Nuffnang

Tuesday, November 23, 2010

~ Raya Korban 1431H ~

Assalamualaikum,

Al-kisah berhari raya di rumah Perlis. Aku tak rasa macam itu adalah hari raya yang mana, lepas solat sunat hari raya, aku siapan ke dewan sebelah surau untuk seiringan tok-tok mudim eh bukan tok-tok menyembelih untuk meramaikan anggota penyibuk di padang lapangan. Aku bersama camera Abgcik aku seronok clik clik clik. Berbaju kurung di tengah panas, ohh! sungguh panas wooohhh. Tak tahan mak. Kaum-kaum ibu sedang asyik sibuk potong bawang itu ini. Aku malas nak beserta mereka. Aku kurang gemar. Pedih mata pula. Seusai 5 ekor lembu dikorban, ALHAMDULILLAH. Masuk syurga la kalian sang lembu semua. Semoga kita ketemu di syurga nanti. Aku berdoa.

Tengok wajah-wajah sang lembu, sungguh lembut dan penuh tabah. Sepertinya sudah redha daging mereka bakal menjadi juadah makan tengahari aku. JADI, aku penuh gembira snap wajah-wajah mereka. Sememangnya, daging fresh sungguh sedap. Aku kelaparan, tak sabar tunggu mak aku siap masak ja. Hihihihi.

Ramai yang bergotong-royong untuk selesaikan semua daging-daging, tulang-tulang..semua organ lembu itu. Aku tengok saja dan semestinya surau kat taman aku berbau darah. Tak kurang juga ada lembu yang ketakutan, lariii jauh dari tempat sembelih. Jenuhhhhh duk kejar lembu itu. Actually lembu tue yang terakhir, sure dia nervous, sebab tue dia lariii.

Apa-apapun, semuanya dah selamat..Alhamdulillah..

No comments: