Nuffnang

Thursday, August 12, 2010

~ Mereka bertugas ~

Assalamualaikum Kawan-kawan,

Puasa tak nie? Hehehe. Sama la kita? Sama apa? Sama puasa or tak? Sendiri mau jawab ya. Hari nie dah hari kedua puasa. Petang kemarin, aku, Cik Mas and Cik Zai kami pun join crowd kat Bazaar Ramadhan Kilang Lama Kulim. Orang ramai dah banyak meja masih kosong. We assumed orang jual nie nak sambut puasa 1st day dulu rasanya. Our fav stalls Nasi Lemak Abd Auuuw and Pak Long Sup pun belum di bukak. Tapi bannernya sudah ada. InsyaALLAH kalau bukak, hari nie leh beli. Crowd kat bazaar kemarin adalah ramai. Around 6.15 pun dah kosong periuk penjual. Alhamdulillah. Ingat, tolong la masak dengan ikhlas untuk kami ya. Pembeli tegar seperti aku kepingin masakan yang ikhlas dan tidak mengaut untung yang lebeh. InsyaALLAH ada keberkatan dalam perniagaan kalian itew. Kemarin aku membeli nasi tomato since petang kemarin Uya IT ada cakap pasal nasi tomato. Teringin bukan? Thus aku beli. Not bad. Tak podashhh. I like =)) . Additional kueh-mueh yang aku claimed dr cafe and soya bean yang panas beserta 2 kurma. Alhamdulillah.

Kat company nie, this year ada kelainan sket. Ada colleagues arranged for tadarus Al-Quran beramai-ramai. But then, since tak ramai yang bawak Al-Quran, need to share among them. But today, rasany will be better since ramai dah bawak Al-Quran memasing. Mine, tadi lupa pula. Planning nak balik rumah masa lunch nie dengan Mas. InsyaALLAH. Seronok juga tadarus kan? Mak aku kat kampung memang every year ada tadarus. Seronok. Normally aku akn cuba habis-habisan untuk khatam Al-Quran sesama mak aku, insyaALLAH aku ada 11 juzuk lagi. Harapnya sempat la. InsyaALLAH. Orang lain 30juzuk = sebulan, aku 30juzuk = setahun. Sloww benorr aku nie.

Oh ya. Back to my story. Actually tadi aku baca paper UTUSAN Malaysia. Kisah ada Polis traffic yang tertugas tatkala masa berbuka puasa. Mereka bertugas sebab nak bagi traffic lancar area bazaar ramadhan. Aku teringat ayah aku. Kami dah biasa berbuka tanpa ayah dalam bulan puasa. Kadang-kadang ayah kena duty. So kami ja akan berbuka sesama mak. So mak akan masak awal untuk buat bekal kat ayah. Dulu ayah keja Balai Polis Simpang Empat, so dalam 20min masa bebuka, ayah akan balik amik bekal. Sometimes ayah lariii sat balik bebuka kat rumah. Tapi ayah senior kat balai tue, so ayah kena ada di situ, so ayah akan suruh anak-anak buah balik bebuka kat rumah pada mereka yang duk quarters balai tue. Most of the time ayah akan bebuka kat balai. Macam last 2yrs, ayah dah start meronda. Ayah tak drive tapi ada anak buah akan drive, so ayah akan bebuka kat mana yang depa stop. Masa tue bekal yang mak kirimkan akan di makan bersama-sama. **Chee cheee..macam aku tau2 aja. TAPI betoi la mak aku akan kirim untuk 2 orang makan. Kalau time ayah leh bebuka kat rumah, usai Maghrib ja ayah akan vroooom ke balai. Kalau kami tak ada, meaning aku, bgcik, SIL...mak akan berbuka dengan adik aku ja la, Fuad. Demi tugas, ayah terpaksa bebuka di jalan. Jangan pikir semua Polis tak buat keja ya kawan-kawan. Kadang-kadang ramai yang suka marah polis, ada betul ada silap. So apa yang penting, kita kena ikut peraturan ya. Kalau kita dah ikut peraturan but still polis nak saman kita, haaa...jawab la polis tue di akhirat kelak. Dunia terlepas, akhirat ALLAH Taala dah janjikan balasan. Aku berdoa ayah aku menjalankan tugasnya dengan amanah dan jujur. InsyaALLAH. Banyak kisah ayah aku nie masa ayah bertugas. Tak apa nanti aku story. Sedihhh wooo.

Mak aku pun apa kurangnya. Lawaknya, masa nak berbuka sure mak akan terkenang-kenang anak-anak di perantauan. 1 - Kulim Hitech, 1 - Tg Malim and 1 - KL .Hikhik. Kakak iparku. Ala mak, releks la Mak. Kami leh cari makanan sendiri. Mak-mak biasalah, duk pikiaq apa la anak-anak ni makan. heheeh. Tak apa mak, confirm tak sesedapp mak masak! Mak memang superbbbbb sedap masak!! Weekend nie insyaALLAH aku balik Perlis. Yummmy!

Tapi olang paling untung bulan posa. Adik aku, FUAD! Hahaha. Budak itew sungguh meriah sekali. Tiap tahun sure meriah tapi this year dah nak SPM tue, tengah trial la nie. All the best Fuad. You can do it. Lepas nie insyaALLAH continue with electrical naaa. Nie sorang lagi nak follow bgcik aku. All the best! Baju raya tahun nie haruslah kurang sebab nak exam kan? hahaha. I don't think so, sure mak aku pulun beli sakan kat adik aku nie. Tahun last jadi "budak sekolah". Tahun depan dah lain pula statusnya. Semoga Maju Jaya ADIK!!

Baiklah semua, selamat berbuka petang nie. Dah pikir apa juadah berbuka petang nie? Aku dah ada dalam kepala otak dah nie. Cuma nak melaksanakanya sajaaa. Ingat-ingat ya, jangan membazir. Amalan syaitan tue. Biar besederhana ya.

Assalamualaikum...Hati-hari bawak moto, drive ke bazaar naaa.

No comments: