjenayah di luar sana? Apa perasaan mereka pada Hari Merdeka kita ini since mereka dah banyak buat jenayah yang menyusahkan banyak pihak. Mungkin mereka sedang tidur nyenyak yang mana mungkin malam tadi penat menambah kes-kes jenayah. Mungkinkah ada segelintir di antara mereka yang mungkin sedar dan menyesali pada hari ini, tapi besok..mungkin mereka kembali kepada aktiviti tidak berguna mereka itew. Shameless! Tapi adalah bagus jua kiranya andai mereka sama-sama menghargai hari ini since mereka telah membuat onar sepanjang tahun. Jadi penjenayah sekelian, tolonglah cuba untuk berbuat baik kepada semua. Janganlah membuat jahat pada khalayak ramai. Kami tidak suka semua kejahatan yang kamu semua telah lakukan. Malaysia negara yang berakhlak tinggi dan penyayang tolonglah sayangi negara dan rakyat Malaysia yang lain.

Semoga Malaysia kekal aman damai, rakyat bersatu padu, jauhi sebarang pergolakan yang mungkin akan membuatka bunga-bunga perpaduan kita runtuh. Kepada oeang jahat di luar sana, nyahhh kau penjenayah dari bumi bertuah Malaysia ini.

Merdeka! Moga diri kita juga merdeka dari sifar-sifat buruk dan jahil yang tak layak di panggil insan.

Photo credit to: khae_276 [Flickr]

Wednesday, August 25, 2010

~ Seronok MIMPI ~

Assalamualaikum,

Bulan puasa, bulan Ramadhan...selain dari berpuasa aku paling enjoy bermimpi di malam hari. Sebab mimpi di bulan puasa kalau ikut logic mimpi itu tidak di ganggu oleh syaitan bukan? So mimpi-mimpi tersebut boleh membuatkan kita rasa happy dengan mimpi tue. Masa awal puasa (around 2,3 puasa la) aku ada bermimpi Arwah Tok aku. Mak kepada ayah aku. Aku sangat sayang Arwah tok aku nie. Dalam 1st tue aku tak ingat sanagt gena tapi aku ada jumpa Arwah laa and aku tau itu adalah Arwah Tok aku. Then hari Khamis lepas which is malam Jumaat aku mimpi Arwah datang ke satu tempat di mana ada aku, famly dan aku ada kenalkan pada Arwah dengan kawan aku. Arwah diam ja tak cakap tapi hanya senyum. Paling best aku dapat peluk Arwah kuat-kuat sangat. Aku seronok sebab dalam mimpi tue aku macam sedar Tok Arwah aku tue dah meninggal dunia. Pakaian Arwah masa tue warna putih dan bersanggul, manis sekali macam biasa-biasa aku tengok Arwah kat rumah dulu. Dan aku dapat rasakan keadaan masa tue macam mostly warna putih hanya muka kami yang yang warna coklat. So dapat makan sama-sama. Dapat jumpa Arwah, seronokknya! InsyaALLAH as usual, hari raya Aidilfitri ini aku akan ke pusaranya. Rindduuuu kat Arwah!

Aku suka the way she called me, "Qhoriyani". I really want to meet her badly... =(

Tapi kan tak ada tiap malam aku bermimpi la. Macam tidur dengan nyenyak juga.

Bila la lagi nak mimpi ketemu Arwah-arwah yang aku rindui nie. InsyaALLAH....

Sunday, August 22, 2010

~ Hujan selepas makan ~

Assalamualaikum and good morning!

Waktu imsak dah habis and now waiting for Azan Subuh. I'm having murtabak and a banana for my sahur with white water. How bout ur's? Sunday today ya. Ermm. Today activities is to clean up my bedroom as yesterday dah tukar my curtain. Thanks Mum for give me 2 curtains thus I can manage to clean the one I'm using now and replace the new one.

A girl singing in the rain. Me, online while it's heavy raining outside.

Heavy raining outside. I can hear the rain drops on our roof. Tidur lepas solat seronok nie. It's Azan now and I need to get ready for Subuh prayer. Solat dulu yukk.

Sememangnya kalau kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, insyaALLAH hati kita juga akan gembira. Biarlah rasa itu kita sendiri yang rasa, buat orang sekeliling yang perasan akannya pasti akan terkena tempias keikhlasan tersebut.

Hari ini sudah Ahad, esok hari kembali ke office. Sungguh cepat masa berlalu sepertinya baru last Monday counting bilalah weekend akan datang lagi and now, weekend almost over already.

Selamat berbuka semua.
Assalamualaikum..

Photo credit to: neloqua [Flickr]

Friday, August 20, 2010

~ Adakah sengaja? ~

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Aku alhamdulillah sihat. Nak bercerita nie. Hari nie aku datang lambat since aku tak tumpang Cik Mas hari nie. Jalanraya seperti aku yang punya. Sila imagine pukul berapa aku sampai. I'm not trying to reveal it. Hehehe. Aku bukan sengaja tapi aku nak tidur puas-puas dan bila aku bangun aku terasa seperti hari ini adalah hari Sabtu di mana mentari macam dah meninggi. Lama benor tak bangun lewat. Hihihi. Then sampai offices as usual, open itu ini then one of my colleagues asking me. "Yani, how free you are right now?". I reply. "Only some request from B7". "There's 6 tool for creation and I need your help." I said. "Sure. I'm helping you la." "Thanks Yani". "Np". Later, ada pula 2 3 request from same technology. See. Kalau aku free tue free sungguh, once datang any request/task, hambikk kau! Enjoice Yani!

Actually project or I can it as a task for every quarter already done and boss put it as GREEN meaning good maybe. Happy! Then my new project will start on Oct 2010 which it our business calendar started. There is 2 project need to be accomplish within 3 months.

Tarawih tak kawan-kawan? Aku pun ada juga but what I can said, for this year banyak pula lubangnya. So kalau tak ke masjid POLI dengan housemate, aku akan berusaha untuk buat sendiri saja. Tapi untuk itu aku perlukan semangat, iltizam yang kuat untuk mengerjakan ibadah yang hanya datang sekali dalam setahun. Alhamdulillah. Kisah malam tadi. Kami ke masjid POLI. Hujan adalah dari tidak lebat kepada sungguh lebat di sinari dengan kilat dan guruh. Uishh! Takut juga. Then usai solat 4 rakaan, mulalah tazkirah dari Ustaz Pusat Islam POLI. Apa yang kami boleh simpulkan, Ustaz ini suka bernyanyi. Bacaan dalam solat pun ada alunan taranumnya. Merdu. Rasa tak rugi kami bersolat di masjid malam tadi. Duration untuk tazkirah adalah selama..lama juga for almost 45mins. Kami dah tersengguk-sengguk plus sleepy dah. Aku risau driver susah nak drive, nyata meleset sama sekali. Tajuk tazkirah adalah berkaitan ibadat dan amalan di bulan Ramadhan dan kami sampai rumah dalam pukul 10.50 dalam hujan yang lebat. Hujan rahmat.

Malam nie bersolat tarawih di rumah la. InsyaALLAH.

Have a nice weekend all. Perhaps this coming weekend will be the most excitement weekend over here. To all of you, have a wonderful weekend ya.

Come fly with me..
Go here, go there, go everywhere you want. Pls.
Somehow, wish I can fly like a bird without looking down and flying higher and higherrrrrrrr. Ahhhhaaa! Aku nak printout sudoku banyak-banyak for this weekend.

Assalamualaikum..

Photo credit to: mackelundberg [Flickr]

Monday, August 16, 2010

~ I need a new umbrella ~

Assalamualaikum ladies,

Welcome back. Our weekend over already. Need to open close, open close my eyes since weekend gone and cant wait for next weekenders. Mine, best coz can eat mum’s cooking. Yay! I just think to buy a new umbrellas..ella..ella..ella.. **ala-ala Rihanna youeww. Ermm. thinking to buy whether BLACK or GREY. Universal color I think. The lighter color should be better kan since kat company takdok bumbung along our pedestrian bay. Since I am a good biker, need the small size one because I cannot buy the long one. Is there any umbrella yang windproof? Meaning masa angina kuat, I can handy it properly. Hahaha.

“Awat yang hang concerns sangat pasai payung nie Yani oitt? Guna ja la mana yang ada tue!”. **hambik kau.

“Weiis, aku makin gelap gelita la. Dengan sunblock malas nak pakai dengan muka makin gelap. Payung kuning aku la nie tue, terasa panas lak bila guna lately.” **Regarding sunblock, mahai benor actually aku nak beli. Hihihi.

Oh ya, how bout the design? Aku nak cari design gena eh? Nak search la mana tau ada unik design. How bout umbrella comes with coolest shape of mushrooms? Mushrooms macam dalam bilik umah sewa lama aku dholu-dholu itew. Hahaha.

I think umbrella for 2 should be more romantic kan? Haha. Means, it’s a huge umbrella right. Ermm. Berpayung berdua-duaan, ouch! Nehi…there will be the 3rd one. Syaitan. Nauzubillah. **Ehemmm..ehemmm..

Why I need a new umbrella?
1. Existing one when the wind come in, it can goyang-goyang seems like will terangatkan ke atas. **You got what I mean? Bahasaaaa akuu. Crap! What I can say is it’s unmanageable anymore.
2. Existing one already outdated design. I need a new design as well like mushrooms.
3. Existing one with yellow color, I need black or grey one.
4. Existing one sometime water can came in. Not waterproof anymore. **Nampak sangat dah lama.
5. Existing one only suit for single activity, now I need double triple.
6. Existing one tak mauu! I really need a new one! Muuuummmmmmyy..
Ini ja yang mampu aku pikirkan.

Here some umbrella collection. Macam ntah gapo-gapo umbrella ja aku post nie.




Jangan hang tak tau, payung nie dah sampai Hatyai pun. Whahaha. **Chaiiitt! dekat benorrr.
Huarghhh! Legaa.
Peeps, aku nak balik awai cikit even aku mai lewat cikit. Nak membeli makanan bebuka. Yay! Selamat bebuka semua, INGAT elakkan pembaziran ya. Kita beli cikit-cikit ja ya.
Assalamualaikum. Take care all...


Photo credit to: knittingskwerlgurl [Flickr]
Photo credit to: http://www.trendir.com/archives/001799.html
Photo credit to: solidether [Flickr]

Friday, August 13, 2010

~ Ingatlah mereka.. ~

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat pada anak-anak Yatim. Tatkala kita makan enak-enak belaka, kadangkala depa hanya makan nasi lauk biasa saja. Kita minum air jus, depa minum air kosong atau lebeh hebat sikit minum air manis. Kadangkala kita pakai sungguh hebacckk, tapi pakaian depa pun atas derma ikhlas orang ramai. Orang ramai itew adalah kita sendiri. Jadi tak salah, tak rugi kalau kita derma sedikit hasil yang kita dapat selama kerja nie pada anak-anak Yatim ini. Dan tak salah juga kita berbelanja untuk kepuasan diri kita tapi harapnya berpada-pada. Actually aku pun pemboros. Harus buang tabiat buruk iniew.
By linuxmalaysia Harisfazillah Jamel: Majlis Berbuka Puasa MDeC Dan OSDC.my Bersama Anak-anak Yatim 160909

Ya ALLAH, sedey pula. Tapi betul. Kadang-kadang tengok anak-anak Yatim nie dapat banyak bantuan, syukur ada kerajaan buat keja betul untuk anak-anak ini. Harap mereka sentiasa di beri perlindungan oleh-NYA. Tiba-tiba aku rasa sangat Kemal dengan diri aku yang kadangkala ada mewahan itew. Sederhana cukuplah sebab ada lagi orang yang susah untuk hidup. Apa-apa pun aku doakan anak-anak Yatim akan relajar bersungguh-sungguh sebab tak selamanya nasib mereka akan terjaga, cukup masa mereka harus berusaha sendiri utnuk hidup jadi apa yang penting ILMU akhirat dan duniawi haruslah penuh di dada. JANGAN terlalu main-main, haruslah berusaha untuk pandai dan ebrjaya dalam hidup.

Kita ada rezeki lebeh, jangan lupa pada mereka yang perlu. Dari situ insyaALLAH keberkatan hasil kerja kita akan terhasil. InsyaALLAH. Sama-sama la kita memperingati sesama kita ya.

Baiklah, selamat berbuka. Assalamualaikum..Selamat berhujung minggu ya.


Photo credit to: linuxmalaysia [Flickr]

~ Tazkirah Jumaat ~

Assalamualaikum,

Pagi ni aku ada dapat email ini. Jom pakat-pakat sama-sama baca dan banyakkan hadiahkan kepada Arwah-arwah yang telah kembali kepada-NYA. Aku berdoa doa aku untuk Arwah Abg Chaq aku akan sampai kepadanya. Hadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah-arwah yang telah pergi menemui-NYA. Al-Fatihah.

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai la engkau disana di bawah rahmat
dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

Credit email to: Ernyza TM.

~ Cukupkan duit ANDA? ~

Assalamualaikum all,

Hari nie aku nak bercakap pasal duit KITA.
Lately RM50 sat saja kita belanja kan? Haiip.
Aku ada dapat email yang menyataakn, untuk hidup di Malaysia banyak benda nak kena bayar. Misalannya: ASTRO, install water filter to get clean water, kids have to go for tuition. Haiiish. Gena nie dengan gaji alhamdulillah. Cukup makan pakai tapi nak bermewah jauh sekali. Apa-apa pun aku harap government will do something untuk kurangkan kos sara diri rakyat Malaysia especially aku. Tiap hari balik dari bazaar Ramadhan **Ekk eleh, baru dua hari beb** sure aku akan kira bopa dah belanja hari nie. So far tak lebeh RM6. Wahaha. Banyak tue Cik kak oit. Tak apa, mak aku cakap makan ja apa yang teringin, TAPI masalahnya tak SODAP macam mak masak. Uwaaa..uwaaa. Adik aku juga untung. Hishh. Jeles tahap gaban ngan itu budak kicik.
Gila nampak aku letak watermark. Bukan dah water tapi tanah dah tue. Hihihi.

Yay! Besok aku nak balik Perlis. Yummy! Mummy masak, aku makan. Mummy makan, aku pun makan.

Happy weekenderss dear.
Jangan memborong sakan ya.
Beli mana yang nak makan ja, else makanan terbuang begitu saja. Aku mengingatkan diri aku terlebeh dahulu.

Assalamualaikum and have a lovely weekend ya. Mine..insyaALLAH pretty cool as I'm heading back to Perlis. Yayyyy. Balik kampung..o oohh balik kampung, Hati girang..

Have a safe journey ya.

Thursday, August 12, 2010

~ Mereka bertugas ~

Assalamualaikum Kawan-kawan,

Puasa tak nie? Hehehe. Sama la kita? Sama apa? Sama puasa or tak? Sendiri mau jawab ya. Hari nie dah hari kedua puasa. Petang kemarin, aku, Cik Mas and Cik Zai kami pun join crowd kat Bazaar Ramadhan Kilang Lama Kulim. Orang ramai dah banyak meja masih kosong. We assumed orang jual nie nak sambut puasa 1st day dulu rasanya. Our fav stalls Nasi Lemak Abd Auuuw and Pak Long Sup pun belum di bukak. Tapi bannernya sudah ada. InsyaALLAH kalau bukak, hari nie leh beli. Crowd kat bazaar kemarin adalah ramai. Around 6.15 pun dah kosong periuk penjual. Alhamdulillah. Ingat, tolong la masak dengan ikhlas untuk kami ya. Pembeli tegar seperti aku kepingin masakan yang ikhlas dan tidak mengaut untung yang lebeh. InsyaALLAH ada keberkatan dalam perniagaan kalian itew. Kemarin aku membeli nasi tomato since petang kemarin Uya IT ada cakap pasal nasi tomato. Teringin bukan? Thus aku beli. Not bad. Tak podashhh. I like =)) . Additional kueh-mueh yang aku claimed dr cafe and soya bean yang panas beserta 2 kurma. Alhamdulillah.

Kat company nie, this year ada kelainan sket. Ada colleagues arranged for tadarus Al-Quran beramai-ramai. But then, since tak ramai yang bawak Al-Quran, need to share among them. But today, rasany will be better since ramai dah bawak Al-Quran memasing. Mine, tadi lupa pula. Planning nak balik rumah masa lunch nie dengan Mas. InsyaALLAH. Seronok juga tadarus kan? Mak aku kat kampung memang every year ada tadarus. Seronok. Normally aku akn cuba habis-habisan untuk khatam Al-Quran sesama mak aku, insyaALLAH aku ada 11 juzuk lagi. Harapnya sempat la. InsyaALLAH. Orang lain 30juzuk = sebulan, aku 30juzuk = setahun. Sloww benorr aku nie.

Oh ya. Back to my story. Actually tadi aku baca paper UTUSAN Malaysia. Kisah ada Polis traffic yang tertugas tatkala masa berbuka puasa. Mereka bertugas sebab nak bagi traffic lancar area bazaar ramadhan. Aku teringat ayah aku. Kami dah biasa berbuka tanpa ayah dalam bulan puasa. Kadang-kadang ayah kena duty. So kami ja akan berbuka sesama mak. So mak akan masak awal untuk buat bekal kat ayah. Dulu ayah keja Balai Polis Simpang Empat, so dalam 20min masa bebuka, ayah akan balik amik bekal. Sometimes ayah lariii sat balik bebuka kat rumah. Tapi ayah senior kat balai tue, so ayah kena ada di situ, so ayah akan suruh anak-anak buah balik bebuka kat rumah pada mereka yang duk quarters balai tue. Most of the time ayah akan bebuka kat balai. Macam last 2yrs, ayah dah start meronda. Ayah tak drive tapi ada anak buah akan drive, so ayah akan bebuka kat mana yang depa stop. Masa tue bekal yang mak kirimkan akan di makan bersama-sama. **Chee cheee..macam aku tau2 aja. TAPI betoi la mak aku akan kirim untuk 2 orang makan. Kalau time ayah leh bebuka kat rumah, usai Maghrib ja ayah akan vroooom ke balai. Kalau kami tak ada, meaning aku, bgcik, SIL...mak akan berbuka dengan adik aku ja la, Fuad. Demi tugas, ayah terpaksa bebuka di jalan. Jangan pikir semua Polis tak buat keja ya kawan-kawan. Kadang-kadang ramai yang suka marah polis, ada betul ada silap. So apa yang penting, kita kena ikut peraturan ya. Kalau kita dah ikut peraturan but still polis nak saman kita, haaa...jawab la polis tue di akhirat kelak. Dunia terlepas, akhirat ALLAH Taala dah janjikan balasan. Aku berdoa ayah aku menjalankan tugasnya dengan amanah dan jujur. InsyaALLAH. Banyak kisah ayah aku nie masa ayah bertugas. Tak apa nanti aku story. Sedihhh wooo.

Mak aku pun apa kurangnya. Lawaknya, masa nak berbuka sure mak akan terkenang-kenang anak-anak di perantauan. 1 - Kulim Hitech, 1 - Tg Malim and 1 - KL .Hikhik. Kakak iparku. Ala mak, releks la Mak. Kami leh cari makanan sendiri. Mak-mak biasalah, duk pikiaq apa la anak-anak ni makan. heheeh. Tak apa mak, confirm tak sesedapp mak masak! Mak memang superbbbbb sedap masak!! Weekend nie insyaALLAH aku balik Perlis. Yummmy!

Tapi olang paling untung bulan posa. Adik aku, FUAD! Hahaha. Budak itew sungguh meriah sekali. Tiap tahun sure meriah tapi this year dah nak SPM tue, tengah trial la nie. All the best Fuad. You can do it. Lepas nie insyaALLAH continue with electrical naaa. Nie sorang lagi nak follow bgcik aku. All the best! Baju raya tahun nie haruslah kurang sebab nak exam kan? hahaha. I don't think so, sure mak aku pulun beli sakan kat adik aku nie. Tahun last jadi "budak sekolah". Tahun depan dah lain pula statusnya. Semoga Maju Jaya ADIK!!

Baiklah semua, selamat berbuka petang nie. Dah pikir apa juadah berbuka petang nie? Aku dah ada dalam kepala otak dah nie. Cuma nak melaksanakanya sajaaa. Ingat-ingat ya, jangan membazir. Amalan syaitan tue. Biar besederhana ya.

Assalamualaikum...Hati-hari bawak moto, drive ke bazaar naaa.

Tuesday, August 10, 2010

~ Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ~

Assalamualaikum Muslimin, Muslimat,

Ramadhan kembali lagi. Bulan ke-9 dalam Islamic calender. Sat saja masa berlalu kan? Rasanya macam baru ja lagi kita berpuasa tahun lepas, bersesak-sesak di bazaar Ramadhan. Kini bulan yang penuh dengan 10000 barakah kembali lagi. Syukur alhamdulillah ALLAH Taala panjangkan umur kita berpuasa lagi pada tahun nie. Alhamdulillah. Tahun nie aku berdoa semoga, puasa aku lebeh baik dan diterima-NYA.

Kawan-kawan semua, disini aku juga nak mintak maaf bebanyak atas segala kekasaran bahasa aku selama mana hangpa membaca blog aku nie. Pastinya ada bahasa kasar aku dalam entry aku, tapi tue la noo. Bahasa yang indah patut aku titipkan untuk bacaan umum kan. Tapi tue la. Marah datang, habeh teruk bahasa aku jadinya. Sungguh tidak bagus begitu bukan?

Moh kita kuatkan niat untuk 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan nie, moh kita penuhkan surau, masjid yang berdekatan dengan kita, INGAT! Jangan membazir. Jangan membeli terlalu banyak. Wasatiah ya kawan-kawan. InsyaALLAH. Jadikan bulan ini bulan untuk melatih kita berjimat cermat. Jangan membazir tau! Me...no likey ok.

Btw, aku sungguh kagum dengan beliau ini. Dari aku kecik sampai la aku secomel ini beliau la yang akan mengumumkan detik-detik penting bagi semua umat Islam di Malaysia. Beliau sangat cool, cakap sangat jelas dan lemah lembut. Message yang disampaikan penuh tertib. Beliau adalah..Jengg jenggg..jengg...Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah. Sure hangpa semua kenal kan. Cool bukan beliau ini?
Beliau yang masih berkhidmat...

Jadi kawan-kawan, selamat berpuasa ehh..Jangan yang yang yuk ehh..
Besok nak bebuka ngan apo eh? hehehee...

Assalamualaikum, selamat bersahur ehh besok..semangat-semangat..semangat!!

Credit photo to: http://www.robotjahat.org/2008_09_01_archive.html

Monday, August 9, 2010

~ Inilah Kisah Hatyai Part-2 ~

Assalamualaikum all,

Seems that part-1 entry really mix everything, thus for this one I'm trying my best to explained it with good manners. And yes, for today chit-chat among me and Mas, most likely about Makcik Bihun. Which is I will story more later. Wakakakak..wakakaa... Aku nak gelak ja dulu. Funny you makcik! Seem that not much souvenir yang aku beli kat Hatyai then hati raya remuk, pecah coz ada untuk kawan-kawan yang aku tak beli. Tapi aku berazam next trip I should invest more on it or else aku akan sedih menanggung penyesalan yang tak berkesudakan. Akan tatapi, jiranku bakal ke Hatyai jugak. Waka waka. Pesan boleh?

Day 2 7 Aug 2010
My alarm ringing around 6.15am which is meaning 7.15am Malaysia time. Wake up, take a shower, praying. The dawning time in Hatyai much more same with Malaysia. I think this is because our time zone different only ONE hour kot. Last night we already decided to check out at 7am. Thus need to siap asap since we'll heading to Songkla after having our breakfast. Once everything packed and ready then we check out around 7.15am without any charges from hotel coz Layern dah minum 1 bottle mineral water yesterday. Being a backpackers, damn it! So heavy dear. At this moment, kalau aku hado teman berlainan jantina and both of us falling in love together, sure heaven..Thanks dear for helping me to bear it for me. **Getik bukan?
Masa nie ready nak check-out

7.30am reach Salma Restaurant for our breakfast. Lapar beb! I'm decide to take American Breakfast. It comes with 2 slice of bread with butter spread and strawberry jam , 1 sausage, omelette and some salad, tomato and timun with hot milo as well.
Me and Hanin's breakfast menu.

Semua pulun makan. Mas, Layern and Kak Siti order Nasi Lemak with good decorations. I've been watching AFC at one of thailand restaurant, they love to deco/present the food as their practice and this is much more fun for us to eat it kan.
This is Nasi Lemak.

While semua orang tengah santap makanan, aku tak habeh lagi menitip 2,3 kalam pada note book yang aku bawak nie.
Tulis jangan tak tulis.

Selesai bayar our food, then wanna to move out from Salma. Ahha'aaaa. There's one Pakcik Tuktuk waiting outside the restaurant. Rezeki pakcik hari nie. A new history in Hatyai. "There's 5 beautiful lady from Malaysia who really love to ride a tuktuk in Hatyai. They will ride it to Songkla since they thought Hatyai to Songkla only takes about 20mins. Please be inform that, local people will took bus to Songkla compared to tuktuk." Ahhhh'aaaa. We took the tuktuk around 8.05am and reach Songkla around 9.20am. Can you count how many mins we're in powerful tuktuk? Ahhh'aaaaa. I LOVE IT!
Happily face of Hanin's. This is after 5mins we're in tuktuk. Hehe.

At this moment, we're still enjoying in tuktuk.

We reach Songkla around 9.20am, I do read the story about cat, dog and the mouse. There's a statue story about then with the crystal ball. I do snap the picture of it, will update it later.

The Story:
As legend has it, they stole a magic crystal from a merchant off of his junk (boat). Being swept out to sea the mouse put the magic crystal in his mouth for safe keeping. As they all swam for safety, the mouse thought...what if the cat tries to steal the crystal from me?..the Cat thinking that the mouse was trying to steal the crystal swan closer to the mouse....fearing for his life now, the mouse swam faster...as did the cat only reinforcing the mouses thoughts of the cats intentions....the dog also swam behind...but alas, they all became exhausted and drowned...Legend has it, the the cat became Koh Meaw (Cat Island..the Big one) the Mouse became Koh noo (mouse Island the smaller one) the Dog became Kao Tangkuan (the Monkey hill!) and the crystal became the sandy beaches along the beach know as Haastsaikaew.

Songkla.


The story.
Hanin sedang membaca, aku tengok pict yang aku snap.
People with Statue of mermaid.
Hanin and me while waiting the dogs go away from the mermaid's statue.
Mas and me.
Me and Hanin.
Lepas berpenat lelah menghalau hanjing, selepas puas bergambar dengan statue, then beli sedikit souvenir for friends, then kami challoww. Heading to Hatyai around 10.30am. Niat di hati ingin shoping at Plaza. Don't know what local people called it, but from Layern, people call it Plaza or Market. Last round for another shopping. Here, Mas would like to find the loyang or acuan for small cookies. Finally jumpa jugak. Oh ye, the Pakcik tuktuk adalah ISLAM, dan masa he drop us at Plaza, he shown us how to get a van to Danok. So kind of him and he keep on saying that Muslim, Muslim. Baik pakcik tuktuk nie. Tak macam pakcik tuktuk kami yang pertama, nak tekan calculator pun silap then ada botol arak lagi. Creeeepy makk!

Plaza @ Market from top view.
Another shoping time, kami jalan-jalan lagi, then stop beli handbag for Hanin's maid. Hahaha. Dari takmo beli situ, terus beli. Beli ajaa. Mine, beli t-shirt for my lovely brotha but tak ada anay jersi yang menarik la. Beli ja yang ada gambar tuktuk. **Nampak sangat aku nie suka tuktuk. Adeiii. Masa nie seronok lepas shoping kat Plaza or Market.1 round pusing plaza, then makan time. Hahahha..hahahha..

ahahahaha..ahahaha...hahahahhhaa...aku nak pulun gelak dulu..
whahahaha..wahahahaaa...lawak...wahahaha..wakaaaa..wakak...wakakaka..dah banyak tone gelak dah nie..
kakakahhhh...kakakakakakahhhhh...

ok done. for noooow.

Makan, kami makan kat atas tue, foodcourt la kononnya. Most of them adalah mak-mak dara yang gigih mencari duit. Hehehe. Kami pun jalan la masuk ke situ. Then tibalah masa untuk orderrrr. Bukankah kita dan mereka adalah bercakap seperti ayam dan itik? Iya. Memang tepattt. Niiii haaa menu nya. Sila tonton ya!

Nahhh, Hambikkk kau nak order yaa? Nahhh. tengok nie..
Finally ada juga gambar kami ber-5.
Inilah ratu hari itewww.
Tapi awas, bukan aku, bukak Kak Siti, tapi ratu itew adalah yang sedang mengira jari-jemarinya yang mana kukunya adalah sedikit hitam. Whahaha. Gelii nyahh! Even separuh, harap cukuplah ya melihat wajah anggun beliau itew. Wheeee. wheeee. Baiklah, kisah dia dan jari jemari itew adalah karena dia sedang membilang order kami. Actually masa dia datang tanya tue dia nak bertanya "Dale tomye nok letok apo deh?" Then ntah bagaimana kami pula mengulangi order kami memasing. Jadinya beliau mula membilang-bilang. Bagaikan ayam dan itik bercakap. Payohhh kakkk. "Letok aye, ude, sotto, sayoo". "Bereh, mokcik pahee deh". Kami pun lega. Mas order Tomyam, Hanin nasi goreng rasanya, Layern dengan Kak Siti nasi paprik yang sungguh enak sekali. Aku? Hahaha. Aku special sket. Aku order Mee Hailam since aku suka hailam. Then she said. "Bereh, mokcik pahee". AKu bertambah lega since kawan-kawan lain dah dapat makanan mereka. Aku ja duk nga-nga tunggu makanan aku. Sekali makcik tue datang, bawak bihun kering di genggaman tanganya bersoal-jawab dengan aku samada aku nak bihun nie ka dak coz mee dah habeh. Dey!!! Then aku kelu untuk menjawab. Semua keluuu! Then dia cakap koteaw besar ada, putih puttih. Haa. gitulah. Then aku terus cakap OK. Part tak hingat dunia. "Nahhh kau. Nak mee hailam ya? Nahhh aku bawak kau bihun kering dalam tangan aku nie. Kau nak? Haaa. aku masak ini boleh?". Sampai terkeluuu lidah-lidah aku eh silap 1 ja lidah aku.

Lepas setle makan, gelak-gelak..then kami turun bawah. Beli acuan mas itew. Hisshh. "Nak juai ka tamau nie?". Pakcik kedai tue emo coz air tumpah dalam kedai dia. Nasib baik ada kakak kedai depan faham bahasa Melayu. Mudahlah tolong cakap and tolong kira. Then kami nak membeli kacang-kacang lak. Jenuh pusing-pusing, kuaq masuk, kuaq masuk dalam plaza gara-gara nak cari kakak hottt kacang yang suka bergambaq. Terlentok-lentok dia kat bahu Mas. Hahaha. Lepas snap 1 picture ingat dia lak yang nak amik gambar kami berlima tapi rupanya dia suruh tukaq photographer, Caiiitt! Dia ada 2 keping gambaq bersama kami. Haiish. Sungguh gagah nak bergambaq dengan gadis-gadis cantik iniew. Banyak juga kami shoping kat kedai dia. Lebeh kurang 2000Baht rasanya. Then kat kedai tue, aku, Layern pulun makan kismis dia before balik dari kedai dia, aku cakap yang aku makan kismis dia..then she said ok. Aku dah cakap kan kat dia, so kira selamat. InsyaALLAH.

Kakak Kacang dengan kami.
Then kami mencari tuktuk pula. Maakkk. Mana jalan nie? Manaaa 1 nak p nie? Semua blurr...finally amik ja, the last ever tuktuk for this trip. Tuktuk tue hantar ke stesen van ke Danok. Pukul 5.22pm waktu Malaysia kami dah sampai Danok. Haaaahaaaaa. Ini satu lagi pengertian trip kami. Kami jalan kaki almost 2km rasanya. Lenguhhh kaki dengan bags yang berat. Sabaq ja la. Adeiii. Stop kat stesen teksi dan teksi hantar ke CTC=RM15 after %. Hehe. Then kami heading to AS to drop Kak Siti and hantar Layern kat rumah di Taman Ria Jaya, then ke rumah Hanin. Lepas makan pulut durian, aku dengan Mas, balik Kulim. Tapi singgah beli burger sedap dulu. Then memasing tired..Tidoq dengan nyamannya. Alhamdulillah...Kami selamat..Kami nak p lagi..itu azam memasing. Hehehe.

Next trip to? Dunno yet...Bandung insyaALLAH tahun depan. Tiket murah ooooii.

See ya than...

Pssstt: Dah nak puasa kan kita...

Photo credit to: Mas Fdz
Photo credit to: Lya Afrina
Photo credit to: MySonyT100 as well. ehehe.

Sunday, August 8, 2010

~ Inilah kisah Hatyai ~

Assalamualaikum lovely bella and bello,

How was your weekend? Mine..Uhuuu..REALLY GREAT! Oh ya. Hatyai a small city[small ka? memandai ja aku] in southern Thailand very nearby with Malaysia. Alhamdulillah syukur ALLAH Taala permudahkan segala perjalanan kami berlima ke sana. Berkat doa mak ayah, family kami The backpackers team: Layern, Kak Siti, Hanin, Mas and ME =) selamat pergi dan balik dengan sihat sejahtera. Alhamdulillah. Dari seramai 11 orang akhirnya menjadi 5 orang. Tak pasai-pasai aku buat dosa kering dengan kelentong nenek Hanin. Adeii. Maaafkan aku. Aku terpaksa Nenek Hanin.

Oh Hatyai.
It was my 1st time reach there and cross borders at Bukit Kayu Hitam. Our journey began on Thursday actually at 6.50pm. Me and Mas heading to Sg Petani after office followed Hanin ke rumahnya. Maghrib juga la reach SP with Kak Eima's way. Hehehe. For me there's 2 ways to SP, with Cindy's route or Kak Eima's route. Aku suka Cindy's route coz tak complicated compared to Kak Eima's route. Haaa'ah. Forget bout this 2 routes ya girls, alhamdulillah kami selamat sampai. Of course la selamat coz both of us follow Hanin. Hehehe. Sampai ja rumah Hanin, ada new born baby. Faiz namanya and the brotha Fariz. Both of them so cute. Fariz suka bercakap ehehhe. Sangatla comel. "dhudhuk sini" Fariz cakap. Hehehe. Meet Hanin's Mak. So kind of her, semangat nak suruh makan nasi bagai, tapi kami makan laksa malam tue. Yummy! Laksa pun kami dah makan banyak. Tengok tv sat, sembang-sembang sat then bawak diri ke bilik. Take out baju nak pakai besok and lantas iron it. Legaa. Malam tue aku dengan Mas dah tak nyenyak tidoq sebab memasing berangan atas katil, what will happen tomorrow. Aku bersolat then Mas bersolat, panjatkan doa ke hadrat Illahi moga permudahkan perjalanan kami besok, jauhkan kami dari sebarang kecelakaan, selamat kami pergi sana dan selamatlah kami balik Malaysia. Orang-orang tersayang sedia menanti kami. **Cheeewah. Perasaan aku sungguh tidak percaya bahawasanya besok aku akan cross negera Gajah Putih itew. Seawal 11.30pm mata kami dah selamat pejam. zzzZZZzz..

Day 1 6 Aug 2010
Wake up around 6.10am, praying and take a shower. Take turn me, Mas and Hanin. Prepared ourselves. Coz dah janji dengan Layern kul 7 tunggu kami kat tol SP Teknik. Can't remember either SP UTARA or SP SELATAN tol. 7.15am jumpa Layern kat tol. Sesi kenalan for a while. Then heading to Alor Star to fetch Kak Siti at Kuala Kedah. Reach AS at 8.15am proceed 2nd round sesi kenalan with Kak Siti, for as well. It was my first time to meet her. Very sporting person with lots of traveling experience. From Layern's story more than 2 times she went to Hatyai so far. Pit-stop at Tesco to withdraw some money as backup. Then heading to Bukit Kayu Hitam and reach Changlun around 9.30am to find out any car's parking and planning to take any cab to borders. At CTC before heading to Hatyai
We stop at CTC to change money and Layern decided to booking hotel kat sini. The target hotel is nearby Lee Gardens. Finally decided to stay at Grand Plaza Hotel with 1 family suite and 1 Std suite. Suite? Hehehe. The total for both room is RM215 which is RM150 for family suite and RM75 for std suite. Tak jadi tukar duit coz tukar di Danok lagi murah. While waiting for booking, Kak Siti ada bersembang dengan one of the bus driver yang akan ke Phuket kot. I'm not sure which destination depa nak p, then sembang-sembang pasal kami 5 gadis untuk ke Hatyai. Then Kak Siti tanya boleh tumpang untuk ke Danok atau tidak. Then driver tue cakap OK. Kami lantas senyum kambing sampai ke telinga, legaaa. No need to take cab. Alhamdulillah. And the best thing is free parking at CTC! Lucky us! Around 15mins later, kami sampai Bukit Kayu Hitam to cop passport, mine only border pass. The bus driver drop for those yang tak cop lagi untuk get out from Malaysia. Then cop tandanya we're ready to move out for 2days from our peaceful country ya. Then heading to Danok and needs to cop at their imigresen. Reach Danok at Malaysia time is 10am. Huaarghh! Masa nak cop to enter Thailand, we have to pay RM1 to the officer. Hahaha. He/she akan angkat 1 jari telunjuk tandanya kena bagi RM1 as him duit kopi. Funny and I do took one picture nearby the counter and suddenly ada orang belakang aku cakap then officer cakap tak boleh snap picture. I'm sorry. I don't know. Then bila sampai turn aku, the officer tunjuk kat aku sign no camera. Then aku cakap sorry I do not know. ** Wheee. Lakonnn sket. Everything ok. Semua berjaya cop passport memasing and me as well. Actually I'm the first one settle it coz for those with passport need to clarify something in one form. Masa nak amik form tue la, ada satu officer ask Layern. "Homany? Homany?" Laju dia cakap. Layern blurr. Rupanya dia tanya "How many?". Hehee. Kami berjalan kaki ke Danok lagi coz nak tukar duit. RM200 dapat Baht 2004.00. Then beli tiket van nak ke Hatyai dengan kos semurah Baht 550.00. At that moment aku perlu biasakan dengan duit itew di mana RM2=Baht20, RM10=Baht100 dan begitulah seterusnya. Aku dapati line Hotlink aku dah tukar to 9.15am masa van gerak ke Hatyai while time at my ALBA showing 10.15am. Dah berbeza dah. JADI MULAI SEKARANG AKU AKAN MENAIP MASA THAILAND YA WHICH IS 1 HOUR LATE COMPARED TO MALAYSIA. Waaaweee. Heading to Hatyai with love. Van kami untuk ke Hatyai. Ada kisah juga untuk Van nie.
Feeling tired since we wake up around 6am lagi. On the way, Friday and it was working day in Thailand. Ada sekolah tengah bersekolah, ada office tengah di urusan'in. Perjalanan kami sempurna, reach Hhatyai at 10.03am. And ask the driver to bring us to Grand Plaza Hotel. The hotel

Check in and letak barang and haruslah makan-makan. Masa check in tue, lepas tue ada rang excort kami bawak be bilik, waa..memang rasa selamat la hotel nie. Dia tunjukkan kami bilik memasing, bukakan TV dan bagai. Tak bagi tips pun kat dia. Sian lak. Hehehe. The Grand Plaza and Us with Miss Photographer, Cik Mas.

Perut lapaq gilaaa. Dah bergendang-gendut nie. Pukul 11am kami lunch di Hamid Restaurant Hatyai which is most suggested in blog/forum. Kami at Hamid Restaurant Hatyai

Menu pilihan aku adalah Nasi goreng Udang, Mas Nasi Pataya, Hanin and Kak Siti Nasi Goreng Sambal Udang while Layern special sket Nasi putih dengan Tomyam putih. Sedap!! Our foods.

Catitan aku di Hatyai

Lepas makan kami dah ada energy then kami menyusun tapak-tapak kasut halus kami ke serata shoping complex yang ada di Hatyai nie. 1st kami ke Robinson. Nice jugakkk. Kat situ Layern beli kasut raya. Hanin and aku beli juga. Ini pisang kaki ya anak-anak. Nie kat Robinson.
Selesai di situ kami jalan lagi, segala shoping complex kami masuk which is kami tak membeli pun sangat. Betul kata Aimi, memang ada sale and 5% discount for Malaysian. Penat berjalan kami balik hotel untuk solat dan rest for a while. Haaaaaaa. Di sinilah kisahnya bermula. Kami plan nak kuaq semula pukul 4pm sekali aku, Mas and Hanin tertidoq dalam hotel. Penat menapak beb. Sengal tol. Luckily, Layern ketuk pintu bilik kami and Mas jaga dan bukak pintu. Apa lagi. Kalut la. Nak solat masa tue, nak cuci muka, nak gosok gigi **ada ka? ada-ada. Delay 15mins. 4.15pm heading to Floating Market. Masa dalam restoran tadi aku dah cakap kat team yang aku nak naik tuktuk, then LAYERN cakpa memang kita akan naik tuktuk masa nak ke floating market. Aku sungugh happy =)) . Pest time in Tuktuk..heading to Floating Market

Tak susah nak dapatkan tuktuk, merata-rata ada saja tuktuk. Mereka suka me'hon' kita walau dimana saja. Tandanya mereka ingin bertanya kepada kita "Nak naik tuktuk tak?" ehehe aku mereka ja dialog dia. Luckily Layern ada print out floating market picture yang dia amik dari internet, then tunjuk ja kat pakcik tue. Terus dia bawak kami ke situ. Harga naik tuktuk menjadi tanda tanya kami bermula saat kami naik tuktuk sampailah kami turun tuktuk untuk ke floating market. Nasib baik ada sorang pakcik translate kat kami in English. Sorang harga Baht40. Tapi kami masih tertanya-tanya sampai ke sudah. Ok lupakan pasai harga yang penting kami nak enjoy moment kat floating market. From town to Floating Market it's took 15mins to reach there. Just reach Floating Market. Posing sat.
Floating Market is an interesting place to visit BUT berlambakkkk hanjing. Me, no likey ok =( . Nevermind, memang unik la tempat nie. from my observation mostly wanita-wanita Thailand menjual makanan dari sungai di mana mereka sendiri berada di dalam sampan/perahu panjang and most of them is Muslim since they wearing tudung di kepala. Segala proses menyiapkan makanan di lakukan di atas sampan/perahu panjang itew. Membakar, merebus, menggoreng, membungkus segalanya disitu. Memang unik sekali. Pembeli akan berada di atas laluan di atas sungai. Tengok la gambarnya sendiri ya kawan-kawan. Mas banyak snap picture kat sini, aku juga ada amik tapi tak se-pro mas la. Inilah dia Floating Market.
Aku dengan Hanin
Aku dengan payung, class you Mas!
Another picture at Floating Market

Layern and Kak Siti makan mee/koteaw sup Thailand dan minum air di situ. Unik juga coz makanan/sup akan di hidangkan di dalam bekas tembikar yang mana akan di beri terus kepada pembeli. ehehe. I can see ada jugak makanan tidak halal di jual di situ. Meme tertera perkataan "Pok" and Mas cakap mas ada nampak juga. Aku dengan Hanin on the bay.
Aku dengan makcik peniaga
Layern and Kak Siti layann mee/koteaw sup siam. Sodaap!
Selesai Layern dan Kak Siti makan, kami pun naik atas dan beli 2,3 barang untuk di bawak balik. Atas jalan nak ke tuktuk, ada bau semacammm. Tengikkk! Busukkkk!! Heran apakah bau itew.. Rupanya bau binatang-binatang seperti maggot, ulat, ntah apa-apa lagi yang aku tak pasti. Macam kita tengok dalam AFC rancangan Bizzare Food. Aku tak mampu nak datang dekat tapi Mas and Hanin mampu beb. Salute laa. Miss Photographer, Mas Fdz
Hanin tapi Hanin tak tengok camere Mas, aku snap di sebelah.
Aku dengan Layern, suppose to be Jat, Layern and aku.
Bizarre food. Yuckkss.Ermmm. Hanjinggg! Jangan cakap laa. Merata-rata. Ada sorang Pakcik Tua Banga*g tue pi kacau hanjing tue, nasib baik hanjung tue tak mai kat kami. Awat laa vong*k pakcik oitt. Pakcik tue Islam kerena wife dia pakai tudung dan aku rasa mereka adalah rakyat Malaysia. Hiiish! Masa kejadian adalah sewaktu mas sedang membeli cotton blanket tue. Murahh gilaaaa. RM14 weiii. Rugi tak beli. TAPI aku tak belii...soooo rugggiiii!!! Pakcik Tuktuk tadi sedia tunggu kami sampai kami habeh shoping. Kami sampai hotel pukul 6.20pm dan keadaan masa tue macam kat Malaysia pukul 7pm. Dah nak gelap. Bayar duit kat pakcik tuktuk. Masa dalam tuktuk kami tak habeh-habeh lagi duk cakap pasai harga tambang nie, then merepek la memasing Baht 200 ja ka? Kira-kira sorang Baht80 la. Berlakon nak bagi Baht 200 ja la dulu. Then turun dari tuktuk aku selaku bankers tanya pakcik berapa? Dia tak faham then aku keluarkan calculataer gabak aku dan suruh dia tekan-tekan berapa saja dia nak, kami sanggup bayar. ** Gila riak takbur. Then dia nak tekan pun tak reti nak cari numbe 4 pun tak jumpa. Rupanya Bath 400 untuk 5 orang. Meaning kami sorang Baht80 la equal RM8. Murahh la. Rakyat tempatan rasanya dalam Baht35.Then dia bawak kami pulang ke hotel dengan gembiranya. Letak barang and decided nak massage kaki malam nanti. Kami jalan ke Lee Gardens which it sebelah ja ngan hotel kami, kat Lee Gardens tak ada apa benda sgt. Jalan ja. Kami kuar dari situ and kami jalan-jalan cari makan, for dinner kami decide nak makan dekat Salma Restaurant. Muslim restaurant. Murah dari Hamid Restaurant Hatyai. Menapak lagi, on the way nampak la penjaja tengah setup untuk night market. Malam tue aku makan nasi Paprik dengan sup sayur share dengan Mas. Sedap sup sayur dia. Lain benor sket. Paprik dia pedas, aku ratas sayur ja dalam sup sayur. Minum fresh orange. Segar bugar. Masam! Bayar makanan memasing then menapak kami ke Central which only in front of our hotel saja. Jalan-jalan situ. Ada sale! Aku, Mas and Hanin beli barang kat situ, while Layern and Kak Siti jalan kat night market. Lepas try itu ini, bayar dan kami pun keluar la dari Gardens dan Hanin mendahului kami untuk massage. Aku dengan Mas sempat lagi merayap sekerat jalan kat night market.
Right after floating market, another market we visit..night market. hehe. As I did mentioned before, very nearby to our hotel and should have power to bargain with the sellers. Payah woo.

Kami beli fridge magnet untuk kawan-kawan then decide dah la noo jalan, jommm kita p massage kaki. Hehehe. Gelliiiii. Ahkak geliii..geli I. Gelllingggg...tolongggg geli!! Hehee. Gedix ok! Lepas cakap dekat kaunter, then kami dibawa ke bilik. "Sepai, sepaiii...massage sepaiii.." Sedap la maksudnya kot. Then duk interview kami dah kawen ka belum. Oh yaa...the massager is old women hoccay! Sungguh sedap depa massage kaki kami berdua. Kami cakap nak sebilik coz takut la kalau sorang-sorang bersama old lady tue. Kang di apa-apa'in nya kami, haa..sapa nak jawab? Tipah tertipu!! Masa duk massage tue duk pulun suruh kami amik body massage. Takmo la. Nak kena bukak baju plus nak urut-urut berut aku. Geliiingggg! Tau dak aku geli!! Huahuahuaaa. Baht260 for 1hour. Kalau sebelum tue, siangnya kan kami jalan sakan rasa nak balik hotel ja baring badan, then lepas massage tue rasa ringan ja kaki. Orang yang massage aku tue massage good tapi aku leh rasakan orang yang massage Mas tue really good. Nampak bets ja dia duk uli-uli kaki Mas. Hhihihi. Tapi memang lega laa. Lepas habeh sejam kami naik atas, Hanin tak habeh lagi. Kami naik dulu tapi singgah bilik Layern and Kak Siti, then rasa risau Hanin menjelma even we know that Hanin kat bawah ja. Tempat massage yang sama ngan kami. Aku dengan Mas turun bawah beli air bateri dan terus ke Grand PLaza massage center coz nak caru Hanin. Alhamdulillah kami ketemu Hanin dan Hanin berani naik sendnri nanti. Actually Hotel kami nie selamat. Tak rasa takut. Sangatlah senang di situ. Aku dengan Mas duk dalam hotel sembang-sembang then siap-siap mandi and solat. Phuuuuhh! Tireddd weii. Lepas tue Hanin pun naik bilik, memasing dah siap nak tidoq, sembang-sembang dalam gelap dengan aircond medium and terasa hangat, lantas aku changed it to Hi. Haaaaaaaa. Sejuk, tidoq tak sedaqq la lepas tue...

Ini dulu coretan kisah hari pertama kami di Hatyai. Sungguh meriangkan hati dan jiwa mental! Whole day walked until food get cramped. What a nice exercise kan?

For all goods quality picture was taken by our Miss photographer, Cik Mas Fdz. Credit to her..Thanks Mas.!