Nuffnang

Sunday, October 31, 2010

~ Berakhirlah tragedi Oktober ~

Assalamualaikum,

It's been really fresh since I took on leave on Friday. Bukan apa, aku nak meramaikan kami menghantar Mak Ah ke Stesen Keretapi Arau because my Tok Guru mengaji Al-Quran will perform Hajj on this year. Alhamdulillah. Semasa bersalaman dengan Mak Ah, aku titipkan juga harapan dan niat aku kepadanya agar beliau mendoakan yang terbaik buat aku. Sayu wooo nak berpisah dengan Mak Ah. Mak Ah macam mak kedua aku kat perkampungan perumahan aku itu. Mak Ah masak sungguh sedap dan sangatlah best. Lagi best, a chinese boy depan rumah Mak Ah sungguh chomel sampaikan aku dengan Suria sanggup jogging tiap weekend then after 4,5 rounds kami akan berehat depan rumah Mak Ah even though pagi-lagi lagi Mak Ah belum buka pintu rumah depannya lagi. Kami tunggu Sun Tung buka pintu then tengok wajah Sun Tung tak mandi. Hahaha. Masa itu ST sungguh comelll. Auuwww! Oh ya berbalik pada Mak Ah, Mak Ah akan ke Tanah Suci Mekkah pada Rabu mendatang bersama-sama saudara-mara Arwah Pak Shidi. Supposedly, Arwah Pak Shidi akan turut serta dalam pakej ini, tapi Arwah telah di jemput Illahi on last July. Jadi pergilah Mak Ah bersendirian tanpa Arwah Pak Shidi. Aku memang rapat dengan keluarga Mak Ah. Kalau kerumahnya, dah macam rumah sendiri. Tahu ja nak cari makanan. Hihihi. Apa-apapun, aku doakan Mak Ah akan dapat menunaikan semua ibadat dengan tenang tanpa sebarang masalah, semua amalan Mak Ah dan jemaah yang lain akan diterima ibadat oleh-NYA dan peroleh Haji Mabrur. InsyaALLAH.

Marilah menambah modal kita ke Mekkah. Ada rezeki, panjang umur aku juga teringin nak ke Mekkah. Perhaps with my mum, dad and ada jodoh dengan suami tercinta. Ewaaah!

Weekend lepas juga rumah aku di kunjungi adik-adik mak aku. Ada yang singgah solat dan ada yang singgah nak ambil baju kurung yang siap aku buatkan. Hahaha. Tak ada la. Baju tue Adik Mak aku yang datang awal yang bawakan untuk passing ke Adik Mak aku yang sorang lagi. **Paham dok?**. Petang Sabtu aku berbasikal sambil carry cousin aku yang sorang tue. Penat weii. Lamo tak mengayuh coz aku sokmo duk merempit saja. Hahaaha.

Oh ya! Hari ini ada kenduri kahwin cousin ayah mak aku. Di mana lelaki ini adalah sebaya aku. Dah kahwen weii. Aku? Aku? Aku? Jangan hirau, aku masih di sini. Duduk kukuh di atas kerusi keras dalam bilik aku ini. Aku juga akan berkahwin, masanya belum kami putuskan lagi. KAMI? Ewaahhh ewaahhh! **Sungguh sakan aku berangan malam ini nooo. Seronok apa berangan. Aku bahagia berangan-angan begini**.

Hari kenduri hari ini adalah hujan sepanjang hari. Hujan rahmat gitu. Lecah tak payah nak cakap la. Aku banyak ratah daging saja sebab dagingnya sungguh fresh dan aku makan sungguh banyak. Plus tadi mak aku ada buatkan kueh sagu kegemaran aku untuk di bawa ke Kulim Hitech. Sedap weii!! Nak makan dengan susu Ideal. **Apa tiba-tiba kueh Sagu nie?** Bercampur baur nampaknya kisah-kisah tragedi Oktoberrr ini.

Oh.. I need a thousands smiley..pls give it to me...

Psssttt: I just got a new hobby. Yuehuwww!!

Nite all. Mata terasa nak pejam awal..

Assalamualaikum..Monday adalah besok!

Tuesday, October 26, 2010

~ Inilah Bunga Orkid hamba ~

Assalamualaikum bella's,

Hari ini aku lunch kat atas, alhamdulillah makanan tidak sedap tapi aku telan jua. pasrah dengan makanan cafe. Then here aku nak share dua tiga keping gambar bunga orkid aku. Ada dua jumlahnya dimana aku namakan Bunga Orkid A dan Bunga Orkid B. Dua-dua masih indah dan segar bentuknya. Cuma Bunga Orkid A yang mana masa aku beli telah berbunga meriah kini dah bertukar color sedikit. Betul cakap uncle kedai bunga, memang lawa la. Aku suka.

Bunga Orkid B. Masih struggle untuk berbunga. Aku pun tak sabar nak tengok bentuk bunganya. Uncle kedai cakap bunganya lawa. Tungggguuuu.



Bunga Orkid A. Pagi tadi masa aku siram both orkid, bahagian yang a bit hijau sudah bertukar ke color coklat. Aku nak snap bila ada masa. InsyaALLAH. Mungkin petang nanti? Aku cuba.

Jenis apa ya bunga-bunga orkid aku ini? Nanti aku nak tanya pada forumer kat forum. Terror depa semua. Aku ja masih baru. Oklah. Mahu teruskan sedikit kerja yang masih tak siap. See ya.

Assalamualaikum.

Friday, October 22, 2010

~ Another myfriend's wedding ~

Assalamualaikum,

Today received increment letter. Alhamdulillah. It is unexpected dear. Alhamdulillah. While discussing about next target, project for 2010/2011 it seems more task for me and another one. I hope this is a good exposure for me and another one. Who promoted among us? Don't know until now. Jeng jeng jeng jeng…and of course it wasn't me ya. I would like to take this opportunity to my friends yang being promoted from Oct 2010. Apa lagi, pls open table ya. Hihihi.

The feeling before 1-to-1 session, mak ai..macam nak tau result SPM wei. Then review only for 10mins. Cakap itu ini, itu ini and the expectation then dismiss. Setle. Walking together-gether with my boss and sembang pasal weekend. I do Informed her I am heading to KL after office hrs today for my friend wedding Eila Pinky.

I’m so excited to attend her W-Day's since mostly she made by herself. I know she’s so rajin to prepare all those things. Bravoooo Eila! I do bought some small presie for her and I hope she will like it. And for her cousin..which is I haven’t bought it yet. Tak tahu nak beli apa pada ibu mengandung ini seorang. Maybe a book kot.

OKlah kawan-kawan,
As always, happy weekenderrsss everyone. Mine, I will staying at Seremban with Zati’s family and on Sundy baru ke KL. My brother and SIL pun akan sampai on Sunday. Rasanya tak sempat nak jumpa mereka. Tak apa. Aku tuntut on Hari Raya Haji insyaALLAH.

Take care all. Assalamualaikum.

Photo credit to: Ari Shotsense [Flickr]

Thursday, October 21, 2010

~ Bersatu kita Bersatu ~

Assalamualaikum,

Hihihi. Itu adalah antara baik-bait lagu UMNO. Dulu aku ada nyanyi juga masa follow mak aku p mesyuarat. Teringat pula zaman kecik-kecik dulu. Family aku memang antara pengokong tegar UMNO. Dari zaman Arwah Nenek-nenek aku sehinggalah Arwah Tok dan Arwah Wan aku and until now, mum penyambung generasi keluarga kami yang tegar menyokong UMNO. Anak-anak mak aku? Hontahhhlah. Masing-masing ada fahaman sendiri tapi bagi aku pemimpin terdahulu sangatlah suci murni hati mereka di mana mereka berjuang untuk negara, agama dan bangsa. Tetapi mereka-mereka sekarang, kurang yang sedemikian semangatnya.

Aku suka pemimpin zaman dahulu!

Apapun negara haruslah terus mara ke hadapan di mana kepimpinan yang ada sekarang haruslah teraju negara dengan lebih maju dan bukan hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Apa-apa pun Che Det tetap aku anggap berjaya membentuk negara bernama Malaysia. Di mana banyak idea-idea yang beliau keluarkan telah berjaya membawa Malaysia terkenal di mata dunia. Taniah Tun! And Alhamdulillah he recovered. May he continue to be good health with Allah's Blessings. InsyaALLAH.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Baiklah kawan-kawan, besok aku akan terima increment letter. InsyaALLAH. Tak tahu la apa isinya. Terlebeh dahulu aku akan bersyukur ke atas rezeki yang ALLAH Taala berikan kepada aku selama ini. Mak selalu berpesan, bersyukur atas nikmat yang dikurniakan-NYA. CUMA aku saja yang kenkadang lalai untuk bersyukur dan berterima kasih atas segala rezeki ALLAH ini.

Apakah akan terjadi besok? Nantikaaannn...

Pssstttt: Aku malas nak lunch since makanan atas kurang di terima dek tekak aku.
See yaaaa!

Photo credit to: archiprezmosis™ [Flickr]

Sunday, October 17, 2010

~ Makan time @Pak Su Nasi Ketam, Juru ~

Assalamualaikum bella's,

Last Friday night we decided to celebrate one of our friend since this is her last year being single. Next year dah berdua lebeh baik bukan. So after Maghrib, we're heading to Juru. Me, Masturah and Marhanis gerak dahulu konon-konon nak order dulu. But then on the way kami dah order dulu. The funny thing is punya la order tapi tak cakap nama. We did mentioned our current location masa order tue. Then around 8.20pm reach Pak Su nasi ketam restaurant and masa kakak tue nak amik order dia tanya nama apa. Then Mas cakap tak sempat nak cakap nama then kakak tue ingat "Oh yang duk kat Juru tadi ka?" Then kami pun mengiakan. Hingaaqq wei. Then birthday girl pun sampai dengan Hanis. Kami memang buat restoran tue milik kami berlima. Hahaha. Click sini, click sana. While waiting the foods, itulah kami lakukan. Thanks to official photographer on that night for bring her's new lens you!! Hihhi. Kiding Mas!.

Some picture already update in Cik Zai's blog, but I do want to update some in my blog as well. Hiihi. Not much but just a few ya. Enriched your eyes ya bella's.

Inilah satay yang sedap. Lambut dan besar-besar isinya.

Us..5.
Us..4.

Three of us with wit birthday girl.


The foods.

Can't you see we are giving our sea of smiling?

Sedang mengopek, mengetuk, memenyet ketam bersama Anis.

Makan dengan serious ya.

Autocity mall. Mall ka?


This is we called masquerade party with beautiful girls. Kami pinjam spec tue. Tapi kena cepat-cepat snap, satgi tak pasai kena marah.

Kami sebayaa.

Kami bertiga dengan Cik Mas.

Kami perang. Sorang di sana, sorang di situ.


Yay! Kami nak balik dah..

Overall, Restoran Paksu nie harga makin mahai. Sorang kawan kami pun cakap macam tue.**Paksu cakap, Ada aku kesah?** Tapi kamu sungguh seronok malam tue. Yayy!

Last night sempat la sembang-sembang dengan Bgcik and Akak masa tue depa transit at Doha,. Lama juga kami sembang sempat lagi akak describe aku pasal Doha and the flight as well. Lama juga depan transit kat situ and sana sangat panas. Then aku lak bising kat depa awat tak bawak payung aku rasa payung, raincoat memang kena bawak la for travel. Hihihi. Depa pun backpackers even datang sebenarnya coz akak aku ada keja for 3 days. Then they will visit Spain, London and Paqiss or course. Mon amour!!! Nextime it will be my own trips pula ya. InsyaALLAH. Moh kumpul duit.

Oh ya. Weekend aku seronok sebab aku jumpa kedai beli asam yang sedap kat Selaseh. Mahu pergi beli lagi 10 bungkus.

Pls take note picture kat blog aku dengan blog zai mungkin sama pemilihan gambarnya since source kami adalah dari Cik Photographer yang sana. Hihihi. Thanks Mas for wonderful pictures.

Have a nice day friends!

Friday, October 15, 2010

~ Happy Birthday Boy? ~

Assalamualaikum...heyyaa!!

Happy birthday! Happy birthday! Happy birthday!! To my sweet oldest boyfriend. Yuehueewww!! More younger ya'll. Oh Come-on, it's just a number right? More number more happy right. More big money more happy ever! More we can spent for shopping. Yay!! So happy right. Happy Birthday Bgcik. Semoga sihat sejahtera, dimurahkan rezeki insyaALLAH di panjangkan zuriat dan bertambah amalan menuju ke SANA. Besok dah nak fly kan. Seronoknya!! Doakan nanti i pun boleh ke sana juga eh.

Ini sewaktu hari raya yang lepas, sila tengok dengan jelas dan secerahnya ya Bgcik. Dia sokmo perasan lebeh cerah dari aku. Sila tengok pada tangan kami sewaktu bersalaman. Hahaha.

For me, he is my best brotha i ever have. Since our Late oldest brotha passed away since 1998. He is the one i mengadu-domba. Masa aku tak ada duit zaman univ dulu, he's the one yang support me juga. I know he sacrifices a lots for me and Fuad. Thanks bgcik. I just want to know that, we love you so much! We love our sweet time toghether. His funny things, his jokes. Ouchh!! I realize i have great brotha. ALLAH take our 1st strong and the best person from us and finally Bgcik being a great brotha for me and Fuad. Both of them is the best and the great brotha ever we had. Alhamdulillah. Our Late Brotha always being a good brotha for me, both of them love fish so much. Aku rasa family aku semua sayangkan ikan. Kalau family lain suka kucing, so-called to our family. We love fish so much. So more to eat and catch fish. Hihi. Okay okay bgik. Can't wait to meet you on Aidiladha 1431H. InsyaALLAH. Happy birthday Boy!!

Selamat pulang ke Malaysia ya minggu depan. See ya!!

Oh ya. Ini masa farewell the only bug in our team, CY. He resigned and will joining oil and gas com. Apakes aku reveal nie? Haha. Dah dia reveal masa farewell party hari tue, apa salahnya aku cakap kat sini kan. Dia pun akan cakap "ada aku kesah?". So lepas nie team kami, all girls yaa'll!

Tidak dilupakan, Happy birthday juga untuk Zai. Semoga anda gembira.

Thursday, October 14, 2010

~ Proton Inspira ~


Assalamualaikum,

Dah lama aku tunggu bila la New 2010 Waja nak keluar. Finally yesterday dah launching pun. A few already test drive. Perhaps my dad pun will test it asap. Then nak tengok what is his review bout Inspira. For him Waja better than my persona. Hukhukhuk. For me, I don't care since I don't have any chances to drive it whole day pun. I do read from some blog to know their feedback from this new baby for Proton. But the price boleh tahan la juga. Maybe for me if almost reach 80K, better turn to Honda. Hihihi.

For me the naming nice and I've heard they will name it as Walan which is WAJA + LANCER = WALAN. Tak catchy la. So aku nak ke Proton Edar la nak tengok Inspira lively. Perhaps it will come out good review from me.

Chiaooossss guys! Have a nice day..

Photo credit to: Benny Lee

Tuesday, October 12, 2010

~ Hampeh ~

Salam,

Hello All...apa habaq? Aku tak suka! Aku nak masuk toilet then toilet ke.2 ke.3 ada la hamba ALLAH mana ntah yang melabur tak cuci betoi-betoi. Deyy!!! Hampeh la. Sorang-sorang nak kena masuk class cara berkesan nak cuci lepas melabur. Tak reti ka hangpa nak cuci bebetoi? Hampeh! Aku rasa nak sekeh ja. At least hang jaga la toilet tue sama. Jangan la nak harap makcik cleaner saja. Sian juga kat dia. Bersih tue kena la jaga jugak. Vungukkks! Awatlah gini.

Islam itu bersih. Kebersihan separuh dari iman.

Sekian.

psst: maafkan bahasa kasar aku di atas. Aku geram sebab niat aku tak terlaksana pagi nie.

Saturday, October 9, 2010

~ Bunga Orkid ~

Morning all,

I hope you'll have a wonderful Saturday morning ya. Mine was pretty good. As wake up after Subuh praying then decided to online. Only blog's hoping and watching MTV. Then prepared my breakfast, take my medicines and off to nursery nearby. My intention to buy an orchid. Alhamdulillah. Reach Sg Ular nursery and ask the uncle is there any orchid here. He shown me and sadly only 2 left. I mean only 2 types left. Rest sold old already. Then get his explanation how to taking care this orchids. I decided to buy both which is one already comes with riches of flower and the other one no flower because the flower just finish as what he said la. I think I understand how to take care it. Pour water every one or two days at 7pm. Then put the baja for two or three weeks. Do not spray the organic fertilizer near the flower and no need to spray water to flowers. OK Uncle! Understood!Then with my super-motorbike, I'm riding back to home with both. I do bought the baja taik kambing and organic fertilizer. Find the suits port to place my orchids and I do put the baja ONLY ONE. Perhaps, it will growing so well and faster flowering. Can't wait to see it. Hihihi.

Maybe later I will put it nearby papaya's tree to avoid too much sun shining which is not good for orchids. Let's see first ya.

Ok la friends. I'm off to Giant Kulim. See yaa.

Happy weekend ya. Assalamualaikum..

Friday, October 8, 2010

~ Mak tiada duanya ~

Salam Jumaat semua,

Ada sihat semua? Aku masih selesema lagi dan badan aku rasa tak berapa balance lagi. Niat di hati nak MC lagi, tapi rasa macam malas pula nak ke clinic jumpa Doc Sakhti N Shiela. Harapnya besok dah weekend it's getting better and aku harus kuat untuk membeli makanan. Hihihi. Iyalah. Aku nak makan ubat, kenalah makan dulu kan?

Actually aku tak inform mak aku pasal demam aku kali ini. Biarlah rahsia bak kata Dato' Siti. Tapi hari ini rasanya aku nak berusaha mencari air nyok. Buat penawar demam aku ini. Harapnya kedai yang aku aim, ada buka lagi la petang ini.

Sebenarnya aku nak cakap pasal doa mak kita semua. Selalu dalam doa aku, aku akan minta agar mak aku tak lupakan berdoa untuk kebahagiaan aku dalam hidup aku. Aku rasa even kita tak minta, mak sendiri telah mendoakan kita seusai solatnya juga dan di kala mana mak kita nak mendoakan kita bukan. Tak ada la specific lepas solat saja kan. Doa mak adalah doa yang paling mustajab. Tidak kira la doa baik mahupun doa sebaliknya. Nauzubillah la mak kita mendoakan yang tidak baik untuk kita semua bukan. InsyaALLAH kalau kita berbuat baik kepada mak kita, insyaALLAH mak kita juga akan berdoa kebaikan kepada kita semua. Bagi aku, selagi mana kita masih ada mak, gembirakan hati mereka dan cubalah menjadi anak yang solehah buat mak kita. Last week aku sudah ketemu mak aku. Bagaimana kamu semua? Iya..I know I know..ada yang parents jauh kan, ada yang stay dengan parents memang sangat beruntung kerana hari-hari leh jumpa mak ayah. Tapi di sini aku nak focus pada mak ya. Lagi untung boleh makan yang mak masak hari-hari kan. Delicious kan! Even mak goreng telor ayam **errkk.. bukan telor ayam goreng yang di bawak ke Sapurecrest ya kawan-kawan..aku tau telor ayam itu juga sedap kan?** then dengan nasi putih panas-panas then letak kicap cap Kipas Udang then mak aku campur sikit dengan sos tomato/cili meggie. Huiishh! Aku boleh tambah 2 kali weii. Sedapp noo.

Iya betul. Antara kegembiraan aku adalah sebab masakan superrrrb dari mak aku, tapi yang penting aku sungguh gembira bila balik rumah mak aku ada kat rumah, aku boleh jalan-jalan dengan mak aku since mak aku dah MAKIN berani naik kereta yang aku drive. Boleh sama-sama balik kampung dan ke kenduri bersama-sama. Kalau masa masak, aku pasti akan kejap-kejap ada di dapur nak tengok apa mak aku dah buat. Tugas utama aku adalah potong bawang, potong sayur, siang udang yang mana buang semuanya sebab ayah aku tak suka udang tak buang habis, tak ikhlas buat kerja katanya. Tapi bagi mak aku, jangan buang kulit habis, nanti kurang manisnya. Hahaha. Complicated betoi both of them. Most of the time, i will make the prawns being naked. Hahaha. Aku juga ada tanam pokok cabai kat belakang rumah, tiap kali aku balik sure ada buahnya. Seronok. Kadang-kadang ayah suka buat ulan cabai muda itu. Hehehe. Tangan aku sejuk bukan? Tapi tak tahu kenapa di rumah Kulim tangan aku tak menjadi. Aku sudah bilang, ada pembunuh dalam rumah aku itu. Yakni ex-housemate aku dari Selama dan Tawau itu. Haa. Sila ngaku ya!

Aku juga suka masa shoping dengan mak aku. Mak aku sokmo[kadang-kadang and most of the time yaa'll], suka suruh beli barang yang mahal yakni bagi mak aku kualitinya bagus. Betul tue mak tapi ada juga yang harganya murah tapi kualiti terjamin. Aku rasa mak aku tak penah kisah since mak aku tak bekerja. Sebab duit adalah dari ayah aku dan ada sedikit pertanian yang kami usahakan. So hasil tanaman padi alhamdulillah sungguh memberangsangkan kami. Jadi sekali shoping dengan mak, memang heaven tapi since dah kerja adalah dia,tiga helai baju yang mak aku belikan. Kerana mak aku sedar baju aku jarang bersalin. Kesian kan. 2010 adalah tahun kesusahan sedikit buat aku.

Baiklah kawan-kawan semua. Kita semua sayang mak kita kan. Jangan lupa lepas solat, titipkan doa untuk mak kita ya. Susah payah mak kita membesarkan kita dulu, mengandungkan kita, melahirkan kita. Semua sedar bukan. Oleh itu jangan buang anak luar nikah. Hahaha. Tiba-tiba.

Happy weekenderss all. Have a nice weekend ya!

Photo credit to: 284/88 [Flickr]

Thursday, October 7, 2010

~ Happy birthday Bunga Orkid! ~


Assalamualaikum ALL,

Yayy! even aku still kurang sihat tapi aku nak panjangkan syukur Alhamdulillah aku masih mampu nak bertaip ketap ketup ketap ketup dalam Bunga Orkid ini. Kenapa aku letak Bunga Orkid? Sebab Orkid unik bagi aku. Kat rumah Perlis aku ada juga Orkid hutan tapi tidak berbunga. Hahaha. Mungkin aku harus pelihara Orkid kat rumah Kulim mulai hari ini? Iya. Bagus juga tue.

Tak kurang ada yang mengutuk blog aku ini. Thanks guys. Blog aku nie boring la, layout boring la, gelap la, hangpa semua duk kutuk blog aku tapi makain malas lak aku nak bersalin kulit blog aku nie. Hati belum terbuka bak kata orang. Selalunya aku akan bersalin kulit setahun sekali. So mulai hari ini aku akan bersalin kulit blog aku.

Aku menulis apa yang aku suka. Kalau ada yang suka baca, silalah baca. Kalau ada yang suka baca tapi tak suka isi yang aku tulis, haaaaaaaaa.. gena aku nak buat aku pun tatau. Aku memang la tak pandai mengarang ayat. SPM pun aku tak dapat A1 aku dapat A2 saja. Memang sepanjang sekolah aku akan cakap dekat mak aku BM nie susah. Tak caya p tanya mak aku. Aku memang tak reti BM, English apatah lagi. Memang broken la. Aku mengaku. Nowadays, it's part of my life to update it. Yayyy!

Sepanjang 2 tahun aku duk mengarang kat Bunga Orkid ini, tak semua isi dalam hati aku, aku luahkan kat sini. Mungkin untuk tahun mendatang ini aku harus cerita sikit-sikit but still not too much la. Tapi nooo, buleh tahan aktif jugak aku tekan-tekan keyboard noo. I do read my past entry and read my crappy entry which it aku suka. Haha. To be honest, Bunga Orkid is not just a blog, it's my diary for me to reminds all my happy time, unhappy time, I'm well and unwell time, everything. Whether you like to read it or not, it's not my problem dear. Hahaha. The most important thing is, I'm glad I have my own blog which is I can express anything I want for everything. With all my heart, I would like to thanks..thousand thanks to those who visits and reads my Bunga Orkid since day one or anytime and of course thanks for your simple comments. Special thanks to Zati encourage me to have my own blog. Thanks Zati!

Apa yang aku harapkan ALLAH SWT kurniakan kesihatan yang baik untuk aku, murahkah rezeki untuk aku dan jadikan aku setabah umat yang mungkin. Semoga Bunga Orkid akan semakin mekar dan cubalah untuk berbunga ya. InsyaALLAH..

Selamat membaca. Hihihi..

Photo credit to: PJRobertson [Flickr]

Wednesday, October 6, 2010

~ Unwell ~

Assalamualaikum..Morning friends!

Since Monday lagi feeling unwell thus last night aku telan panadol soluble yang housemate bagi but then still flu di mana hidung aku berair. Bangun pagi nie aku decide nak tunggu sat until 7.30am. Then feeling tak ok juga. Then decided nak MC la hari nie. Plus ada bakat-bakat nak batuk. Nauzubillah. Aku berdoa aku tak batuk tapi dah ada sikit-sikit.

Doc, I need MC!

Pls take a good care of our health ya bella's!

Monday, October 4, 2010

~ Mundar-mandir di Utara ~

Assalamualaikum,

Last weekend aku banyak gerak ke sana ke sini. Bikin aku capet selalu. Bermula dari petang Jumaat di mana aku menanti bus untuk ke Kangar, Perlis at 7pm yes aku tak bersolat Maghrib dan aku jamak di rumah Perlis. Sampai Simpang Empat, mak ayah dah tunggu kat masjid Simpang Empat. Sampai rumah. Hishhh. Awat sejuk nie. Hoyeayyy! Hoyeayy!! Mak ayah aku dah pasang aircond kat ruang tamu kami. Yay! Lepas nie tak ada la aku nak menumpang bilik mak aku lg. Aku leh kuak kupu-kupu kat ruang tamu tapi problemos dia aku kena bangun awai la. Huhuhu. Lepas keciwi dengan aircond baru then aku makan-makan dengan mak ayah aku. Makan 2 3 jenis makanan then aku dah capet nak ketiduran. Capet wei naik bus 2.5hrs. Oh ya! Adegan naik bus. Ada minah siam mana ntah, bus dah nak jalan tapi kekasih hati tak mai lagi so duk suruh driver tunggu. Kami delay dalam 15mins sebab kekasih minah nie. Then duk cakap-cakap siam. Kadang-kadang bagi aku orang cakap siam nie macam kasaq even dia bersuara halus. Hahah. Gena tue? Then bus bergerak laju di mana traffic adalah bagus juga. Then jam 7.56pm aku terdengar tangisan. Sepertinya sungguh dekat dengan aku. Dalam benak aku, hantu ka? hishh tue la sapa suruh tidoq masa maghrib. Tapi aku dalam bus, haruslah aku tidoq untuk sekejapan. Sekali aku bukak mata, minah sebelah aku duk nangis. Masa mula-mula dia nak duduk seat sebelah aku, aku dah nampak lain. Yang pastinya dia nie jugak sorang lagi minah siam. Hampeh! Sungguh ramai minah-minah siam nak ke Kangaq! Then duk sms and receiving short calls dari pihak sana. Then gaya tue nak marah-marah tapi ala-ala she want to cover something. Deyy! Aku pun tak paham la hang nak marah-marah si dia hang tue kat sana. Lepaskanlah amarah hang tue. Hish. Cover-cover lak. V*nggukkks! Then sesi air mata turun lagi or dengan kata forum tegar..merembes tak ingat dhonia. Oh tidak. Why..why..why me. Awat hang duk sebelah aku tadi. Hampeh. Then si dia di sana send sms, pulun tak mo bukak..biaq ja lagu siam tue terkumandang. Nak muntah aku dengaq. Then si dia call, minah siam nie nak cakap, tapi nak nangis. Haa. Hangpa bayang la gena. Then nak nangis tue pulak antara keadaan di mana nak nangis dengan kuat dan tidak mahu nangis dengan kuat. Dengan kata lain...she want to cover la. Tak mo over la konon. Bagus. Mungkin hang nak hormat kami semua dalam bus itew. Haaa. Turun bus satgi hang nangis puas-puas noo. Dalam hati aku, cepatlah bus nie sampai. Alhamdulillah..aku sampai juga.

Then papagi Sabtu, aku bangun solat then tunggu cartooon kat #616 then makan nasi tomato yang mak aku beli. Sodap. Then siap-siap nak ke rumah kawan aku Farzana. Give her a visit since aku tak dapat hadir kemarin. Zana sungguh sedey. Mata dia bengkak plus sungguh ayu berkain batik. Dari situ aku dengar macam mana kakak dia sedar pasal Arwah Ayahnya. Cara habis umur sungguh mudah. Seperti terduduk di tepi batas dalam petak sawah sambil tangan di dada dan tiada lumpur yang menandakan Arwah terjatuh. Mungkin Arwah terasa sakit dada, lantas Arwah duduk di tepi batas. Maha Suci ALLAH, DIA lebeh sayangkan Arwah. Zana dan abg dia anak beranak sampai Permatang Bongor dalam pukul 6.30pm dan sempat tengok Arwah buat kali terakhir. Bersabarlah Zana and aku tau hang tabah. InsyaALLAH.

Aku drive mak aku ke market pula. Nak beli barang-barang nak masak untuk kelas agama petang nie. Mak aku volunteer nak masak bihun goreng. Then aku sama-sama tolong mak aku. Ok Jujur. Sikit ja aku tolong. Tolong kacau tumisan mak aku. Tapi meme sodap. Hihihi. Then pukul 2.30 ayah hantar aku dengan Fuad ke Kangar. Sorang nak p tuition sorang nak ke Butterworth. Aku la nak ke Butterworth ke rumah Chu kat kat Island. Yuehuww. Aku sampai Butterworth pukul 6 dan terus menapak ke ferri. RM1.20 ya kawan-kawan untuk diri aku naik ferri. Then sms chu cakap aku dah atas ferri then sampai ja, chu elok-elok sampai. Then ke quarters chu aku. Solat Asaq dan makan time. Bukak bihun yang mak aku bagi then makan pisang goreng panas-panas plus baru lepas hujan. Huuuuhuu. Sodap. Malam tue kami makan nasi and chu ajak lepak kat Padang Kota tapi sebab aku dengan maksue nak tengok drama TV3. So kami tak p..kalau p ingat nak massage kaki kat situ. Then chu and angah p makan nasi Kandaq Beratoq yang mana jalan kaki ja dari Balai Polis Central itew. Huuehuew. Ngantokzz..

Tapi aku naik ferry color kuning.

Esok pagi aku ke clinic then balik umah makan. Yummy! Pagi tue chu aku ke laut. Pukat ketam. Huuueeee.. makan ketam fresh. Alhamdulillah. Sungguh banyak ketam kami makan. Freshhhh!!! Siap-siap nak balik Kulim and aku reach Kulim at 7.40pm. Thanks to Rashila coz amik aku sebab before tue dia duk meronda kat town. Hihihi. Sampai rumah, aku tukar curtain yang mak aku bagi then siapkan diri nka solat and tidoq. Itulah kisah weekenderrrs aku yang capet.

Bila lagi nak balik Perlis ya? Nak makan ikan-ikan lagi. Nak makan ketam p Penang (Chu), nak makan udang besaq balik Perlis (ayah aku tangkap sendiri) beserta ikan-ikan yang masih tidak terkena ais. Yuehuw. Alhamdulillah atas rezeki-MU ini YA ALLAH.

Hari nie aku boring. Memang boring. Aku rasa aku nak p merehatkan diri kat surau since aku ada symptoms nak domam. Jauhkan la. Aku masih ada 3 hari untuk berpuasa 6. Tolong.

Photo credtit to: penanghdr [Flickr]

Friday, October 1, 2010

~ Pergi tak kembali ~

Assalamualaikum,

Tadi masa aku tengah lunch, received a call from my primary school friend, informed that our friend's father passed away this morning. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari DIA kita datang kepada DIA kita pergi. Sesiapa antara kita pun tak tahu bila kita akan dijemput-NYA yang mana pastinya pergi...pergi yang tak akan kembali lagi. Bertemu dengan MAHA PENCIPTA-NYA, ALLAH SWT.

Last time aku jumpa Arwah masa raya haji tahun lepas di mana raya puasa tahun nie aku ada niat nak ke rumah Zana, tapi masa suntuk jadi aku tak sempat nak ke rumah Zana. Arwah kaya dengan senyuman dan wajah yang sejuk memandang. Memang Arwah sungguh baik dan sentiasa ingat nama aku meaning Arwah kenal kawan-kawan anaknya juga.

To my friend, Noor Farzana Hj Sharib, takziah aku ucapkan untuk hang sekeluarga. Semoga Roh Allahyarham dicucuri Rahmmat-NYA dan di doakan Arwah ayah tersayang di tempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman. Ameen.

Zana, perhaps the sadness will heal you and family with time. We will going there as well. ALLAH SWT loves him more than us, thus, HE takes him first.
Al-Fatihah. May Allah SWT bless your soul, Arwah Hj Sharib.

InsyaALLAH I'm going back to Perlis after office and insyaALLAH tonight will visit you. InsyaALLAH.