Nuffnang

Tuesday, September 7, 2010

~ Dam dam dum bunyi mercun ~

Damm daaammm dummm,
Bunyi mercun,
Kanak-kanak segera datang berduyun,
Dam dam dum mercun berdentum… Semaraklah hari raya ini tahun. Yay!

Teringat zaman aku kecik-kecik dulu masa nak sambut hari raya. Sungguh evergreen zaman itew. Ini tidaklah bermakna aku makin berusia cuma bertambah angka sahaja. Ada saja kenangan aku bermain bunga api. Aku takut ya nak main mercun. Sokmo Arwah Abgchaq dengan Bgcik saja yang berani. Tue pun kena main malam-malam. Sungguh zaman dahulu bunga api adalah di jual secara terbuka dan aku antara pembeli tegar la juga. Aku letih berpuasa then mintak ja bunga api, sure ayah akan belikan. Teringat zaman membeli baju raya zaman dulu. Kiki Lala, Kiki and Bunny House. Kasut pula sure kasut keluaran BATA. Hihihi. Aku masih ingat lagi. Mak aku kuat juga shoping raya untuk kami. Mana tak kopak duit ayah aku. Tapi kan iyalah, setahun sekal shoping sure mak aku akan sakan-sakan shoping punya. Penah ada baju raya aku. Seluar yang mak aku cari untuk aku tue ada kat patung yang display tue. Sungguh mak aku suruh SA tue amik seluar aku kat patung tue. Ada kecoh la juga kat situ. Mak aku nak seluar tue, tapi SA tue tak mo bagi. Customer always right ya. Finally dapat juga seluar Bunny House untuk aku. Yay! Serious! Mak aku memang cermat. Aku rasa seluar tue masih elok dalam simpanan mak aku. Since seluar tue makin mengecil, so tak dapatlah aku pakainya lagi. Aku memang suka la baju-baju nie semua and those materials memang tahan la. Dulu kami shoping kat mana? Hahha. Tak main beli baju raya kat Kangaq, kami beli ka Aloq Staq. Jauh sikit dalam 30km ja. Hihih. Mak aku cakap banyak pilihan sikit. Iya betul. Aku setuju. Zaman tue Kangaq hanya ada Kedai Kawan, Looking Good. Masa tue Aloq Staq dah ada HankyuJaya, City Plaza later ada Pacific or Star Parade. And until now kami still shoping dekat Pacific. Dari baju raya hinggalah baju sekolah. Bangga la juga even bukanlah sehebat JJ or Parkson lagikan iSetan. Walaupun setiap tahun tidaklah 100% dapat apa yang aku inginkan sebab mak aku sure akan ada taste dia tersendiri. Zaman aku dulu, pakai kasut kulit tue kita paling mahai la. So mak aku akan belikan kasut kulit kat aku. Aku sure la nak kasut liplap-liplap, sampai aku merajuk dalam kedai Bata sebab nak kasut yang aku nak. Inilah ayah memainkan peranan. Ayah pujuk untuk aku pakai kasut yang mak nak belikan. Finally aku anak yang taat nie, ikut cakap ayah **Taat ka? Cakap mak tak nak dengar, cakap ayah nak pula. Sebab ayah dah janji nak beli bunga api banyak-banyaaaaaaaakkk!** Ishhh...sungguh aku rindu zaman beli baju raya masa kanak-kanak.

Untuk aku tahun nie, baju raya pun masih kabur dah siap ka belum. Tudung raya belum cari lagi. Kasut raya? Errmmm.. Dah lama pupus dalam kamus kelengkapan raya aku. Tengoklah mana yang ada itulah aku pakai. Huuhuhu..

Haaaaaaa. Untuk Arwah Abgchaq dengan Abgcik lagi la. Sure sedondon depa. Sampaikan ada yang bercakap depa kembaq. Walhal tidakkk! Aku pun suka tengok depa pakai sedondon even sebenarnya depa pun tak ada la suka sangat. 2,3 kali boleh la kot. Kalau sampai nak naik menengah pun sama, sure depa segan gilu gitu. Ohh! Rindunyaaa!

I can't typing anymore..

Dear Muslim friends,
I wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Perhaps you guys, having delighted raya and good time with your family, friends and love ones. Lets share this joy with everyone...And for those yang nak driving back, including my Abgchik and SIL, drive carefully ya and have a safe journey jangan pulun nak kutip duit raya dari Polis ya. For my colleague Lim Swee Koon, happy backup our kedai since 3 of us busying to potong ketupat and serve the rendang. Heyy! Come la to my house everyday open ya'll.

Ikhlas dari hati kecil aku, aku memohon ampun dan maaf andai selama mana terkenal dengan aku ada yang terasa hati, tersebek muka, terasa garang dengar suara aku. Sememangnya aku juga manusia biasa yang melakukan dosa-dosa. Maafkan aku. Andai aku ada sebarang hutang-hutang piutang, silalah tuntut dari aku atau dengan kata lain, aku pohon halalkan segalanya. Untuk sapa yang sudi membaca blog aku terima kasih ya. Sememangnya aku tulis blog ini atas apa yang aku rasa dalam hati aku. Inilah bahasa aku whether you enjoy it or not, maafkan aku kalau aku tak mampu nak hiburkan hangpa dengan ayat-ayat yang mempu mencuitkan rasa lucu buat hangpa. Terima kasih atas kesudian mengambil masa untuk membaca.

Selamat Hari Raya!

Mai laa rumah aku raya nie!

Assalamualaikum..

No comments: