Nuffnang

Monday, February 14, 2011

~ Jalan-jalan cari kisah ~

Assalamualaikum,

Yeay! Hari ini aku nak balik Perlis. Harepangnya pukul 3 nak gerak pulang dari office. Semoga tiada apa-apa halangan. insyaALLAH. Aamin.

I'll be in long vacation. Caitt! Tak jauh mana pun. Still ASEAN's country dear. Bermain-main dia ASEAN dulu, then baru bermain-main di neraga maju lelain. InsyaALLAH angan-angan ada. Sama seperti angan-angan nak berkahwin dengan anak raja masa aku kecik-kecik dulu. Until now, pengawal anak raja pun tak datang mengorat aku. Huhuhu. Sabar, sabar..jodoh cuma ndak tahu bila masanya akan tiba. Kepada yang suka duk berkata-kata, sila faham na. Malas dah aku nak explain.

Trip kali ini bersama aku, Cik Lulup, Puan Aimi dan En Hafiz. Ada juga lebah dalam bunga-bunga ini. Oh aku samakan Apit dengan lebah, harepangnya Mung Aimi tak marah naa. Kami semua sudah sedia nak buat rompakan besar-besaran di 'city of motorbikes'. yeay! Berbulan kami ber3 bercakap tentangnya. Chain-mails kat office sudah ke petala ke 40 juta kali duk discuss tapi tak pernah rasa annoying to talking bout it maybe sebab masing-masing excited nak jejalan sesama. Yuehuww!

I hope we will enjoice our trip and looking fwd for our next trip together. Perhaps somewhere nearby any island.

Ohya, besok Maulidur Rasul. Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W junjungan besar yang sangat kita semua umat ISLAM sanjungi. Baginda adalah role-model yang sungguh indah akhlaknya, sungguh bijak dan sungguh terpuji segalanya tentang Baginda.

Esok pagi, insyaALLAH kita sama-sama tengok kat TV sambutan Maulidur Rasul dan ambil iktibar dan pengajaran atas apa yang telah terjadi kepada Baginda. Semoga kita semua juga akan menjadi insan terbaik seperti Baginda. InsyaALLAH.

Semoga kita semua peroleh kebaikan dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W. InsyaALLAH.

Jaga diri semua, doakan aku dan rerakan selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia ya. Assalamualaikum..

No comments: