Nuffnang

Monday, November 22, 2010

~ Kenapa aku mesti membunuh? ~

Salam semua,
Kenapa harus aku membunuh mereka? Mereka langsung tidak bersalah pada aku. Mereka hanya berjalan-jalan saja atas tangan aku, kadang-kadang atas baju aku. Bukan berat gajah pun mereka ini, sangat ringan berat jisim mereka. Tetapi tangan penuh dosa aku ini, laju saja nak mengais-kais mereka agar tidak lekat dan berjalan-jalan atas tubuh badan aku. Apalah dosa mereka? Jawapan yang pasti, mereka tidak berdosa pada aku tapi aku yang berdosa kepada mereka. Jenuh aku nak menjawab di kemudian hari di hadapan YANG MAHA ESA. Melihat mereka jatuh atas lantai, tengok mereka sedaya mungkin cuba nak gerak badan dengan begitu payahnya, lantas aku berpikir, dari aku seksa mereka baik aku bunuh terus. Sungguh zalim aku selaku manusia yang ringan tangan untuk membunuh mereka. Sedangkan mereka yang kecil aku boleh hapuskan, inikan pula pokok-pokok yang langsung aku tidak nampakkan nadi bernafas mereka. Ampunkan aku wahai sang semua semua, wahai pokok-pokok semua. Aku juga tidak memahami diri aku yang sebenarnya. Pembunuh dalam diam. Untuk pokok-pokok aku tidak berniat langsung sebab mereka bukanlah makhluk bergerak, tetapi untuk sang semut sekalian mereka adalah laju dan pantas bergerak membuatkan aku berasa geli dan terganggu. Maafkan aku wahai sang semua. Aku pun tak tahu macam mana aku nak tebus dosa aku ini. Baru Jumaat lepas aku selamat membunuh seekor sang semua gara-gara dia gembira berjalan atas baju baju aku. Tatkala itu tangan aku memegang bekas maruku sambil mulut laju memepak maruku yang sungguh sedap. Mungkin akibat kesunyian di tinggalkan di rumah di mana mak, bgcik dan adik aku ke kampung manakala ayah berada di masjid untuk Solat Jumaat. Dalam telinga aku mendengar Kutbah, laju juga tangan aku membunuh di penghulu segala hari. YA ALLAH, ampunkanlah aku! Aku mahu insaf.
Sesunguhnya membunuh binatang adalah berdosa kan. Tapi mungkin ada sebab-sebab atas pembunuhan itu akan mendapat pengampunan di ALLAH Taala. InsyaALLAH.

Aku berdoa aku dapat elak untuk membunuh sang semut yang gemar datang pada makanan aku jua pada makanan orang lain. Ya memang. Ada rasa kegelian semasa mereka bergerak, berjalan atas kulit aku membuatkan aku rasa macam geli dan tak suka. Jemari mereka sungguh halus tak sekembang jemari aku.
Adakah ada kawan-kawan aku kat sini yang juga macam aku? Atau hanya aku sahaja? Tolong share dengan aku juga ya. Pls..pls..pls..

Baiklah semua, aku nak turun ke IT Dept ketemu ibu ngandung kat bawah.
Assalamualaikum.

Photo credit to: mas ijonk[Flickr]
Photo credit to: normandie2005[Flickr]

2 comments:

Shah said...

cik orkid..takpe membunuh semut,sbb dia makan makanan kita. Lagi elok guna ridsect sbb banyak sket mati,hahaha...

Yani said...

Ohhhhoooii!

kesian noo. depa mati gitu..