Nuffnang

Sunday, September 5, 2010

~ Ramadhan gonna leaving us.. ~

Assalamualaikum Muslimin Muslimat,

Hehehe. Aku ada baik sikit malam ini. Seawal 2.44am aku belum ketiduran lagi. Malam-malam terakhir plus besok aku bercuti, saja nak jegakan mata aku sikit. Mengayati alunan merdu Kalamullah. 5 more days to go for Aidilfitri meaning only 5 more days kita akan berpuasa. Alhamdulillah atas peluang untuk kita berpuasa pada tahun ini, adakah tahun depan masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa? Kita tak tahu kan, hanya DIA yang Maha Mengetahui kita sebagai hamba-NYA berdoa agar dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan mendatang. InsyaALLAH.

Aku berharap juga segala amalan yang kita berjaya lakukan sepanjang Ramadhan tahun ini akan diterima-NYA. Seikhlas dengan niat segala amalannya kerana-NYA, insyaALLAH kita akan beroleh pahala dan kejayaan.

Hari ini aku berbuka seorang diri di rumah, as usual weekenderss roomates akan balik kampung since depa tak jauh sangat kampungnya, mine it takes about 2.5hrs to reach my hometown. Which kalau nak dihitung tak adala jauh mana pun. Hihihihi. Petang tadi hujan agak lebat, aku dah mulai risau pasai juadah untuk aku berbuka, aku sms Uya tapi Uya nak bebuka dengan temannya. Then aku berdoa bagi hujan stop for a while, Alhamdulillah hujan stop aku laju siap nak ke PARAM. On the way to PARAM aku kena hujan jugak sikit, then dah sampai PARAM, aku rasa hujan dah tak ada. Laju ja aku jalan pilih makanan and terus aku cabut balik rumah. yayyy! Berjaya.

Preparation aku nak raya? Ntahlah. Baju aku tak tahu nak siap atau tak? Kalau tak siap mak aku suruh beli ja. Kami dah tengok baju tue. Gilaaa mahai. RM200~ Mahai. Aku takkan beli unless ada somebody nak sponsor baju itew. Tapi meme lawak la. TAPI aku yakin baju aku dapat disiapkan. InsyaALLAH. Once dah dapat baru aku nak p cari tudung. Sememangnya aku nie orang kampung yang hanya berbaju biasa saja. Dop mampu nak beli baju mahai-mahai. Kain baju raya aku RM20 ja. Hihihi. Lagi 2 pasang tue atas belas ehsan pemberian SIL aku. Hihihi. Takpa, bulan 10 nie ada wedding kawan aku, leh la melaram sikit. InsyaALLAH.

Last weekend, sesi mencari dan memintak sampul duit raya di bank-bank Cina. Aku tukar RM600, Maybank Kangar hanya bagi aku 1 ja packet raya. Memang teruk la. At least kalau dia bagi 1 packet(10/8 sampul) untuk tukar RM100 aku leh terima lagi.

Kisah di Maybank Kangar.
"Hello kak, saya tau kak simpan untuk adik beradik kak kan? Maaf kalau saya silap. Tapi kak jangan la buat macam tue. Penat tau tiap bulan saya duk buat transaction dari bank akak keja. Bagi la sewajarnya atas nilai yang kami tukar. Kak tak rugi apa-apa pun kalau bagi saya 6 sebab bukan kak yang bayar untuk tiap sampul tue. Bank dah provide awal-awal kan untuk sampul raya. Tahun depan kak jangan la buat macam tue lagi, kesian la pada mereka yang tukar tue. Kak pikiaq logik la sikit. 1 LAGI, kak cuba la bersenyum sikit, saya pun boleh senyum masa tanya soalan kat akak, masa tue saya pun puasa juga kak. Saya tengok dalam bank tue aircond sejuk, bukan panas pun. Or kak emo sebab ABC? Sya faham kak, tapi mana etika kak untuk layan customer?"

Kisah di BSN Simpang Empat, Perlis.
Lepas aku bayar utility bills untuk rumah mak aku, then aku pun bertanya la pasal tukar duit raya. Teller tue perempuan yang bagi aku dia gemuk. Ampun kak. Sebab kak kerek, then saya terpaksa bercakap sebegini. KG=Kak Gemok.
"Aku: KG, bila boleh tukar duit raya? KG: Ishh, kami tak tahu la. ** Dengan muka tak senyum lagi. Aku: Oh! Bank lain dah start tukar dah. Macam Maybank hari nie dah boleh, Bank Islam tadi saya tanya Rabu nie. KG: Kami tak tahu la, tunggu dari Bank Negara bagi duit. Aku: Oh ya ka? Tapi bank lain pun sure dari Bank Negara juga kan? KG: Kami dapat perintah dari Bank Negara juga tapi lepas Penang lulus, baru boleh bagi. Aku: Bila tue kak? KG: Ishhh. Nak habaq pu tak tahu. ** Dengan muka dah nak marah coz aku banyak tanya. Aku: Tapi mesti dah ada notis kan? KG: Tak tahu laaa adik oi. Haaaaaaaa. Dia dah bawak keluaq adik oiii meaning dia dah malas nak layan aku. Aku: Kak tolong check buku account nie sat. **Buku bank mak aku" Dia pulangkan buku bank mak aku. Lepas tue aku rasa macam nak sound dia ja, kak senyum la lagi. Dulu teller BSN kat Simpang Empat nie dah la lawan-lawa, manis-manis gitu. Dulu ada 2nd cousin ayah aku keja situ. Sungguh berbahasa betoi. La nie dah naik pangkat keja kat BSN Arau sepertimana dikabarkan oleh mak aku. PLs laa KG! Keja la elok-elok. Cuba la bermanis muka sikit. Suka hati la customer nak tanya 50juta soalan pun. Ada aku kesah KG oiiii. Saya puasa, KG pun puasa juga kan. Saya bersabar siang tue, tapi ini malam saya dah seronok nak bercakap belakang KG. Maafkan saya ya KG. Lepas nie kalau saya p BSN tue, then dapat kat KG, siapp la KG! Saya tumboooook KG. Nak?

psssst...adakah aku adalah annoying pada hari itew? Serious. Aku bersenyuman kat kaunter. Cuma masa drive ja aku serious. Tapi takkan Kak Maybank and KG nampak aku drive bukankah depa tengah bertugar di kaunter memasing. Kang ada jugak perut berlubang dengan tapak kaki aku nanti. Haaaaaaaaaa. ** Ganaihhh nampak!

Awat aku emo pasal sampul duit raya nie? Kemarin Shan Shan ada bagi aku sampul CIMB. Thanks Shan Shan. Then aku ada beli 14 sampul raya lagi. Haaaaaaa. HAMBIKK kau! Letak la bopa banyak duit kau nak letak Yani oiii. Hahaha.

Maafkan aku, awal tadi bukan main elok bahasa aku, tapi bawahnya bahasa kesat sungguh noo. Sorry ya. Aku tak dapat terima sebenarnya. Elok-elok ada cikit pahala, kang nie dah berkurang.

Baiklah...Good night semua. Besok Ahad dah, tak sabar nak tunggu Rabu...balikkk kampungg...wooo ooo balik kampung....
Assalamualaikum....

5 comments:

Anonymous said...

letihnye tgk ayat pnjng sgt, nnti2 la baca.. gelap je semuanya..

Yani said...

wakakakaaka.....
ala...malas la nak changed....nanti la cari layout lain.

Intan Toek! raya nie hang lalu kat umah aku, siap tayar keta laki hang...

z@ti said...

haha...dialog yg kt maybank tu mmg btl2 terjadi ke wei? tp mmg wei..member aku pun g bank nk tukar rm500...tp ko tau dia dpt ape? dia xdpt angpau pun weh. teller tu kata da abis. mane xabisnye kalo diorang sendiri simpan utk kegunaan diorang..mmg hangin je..

Dalee said...

RHB pon sama... last2 minit baru nak release.. aku pon sakit hati tau... mentang2 ko keje bank... mcm gaji byk sgt.. eh eh termarah. Ampun..

Yani said...

zati...dialog kat maybank tue hanya luahan dalam hati nurani aku ja.. siap la kak nie thn depan..haha...**konon aku berani..

Dalee RHB pun kedekut juga ka? thn depan x mo p maybank lagi..nak p public ka, agro bank pun buleh jugak kot...try to avoid bank yg rasanya ramai orang nak p...tapi bukankaa semua bank org p..hahaa...aku dah sengal!