Nuffnang

Friday, October 8, 2010

~ Mak tiada duanya ~

Salam Jumaat semua,

Ada sihat semua? Aku masih selesema lagi dan badan aku rasa tak berapa balance lagi. Niat di hati nak MC lagi, tapi rasa macam malas pula nak ke clinic jumpa Doc Sakhti N Shiela. Harapnya besok dah weekend it's getting better and aku harus kuat untuk membeli makanan. Hihihi. Iyalah. Aku nak makan ubat, kenalah makan dulu kan?

Actually aku tak inform mak aku pasal demam aku kali ini. Biarlah rahsia bak kata Dato' Siti. Tapi hari ini rasanya aku nak berusaha mencari air nyok. Buat penawar demam aku ini. Harapnya kedai yang aku aim, ada buka lagi la petang ini.

Sebenarnya aku nak cakap pasal doa mak kita semua. Selalu dalam doa aku, aku akan minta agar mak aku tak lupakan berdoa untuk kebahagiaan aku dalam hidup aku. Aku rasa even kita tak minta, mak sendiri telah mendoakan kita seusai solatnya juga dan di kala mana mak kita nak mendoakan kita bukan. Tak ada la specific lepas solat saja kan. Doa mak adalah doa yang paling mustajab. Tidak kira la doa baik mahupun doa sebaliknya. Nauzubillah la mak kita mendoakan yang tidak baik untuk kita semua bukan. InsyaALLAH kalau kita berbuat baik kepada mak kita, insyaALLAH mak kita juga akan berdoa kebaikan kepada kita semua. Bagi aku, selagi mana kita masih ada mak, gembirakan hati mereka dan cubalah menjadi anak yang solehah buat mak kita. Last week aku sudah ketemu mak aku. Bagaimana kamu semua? Iya..I know I know..ada yang parents jauh kan, ada yang stay dengan parents memang sangat beruntung kerana hari-hari leh jumpa mak ayah. Tapi di sini aku nak focus pada mak ya. Lagi untung boleh makan yang mak masak hari-hari kan. Delicious kan! Even mak goreng telor ayam **errkk.. bukan telor ayam goreng yang di bawak ke Sapurecrest ya kawan-kawan..aku tau telor ayam itu juga sedap kan?** then dengan nasi putih panas-panas then letak kicap cap Kipas Udang then mak aku campur sikit dengan sos tomato/cili meggie. Huiishh! Aku boleh tambah 2 kali weii. Sedapp noo.

Iya betul. Antara kegembiraan aku adalah sebab masakan superrrrb dari mak aku, tapi yang penting aku sungguh gembira bila balik rumah mak aku ada kat rumah, aku boleh jalan-jalan dengan mak aku since mak aku dah MAKIN berani naik kereta yang aku drive. Boleh sama-sama balik kampung dan ke kenduri bersama-sama. Kalau masa masak, aku pasti akan kejap-kejap ada di dapur nak tengok apa mak aku dah buat. Tugas utama aku adalah potong bawang, potong sayur, siang udang yang mana buang semuanya sebab ayah aku tak suka udang tak buang habis, tak ikhlas buat kerja katanya. Tapi bagi mak aku, jangan buang kulit habis, nanti kurang manisnya. Hahaha. Complicated betoi both of them. Most of the time, i will make the prawns being naked. Hahaha. Aku juga ada tanam pokok cabai kat belakang rumah, tiap kali aku balik sure ada buahnya. Seronok. Kadang-kadang ayah suka buat ulan cabai muda itu. Hehehe. Tangan aku sejuk bukan? Tapi tak tahu kenapa di rumah Kulim tangan aku tak menjadi. Aku sudah bilang, ada pembunuh dalam rumah aku itu. Yakni ex-housemate aku dari Selama dan Tawau itu. Haa. Sila ngaku ya!

Aku juga suka masa shoping dengan mak aku. Mak aku sokmo[kadang-kadang and most of the time yaa'll], suka suruh beli barang yang mahal yakni bagi mak aku kualitinya bagus. Betul tue mak tapi ada juga yang harganya murah tapi kualiti terjamin. Aku rasa mak aku tak penah kisah since mak aku tak bekerja. Sebab duit adalah dari ayah aku dan ada sedikit pertanian yang kami usahakan. So hasil tanaman padi alhamdulillah sungguh memberangsangkan kami. Jadi sekali shoping dengan mak, memang heaven tapi since dah kerja adalah dia,tiga helai baju yang mak aku belikan. Kerana mak aku sedar baju aku jarang bersalin. Kesian kan. 2010 adalah tahun kesusahan sedikit buat aku.

Baiklah kawan-kawan semua. Kita semua sayang mak kita kan. Jangan lupa lepas solat, titipkan doa untuk mak kita ya. Susah payah mak kita membesarkan kita dulu, mengandungkan kita, melahirkan kita. Semua sedar bukan. Oleh itu jangan buang anak luar nikah. Hahaha. Tiba-tiba.

Happy weekenderss all. Have a nice weekend ya!

Photo credit to: 284/88 [Flickr]

No comments: