Nuffnang

Friday, December 31, 2010

~ Goodbye 2010... Hello Hello 2011! ~


Assalamualaikum and Happy Friday's morning to everyone,

Time flies like an arrow!!! kann..

There's so many happy and bad things on 2010. Each of it have it own meaning for me. In term of life, career, nature, relationship and etc. As for me, my life still same working and having my own weekenders sometime alone, sometimes with family, sometimes with friends and sometimes with my lovely Orkids and my Merlina! Forget it bout Merlin!
In term of my career, my boss giving me more trust and support and there's 2,3 task in additional for 2010 and will coming more in 2011, perhaps! Better payment compared to 2009 which is so little increment but yet, Alhamdulillah syukur for all the rezeki to me. In term of nature, YES! 2010 I become a gardener! Hihi but it's not fully time gardener. Haha. I do have my 4 sweet orchids which is 3 of them I already seen their flowery, another one still struggling to flowery. Nevermind, I'm still waiting. No worries! Erkkk!! In term of relationship. Oh gosh!!! null!!!

Ermmm..target in 2011?
Of course I'm dreaming to drive my car. Perhaps mum will allowing me since dad already giving me green light. Start from now, I'm wondering where to park it. Maybe at backyard? It is safe? I'm really sure my dad wont allowed it. It's ok. Start to stealing my neighbor car's parking. **This is my planing, perhaps I can bring it here** Talking bout career, might be stay here for a while, dunno what will happens in future but I do plan to stay in Dubai! Hahaha. **Kidding** Oh ya! needs to reduce my weight. Wannabe like Gisele Bundchen backkkkkk. And stay healthy with lotsss lotsssssss of money! but life with fully of love sure more meaningful right? Ermm..visit as much place don't care even in Malaysia pun. This one needs a lots of $$$$$. Errk! Learn how to be a good chef! Even I mentioned it last-last, but it WILL BE my priority. Nak kawen kena la pandai masak! GOOD CHEF?? (*_-).

Many things I want to improve. Pls allowed me only to share it with my dear deary. Perhaps, everything will going smoothly and easily. yeay!
This coming new 2011 which is tomorrow, determined our needs, our goals as we able to achieve it. Perhaps, all of us will have great 2011 ahead. May this year bring more happier moment for me, you and family. InsyaALLAH.
Psssst! Biar banyak azam, nanti pilih mana yang nak usahakan dulu.

Photo credit to: quadratiges[Flickr]

Friday, December 24, 2010

~ Ada masa.. ~

Hello!

Ada masa? Ada? Bagus. Tak ada? Ada aku kisah??

Sungguh gembira noo. This week, received my 14months salary! Alhamdulillah syukur ke atas rezeki-NYA. Banyak caturan aku nak buat nie. Masuk sana, keluar sini. Sungguh jenuh juga nak pekim-pekim duit untuk manusia seperti aku yang agak gemar membeli. Tapi pembelian haruslah atas dasar kegunaan harian juga. Tapi untuk hujung-hujung bulan gini, aku tak ada apa nak membeli since duit bulanan pun kamin kureng, so berjimat cermat amalan mulia jadinya.

Selamat Hari Lahir mak saya!!


Tahun ini genap usia mak aku ke 55tahun. Masih muda mak aku, anaknya badan sudah mula sakit sana, sakit sini. Bgcik aku tanya Mak potong kek dak? Then mak aku bilang, mak aku dah potong 4 kek. Hahaha. Mak aku ada buat kek untuk makcik jiran aku tue. Tumpang kenduri katanya. So balik ini mungkin aku nak potong kek sesama mak aku juga. Hihihi. Hadiah? Cukup dak kalau aku cakap aku bagi kasih sayang tanpa sepadan pada mak aku? InsyaALLAH dapat gaji nanti boleh beli special cikit tapi hari tue dah beli 1. Harap mak suka!

Batuk aku masih ada saki baki. Mak aku punya risau sampai kedai Tabib Cina Tua kami terjah! Auuwww! Takut wei apa tabib tue cakap. Hohohohoho dan because of that aku dah dapatkan ref letter from in house clinic's doc untuk aku check lebeh lanjut. Doakan aku sihat sejahtera na. Ubat batuk aku dah habeh, cuma ada pills lagi tak habis. Nak habiskan la cepat-cepat.

Oh tuneng! Oh Kahwen!
Bukan aku nak tuneng, tapi kawan aku nak tuneng. Sama juga kahwen. Kawan aku juga kahwen. Turn aku insyaALLAH, aku plan tahun erkkk,. erkk...lekat kat kerongkong nak cakap. Euuw! Terbelit-belit jari aku nak type. Itu tandanya?? dot dot dot dot!

Arghh! Aku rasa sungguh seronok nak balik kampung. Long weekend ya! Aku plan nak p kejar/tangkap itik. Tapi aku tak ada itik untuk di tangkap. Mungkin aku nak ikut ayah p kelaut dengan boat baru ayah. hoyeay!! Oh camera! I need a new camera..

Baiklah semua. Happy weekend and enjoy ur holiday.
Assalamualaikum..

Photo credit to: oh it's amanda[Flickr]

Friday, December 17, 2010

~ Nasib baik dapat duduk ~

Assalamualaikum,

Tadi dalam surau aku ternampak ada security girl berbaring. Letih nampak gayanya. Then at the back ada makcik-makcik cleaner pun berbaring, berduduk. Then aku terpikir. Aku? Cara kerja aku macam mana? Alhamdulillah aku semasa bekerja I have comforter chair for me to sit with even it's not so ergonomic, but Alhamdulillah. I can sit but for them, they have to stand all over working hours, walking here and there, sweeping everywehere plus they have to work 12hrs I think. Same goes to operator in line even for pregnant lady yang baru beberapa bulan usia kandungan. But for preggy lady sure ada colleagues yang akan kasi chair for her to sit with. Not like me yang kerja from 8am-5.15pm. Even sometimes I'm late time in.Sesungguhnya kerusi aku sekarang bukan serupa ini.

Boring di waktu bekerja?
For us, we do have internet to surf and can watch any funny video to release our stress. This is not meant most of the time aku buat. Soooo seldom actually. But for them dengan berborak sesama mereka, sorang buat lawak sorang ketawa or gaduh-gaduh manja semasa rakan setugas mungkin boleh menghilangkan rasa boring mereka. For us yang ada inetrnet, pc and for me I have portable Sudoku it's help me a lot during I'm waiting for any task given by my customer.

Boring with cafe foods?
Oh yes!! Who likes all those kind of foods at cafe? I mean our company cafe. Makanan sungguh menyelerakan sampai tak larat nak jalan. So for us, we can having our lunch outside and enjoyed lunch time at least for 1hour. Great right! Absolutely YES YES YES!! Compared with them, yang terpaksa makan makanan yang terhidang di cafe. Ohhh! Baunya sungguh sedar bahawa itu makanan cafe. Lazat? Enak? Tekak sendiri mau taste it. But our former MD tidak kisah makan kat cafe for everyday. Sedap kot or malas nak berpanas?. For me having lunch outside sungguh fun even it's the best mum's cooks. But at least tak ada bau cafe. Even sometimes terpaksa berpanas, no worries I have umbrellas! Rainy day, don't worry I have umbrella as well. =)

Time in, green or red?
Ahha! This is most critical for me. Always time in with red color because normally I'm late to office. For this let's blame to my tilam sesedap yang giving me a good restful during the whole night for most every nights. Hihihihi. And yet, sometimes Subuh gajah bin dinosour berjuta-juta tahun.

What I'm trying to say is, working here sungguh seronok but then a few things I have to think twice. Sungguh! Keseronokkan berkerja di sini tiada bandingannya. I have supportive colleagues and office friend's yang sungguh tolong-menolong.

Apa-apapun nasi lemak ibunda menanti di kampung. Hoyeay!! Ketemu Mak Ah yang baru pulang dari Tanah Haram, Hajjah Zaharah Hj Taha.
Assalamualaikum semua.

Psstt! Malam ini makan makanan Pasar Malam Simpang Empat. Yummm!

Credit to: Sitbetter.com[Flickr]

Friday, December 10, 2010

~ Kumpul ilmu di hari Jumaat ~

Assalamualaikum,

Jumaat sudah hari nie. Besok ada undangan perkahwinan. Ada 2 lagi. InsyaALLAH cuba untuk penuhi jemputan tuan rumah.

Hari nie batuk aku masih ada. Malam tadi aku minum ubat batuk sebab macam makin kuat aku batuk. Tup-tup hari nie housemate aku ada gaya nak domam. Di doakan semuanya sihat sejahtera.

Pagi nie aku datang office. Boring sungguh. Sat! Aku nak berpaling ke belakang kiri sat. Tengok boss aku pun tak ada kat tempatnya. So aku senang lenang nak surfing.

2,3 hari lepas aku ada baca pasal focus di tempat kerja. Antara focus itu adalah jangan duk surfing internet. Tapi apa sudah jadi kat aku? Sebab la nie aku sedang/masih surfing.

Tapi aku cuba nak membaca ilmu-ilmu dari forum.
Antaranya: Ucapan salam. Salam adalah bermaksud selamat tinggal. Sebaiknya untuk memulakan sapaan ucapkan Assalamualaikum atau kalau nak shortform kan As salam kepada mereka yang kita nak tujukan. Begitu juga kalau nak jawab Assalamualaikum/As salam silalah menjawab Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh. Maaf aku provide dalil sebab ini aku baca dari forum. Juga jangan gunakan perkataan bye sebab tak elok maksudnya = Di Bawah Naungan Pope. Jadi mulai sekarang kalau ucaplah Assalamualaikum atau As salam dan kalau nak jawab silahlah jawab dengan Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.

Umrah dan Haji mana nak dahulukan? Untuk aku kalau aku cukup duit bukan di musim Haji aku nak buat umrah dulu. Daftar haji aku lama lagi nak kena tunggu tapi ini bukan sebab untuk aku tidak menabung untuk menjadi tetamu ALLAH SWT. Usaha kita ke start cuma urusan ALLAH SWT samada nak izinkan atau belum lagi. Cikit-cikit kumpul lama-lama insyaALLAH menjadi bukit.

Tiba-tiba aku rasa nak makan muffin kat Kennyrogers..Sedapnya!

Have a nice day all...selamat bermakan kenduri ya! Assalamualaikum..
Photo credit to: ansonleekh[Flickr]

Wednesday, December 8, 2010

~ Aku yang tak COOL ~

Assalamualaikum...

Tika ini aku rasa sangat gelisah sebab aku dah berjanji dengan team yang aku akan membawa Merlin end of april. Until now mulut aku zippp tak habaq lagi kat mak aku. Gena nie? aku takuttt...sedey, risau, takut semuanya ada. Mengalahkan perasaan bakal pengantin..ewaah...Tue la masalahnya. Aku risau once aku mintak, mak aku tak izinkan. Restu bonda adalah no.1. Tapi gena?? Tolong-tolong. Tiap kali usai solat, aku berdoa pasal Merlin juga. Semua orang dah mula bertanya dan makin rancak nampak gayanya. Aku pun tak kurang rasa teringin nak drive Merlin. Penat menumpang orang, segan semuanya ada. Ermmm.. Last week kan aku ke kenduri Murni. While waiting for the bus, ada pakcik taxi tanya aku keja mana? Then dia tanya aku, ada keta ka? AKu cakap la ada. P keja dengan apa? Aku cakap p dengan moto. Then pakcik tue tanya pasai apa, aku lantas menjawab, aku tak cekap bawak keta lagi, keta ada kat kampung. Then pakcik tue pun advice aku bawak keta. Laa nie macam-macam katanya. Kalau patah tangan, patah sana sini, payah. Tatkala tue aku terus rasa kecut perut. Iya lah bukan doa pakcik tue, tapi kecelakaan ada di mana-mana saja. Ntahlass! AKu kekadang give up nak amik Merlin tue, aku rasa macam biaq la aku selamanya gini tapi perasaan aku nak berkereta macam orang lain tue ada. Kenapa nasib aku macam nie? Aku tatau kenapa aku jadi macam nie... Sedei wooo...

Usia-usia macam nie aku perlu menghabiskan masa dengan membuat sesuatu yang aku suka. Ya! Suka aku nak cakap di sini, banyak perkara yang aku suka terbantut dengan keadaan aku yang hanya bermotosikal Honda kesayangan itew. Tapi apakan daya, aku pasrah awai-awai lagi. Aku redha. AKu biarkan diri aku susah begitu. Hanya aku yang rasa. AKu naik bus kesana kesini, naik cab untuk balik ke rumah sewa. Kalau aku kira-kira semua tue, lagi mahai tambang bagai. Mungkin kalau berkereta tak semahal tambang bagai. Mak pernah bilang, "Tak apa mahai, janji orang hantar sampai depan rumah". Dari situ aku dah nampak, makin susah aku nak dapatkan kereta. Serius, aku cakap. Kalau aku ada duit banyak, aku nak beli kereta lain. Aku akan lupakan Merlin. Aku akan cari kereta lain biarlah second hand pun. AKu sanggup. Ya! Selama ini aku hanya meluahkan pada mereka yang aku paling percaya saja. The only one. I think you know once you read this. Tapi kini aku dah tak tertanggung. Tak semua aku reveal di sini. Adalah tidak sopan dan kurang ajar aku suka-suki bercakap yang hanya untuk kesenangan hati aku, walhal kisah hidup aku tetap sana. Still naik moto.

Kadang-kadang aku rasa diri aku tak dihargai pun ada. Semua orang nampak aku ok. Iya. AKu pandai naik moto, dan jaraknya tak jauh. Aku mampu bawak moto! Hanya ALLAH Taala yang tahu bila aku bawak moto, tup-tup ada orang mai tolak moto aku ketepi, aku jatuh. Nauzubillah. Aku sering membayangkan begitu. Dan nak masuk tahun ke3 aku bawak moto kat Kulim nie. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tangan aku sebelah kanan dah gelap dari kebiasaannya. Tangan kiri leh juga aku sembunyi2 tapi tangan kanan nak press minyak lagi. Kalau hari petang nak hujan, YA ALLAH! aku tebalkan muka nak tumpang orang. Aku tau semua ikhlas nak tumpangkan aku, hanya aku yang rasa segan. Tapi sampai bila aku nak tumpang orang. Time keja banyak, aku berharap aku dapat stay-back tapi bila pikiaqkan jam dah menjengah ke 7pm, aku terus shutdown pc dan terus kemas barang nak balik rumah. BILA hari malam, sure mak aku akan call tanya pasal aku. Thanks mum! I know you do concerns a lot for me. Tapi kenapa mak tak nak bagi lagi? Mungkin mak ada sebabnya. Tak apa. Mak pikir-pikir la dulu ya.

Kenkadang aku berpikir, kalau aku bawak Merlin sama saja. Merlina still dengan aku. Even Merlina bukan atas nama aku, tapi awal-awal lagi aku dah request kat ayah aku, aku nak Merlina. Ayah izinkan. Thanks ayah! Tak kurang kalau aku balik kampung, semua orang macam seronok nak memainkan perasaan aku. "Ada kereta, tapi naik moto" . "Kereta buat show room". Kalau boleh la tue juga aku nak amik Merlin, tapi apa aku leh buat? Nak menculik kereta sendiri? Owhhh wooo woo! Tak pasal aku masuk jail. Ya mungkin kalau fight kat mahkamah, aku akan menang sebab Merlin adalah dibawah nama aku. Ehhh..ehh..apa aku melalut sampai ke court nie. Aku akui, aku drive tak sehebat hangpa semua. Aku tak diberi kepercayaan selama ini untuk drive keta ayah aku. Ya. AKu pun takut nak bawak. Sebab kalau jadi apa-apa, mana aku nak cekau duit nak bayaq masa tue. Ntahlah kekawan. AKu pun tatau.

Masa aku typing nie, air mata aku mencurahcurah, air hidung pun kuaq tapi macam ini la selalu menangisi hidup aku tak ntahla. Kenkadang aku pikiaq, aku yang cari susah sendiri. Kalau boleh di pusing kembali, aku takkan beli Merlin lagi. Bukan masa yang sesuai. Dan apa yang aku nampak, adalah bukan untuk kesenangan aku tapi untuk kesenangan orang lain yang mereka lebeh sayang....

Ohh...abaikan entry ini. Hanya luahan perasaan aku yang takut sekiranya request aku di reject macam document kena reject dalam teamcenter! Aku bukan nak cakap sesiapa baik, sesiapa buruk, sesiapa disayangi, sesiapa tidak disayangi. Tapi aku rasa aku ada hak pada kereta itu. Tak apa lah kalau sesiapa yang faham aku. Biarlah aku yang faham sendiri. Sebenarnya aku tak suka entry aku bercakap macam ini seolahkan aku tidak disayangi. Tidak. Aku disayangi tapi mungkin ada sebab lain. Aku redha.

Ohh...hati tabahkanlah atas kesusahan yang aku alami ini. Mungkin bukan rezeki aku lagi.

Aku baru rasa susah macam nie pun dah sakan mengeluh, menangis bagai nak rak..orang lain yang langsung tak pernah bekereta elok saja naik bus, cab kesana kesini tak bising pun. Inilah aku yang sangat terbiasa dengan kesenangan. Tapi di sini aku susah sendirian. Banyak orang aku terhutang budi di sini. Mereka-meraka yang ikhlas lagi jujur sudi membawak aku menumpang kereta mereka. Trimasss.. Budi baik hangpa semua takkan aku lupakan. Tika aku susah, tika aku cuba elak dari kebasahan. Trimasssss!! Moga ALLAH Taala permudahkan urusan hangpa semua. InsyaALLAH.

Aku agak cool. Tak tahu macam mana aku nak cakap kat mak ayah aku. Doakan aku kuat semangat ya!

Assalamualaikum....

~ Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu ~

Assalamualaikum,
aku sekadar nak berkongsi dengan semua juga.

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenagaalam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagimereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna birumuda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistemmetabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyairahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yangkerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Inikerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yangmesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruangdan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapatkita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanyasaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan padawaktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudahmendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dankemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warnapada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitandengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yangberkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atauterlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapimasalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakitperut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknyawaktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistemreproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang keraptertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagikalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur latu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukanoleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu inikita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luarrumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensijin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu iniamat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedangdalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilahfenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialahkeyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnyamemasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteramandan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalanotak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalamkegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidurdelta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merahjambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensikelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnyabangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggilQiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang diciptaseperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyeraptenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnyabersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.ttanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkansolat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalammenjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."

Source: Al-Muttaqin

Article Credit to: forumcari
Photo credit to: Neo Rantissi [extremely busy!]

Tuesday, December 7, 2010

~ Salam Maal Hijrah 1432 ~

Assalamualaikum muslimin dan muslimat semua,

1 Muharram 1432H, hari ini adalah tahun baru untuk kita semua umat Islam dalam kalender Islam. Bermula dengan pada malam tadi kita membaca doa akhir tahun tapi aku terlepas membaca sebab aku membeli makanan untuk berbuka. Sampai di rumah kalut-kalut nak tahu waktu membuka kemudian Astro Oasis ada bacaan doa awal tahun, aku dengan Mas sama-sama menadah tangan dan bersama-sama mengaminkan doa yang di baca dari TV.

Apa azam tahun baru ini?
Aku berazam nak lebeh tutup aurat. Kadangkala ada aurat aku terbuka yang aku tak sedari. Eecececece. Yang hang duk tungin-mungin dalam class yoga tue apa kejadahnya? Oh. Class yoga sudah tiada lelaki. Yuehueww! Oh ya di sini bukan aku membuka tudung di khalayak ramai cuma kadangkala aurat yang tak terjaga dari pergelangan tangan, tudung yang jarang lalu menampakkan leher, tudung yang terselak lantas menampakkan bahagian dada, juga kain yg terselak yang mungkin menampakkan kaki/betis tidak kurang juga aurat suara yang mana selalu terjerit-jerit dan tinggi suara. Kadangkala, bukan berniat nak menampakkan semua itu, tapi aku lalai jua. Aku pohon aurat aku makin terjaga selepas ini. INsyaALLAH.

Apa yang penting, moga keberkatan tahun baru 1432H ini, kita semua berubah akhlak, perangai, perasaan dari keburukan kepada kebaikkan. Sememangnya kadangkala aku terlalu negatif pada sesuatu, aku pohon ALLAH Taala kurniakan hati yang bersih dan selalu ingat kepada-NYA. Aku pohon di sebalik mata aku ada terpampang kalimat NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG. Subhanallah.

1 Muharram pada hari ini aku ada MDM meeting regarding of my mistakes due to missed out to set some setting in our system. I do regret of this and thanks to very coolestt PI i ever meet after one of PTE tapi he already belah dari company ni. PTE Lulup? Oh beliau. My ex-hoesemate bersuara lunak ya.
Back to my issue. From this meeting I can see my boss support me but it doesn't mean she like my mistakes but lesson learnt for me and my team as well. We come out with risk assessment for any accident. Our daily job really will effect to our product. So kalau aku silap setting memang ada chances nak kena 'tembak' la! Takutnya.

Baiklah, awal Muharram aku sudahi dengan doa agar sepanjang tahun 1432H ini aku peroleh ketenangan jiwa nan hakiki. Aku berdoa ada cahaya gembira menanti aku pada tahun ini. InsyaALLAH.
Segala yang baik dari ALLAH SWT, segala yang buruk dari diri aku sendiri.

Assalamualaikum.

Photo credit to: flickr.rumahzakat [Flickr]

Wednesday, December 1, 2010

~ Disember 2010 aku demam ~

Assalamualaikum,

Sihat kawan-kawan? Aku demam. Nie duk soksek soksek kat hidung ini, kadang-kadang batuk tapi tak sampai nak terkencing dalam adik-adik lagi. Ouuch! Keadaan malam tadi masa aku tidur, 3 kali aku terbangun dalam di buai mimpi enak. Actually tak enak pun. Hidung aku tersumbat la. Then bangun untuk sapukan minyak kapak kat hidung dan dada. Legaa leh sambung tidoq then sejam lebeh selepas itu, aku terbangun semula. Ulangi langkah yang sama. Aku demam disebabkan antibodi aku nie lemah dan tidak kuat. Jadi aku beli EPO semalam. Perhaps, after this i'm getting better la. Untung aku beli EPO semalam, 1 bottle for mine and another one for mother with 180 tablets. Besar pula tabletsnya. Jadi terpaksa telan dengan kuantiti air yang super duperr banyak.

Malam tadi aku dapat invitaton dinner kat Victoria Station Seberang Jaya. It was my 1st timer there. I have no idea what kind of steak, bla bla to order then then waitress came to suggest to me. I can't recall the name but for me nice and aku makan tak habeh. Maybe as starter aku dah hentam habis salad. For beverages aku order hot early grey tea since aku tak sihat. Lelain sakan la order. Sedapnya kalau aku order hot chocs kan. Huhuhuhu. Oh ya? Kenapa dinner kat VS? Recieved invitation from my boss since our bigboss from Rbg came here for his business trip. Company paid so why not p saja. At least terlepas dinner aku. Hihihi.

Last nite sampai saja rumah housemate aku dah pulun habiskan semua mini pasu untuk letak potpori with the lace. Finish 1st step and then need to glue the ribbons and tagline "Terima Kasih dari keluarga pengantin". InsyaALLAH malam nie will proceed 2nd stage pula insyaALLAH. Tedious rupanya nak buat barang-barang kerja kawen ini. Tapi untuk aku dengan Cik Mas, we learn something la. Aku nie bukan orang berseni hanya tolong bagi idea dan sumbangsaran tenaga nan kecil ini. Harapnya tahun depan rumah kami ada baby. Hihihi.

Aku malas nak lunch, mak aku suruh amik ubat tapi aku tak ambil ubat pun lagi. Petang nanti la jumpa in-house doc tapi sure ubat kat clinic bawah nie macam ta*k!

Sayonara! Aku pun tak tahu aku nak buat apa since aku malas nak lunch. Mungkin energy dari makan daging malam tadi masih wujud.

Assalamualaikum all!!
Semua kena pandai jaga diri agar sihat sejahtera!