Nuffnang

Friday, November 12, 2010

~ Balik kampung dengan dua buah mempelam ~

Salam Jumaat untuk semua Muslimin, Muslimat,

Sihatkah anda sekalian? Saya, alhamdulillah sihat sejahtera sekalipun hati adalah berentak juara! Solat Jumaat hari ini nak ke masjid mana ya? Hari ini adalah kekurangan mood dan perasaan. Tapi malam tadi mood adalah sungguh gembira. Berjaya menabur wang ke pasaraya tempatan di Penang nun di Queensbay. Oh Syurga dunia. Memang indah perasaan tidak terkata. Jalan sana, jalan sini, masuk situ, masuk sana. Cuba ini, cuba itu dan bertanya "Sesuai tak?". "Sesuai!". Terus ke kaunter pembayaran. Yeay!

Perut adalah lapar. JADI. Makan Roti Boy sambil berjalan adalah tidak sopan dan kalau pada masa itu ada yang berkenan, terus tak jadi nak berkenalan. HiHi. Akhirnya, saya terikut teman serumah saya ke restoran makanan segera McDonald dan memesan Bubur Ayam McDonald. Tidak sesedap Bubur McDonald di Sunway Carnival, Seberang Jaya! Tapi itulah rezeki saya pada malam tadi. Makan dengan tanda kesyukuran. Alhamdulillah.

Opsss! Terlupa. Baju di ampaian. Ketika gerak dari Penang malam tadi hujan mulai turun, jadi sampai Kulim pun masih hujan. Baju di ampaian agak sedikit lembap, jadi saya masukkan baju-baju ke dalam rumah dah menjemurnya di bawak pusingan kipas yang separuh gila. Kemudian, online untuk seketika dan siapkan barang-barang untuk dibawa pulang ke Perlis besoknya. Saya akan pulang ke Perlis untuk sesuatu. Saya nak melawat kawasan, melihat keadaan selepas banjir di Perlis. Sungguh kasihan mereka yang menjadi mangsa banjir. Sesungguhnya, pasti banyak peralatan baru hendak di beli bukan. Sabar ya semua mangsa, ada peruntukkan untuk kamu semua oleh kerajaan dimana itu adalah duit kita jua.

Pagi-pagi Jumaat yang hujan turun tidak lebat, aku makan cup cake yang comel dengan air masak. Sedap kerana aku kelaparan! Alhamdulillah. Memang sedap cup cake yang aku dan teman serumah usahakan hari Selasa yang lepas. Minggu depan ada rancangan nak mencuba sekali lagi. Suka saya nak kongsi output dengan kamu semua.
Layan!!
Kumpulan pertama yang selesai di kukus.
Inilah jumlah 14 yang selesai di kukus.
Setelah di deco oleh kami bertiga. Idea asal dari Saudari Mas.
Gambaran dari dekat. Yummy!
Lagi gambaran dari dekat.
Hampir ke gigitan terakhir. Yummm..yummy!!

Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama hands-on buat kek seperti ini. Selalunya kalau bersama mak di kampung, kerja saya hanyalah tukang ayak tepung, tukang kacau butter agak butter menjadi halus menggunakan senduk, cuci telur ayam dan kerja-kerja expertakan dilakukan oleh mak saya sendiri. Sebab saya pernah buat kek mak saya bantat. Hihi. Ampun Mak!

Bila kaji semula entry ini, tiada langsung kaitan dengan buah mempelan bukan. OK. Saya dapat 2 biji buah mempelan dari seorang teman dari IT Department. Thanks Izzah!

Baiklah. Ada kerja tiba-tiba. Selamat berhujung minggu ya kawan-kawan. Semoga hujung minggu kali ini dapat serba sedikit buat persediaan untuk menyambut Hari Raya Haji pada Rabu mendatang.

Assalamualaikum..

Photo credit to
: Teman Serumah.

4 comments:

Anonymous said...

eemm nak tnya skit bleh tak.. ejaan tu btul ke, buah mempela ke mempelam.. cuba anda semak smula di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.. kemudian, nak bgtau skit bleh tak, cupcake yg anda buat tu mmg nmpk sodap la kan, tp knp mcm xnaik je cupcake nye, nmpk mcm tnggelam je dlm mangkuk cupcake tu, hehe, jgn mare, gurau je.. lg pun xpe la, dis is ur first try n error buat cupcake sndiri kan.. yes i know.. nnti buat utk saya jugak bleh ke??..

Yani said...

Intan...hahaha...cupcake tue memang rupa dia gitu..tp naik la actually...hihi..nanti aku buat kat hang..buku yg aku bagi tue cuba-cubalah berlatih buat..nanti aku ke rumah hang, nak juga rasa hang masak tue. adei..INtan-intan..

oh ya..aku dh baiki. tak cukup huruf td..haha. kalut punya pasai..

fakhril said...

nasib bek kampung hg bukan kt kelantan. hohoho

Yani said...

aiyakkk....aku tau..org kelantan panggil buah pauh kan...