Nuffnang

Friday, November 26, 2010

~ Sungguh terseka ~

Assalamualaikum Peeps,

Kadang-kadang kalau ada antara kita yang buat silap, jangan seronok kita mentertawakan mereka itu yang telah membuat silap kerana mereka juga tidak ingin untuk berbuat silap. Segala yang terjadi adalah di atas kehendak-NYA. Siapalah kita untuk mentertawa dan berkata-kata yang negative padanya. Apa yang mampu kita lakukan adalah memberi nasihat kepada mereka itu agar senantiasa berhati-hati dalam apa sahaja perbuatan. Doaka mereka agar tidak membuat salah lagi. Aku juga tak lepas dari melakukan silap yang kecil mahupun besar dalam kehidupan pekerjaan seharian aku. Sampai aku termimpi-mimpi, terketaq-ketaq tangan dan juga jantung berdegup sungguh kencang lagi kuat. Sampaikan aku rasa nak terkeluaq segalanya. Time nak menyuap makanan kedalam mulut, duk teringat kisah kesilapan aku lantas hilang selera makan aku untuk beberapa hari. HANYA BEBERAPA HARI SAHAJA.
Ohhhhh perasaaaaan!

Bekerja melibatkan PRODUCTION membuatkan aku ketaq seluruh lutut. Takut betul-betul. Tapi itulah. Sapa suruh aku tak bebetul buat kerja. Careless! Aku kuat berangan rupanya kan. Every single mistakes can cause prod hang or stop. Then kenaaaa la. Minggu depan aku nak buat kajian perasaan teamate aku bekerja di sini. Mereka sungguh seronok aku nampak. Enjoice sekali. Bilalah aku nak merasai nikmat sebegitu.

Hujung minggu menjelma lagi. Jadi sila pastikan segala kesedihan di office lempar buang ke tengah laut Cina Selatan. Isnin nanti baru kaut semula dengan pukat tunda dengan harapan banyak ikan segar di situ. Oh yeay!

Agenda hujung minggu ini, aku nak pulang ke Perlis sebab ada benda penting untuk aku pass pada SIL aku yang akan berangkat outstation di SP minggu hadapan. Ohh! Sungguh terkejar-kejar. Oh gaji! Bila mahu menjelma? Aku dah kekeringan poket gabanku. Sungguh indah kalau aku ada poket doremon. Hari-hari aku akan keluarkan pintu ajaib itu di mana aku boleh kemana-mana sahaja yang aku nak pergi. Yuehueeww!! Aku juga inginkan percutian romantis. Hahahaha. Gila gedix! Aku inginkan percutian bersama keluarga yang mana aku nak ke tepi pantai sambil aku memanaskan badanku. Auuuwww. Aurat. Haram naked bukan di rumah suami. Hahaha.

Oh aku mengong! Patutnya aku join KITA yang mana event untuk cuci Sg Sedim pada besok hari. Tapi aku tidak dapat ke sana sebab urusan bgcik aku yang dia suruh aku buat. Bayarrr laaa!

Oklah semua. Planning balik keja hari ini aku dengan housemate a.k.a shopaholic housemate ingin ke BIG.C untuk menonton Unstoppable yang mungkin hari ini hari terakhir tayangannya. Gila lambat macam siput aku nak tengok movie ini.

Happy weekenderss! Maafkan semua orang yang pernah buat silap pada diri kita ya. Plus senantiasa positive na. Assalamualaikum dan salam senyuman!

Psst: tiba-tiba nak makan ketam banyak-banyak. Muuuummmmm!!

Photo credit to: Colleen Sparks-A-Lot[Flickr]

No comments: