Nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

~ Yayy! Merdeka lagi ke-53 ~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!! Selamat hari lahir Malaysia yang ke-53. Taniah!!!

Aku bangun sahur seawall 5.15am, bersahur dengan mak ayah and adik aku. Sambil makan, kami bersembang. France, Europe, training, 10k. Hahaha. Ini bukan kisah aku. Tapi kisah bgcik aku. Ohhh nooone! Bersolat Subuh dan aku sempat mengimbau kenangan lalu dengan tengok buku-buku autograph kawan-kawan aku zaman SKSE, ASTECH and univ. Hahaha. Lawok benor.

Jalur Gemilang..Tahukah anda bendeka Malaysia di tukar nama kepada Jalur Gemilang pada ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-40 semasa dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Pukul 7 aku dah nganga depan TV. Nak tengok majlis perarakan Hari Kemerdekaan ke-53 langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil. Mendengar lagu Tanggal 1 Ogos – Arwah Sudirman. Sungguh semangat rasanya. Sempat aku sms cik zai suruh tonton bersama. Hihihi. Rasa semangat betul rasanya. Pemimpin tertinggi yang awal datang, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Segar tengok wajah mereka! Sungguh bangga kiranya aku dapat bersama-sama crowd di Stadium Putra. Hari ini adalah bukanlah sekadar cuti umum, tapi antara perkara yang perlu kita kenang atas segala pengorbanan pejuangan pemimpin silam, payahnya mereka untuk mendapatkan kemerdekaan buat Tanah Melayu. Ohhh! Pengetahuan sejarah aku adalah tidak bagus. Maafkan aku.


Lagu 1 Malaysia yang bagi aku paling catchy.

Mendengar Lagu Negaraku. Oh sungguh lama aku tak nyanyi. Kat IFX mana mungkin nak nyanyi lagu ini. Lagu German pun tak penah nyanyi **Apo kaitan ini?**. Many formation playing with lighting, props and more than 4k participants i think. Kita 1 matlamat, 1 Bangsa, 1 Negara, 1 Malaysia.

Antara segmen yang ditontonkan ialah TTS – Tempur Tanpa Senjata, Pendidikan, Sains dan technology dan sebagainya. Ada antara kanak-kanak Tadika KEMAS dengan berpakaian baju tadika yang sungguh comel sekali.

Masa aku tengok rancangan ini, tiba-tiba aku terpikir..apakah perasaan penjenayah-penjenayah di luar sana? Apa perasaan mereka pada Hari Merdeka kita ini since mereka dah banyak buat jenayah yang menyusahkan banyak pihak. Mungkin mereka sedang tidur nyenyak yang mana mungkin malam tadi penat menambah kes-kes jenayah. Mungkinkah ada segelintir di antara mereka yang mungkin sedar dan menyesali pada hari ini, tapi besok..mungkin mereka kembali kepada aktiviti tidak berguna mereka itew. Shameless! Tapi adalah bagus jua kiranya andai mereka sama-sama menghargai hari ini since mereka telah membuat onar sepanjang tahun. Jadi penjenayah sekelian, tolonglah cuba untuk berbuat baik kepada semua. Janganlah membuat jahat pada khalayak ramai. Kami tidak suka semua kejahatan yang kamu semua telah lakukan. Malaysia negara yang berakhlak tinggi dan penyayang tolonglah sayangi negara dan rakyat Malaysia yang lain.

Semoga Malaysia kekal aman damai, rakyat bersatu padu, jauhi sebarang pergolakan yang mungkin akan membuatka bunga-bunga perpaduan kita runtuh. Kepada oeang jahat di luar sana, nyahhh kau penjenayah dari bumi bertuah Malaysia ini.

Merdeka! Moga diri kita juga merdeka dari sifar-sifat buruk dan jahil yang tak layak di panggil insan.

Photo credit to: khae_276 [Flickr]

No comments: