Nuffnang

Saturday, November 27, 2010

~ The Hardest Thing ~

Happy Saturday morning all,

Huhuhu. Aku nak balik kampung pagi ini. Tengahari nanti sampa la. InsyaALLAH. Sepulangan aku ini, moh le dengar lagu kesukaan aku zaman sekolah dulu. I miss this group! Wawaaaa..



Have a nice weekend ya.
Assalamualaikum.

Friday, November 26, 2010

~ Dugaan dalam perhubungan ~

Assalamualaikum,

Berlaku jujurlah pada pasangan anda kelak merana diri. Jangan menjadi lelaki/perempuan bodoh kerana terlalu sayangkan sesuatu perhubungan. Andai hubungan tidak menjadi, ada hikmah ALLAH Taala di sebaliknya yang mana ada seseorang yang lebeh baik dan berhati mulia telah DIA tentukan untuk kita. Seandainya dalam hubungan sekarang si dia berani membuat perangai, mungkin lepas kahwin chances tue ada. Bukan berdoa tapi sebagai langkah beringat.

Masing-masing sudah besar, kenapa bongok nak menjalin hubungan yang akan membuatkan pihak yang utama akan merasa merana. Nauzubillah. Semoga kita semua peroleh rahmat dari-NYA. InsyaALLAH.

Andai hubungan terputus di tengah jalan, anggaplah si bongok itu adalah bukan milik kita. MAAFkan aku bahasa aku kasaq. Sekian.

Selamat malam. Assalamualaikum.

Unstoppable memang beshh la!! Dari perkara simple, terus jadi super besar. Because of the train...yuehueeww. Bila la Malaysia nak buat filem gini noo?

Mari pejam mata reramai. Capet dah nie. Ketemu besok ya..insyaALLAH..

~ Sungguh terseka ~

Assalamualaikum Peeps,

Kadang-kadang kalau ada antara kita yang buat silap, jangan seronok kita mentertawakan mereka itu yang telah membuat silap kerana mereka juga tidak ingin untuk berbuat silap. Segala yang terjadi adalah di atas kehendak-NYA. Siapalah kita untuk mentertawa dan berkata-kata yang negative padanya. Apa yang mampu kita lakukan adalah memberi nasihat kepada mereka itu agar senantiasa berhati-hati dalam apa sahaja perbuatan. Doaka mereka agar tidak membuat salah lagi. Aku juga tak lepas dari melakukan silap yang kecil mahupun besar dalam kehidupan pekerjaan seharian aku. Sampai aku termimpi-mimpi, terketaq-ketaq tangan dan juga jantung berdegup sungguh kencang lagi kuat. Sampaikan aku rasa nak terkeluaq segalanya. Time nak menyuap makanan kedalam mulut, duk teringat kisah kesilapan aku lantas hilang selera makan aku untuk beberapa hari. HANYA BEBERAPA HARI SAHAJA.
Ohhhhh perasaaaaan!

Bekerja melibatkan PRODUCTION membuatkan aku ketaq seluruh lutut. Takut betul-betul. Tapi itulah. Sapa suruh aku tak bebetul buat kerja. Careless! Aku kuat berangan rupanya kan. Every single mistakes can cause prod hang or stop. Then kenaaaa la. Minggu depan aku nak buat kajian perasaan teamate aku bekerja di sini. Mereka sungguh seronok aku nampak. Enjoice sekali. Bilalah aku nak merasai nikmat sebegitu.

Hujung minggu menjelma lagi. Jadi sila pastikan segala kesedihan di office lempar buang ke tengah laut Cina Selatan. Isnin nanti baru kaut semula dengan pukat tunda dengan harapan banyak ikan segar di situ. Oh yeay!

Agenda hujung minggu ini, aku nak pulang ke Perlis sebab ada benda penting untuk aku pass pada SIL aku yang akan berangkat outstation di SP minggu hadapan. Ohh! Sungguh terkejar-kejar. Oh gaji! Bila mahu menjelma? Aku dah kekeringan poket gabanku. Sungguh indah kalau aku ada poket doremon. Hari-hari aku akan keluarkan pintu ajaib itu di mana aku boleh kemana-mana sahaja yang aku nak pergi. Yuehueeww!! Aku juga inginkan percutian romantis. Hahahaha. Gila gedix! Aku inginkan percutian bersama keluarga yang mana aku nak ke tepi pantai sambil aku memanaskan badanku. Auuuwww. Aurat. Haram naked bukan di rumah suami. Hahaha.

Oh aku mengong! Patutnya aku join KITA yang mana event untuk cuci Sg Sedim pada besok hari. Tapi aku tidak dapat ke sana sebab urusan bgcik aku yang dia suruh aku buat. Bayarrr laaa!

Oklah semua. Planning balik keja hari ini aku dengan housemate a.k.a shopaholic housemate ingin ke BIG.C untuk menonton Unstoppable yang mungkin hari ini hari terakhir tayangannya. Gila lambat macam siput aku nak tengok movie ini.

Happy weekenderss! Maafkan semua orang yang pernah buat silap pada diri kita ya. Plus senantiasa positive na. Assalamualaikum dan salam senyuman!

Psst: tiba-tiba nak makan ketam banyak-banyak. Muuuummmmm!!

Photo credit to: Colleen Sparks-A-Lot[Flickr]

Tuesday, November 23, 2010

~ Raya Korban 1431H ~

Assalamualaikum,

Al-kisah berhari raya di rumah Perlis. Aku tak rasa macam itu adalah hari raya yang mana, lepas solat sunat hari raya, aku siapan ke dewan sebelah surau untuk seiringan tok-tok mudim eh bukan tok-tok menyembelih untuk meramaikan anggota penyibuk di padang lapangan. Aku bersama camera Abgcik aku seronok clik clik clik. Berbaju kurung di tengah panas, ohh! sungguh panas wooohhh. Tak tahan mak. Kaum-kaum ibu sedang asyik sibuk potong bawang itu ini. Aku malas nak beserta mereka. Aku kurang gemar. Pedih mata pula. Seusai 5 ekor lembu dikorban, ALHAMDULILLAH. Masuk syurga la kalian sang lembu semua. Semoga kita ketemu di syurga nanti. Aku berdoa.

Tengok wajah-wajah sang lembu, sungguh lembut dan penuh tabah. Sepertinya sudah redha daging mereka bakal menjadi juadah makan tengahari aku. JADI, aku penuh gembira snap wajah-wajah mereka. Sememangnya, daging fresh sungguh sedap. Aku kelaparan, tak sabar tunggu mak aku siap masak ja. Hihihihi.

Ramai yang bergotong-royong untuk selesaikan semua daging-daging, tulang-tulang..semua organ lembu itu. Aku tengok saja dan semestinya surau kat taman aku berbau darah. Tak kurang juga ada lembu yang ketakutan, lariii jauh dari tempat sembelih. Jenuhhhhh duk kejar lembu itu. Actually lembu tue yang terakhir, sure dia nervous, sebab tue dia lariii.

Apa-apapun, semuanya dah selamat..Alhamdulillah..

Monday, November 22, 2010

~ Kenapa aku mesti membunuh? ~

Salam semua,
Kenapa harus aku membunuh mereka? Mereka langsung tidak bersalah pada aku. Mereka hanya berjalan-jalan saja atas tangan aku, kadang-kadang atas baju aku. Bukan berat gajah pun mereka ini, sangat ringan berat jisim mereka. Tetapi tangan penuh dosa aku ini, laju saja nak mengais-kais mereka agar tidak lekat dan berjalan-jalan atas tubuh badan aku. Apalah dosa mereka? Jawapan yang pasti, mereka tidak berdosa pada aku tapi aku yang berdosa kepada mereka. Jenuh aku nak menjawab di kemudian hari di hadapan YANG MAHA ESA. Melihat mereka jatuh atas lantai, tengok mereka sedaya mungkin cuba nak gerak badan dengan begitu payahnya, lantas aku berpikir, dari aku seksa mereka baik aku bunuh terus. Sungguh zalim aku selaku manusia yang ringan tangan untuk membunuh mereka. Sedangkan mereka yang kecil aku boleh hapuskan, inikan pula pokok-pokok yang langsung aku tidak nampakkan nadi bernafas mereka. Ampunkan aku wahai sang semua semua, wahai pokok-pokok semua. Aku juga tidak memahami diri aku yang sebenarnya. Pembunuh dalam diam. Untuk pokok-pokok aku tidak berniat langsung sebab mereka bukanlah makhluk bergerak, tetapi untuk sang semut sekalian mereka adalah laju dan pantas bergerak membuatkan aku berasa geli dan terganggu. Maafkan aku wahai sang semua. Aku pun tak tahu macam mana aku nak tebus dosa aku ini. Baru Jumaat lepas aku selamat membunuh seekor sang semua gara-gara dia gembira berjalan atas baju baju aku. Tatkala itu tangan aku memegang bekas maruku sambil mulut laju memepak maruku yang sungguh sedap. Mungkin akibat kesunyian di tinggalkan di rumah di mana mak, bgcik dan adik aku ke kampung manakala ayah berada di masjid untuk Solat Jumaat. Dalam telinga aku mendengar Kutbah, laju juga tangan aku membunuh di penghulu segala hari. YA ALLAH, ampunkanlah aku! Aku mahu insaf.
Sesunguhnya membunuh binatang adalah berdosa kan. Tapi mungkin ada sebab-sebab atas pembunuhan itu akan mendapat pengampunan di ALLAH Taala. InsyaALLAH.

Aku berdoa aku dapat elak untuk membunuh sang semut yang gemar datang pada makanan aku jua pada makanan orang lain. Ya memang. Ada rasa kegelian semasa mereka bergerak, berjalan atas kulit aku membuatkan aku rasa macam geli dan tak suka. Jemari mereka sungguh halus tak sekembang jemari aku.
Adakah ada kawan-kawan aku kat sini yang juga macam aku? Atau hanya aku sahaja? Tolong share dengan aku juga ya. Pls..pls..pls..

Baiklah semua, aku nak turun ke IT Dept ketemu ibu ngandung kat bawah.
Assalamualaikum.

Photo credit to: mas ijonk[Flickr]
Photo credit to: normandie2005[Flickr]

Tuesday, November 16, 2010

~ Salam Aidiladha ~

Assalamualaikum,

Tatkala ini hujan begitu lebat dari Kulim. Tengahari tadi, aku call mak aku. Khabarnya Perlis hujan lebat siap denga guruh sekali. Hujan rahmat. Alhamdulillah.

Feeling happy, as we're..me and Zai will heading back to Perlis. Happy lor since last Sunday dah balik Perlis, and today balik Perlis semula. Yeay!!

Kaabah yang sungguh aku nak lawati. The small building with cube shape in Mekah.

Semua Jemaah Haji telah selamat tiba di Padang Arafah untuk berwukuf. Padang Arafah menjadi saksi, menjadi lautan doa dari Umat Islam seluruh dunia. InsyaALLAH semua doa tetamu ALLAH SWT akan di angkat dan di makbulkan. InsyaALLAH. Pastinya semua jemaah gembira bagi yang uzur mahupun yang sihat. Aku doakan semua mereka perolehi Haji yang mabrur dan pulang ke tanah negeri masing-masing dengan membawa perubahan yang baik.

Untuk aku, persediaan hari raya besok, ada baju baru. Yeay!! Actually patutnya baju hari raya puasa, but then tailor tak sempat siapkan. Momantai. Aku tak kisah. Harapnya baju itu tidak senget sebelah tangan.

Selamat menyambut hari raya Korban semua, marilah kita semua mengambil iktibar atas sambutan hari tersebut. Berkorban apa sahaja demi ISLAM.
Assalamualaikum dan drive safely since keadaan cuaca yang nampaknya hujan lebat.

Photo credit to: batuta2009 [Flickr]

Friday, November 12, 2010

~ Balik kampung dengan dua buah mempelam ~

Salam Jumaat untuk semua Muslimin, Muslimat,

Sihatkah anda sekalian? Saya, alhamdulillah sihat sejahtera sekalipun hati adalah berentak juara! Solat Jumaat hari ini nak ke masjid mana ya? Hari ini adalah kekurangan mood dan perasaan. Tapi malam tadi mood adalah sungguh gembira. Berjaya menabur wang ke pasaraya tempatan di Penang nun di Queensbay. Oh Syurga dunia. Memang indah perasaan tidak terkata. Jalan sana, jalan sini, masuk situ, masuk sana. Cuba ini, cuba itu dan bertanya "Sesuai tak?". "Sesuai!". Terus ke kaunter pembayaran. Yeay!

Perut adalah lapar. JADI. Makan Roti Boy sambil berjalan adalah tidak sopan dan kalau pada masa itu ada yang berkenan, terus tak jadi nak berkenalan. HiHi. Akhirnya, saya terikut teman serumah saya ke restoran makanan segera McDonald dan memesan Bubur Ayam McDonald. Tidak sesedap Bubur McDonald di Sunway Carnival, Seberang Jaya! Tapi itulah rezeki saya pada malam tadi. Makan dengan tanda kesyukuran. Alhamdulillah.

Opsss! Terlupa. Baju di ampaian. Ketika gerak dari Penang malam tadi hujan mulai turun, jadi sampai Kulim pun masih hujan. Baju di ampaian agak sedikit lembap, jadi saya masukkan baju-baju ke dalam rumah dah menjemurnya di bawak pusingan kipas yang separuh gila. Kemudian, online untuk seketika dan siapkan barang-barang untuk dibawa pulang ke Perlis besoknya. Saya akan pulang ke Perlis untuk sesuatu. Saya nak melawat kawasan, melihat keadaan selepas banjir di Perlis. Sungguh kasihan mereka yang menjadi mangsa banjir. Sesungguhnya, pasti banyak peralatan baru hendak di beli bukan. Sabar ya semua mangsa, ada peruntukkan untuk kamu semua oleh kerajaan dimana itu adalah duit kita jua.

Pagi-pagi Jumaat yang hujan turun tidak lebat, aku makan cup cake yang comel dengan air masak. Sedap kerana aku kelaparan! Alhamdulillah. Memang sedap cup cake yang aku dan teman serumah usahakan hari Selasa yang lepas. Minggu depan ada rancangan nak mencuba sekali lagi. Suka saya nak kongsi output dengan kamu semua.
Layan!!
Kumpulan pertama yang selesai di kukus.
Inilah jumlah 14 yang selesai di kukus.
Setelah di deco oleh kami bertiga. Idea asal dari Saudari Mas.
Gambaran dari dekat. Yummy!
Lagi gambaran dari dekat.
Hampir ke gigitan terakhir. Yummm..yummy!!

Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama hands-on buat kek seperti ini. Selalunya kalau bersama mak di kampung, kerja saya hanyalah tukang ayak tepung, tukang kacau butter agak butter menjadi halus menggunakan senduk, cuci telur ayam dan kerja-kerja expertakan dilakukan oleh mak saya sendiri. Sebab saya pernah buat kek mak saya bantat. Hihi. Ampun Mak!

Bila kaji semula entry ini, tiada langsung kaitan dengan buah mempelan bukan. OK. Saya dapat 2 biji buah mempelan dari seorang teman dari IT Department. Thanks Izzah!

Baiklah. Ada kerja tiba-tiba. Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan. Semoga hujung minggu kali ini dapat serba sedikit buat persediaan untuk menyambut Hari Raya Haji pada Rabu mendatang.

Assalamualaikum..

Photo credit to
: Teman Serumah.

Monday, November 8, 2010

~ Aku sedih pula ~

Hi ALL,

Aku sedih sebab orkid aku semuanya ketiga-tiga bunga layu! Petang tadi aku ada letak baja bunga yang aku beli daru uncle Muar itu. Aku letak 2 sudu kecil untuk sebotol mineral besar. Sambil tengok tv, hati tergerak nak tengok orkid. Tengok-tengok semua bunga layu and ada 2,3 kuntum dah berguguran di lantai. Hati aku yang gembira terus gugur! Then aku pakai tudung dan tengok apa sakitnya. Konon aku nak choba merawati mereka sekalian. Gosh! Aku berpayung kemudian aku menjirus air tak ingat dunia kepada semua mereka. Kemudian aku ubah kedudukan mereka sekalian ke ampaian. Biar air hujan malam ini membasahi mereka semua. Aku berdoa mereka kembali sihat dan tidak layu.

Tolong!! Cobaan pertama.

Apa-apapun aku redo.

NIte!

Wednesday, November 3, 2010

~ Ini memang biadap! ~


Assalamualaikum,

Oh setengah dari mereka memang sungguh biadap! Tidak tahu langsung bagaimana nak menghormati agama lain di dunia ini. Sungguh tak world. Orang Islam pun tak ada nak mempermainkan churches. So wth yang mereka sungguh seronok membuat orang Islam akan sakit hati, marah, geram dengan perbuatan terkutuk mereka ini. This is stupid! Rumah ALLAH dipermainkan. The only thing we can do is boycoat their products. Do not too much rely on them.

It's same happen for Muslims women who wearing hijjab to public area especially in non-Muslim country. Pls pls pls people out there try to uncerstand why we wear it and the only thing you people should do is to respect them. This is what our religion teach us by recovering part of our body because is ALLAH SWT order! And we should followed it until we die. And we waring hijjab or tudung is not because of fashion or trend but this is an order from our CREATOR, ALLAH SWT. Do not judge us!

Yes! All GOOD muslims people will always be nice to others eventho to other religion believers. We love to smile n Islam and we will earn rewards or pahala from it and it's a ibadah as well. Ahha! Islam the way of life. Beautiful Islam. Subhanallah.

I know, I'm not the best one to talk about this, being a Muslims women we should know what we can do's and dont's.

Till then. Assalamualaikum all...

Monday, November 1, 2010

~ Gila Orkid ~

Assalamualaikum Bellas's,

Huaaaaaaaaaagrrhhhh! Hari ini misi berjalan lancar di mana aku dengan housemate aku berjaya menyelinap diri lari dari kesibukan di pejabat. Misi utama adalah mancari baju kerana housemate aku ada event this coming Sunday. Weeeiii! Lawooo bajunya. Aku berazam nak beli baju yang serupa pada Deepavali mendatang meaning Deepavali 2011. Hahaha. Aku harap design serupa masih ada lagi. Serious. Memang lawa dan kena dengan warna pilihan. Kami berangan dah nak hantar kain untuk tailor tersebut buatkan. InsyaALLAH.

Sejurus kemudian kami cross jalan menghala ke Ekspo Orkid. Ohhh! Sungguh terasa gila masa tengok Orkid. Rasa hebat macam tengok handbag Coach. Hihihi. Ouchhh to Coach, at this moment I've to say "On Hold for a while". Masa tengok orkid tadi rasanya macam nak beli semua. Lawa-lawa dan menawan semua orkid especially orkid yang mahal lagi unik. Tapi aku mampu rembat 2 jenis sahaja which is kalau dah bunga segugus besar can reach RM45. Jenuh juga nak bargain tadi. Tapi apa yang penting tadi, aku dapat ilmu bagaimana nak menjaga orkid. Dapat tips-tips untuk bagi orkid hidup subur agar tidak mati dan berbunga dengan cepat. Info tadi juga di kongsi dengan housemate aku Cik Mas. Semangat kian tebal, tekad nak membeli cloth hanger berjaya terlaksana. Even mak aku bilang agak mahai, tapi mak aku bilang nak banding dengan murah dahulu dengan mahal sekarang, ambil la sahaja cloth hanger itu. Aku pun dengan rasa tenang hati membuat bayaran penuh keikhlasan demi seputih, sekuning, seungu dan setidakdiketahui color orkid. Malamnya aku dah selesa pasang dengan jayanya. Perfectttoo~

Oh ya. Last weekend, aku ada tengok Nat Geo kisah Shark Man. Then aku dapat ilham untuk namakan Orkid-orkid aku sekalian. Oh bukan nak namakan jerung putih, jerung hitam bagai. Tapi namanya sudah ada dalam kotak fikiran aku ini. Sungguh unik dan menarik bagi aku. **Bagi kamu entahlah unik atau tidak.**

Next step is, beli kanvas hitam untuk elak sinaran matahari yang terlalu kuat untuk orkid-orkid aku. Tadi kat ekspo tak jual. Tak apa, aku harus ke nursery berdekatan la nampaknya. Tapi sekarang ini musim hujan, adalah selamat untuk sinaran matahari. Aku harap orkid-orkid aku tabah dalam keadaan cuaca yang sedemikian ini. Sila bersabar ya. Lepas ini winter pula. Hihihi **Hang duk mana nie yani oit?**

Angan-angan aku, ada rumah sendiri nanti aku teringin nak ada mini orkid di halaman tepi rumah. Di situ akan aku kembangkan orkid sekalian. Hihihi. **Berangan mau tinggi noo**

Baiklah, aku harus pejam mata. Besok sure aku malas nak bangun since hujan sejuk pepagi. Nak bangun solat Subuh pun jenuh. Ishhhh. Syaitooooon! Selamat Malam semua. Mulakan hari anda besok dengan senyuman yang menawan ya kerana mungkin senyuman anda itu membuatkan sesorang berasa bahagia dan gembira. Ayuhh! Marilah senyummmmm dengan gembiraaaaaaa. Assalamualaikum semua.