Nuffnang

Monday, November 1, 2010

~ Gila Orkid ~

Assalamualaikum Bellas's,

Huaaaaaaaaaagrrhhhh! Hari ini misi berjalan lancar di mana aku dengan housemate aku berjaya menyelinap diri lari dari kesibukan di pejabat. Misi utama adalah mancari baju kerana housemate aku ada event this coming Sunday. Weeeiii! Lawooo bajunya. Aku berazam nak beli baju yang serupa pada Deepavali mendatang meaning Deepavali 2011. Hahaha. Aku harap design serupa masih ada lagi. Serious. Memang lawa dan kena dengan warna pilihan. Kami berangan dah nak hantar kain untuk tailor tersebut buatkan. InsyaALLAH.

Sejurus kemudian kami cross jalan menghala ke Ekspo Orkid. Ohhh! Sungguh terasa gila masa tengok Orkid. Rasa hebat macam tengok handbag Coach. Hihihi. Ouchhh to Coach, at this moment I've to say "On Hold for a while". Masa tengok orkid tadi rasanya macam nak beli semua. Lawa-lawa dan menawan semua orkid especially orkid yang mahal lagi unik. Tapi aku mampu rembat 2 jenis sahaja which is kalau dah bunga segugus besar can reach RM45. Jenuh juga nak bargain tadi. Tapi apa yang penting tadi, aku dapat ilmu bagaimana nak menjaga orkid. Dapat tips-tips untuk bagi orkid hidup subur agar tidak mati dan berbunga dengan cepat. Info tadi juga di kongsi dengan housemate aku Cik Mas. Semangat kian tebal, tekad nak membeli cloth hanger berjaya terlaksana. Even mak aku bilang agak mahai, tapi mak aku bilang nak banding dengan murah dahulu dengan mahal sekarang, ambil la sahaja cloth hanger itu. Aku pun dengan rasa tenang hati membuat bayaran penuh keikhlasan demi seputih, sekuning, seungu dan setidakdiketahui color orkid. Malamnya aku dah selesa pasang dengan jayanya. Perfectttoo~

Oh ya. Last weekend, aku ada tengok Nat Geo kisah Shark Man. Then aku dapat ilham untuk namakan Orkid-orkid aku sekalian. Oh bukan nak namakan jerung putih, jerung hitam bagai. Tapi namanya sudah ada dalam kotak fikiran aku ini. Sungguh unik dan menarik bagi aku. **Bagi kamu entahlah unik atau tidak.**

Next step is, beli kanvas hitam untuk elak sinaran matahari yang terlalu kuat untuk orkid-orkid aku. Tadi kat ekspo tak jual. Tak apa, aku harus ke nursery berdekatan la nampaknya. Tapi sekarang ini musim hujan, adalah selamat untuk sinaran matahari. Aku harap orkid-orkid aku tabah dalam keadaan cuaca yang sedemikian ini. Sila bersabar ya. Lepas ini winter pula. Hihihi **Hang duk mana nie yani oit?**

Angan-angan aku, ada rumah sendiri nanti aku teringin nak ada mini orkid di halaman tepi rumah. Di situ akan aku kembangkan orkid sekalian. Hihihi. **Berangan mau tinggi noo**

Baiklah, aku harus pejam mata. Besok sure aku malas nak bangun since hujan sejuk pepagi. Nak bangun solat Subuh pun jenuh. Ishhhh. Syaitooooon! Selamat Malam semua. Mulakan hari anda besok dengan senyuman yang menawan ya kerana mungkin senyuman anda itu membuatkan sesorang berasa bahagia dan gembira. Ayuhh! Marilah senyummmmm dengan gembiraaaaaaa. Assalamualaikum semua.

2 comments:

sweetshawl said...

Yani,tumpang lalu k...heee...tolong promote oke:)
http://sweetshawlcollection.blogspot.com/

Yani said...

InsyaALLAH...