Nuffnang

Tuesday, September 21, 2010

~ Hari Raya 2010 ~

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya kawan-kawan..

Hari Raya kamiii..

Rabu 8Sept 2010
Aku balik pagi-pagi rabu and housemate aku Mas kena la p keja awai coz aku nak grab bus aku at 7am. Huuu..alhamdulillah dan aku nak catch bus tue. Or else boleh ja. Aku kena naik bus Jadam la ke Butterworth. Aku sampai AS, bukan Amerika Syarikat ya, tapi Aloq Staq around 9.45 and it was my lucky day since bus ke Kangar then aku pit stop kat rumah tok aku and mere daddy tunggu kat tepi jambatan. Aku dengan bag gemok, paper bags kueh naik moto. Seronok naik moto kat kampong kelahiran. Montot tak dan nak kebas, dah sampai rumah tok aku.

Eh.,eh...eh...apa depa duk kerumum tue? Ohhh rupanya tengah buat ketupan chang. Ketupat ini ketupat cina Cuma orang Cina akan letak lauk pauk dalam ketupat ini. As for our family kami suka kosong ja only pulut saja. Aku lupa nak snap pict ketupat itew. Tapi singguh menarik youeww! Sangat bagus untuk kesihatan since tak guna any santan berlemak manis, kami akan cicah dengan susu atau kaya. Masa Arwah Tok aku side ayah ada lagi dulu, sure akan makan dengan homemade kaya yang superr duperr sodap! Aku pun baru belajaq gena nak balut ketupat. Ketupat daun palas pun aku tak reti banyak jadi ketupat betina bukan ketupat jantan. Mak aku cakap ketupat jantan la elok coz tak masuk aiq. Antara kami semua yang balut ketupat sepagi itew, adik aku punya ketupat la paling senonoh. Ketupat aku jangan cakap la. Sungguh tak senonoh. Tak apa it was my 1st time nak balut ketupat. Balut bukan dengan daun palas, tapi daun buluh. Tengok la 2,3 keping gambar yang aku nak attach kat sini.

Mula-mula kena bentukkan daun buluh supaya boleh letak pulut.

Kemudian letak pulut. Jangan letak pulut terlalu banyak sebab nanti pulut itu akan mengembang.

Kemudian balut dan ikat dengan kemas supaya pulut tidak keluar.

Siap untuk segugus Ketupat Chang and ready to boil it.

Jom ketupat, masuk dalam belanga besaq hitam legam tue.

After 8hrs boiled






Kita kena hang ketupat nie sebab nak bagi kering takut ada air rebusan masuk dalam daun bulut itu.

Inilah rupanya ketupat Chang. Color macam keemasan sikit.

A day before raya baru aku pulun dengan mum and SIL nak cari tudung. Mum awai-awai lagi dah ada tudung. So aku ngan SIL la pulun cari tudung. Orang KL cari tudung kat Perlis. Hahaha. Sangatlah terbalik kuangggg. Sungguh pilihan adalah limited! Lepas nie aku berazam nak cari tudung kat KeyyyELLL la. Jumpa juga selai tudung. Alhamdulillah legaaaa. Sure mak aku pun legaa. Akak aku pun sama jumpa juga. Tapi SIL tak dak baju raya. No Budget katanya. Tak apa. Janji bagi duit raya naaa.

Hari Raya!
Hari nie hari raya. Aku lak busy di rumah tatkala semua orang berjemaah di surau untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Pepagi lagi aku dah bangun gosok baju mak ayah including mine. Then aku sibuk isi duit raya mak aku since aku punya dah siap kemarin lagi. Jenuh la juga. Mak aku dah suh asingkan untuk cousin itu, cousin ini. Mak aku pun style kalau sekolah tinggi dapat banyak duit raya, sekolah rendah dpt 3 hinggit sudah. Aku juga sibuk buat air, aku sibuk kacau rendang yang mak aku masak untuk elak hangit. Then baru aku mandi dengan siap berbaju baru. Yay! Then bersalaman. Part paling aku nantikan. Aku nak duit raya! Bermohon ampun dari mak ayah. Pohon di halalkan makan minum dan maafkan atas segala salah silap yang tak pikir panjang selama ini. Ayah bagi duit raya juga and Mak yang tak bekerja pun sama-sama hulurkan duit raya, tue duit padi. Alhamdulillah tahun nie menjadi lagi hasil tuaian padi kami. Alhamdulillah syukur. Then bersalam dengan Bgcik and SIL. Bgcik aku macam besa, berkain pelikat terus menghulurkan duir raya untuk adik-adik. Yay! Trimasss!

Siap-siap nak balik kampung nak ziarah kubur Arwah Abgchaq, Arwah Tok, Arwah Wan dan sedara-mara sekalian yang telah terlebeh dahulu pergi meninggalkan kami semua. Aku di parking lot, duk sakan berfacebook. Lepas selesai semua, we’re heading to rumah Wan di kampung. Kami yang bawak nasi, kami yang santap dulu since semua dah lapar. Dah ada energy barulah semangat nak kutip duit raya. Bersalam dengan Maktok dan kemudian terus ke rumah Tok side mak. Kami jalan kaki ja. Dekat gillss! Kat rumah Tok, ramai makcik,pakcik, cousins duk tunggu. Makan-makan sat then sesi bagi duit raya. Seronok tengok cousins aku beratur depan aku, bgcik, SIL and mum. Kami bagi duit raya since ayah kul 12.30 dah balik rumah coz ayah bertugas at 2pm. So tinggallah kami beraya berlima di Kg Kuala Jerlun. Usai bgcik and adik aku solat Jumaat, kami mulakan jalan beraya berlima. Kami balik semula rumah Wan aku since tadi tak sempat nak beraya dengan Wan then makan-makan lagi and makan choc dari Lubnan yang Chu Munir aku post. Sodappp! Lain sket choc dia. Macam makan batu ja bentuknya tapi choc sungguh lembut dan manis. Sedap. Lepas tue nak ke rumah Teh kat sebelah rumah Wan saja. Makan laksa di rumah Teh dan terus menuju ke rumah TokTeh/TokSu. Jalan raya nie dengan maklang, maknjang, teh, cousins and anak-anak cousins side ayah aku.


Mak ayah bersalaman. Eh awat mak duk gelak ja tue?


Bgcik bersalaman dengan ayah.


Bgcik bersalaman dengan mak.

Mintak ampun Ayah.

Mintak ampun Mak.

Adik bersalaman dengan Ayah.


Adik bersalaman dengan Mak.


Akak bersalaman dengan Mak.


Akak bersalaman dengan Ayah.


Adik nak ambil barang.

Bgcik with raga nasi tomato.

Di rumah Tok.

Hi Tok...apa kabar?

Senamrobik di pagi raya.

Ammar one of my fav cousins.

Selesai semua tue, kami balik ke rumah Wan semula coz nak amik apa saja yang maktok nak bagi kat kami buat bawak balik Simpang Empat. Maktok bagi lemang sebatang. Adik aku la nak makan sangat. Tapi memang sedap. Then bagi duit raya kat Wan and Maktok bersalamam dan mintak ampun dan kami terus balik ke rumah Tok pula. Nieee lagi la meriah. Ada saja makanan nak bagi. Maklumlah tok nie jenis beringat anak cucu suka makan apa. Aku request kueh siput. Ada. Ketupat perbagai jenis ada. Ketupat chang, ketupat daun palas, ketupat daun palas dengan kacang pun ada. Rendang pun ada dan juga our main dish hari tue is Soto. Makcik aku orang Johor, so dia reti la masak. Semua dah dapat, kami singgah rumah LangJam sat, semua dah perut penuh so LangJam tapau ja bihun sup kat kami. Beraya dengan LangJam and Paklang Ani then kami pun balik Simpang Empat. Phewww! Sempat solat Maghrib kat rumah dan malam tue makan ja apa makanan yang dikirimkan beserta nasi tomato yang mak aku masak pagi-pagi lagi dengan rendang dinding yang mana di ulas oleh mak aku rendang tue rendang diraja masa zaman dulu. Tapi memang sedap rasanya. Maktok aku yang masak tue.

Lepas kami berlima makan nasi, then ngadap tv dan mak aku dah selamat tidoq. Kami ja duk hingaq tunggu ayah balik keja. Sambil layan tv, mulut duk makan itu ini. Layan astro citra. Then seronok nak kira duit raya Fuad since dia dapat banyak. Aku dapat juga..200.00 ++ ja. Syok! Leh menabung nie.

Antara adegan kami bermain bunga api.
Ini intro nie nak cucuh bunga api.

Cahaya lebaran.

Jom cucuh bunga api.

Haaaa...Puas hati aku, kiri kanan tangan ada bunga api. Thanks Ayah beli untuk kami supaya bersuka-ria di hari raya. Yay!

Basyer with Fuad. Ada api bunga api aku di sebelah kanan Fuad.


Kami bertiga yang seronok. Bising-bising kat luar sambil bakar 2 mercun buterfly. Ahmad Mubasyer, Khairil Azhari and aku.

Baiklah semua. Dah mengantuk nie. Nak tidoq dah.
Selamat hari raya, pohon ampun dan maaf atas segala kekasaran bahasa aku naa..

Rumah Wan – side ayah.
Rumah Tok – side mak.

No comments: