Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

~ Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu ~

Assalamualaikum,
aku sekadar nak berkongsi dengan semua juga.

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenagaalam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagimereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna birumuda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistemmetabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyairahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yangkerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Inikerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yangmesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruangdan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapatkita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanyasaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan padawaktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudahmendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dankemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warnapada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitandengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yangberkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atauterlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapimasalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakitperut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknyawaktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistemreproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang keraptertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagikalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur latu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukanoleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu inikita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luarrumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensijin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu iniamat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedangdalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilahfenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialahkeyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnyamemasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteramandan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalanotak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalamkegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidurdelta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merahjambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensikelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnyabangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggilQiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang diciptaseperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyeraptenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnyabersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.ttanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkansolat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalammenjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."

Source: Al-Muttaqin

Article Credit to: forumcari
Photo credit to: Neo Rantissi [extremely busy!]

2 comments:

cik puteri said...

yanie pegi tak kenduri isa kat beranang, ahad ni?

Yani said...

Eh salwa!!!
yani tak p la..