Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

~ Goodbyee 09/10 ~

Assalamualaikum...

Today is last day for our fiscal year. Hahaa. Items ada laku, itemsssss ada scrap. Crappppp! Bukankah banyak sssss di situ. Iya! Sebab tue la cikit ja dapat angpau. Huuu. Huuu.

Baiklah, tadi ada p cuci mata kat JJ, Perda. Sales adalah tidak berapa memberangsangkan. Jadi hanya baju duaplohringgit menjadi sambaran tangan aku. Cukuplah sekadar ada persalinan baru memandangkan aku nie takdok baju yang menarik tertarik. Ok la tadi tue. Memakan ayam penyet adalah sedikit pedas. Syukur juga dapat berbuka puasa tadi. Nasi itew adalah kering kerana aku tidak makan sambal yang pedas, jadi aku dapat kuah soto dari Cik Mas untuk tidak bagi nasi aku kering dalam pinggang. Alhamdulillah. Dapat makan nas dengan habis itu tandanya aku lapar. Alhamdulillah..

Baiklah. Esok mau ke Penang. Ketemu doctor hiasan dalaman. Yayy!

Goodnite rerakan...
Assalamualaikum..

Ppssstt: Ada orang itew nak kawen bulan 1 nie. Sapakah dia?

Tuesday, September 28, 2010

~ Magika oh Magika ~

Assalamualaikum bella,

How old are you? eh eh..how are you lovelies? I'm getting good because tomorrow insyaALLAH gajiiii!!! hoyeay! hoyeay! hoyeay!! Orang yang berhabisan untuk raya seperti aku-aku, kamu-kamu, mereka-mereka maka haruslah di bulan syawal ini jenuh menanti nak gaji. Finally tomorrow is the day! Yay!! While thinking of it, me and my housemate decided to Giant Kulim for watching Magika by KRU Studios Sdn Bhd was directed by Edry Abd Halim one of KRU's member. Bravooo la depa nie.

Dalam film nie involved many artists such as Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle, Fimie Don, M.Nasir, Maya Karin, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak, Sharifah Amani, Sharifah Aleeya, Norman Hakim, Senario, Sabri Yunus, Saiful Apek dan Raja Azura. Al kisahnya Malik (Fimie Don) tersesat masa cubaan nak melarikan diri akibat merajuk dengan kakaknya si Ayu (Diana Danielle), then Malik jalan-jalan dan ternampak perigi usang dia cuba tengok apa ada di dalam, so sudden dia termasuk dalam perigi usang itu then menjerit panggil kakaknya si Ayu. Ayu terdengar bunyi jeritan si adik, lantak ketemu perigi usang. Si Ayu berusaha nak masuk ke salam perigi tapi apakan daya..inilah ceritaaaa. Tali sehalus itu pastinya akan putus kerana tak mampu nak tanggung berat badan si Ayu lantas tali putus dan Ayu pun sama-sama terjatuh dalam perigi usang. Tapi Malik yang sampai dahulu ya. Ayu menyusul. Hehehe. Panjang nie. So sila la pergi nonton ya ataupun punyain kesabaran untuk di tayangkan di ASTRO. Aku tak pasti ASTRO mana dulu mungkin Citra atau ABO, jadi..sila subscribe ya.

Apa yang aku tengok dalam Magika ini ada unsur-unsur Narnia juga..Masa Malik dan Ayu bercakap/menyanyi dengan pokok di mana KRU 3 beradik menjadi pokok-pokok itu. And ada sikit macam Alice in Wonderland since finally they came out from the dunia Magika dari lubang dari tanah la lebeh kureng kisahnya.

Apa-apapun. Untuk Golden Award..The best acting aku nak bagi kat Ahkak Ziana di mana nenek kebayan yang over gitu tapi best laa, Mantap vocal for Ning takuttt nak jadi tua hahaha, Pelawak yang sedia lawak since Pi Mai Pi Mai Tang Tu goes to Sabri Yunus. Hehehe. Kalau ayah aku tengok nie, sure seronok. Ayah tunggu DVD no or ASTRO tayang naa. Hehehe.

Seronok. Weekend ini apakah yang akan terjadi agaknya noo. Ada 2 invitation open house. InsyaALLAH kena gaya, aku cuba hadirkan diri. InsyaALLAH...

Tuesday, September 21, 2010

~ Local Agenda 21 ~

Assalamualaikum,

Tanggal 18Sept 2010. Aku telah di kerah paksa oleh mak aku suruh masuk game yang dianjurkan oleh KRT, Jabatan Perpaduan kat tempat tinggal aku. Siap ada pertunjukkan Bomba lagi demo cara-cara nak padam api di dapur. Hahaha. Banyak juga acara.

1. Semakin Jauh Semakin Sayang (dewasa suami isteri)
2. Naik gerek perlahan (Kanak-kanak dan dewasa).
3. Lari dalam guni (Kanak-kanak dan dewasa).
4. Kukur nyok (dewasa suami isteri)
5. Tiup belon bagi pecah (kanak-kanak).
6. Tiup tepung (kanak-kanak).
7. Kerusi Muzik (kanak-kanak).
8. Pakaian berhias (berkeluarga)
9. Tarik tali (dewasa lelaki dan perempuan)
10. Batu Seremban (Kanak-kanak dan dewasa).
11. Pertandingan Kerabu, Goreng Pekasam, Asam Pedas dan Puding.
12. Lucky draw.

Awal paginya ada gotong-royong dan senamrobik. Sayangnya aku masih di rumah masa itew. Ada juga booth oleh BOMBA, PDRM, Pusat Kesihatan, SPR, BPR dan ADK. Aku ada jengah ke booth Pusat Kesihatan check berat, tinggi, BMI, BP. Alhamdulillah aku masih di kala selamat.

               Pertandingan Semakin Jauh Semakin Sayang.

               Lari Dalam Guni

               Kerusi Muzik

               No. 1

               No. 2

               No. 3 memang menang no.3 pun. malu wei...

               Kami berempat.

               Saingan utama kami.

               Saingan sengit duk sebelah-sebelah lawan gaduh. hahaha

Mak ayah aku menang number pertama untuk pertandingan Semakin Jauh Semakin Sayang.
Untuk Pakaian berhias kami dapat No. 3 dari 4 penyertaan. Hahaha. Adik dengan ayah aku yang hias aku. Malu weiii. Semua orang tengok kami kat depan tue. Nasib baik di bawah bumbung, kalau tak sunburn la kulit hitam aku ni. Semua orang cakap ayah aku kreatif. Tapi memang betoi poonngg. Ayah aku pandai melukis. Aku tak reti. Aktiviti berakhir petang around 5.30pm. Kami dapat hampeh dengan bekas makanan 6 semuanya. Bukan sebab hadiah tapi pada keseronokan dan kerjasama yang dipupuk sesama jiran tetangga.

Marilah berbuat baik dengan jiran kita..tapi jiran aku kat Kulim nie both Chinese. Kalau berkesempatan nampak, just say Hi to them pun dah ok. Betul tak?

~ 1 Syawal 1431 ~

Assalamualaikum..

yay! Aku gagah jugak nak add gambar hari raya aku yang takk cukup untuk entry pestt tue. Let's check it out ya!

Inilah Wan aku sebelah ayah aku.

Hi..Nama saya Ammar.

Sedara-mara sebelah ayah, mostly adik-adik ayah and cousins dan anak-anak mereka.

Kalau Arwah Tok aku ada, sure rumah nie masih cantik. Uhuuu...

Hahaha. Mak aku duk kalut nak amik rendang dinding.

Ini aku snap dari atas tangga.

Haaaaaaaa...inilah saja gambarnya...insyaALLAH nantikan Syawal 1432 pula ya kawan-kawan. Dengarnya kita akan berhari-raya pada Hari Kemerdekaan 2011. Betul ka idak, sama-sama kita tunggu kan. Actually dah leh check tapi aku malas lak nak search. Maafkan aku noooo.

So...inilah kisah raya aku tahun nie, as usual, aku masih belum berkereta. Doakan aku cepat-cepat leh beli BMWWWWWW naaa...

~ Hari Raya 2010 ~

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya kawan-kawan..

Hari Raya kamiii..

Rabu 8Sept 2010
Aku balik pagi-pagi rabu and housemate aku Mas kena la p keja awai coz aku nak grab bus aku at 7am. Huuu..alhamdulillah dan aku nak catch bus tue. Or else boleh ja. Aku kena naik bus Jadam la ke Butterworth. Aku sampai AS, bukan Amerika Syarikat ya, tapi Aloq Staq around 9.45 and it was my lucky day since bus ke Kangar then aku pit stop kat rumah tok aku and mere daddy tunggu kat tepi jambatan. Aku dengan bag gemok, paper bags kueh naik moto. Seronok naik moto kat kampong kelahiran. Montot tak dan nak kebas, dah sampai rumah tok aku.

Eh.,eh...eh...apa depa duk kerumum tue? Ohhh rupanya tengah buat ketupan chang. Ketupat ini ketupat cina Cuma orang Cina akan letak lauk pauk dalam ketupat ini. As for our family kami suka kosong ja only pulut saja. Aku lupa nak snap pict ketupat itew. Tapi singguh menarik youeww! Sangat bagus untuk kesihatan since tak guna any santan berlemak manis, kami akan cicah dengan susu atau kaya. Masa Arwah Tok aku side ayah ada lagi dulu, sure akan makan dengan homemade kaya yang superr duperr sodap! Aku pun baru belajaq gena nak balut ketupat. Ketupat daun palas pun aku tak reti banyak jadi ketupat betina bukan ketupat jantan. Mak aku cakap ketupat jantan la elok coz tak masuk aiq. Antara kami semua yang balut ketupat sepagi itew, adik aku punya ketupat la paling senonoh. Ketupat aku jangan cakap la. Sungguh tak senonoh. Tak apa it was my 1st time nak balut ketupat. Balut bukan dengan daun palas, tapi daun buluh. Tengok la 2,3 keping gambar yang aku nak attach kat sini.

Mula-mula kena bentukkan daun buluh supaya boleh letak pulut.

Kemudian letak pulut. Jangan letak pulut terlalu banyak sebab nanti pulut itu akan mengembang.

Kemudian balut dan ikat dengan kemas supaya pulut tidak keluar.

Siap untuk segugus Ketupat Chang and ready to boil it.

Jom ketupat, masuk dalam belanga besaq hitam legam tue.

After 8hrs boiled

Kita kena hang ketupat nie sebab nak bagi kering takut ada air rebusan masuk dalam daun bulut itu.

Inilah rupanya ketupat Chang. Color macam keemasan sikit.

A day before raya baru aku pulun dengan mum and SIL nak cari tudung. Mum awai-awai lagi dah ada tudung. So aku ngan SIL la pulun cari tudung. Orang KL cari tudung kat Perlis. Hahaha. Sangatlah terbalik kuangggg. Sungguh pilihan adalah limited! Lepas nie aku berazam nak cari tudung kat KeyyyELLL la. Jumpa juga selai tudung. Alhamdulillah legaaaa. Sure mak aku pun legaa. Akak aku pun sama jumpa juga. Tapi SIL tak dak baju raya. No Budget katanya. Tak apa. Janji bagi duit raya naaa.

Hari Raya!
Hari nie hari raya. Aku lak busy di rumah tatkala semua orang berjemaah di surau untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Pepagi lagi aku dah bangun gosok baju mak ayah including mine. Then aku sibuk isi duit raya mak aku since aku punya dah siap kemarin lagi. Jenuh la juga. Mak aku dah suh asingkan untuk cousin itu, cousin ini. Mak aku pun style kalau sekolah tinggi dapat banyak duit raya, sekolah rendah dpt 3 hinggit sudah. Aku juga sibuk buat air, aku sibuk kacau rendang yang mak aku masak untuk elak hangit. Then baru aku mandi dengan siap berbaju baru. Yay! Then bersalaman. Part paling aku nantikan. Aku nak duit raya! Bermohon ampun dari mak ayah. Pohon di halalkan makan minum dan maafkan atas segala salah silap yang tak pikir panjang selama ini. Ayah bagi duit raya juga and Mak yang tak bekerja pun sama-sama hulurkan duit raya, tue duit padi. Alhamdulillah tahun nie menjadi lagi hasil tuaian padi kami. Alhamdulillah syukur. Then bersalam dengan Bgcik and SIL. Bgcik aku macam besa, berkain pelikat terus menghulurkan duir raya untuk adik-adik. Yay! Trimasss!

Siap-siap nak balik kampung nak ziarah kubur Arwah Abgchaq, Arwah Tok, Arwah Wan dan sedara-mara sekalian yang telah terlebeh dahulu pergi meninggalkan kami semua. Aku di parking lot, duk sakan berfacebook. Lepas selesai semua, we’re heading to rumah Wan di kampung. Kami yang bawak nasi, kami yang santap dulu since semua dah lapar. Dah ada energy barulah semangat nak kutip duit raya. Bersalam dengan Maktok dan kemudian terus ke rumah Tok side mak. Kami jalan kaki ja. Dekat gillss! Kat rumah Tok, ramai makcik,pakcik, cousins duk tunggu. Makan-makan sat then sesi bagi duit raya. Seronok tengok cousins aku beratur depan aku, bgcik, SIL and mum. Kami bagi duit raya since ayah kul 12.30 dah balik rumah coz ayah bertugas at 2pm. So tinggallah kami beraya berlima di Kg Kuala Jerlun. Usai bgcik and adik aku solat Jumaat, kami mulakan jalan beraya berlima. Kami balik semula rumah Wan aku since tadi tak sempat nak beraya dengan Wan then makan-makan lagi and makan choc dari Lubnan yang Chu Munir aku post. Sodappp! Lain sket choc dia. Macam makan batu ja bentuknya tapi choc sungguh lembut dan manis. Sedap. Lepas tue nak ke rumah Teh kat sebelah rumah Wan saja. Makan laksa di rumah Teh dan terus menuju ke rumah TokTeh/TokSu. Jalan raya nie dengan maklang, maknjang, teh, cousins and anak-anak cousins side ayah aku.

Mak ayah bersalaman. Eh awat mak duk gelak ja tue?

Bgcik bersalaman dengan ayah.

Bgcik bersalaman dengan mak.

Mintak ampun Ayah.

Mintak ampun Mak.

Adik bersalaman dengan Ayah.

Adik bersalaman dengan Mak.

Akak bersalaman dengan Mak.

Akak bersalaman dengan Ayah.

Adik nak ambil barang.

Bgcik with raga nasi tomato.

Di rumah Tok.

Hi Tok...apa kabar?

Senamrobik di pagi raya.

Ammar one of my fav cousins.

Selesai semua tue, kami balik ke rumah Wan semula coz nak amik apa saja yang maktok nak bagi kat kami buat bawak balik Simpang Empat. Maktok bagi lemang sebatang. Adik aku la nak makan sangat. Tapi memang sedap. Then bagi duit raya kat Wan and Maktok bersalamam dan mintak ampun dan kami terus balik ke rumah Tok pula. Nieee lagi la meriah. Ada saja makanan nak bagi. Maklumlah tok nie jenis beringat anak cucu suka makan apa. Aku request kueh siput. Ada. Ketupat perbagai jenis ada. Ketupat chang, ketupat daun palas, ketupat daun palas dengan kacang pun ada. Rendang pun ada dan juga our main dish hari tue is Soto. Makcik aku orang Johor, so dia reti la masak. Semua dah dapat, kami singgah rumah LangJam sat, semua dah perut penuh so LangJam tapau ja bihun sup kat kami. Beraya dengan LangJam and Paklang Ani then kami pun balik Simpang Empat. Phewww! Sempat solat Maghrib kat rumah dan malam tue makan ja apa makanan yang dikirimkan beserta nasi tomato yang mak aku masak pagi-pagi lagi dengan rendang dinding yang mana di ulas oleh mak aku rendang tue rendang diraja masa zaman dulu. Tapi memang sedap rasanya. Maktok aku yang masak tue.

Lepas kami berlima makan nasi, then ngadap tv dan mak aku dah selamat tidoq. Kami ja duk hingaq tunggu ayah balik keja. Sambil layan tv, mulut duk makan itu ini. Layan astro citra. Then seronok nak kira duit raya Fuad since dia dapat banyak. Aku dapat juga..200.00 ++ ja. Syok! Leh menabung nie.

Antara adegan kami bermain bunga api.
Ini intro nie nak cucuh bunga api.

Cahaya lebaran.

Jom cucuh bunga api.

Haaaa...Puas hati aku, kiri kanan tangan ada bunga api. Thanks Ayah beli untuk kami supaya bersuka-ria di hari raya. Yay!

Basyer with Fuad. Ada api bunga api aku di sebelah kanan Fuad.

Kami bertiga yang seronok. Bising-bising kat luar sambil bakar 2 mercun buterfly. Ahmad Mubasyer, Khairil Azhari and aku.

Baiklah semua. Dah mengantuk nie. Nak tidoq dah.
Selamat hari raya, pohon ampun dan maaf atas segala kekasaran bahasa aku naa..

Rumah Wan – side ayah.
Rumah Tok – side mak.

Tuesday, September 7, 2010

~ Dam dam dum bunyi mercun ~

Damm daaammm dummm,
Bunyi mercun,
Kanak-kanak segera datang berduyun,
Dam dam dum mercun berdentum… Semaraklah hari raya ini tahun. Yay!

Teringat zaman aku kecik-kecik dulu masa nak sambut hari raya. Sungguh evergreen zaman itew. Ini tidaklah bermakna aku makin berusia cuma bertambah angka sahaja. Ada saja kenangan aku bermain bunga api. Aku takut ya nak main mercun. Sokmo Arwah Abgchaq dengan Bgcik saja yang berani. Tue pun kena main malam-malam. Sungguh zaman dahulu bunga api adalah di jual secara terbuka dan aku antara pembeli tegar la juga. Aku letih berpuasa then mintak ja bunga api, sure ayah akan belikan. Teringat zaman membeli baju raya zaman dulu. Kiki Lala, Kiki and Bunny House. Kasut pula sure kasut keluaran BATA. Hihihi. Aku masih ingat lagi. Mak aku kuat juga shoping raya untuk kami. Mana tak kopak duit ayah aku. Tapi kan iyalah, setahun sekal shoping sure mak aku akan sakan-sakan shoping punya. Penah ada baju raya aku. Seluar yang mak aku cari untuk aku tue ada kat patung yang display tue. Sungguh mak aku suruh SA tue amik seluar aku kat patung tue. Ada kecoh la juga kat situ. Mak aku nak seluar tue, tapi SA tue tak mo bagi. Customer always right ya. Finally dapat juga seluar Bunny House untuk aku. Yay! Serious! Mak aku memang cermat. Aku rasa seluar tue masih elok dalam simpanan mak aku. Since seluar tue makin mengecil, so tak dapatlah aku pakainya lagi. Aku memang suka la baju-baju nie semua and those materials memang tahan la. Dulu kami shoping kat mana? Hahha. Tak main beli baju raya kat Kangaq, kami beli ka Aloq Staq. Jauh sikit dalam 30km ja. Hihih. Mak aku cakap banyak pilihan sikit. Iya betul. Aku setuju. Zaman tue Kangaq hanya ada Kedai Kawan, Looking Good. Masa tue Aloq Staq dah ada HankyuJaya, City Plaza later ada Pacific or Star Parade. And until now kami still shoping dekat Pacific. Dari baju raya hinggalah baju sekolah. Bangga la juga even bukanlah sehebat JJ or Parkson lagikan iSetan. Walaupun setiap tahun tidaklah 100% dapat apa yang aku inginkan sebab mak aku sure akan ada taste dia tersendiri. Zaman aku dulu, pakai kasut kulit tue kita paling mahai la. So mak aku akan belikan kasut kulit kat aku. Aku sure la nak kasut liplap-liplap, sampai aku merajuk dalam kedai Bata sebab nak kasut yang aku nak. Inilah ayah memainkan peranan. Ayah pujuk untuk aku pakai kasut yang mak nak belikan. Finally aku anak yang taat nie, ikut cakap ayah **Taat ka? Cakap mak tak nak dengar, cakap ayah nak pula. Sebab ayah dah janji nak beli bunga api banyak-banyaaaaaaaakkk!** Ishhh...sungguh aku rindu zaman beli baju raya masa kanak-kanak.

Untuk aku tahun nie, baju raya pun masih kabur dah siap ka belum. Tudung raya belum cari lagi. Kasut raya? Errmmm.. Dah lama pupus dalam kamus kelengkapan raya aku. Tengoklah mana yang ada itulah aku pakai. Huuhuhu..

Haaaaaaa. Untuk Arwah Abgchaq dengan Abgcik lagi la. Sure sedondon depa. Sampaikan ada yang bercakap depa kembaq. Walhal tidakkk! Aku pun suka tengok depa pakai sedondon even sebenarnya depa pun tak ada la suka sangat. 2,3 kali boleh la kot. Kalau sampai nak naik menengah pun sama, sure depa segan gilu gitu. Ohh! Rindunyaaa!

I can't typing anymore..

Dear Muslim friends,
I wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Perhaps you guys, having delighted raya and good time with your family, friends and love ones. Lets share this joy with everyone...And for those yang nak driving back, including my Abgchik and SIL, drive carefully ya and have a safe journey jangan pulun nak kutip duit raya dari Polis ya. For my colleague Lim Swee Koon, happy backup our kedai since 3 of us busying to potong ketupat and serve the rendang. Heyy! Come la to my house everyday open ya'll.

Ikhlas dari hati kecil aku, aku memohon ampun dan maaf andai selama mana terkenal dengan aku ada yang terasa hati, tersebek muka, terasa garang dengar suara aku. Sememangnya aku juga manusia biasa yang melakukan dosa-dosa. Maafkan aku. Andai aku ada sebarang hutang-hutang piutang, silalah tuntut dari aku atau dengan kata lain, aku pohon halalkan segalanya. Untuk sapa yang sudi membaca blog aku terima kasih ya. Sememangnya aku tulis blog ini atas apa yang aku rasa dalam hati aku. Inilah bahasa aku whether you enjoy it or not, maafkan aku kalau aku tak mampu nak hiburkan hangpa dengan ayat-ayat yang mempu mencuitkan rasa lucu buat hangpa. Terima kasih atas kesudian mengambil masa untuk membaca.

Selamat Hari Raya!

Mai laa rumah aku raya nie!

Assalamualaikum..

Sunday, September 5, 2010

~ Ramadhan gonna leaving us.. ~

Assalamualaikum Muslimin Muslimat,

Hehehe. Aku ada baik sikit malam ini. Seawal 2.44am aku belum ketiduran lagi. Malam-malam terakhir plus besok aku bercuti, saja nak jegakan mata aku sikit. Mengayati alunan merdu Kalamullah. 5 more days to go for Aidilfitri meaning only 5 more days kita akan berpuasa. Alhamdulillah atas peluang untuk kita berpuasa pada tahun ini, adakah tahun depan masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa? Kita tak tahu kan, hanya DIA yang Maha Mengetahui kita sebagai hamba-NYA berdoa agar dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan mendatang. InsyaALLAH.

Aku berharap juga segala amalan yang kita berjaya lakukan sepanjang Ramadhan tahun ini akan diterima-NYA. Seikhlas dengan niat segala amalannya kerana-NYA, insyaALLAH kita akan beroleh pahala dan kejayaan.

Hari ini aku berbuka seorang diri di rumah, as usual weekenderss roomates akan balik kampung since depa tak jauh sangat kampungnya, mine it takes about 2.5hrs to reach my hometown. Which kalau nak dihitung tak adala jauh mana pun. Hihihihi. Petang tadi hujan agak lebat, aku dah mulai risau pasai juadah untuk aku berbuka, aku sms Uya tapi Uya nak bebuka dengan temannya. Then aku berdoa bagi hujan stop for a while, Alhamdulillah hujan stop aku laju siap nak ke PARAM. On the way to PARAM aku kena hujan jugak sikit, then dah sampai PARAM, aku rasa hujan dah tak ada. Laju ja aku jalan pilih makanan and terus aku cabut balik rumah. yayyy! Berjaya.

Preparation aku nak raya? Ntahlah. Baju aku tak tahu nak siap atau tak? Kalau tak siap mak aku suruh beli ja. Kami dah tengok baju tue. Gilaaa mahai. RM200~ Mahai. Aku takkan beli unless ada somebody nak sponsor baju itew. Tapi meme lawak la. TAPI aku yakin baju aku dapat disiapkan. InsyaALLAH. Once dah dapat baru aku nak p cari tudung. Sememangnya aku nie orang kampung yang hanya berbaju biasa saja. Dop mampu nak beli baju mahai-mahai. Kain baju raya aku RM20 ja. Hihihi. Lagi 2 pasang tue atas belas ehsan pemberian SIL aku. Hihihi. Takpa, bulan 10 nie ada wedding kawan aku, leh la melaram sikit. InsyaALLAH.

Last weekend, sesi mencari dan memintak sampul duit raya di bank-bank Cina. Aku tukar RM600, Maybank Kangar hanya bagi aku 1 ja packet raya. Memang teruk la. At least kalau dia bagi 1 packet(10/8 sampul) untuk tukar RM100 aku leh terima lagi.

Kisah di Maybank Kangar.
"Hello kak, saya tau kak simpan untuk adik beradik kak kan? Maaf kalau saya silap. Tapi kak jangan la buat macam tue. Penat tau tiap bulan saya duk buat transaction dari bank akak keja. Bagi la sewajarnya atas nilai yang kami tukar. Kak tak rugi apa-apa pun kalau bagi saya 6 sebab bukan kak yang bayar untuk tiap sampul tue. Bank dah provide awal-awal kan untuk sampul raya. Tahun depan kak jangan la buat macam tue lagi, kesian la pada mereka yang tukar tue. Kak pikiaq logik la sikit. 1 LAGI, kak cuba la bersenyum sikit, saya pun boleh senyum masa tanya soalan kat akak, masa tue saya pun puasa juga kak. Saya tengok dalam bank tue aircond sejuk, bukan panas pun. Or kak emo sebab ABC? Sya faham kak, tapi mana etika kak untuk layan customer?"

Kisah di BSN Simpang Empat, Perlis.
Lepas aku bayar utility bills untuk rumah mak aku, then aku pun bertanya la pasal tukar duit raya. Teller tue perempuan yang bagi aku dia gemuk. Ampun kak. Sebab kak kerek, then saya terpaksa bercakap sebegini. KG=Kak Gemok.
"Aku: KG, bila boleh tukar duit raya? KG: Ishh, kami tak tahu la. ** Dengan muka tak senyum lagi. Aku: Oh! Bank lain dah start tukar dah. Macam Maybank hari nie dah boleh, Bank Islam tadi saya tanya Rabu nie. KG: Kami tak tahu la, tunggu dari Bank Negara bagi duit. Aku: Oh ya ka? Tapi bank lain pun sure dari Bank Negara juga kan? KG: Kami dapat perintah dari Bank Negara juga tapi lepas Penang lulus, baru boleh bagi. Aku: Bila tue kak? KG: Ishhh. Nak habaq pu tak tahu. ** Dengan muka dah nak marah coz aku banyak tanya. Aku: Tapi mesti dah ada notis kan? KG: Tak tahu laaa adik oi. Haaaaaaaa. Dia dah bawak keluaq adik oiii meaning dia dah malas nak layan aku. Aku: Kak tolong check buku account nie sat. **Buku bank mak aku" Dia pulangkan buku bank mak aku. Lepas tue aku rasa macam nak sound dia ja, kak senyum la lagi. Dulu teller BSN kat Simpang Empat nie dah la lawan-lawa, manis-manis gitu. Dulu ada 2nd cousin ayah aku keja situ. Sungguh berbahasa betoi. La nie dah naik pangkat keja kat BSN Arau sepertimana dikabarkan oleh mak aku. PLs laa KG! Keja la elok-elok. Cuba la bermanis muka sikit. Suka hati la customer nak tanya 50juta soalan pun. Ada aku kesah KG oiiii. Saya puasa, KG pun puasa juga kan. Saya bersabar siang tue, tapi ini malam saya dah seronok nak bercakap belakang KG. Maafkan saya ya KG. Lepas nie kalau saya p BSN tue, then dapat kat KG, siapp la KG! Saya tumboooook KG. Nak?

psssst...adakah aku adalah annoying pada hari itew? Serious. Aku bersenyuman kat kaunter. Cuma masa drive ja aku serious. Tapi takkan Kak Maybank and KG nampak aku drive bukankah depa tengah bertugar di kaunter memasing. Kang ada jugak perut berlubang dengan tapak kaki aku nanti. Haaaaaaaaaa. ** Ganaihhh nampak!

Awat aku emo pasal sampul duit raya nie? Kemarin Shan Shan ada bagi aku sampul CIMB. Thanks Shan Shan. Then aku ada beli 14 sampul raya lagi. Haaaaaaa. HAMBIKK kau! Letak la bopa banyak duit kau nak letak Yani oiii. Hahaha.

Maafkan aku, awal tadi bukan main elok bahasa aku, tapi bawahnya bahasa kesat sungguh noo. Sorry ya. Aku tak dapat terima sebenarnya. Elok-elok ada cikit pahala, kang nie dah berkurang.

Baiklah...Good night semua. Besok Ahad dah, tak sabar nak tunggu Rabu...balikkk kampungg...wooo ooo balik kampung....
Assalamualaikum....

Wednesday, September 1, 2010

~ 27 ~

Assalamualaikum..

Hari ini hari lahir aku.
Aku gembira dan sangat bersyukur di panjangkan usia sampai seumur ini. Alhamdulillah.

Meaning usaha aku harus di pertingkatkan untuk mencapai banyak kejayaan. Ya. Aku tamak, aku nak banyak kejayaan. Sure you'ol pun sama juga kan?

Terima kasih mak atas jerih perih nak lahirkan aku. Aku suka sebab aku bukan 31August1983. Thanks Mak...I love you!

Thanks for all the wishes espcially from Mak ayah just now lepas bebuka kat Kg Pelet. Mula-mula ucapan mak then passing the ganggang phone to my dad. I've made some jokes asking bout my present. Tunggu raya kataya. And to all my fellow friend, thanks for the wishes and the doa. Ingat juga pada aku yang serba kekurangan ini.

I love you all...
Hari raya…

Aku balik pagi-pagi rabu and housemate aku Mas kena la p keja awai coz aku nak grab bus aku at 7am. Huuu..alhamdulillah dan aku nak catch bus tue. Or else boleh ja. Aku kena naik bus Jadam la ke Butterworth. Aku sampai AS, bukan Amerika Syarikat ya, tapi Aloq Staq around 9.45 and it was my lucky day since bus ke Kangar then aku pit stop kat rumah tok aku and mere daddy tunggu kat tepi jambatan. Aku dengan bag gemok, paper bags kueh naik moto. Seronok naik moto kat kampong kelahiran. Montot tak dan nak kebas, dah sampai rumah tok aku.

Eh.,eh...eh...apa depa duk kerumum tue? Ohhh rupanya tengah buat ketupan chang. Ketupat ini ketupat cina Cuma orang Cina akan letak lauk pauk dalam ketupat ini. As for our family kami suka kosong ja only pulut saja. Aku lupa nak snap pict ketupat itew. Tapi singguh menarik youeww! Sangat bagus untuk kesihatan since tak guna any santan berlemak manis, kami akan cicah dengan susu atau kaya. Masa Arwah Tok aku side ayah ada lagi dulu, sure akan makan dengan homemade kaya yang superr duperr sodap! Aku pun baru belajaq gena nak balut ketupat. Ketupat daun palas pun aku tak reti banyak jadi ketupat betina bukan ketupat jantan. Mak aku cakap ketupat jantan la elok coz tak masuk aiq. Antara kami semua yang balut ketupat sepagi itew, adik aku punya ketupat la paling senonoh. Ketupat aku jangan cakap la. Sungguh tak senonoh. Tak apa it was my 1st time nak balut ketupat. Tengok la 2,3 keping gambar yang aku nak attach kat sini.