Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

~ BONGEK ~

Hello!

Aku dah la hangin pagi nie, then aku nak terkucil pulaaa. Masuk toilet. Busuk! Sapa berak hah?? Aku nie yang tak berkenan toilet jenis atas open tue. Tak pasai-pasai aku pun terbau haruman taik hampa. **Chehh. macam la aku tak penah berak taik busuk kan. Then sama ja orang pun bau haruman taik aku**. Tapi tak penah la sebusuk tue weii. Aku lak memandai estimate taik busuk aku tue.** Hohoho. Weii. "Hang makan apa mlm tadi?" banyak ka hang makan malam,breaffast tadi? sedap kaa wei?"
Siap ada lubang lagi.
Haaaaaaa ini siap ada bumbung.
Lebeh kurang gini la toilet kat office aku.

Shit hang betoi la busuk. Jenuh aku tutup hidung masa aku pee tadi. Hohoh. Sesak napas aku wei tahan. Tolong la. Makan la avocado ka, serap la sikit bau tue. **Macam la aku makan avocado**. Tapi, Munchy makan...memang tak bebau taik dia.

Sorry all, this entry is all about taik! Shit!

Psssttt: Aku bukan ANTI mereka berak busuk, tapi aku tak tahan bau ITU!

Photo credit to: temp13rec. [Flickr]
Photo credit to: jani.na [Flickr]
Photo credit: jungmoon [Flickr]

Tuesday, March 29, 2011

~ Tukang Kebun ~

Assalamualaikum... hohohoho.

Aku pepagi datang kerja sure akan nampak tukang kebun IFK* akan tekun memotong rumput la, menyiram pokok la, touch-up pokok-pokok bunga especially ala-ala bonsai tue. Sungguh suci murni kerja mereka. Bagi aku la, depa ini la yang membuatkan semangat aku nak menapak ke atas sebab dari jauh tengok pokok-pokok bunga indah kat round-about tue. Kadang-kadang aku gagah nak cari parking atas even aku mai lambat, tapi aku gagah, gedix nak juga cari then ada pakcik tukang kebun Islam berlebai akan angkat tangan plus senyum kat aku. Aku balas angkat tangan dan senyuman. Sihat walafiat ja pakcik-pakcik tukang kebun ini. Tidak aku lupa juga, ada makcik tukang kebun yang jarang juga aku nampak time dia deco-deco taman kecil kat round-about IFK* tue. Sungguh dedikasi depa mencantikkan landscape IFK* tue.
Antara peralatan tukang kebun.

Penah juga tukang kebun letak baja taik kambing, Huissh! Harum jaa bau, especially time kalau mai dalam pukul 7.30am tue - embun-embun pagi, ada wap-wap gitu, semarak bau wehh. Then kalau pulang ke rumah dalam masa 7-8pm, memang angin petang suree akan menusuk hidung dengan baja organic itu. Huissh! Jangan nak kata apa masa tue, just feel it the aroma.

Kagum tengok pokok-pokok yang tukang kebun tanam, semua menjadi. Tak nampak pula ada pokok yang mati. Tak macam tangan buldozer aku tanam pokok. FYI, semua pokok orkid aku dah mati!!! MATI!!! MATI!!! Ohh, hampa ok. Salahkan sapa? Salahkan diri yang tak reti jaga. TAPI, TAPI, TAPI pokok betik menjadi. Hohohoo. Sempat merasa sebiji even buah dah terjatuh sendiri ke tanah. Maniss dong!
Haruslah aku berguru gena nak menjadi petani pokok dengan baik sekali. Adoiii.

Bukan senang nak jadi tukang kebun. Maunya lately hari-hari hujan, jadi rumput-runput sure sakan meninggi bak kacang panjang. Then tukang kebun la orang yang harus mencantas rumput-rumput itu. Yang pastinya aku respect la pada tukang kebun di dunia nie, even gaji mereka tidak terlalu tinggi tapi mereka sungguh tekun untuk mengindahkan landscape yang harus mereka jaga. Oleh itu kita sebagai pekerja, pelajar, harus appreciate apa yang mereka lakukan. Indah mata kita memandang tiap hari. yeay!!

Pssst: Tukang kebun wanita, rambut saya tubuh dengan tidak sihat, tukang kebun buleh potong ka?

Photo credit to: megatdotnet [Flickr]

Monday, March 21, 2011

~ Keluarga kami, kenduri dua-pupu ~

Assalamualaikum,

Ohhhhoi! Aku balik kampung last weekend. Dapat ketemu kekanda tua dan kekanda muda di rumah. Kekanda ipar tidak pulang kerana tuntutan kerja sangat tinggi and sebab kekanda ipar harus settle segala urusan pejabat sebelum berlepas ke negara yang terkenal dengan drama series nya Winter Sonata, Autumn in My Heart. Huhuhu. Oppppppppaaaaaaaa! Opppppa! Kepulangan kekanda tua adalah untuk mengambil camera and bagpack yang aku pinjam masa aku ke Saigon bulan lepas. Ada pesanan penaja. Jumaat around 8.15pm aku sampai rumah ibunda ayahanda kemudian perut lapar! Gilong aku dah la tak lunch hari tue. Then ibunda menyuruh ayahanda pergi ke pasar malam membeli durian barang 2,3 butir. Hohoo. Mahai wei durian la nie. 2 butir RM30. Tapi sungguh sedap besok paginya kami breakfast pulut lemak dengan durians. Weii! Sedappp wei! Sememangnya la nie aku akan pilih makanan yang akan memanaskan badan aku. Mungkin nak makan jamu juga. Tunggu la pencarian jamu untuk anak dara dulu ya. Haaaaaaaaaaaa.

Lepas breakfast then semua sleepy. Iya la makan puluitt. Then aku dan ibunda tak tidor kerana kami harus kemas rumah dan bersiap baju-baju untuk ke kenduri sepupu aku di Dewan Wawasan 2020 **sebenarnya rasa Dewan Wawasan saja, 2020 tak ada**. Kami ada kesesatan di mana ayah aku tak biasa dengan dewan itu. Alhamdulillah kami sampai juga. Handsome cousin aku tue, wife dia pun jelita. Congrats to both of you.

Ucapan Long Merah a.k.a ibunda aku "Semoga Iskandar dan isteri berbahagia...berbagahia, berbahagai, **actually ibunda aku tak jumpa perkataan yang dia nam sampaikan, laamaaa weiii ada dalam 20secs tunggu** haaaaa..sampai ke syurga". Kami semua legaa mak aku dapat jumpa perkataan yang di cariii. Bukan "Perkataan permana di Sinar.FM" ya.

Ucapan Long Mad a.k.a ayahanda aku " Semoga berbahagia dan menempuh alam rumah tangga"

Ucapan Kakcik a.k.a aku " Semoga berbahagia dunia akhirat, awat tutup fb?" ahahha.

Yang best nie cousin aku nie bawak wife dia tue mai kenai-kenai dengan sedara-mara lagi-lagi yang tua-tua. Baguihhhh. Lagi-lagi aku semeja dengan orang tua-tua. Hohoho. Makanan hari tue tak bopa beshhh so semua makan kuantiti sedikit dan petangnya aku beserta kekanda tua dan muda ke rumah adinda ibunda aku untuk hentar nenda aku ke rumahnya. Sayangnya kami terlambat, ayah sedara sudah ke kenduri Iskandar. Hohoh. Kami minta diri dah terus memecut ke Kangar dari Jitra. Syok p buang duit and beli barang dapur untuk ibunda terchen-ta.

Balik dari Kangar, aku kerah paksa kekanda tua,muda untuk tolong p isi minyak Gaius. Sebab sejak aku beli baru sekali aku isi minyak sendiri. So nasib baik depa mau tolong aku, tue pun duk merepek nak ajak p isi minyak di Alor Star la. Gilaaa aku dengan depa nie.

Balik rumah tunggu ibunda ayahanda pulang dari kampung sebab hantar nenda berdua side ayah ke rumah plus ayahanda aku jumpa ayah-ayah, ibu-ibu sedaranya yang datang dari Ipoh untuk ke kenduri Iskandar. Hohoh. Sungguh berbelit aku bercerita nie. Masa kat dewan, ibunda berjanji nak buat ikan bakar, kami dah tak sabar..tapi apakan daya...lama benorrr mereka bersembang sampaikan ikan jenahaq pun dah tenggelam dalam lautt. So ada ikan baru naik dari laut. Yumymmmy! Maniss weii!! sedapppppppp.

Malamnya ayah,ibu sedara ayahanda aku dari Ipoh tue kepingin nak datang rumah kami. So malam tue ibunda aku hidangkan mee hitam melegam buat mereka. Ibunda aku beli saja hahahaa. Sembang sampai 11 malam lebeh sampai cousin aku yang kecik-kecik dah ketiduran.

Besok pagi,kekanda tue dah mahu pulang ketemu isterinya so ayahanda kerja pagi itu kami bersalaman dan berpeluk cium pipi dengan ayah tanda entah bila akan ketemu lagi. Hohoho. Pagi tue aku yang menghantar kekanda tua ke stesen bus beserta ibunda dan kekanda muda. Baliknya kami singgah Pasar Tani Behor Lateh. Lepas tue balik rumah dan siap-siap lunch kemudian aku pulang ke Kulim dengan selamatnya. Tapi perjalanan aku di SP, hujan lebat yang amatttt. Takutt aku nak bawak keta. Sungguh! Kesian aku tengok orang yang bawa moto, kesian! Basah mereka.

So far, weekenderrrs aku menarik cuma aku lupa bawak camera untuk snap time wedding cousin aku tue. Tapi camera dari OP ada la.

Kawen, kawen kawen..

Have a nice day all..assalamualaikum.

Thursday, March 17, 2011

~ Selalu tak takut? ~

Assalamualaikum.....

Holla! Kadang-kadang masa nak drive sure aku akan ada satu(1) perasaan takut, neves yang mana aku akan drive. Everytime rasa takut ini akan ada. Tak tau pasai pa? Mungkin antara sebab musababnya:

1. Aku tak cekap drive lagi.
2. Bawak moto lagi simple dari bawak keta and aku tak kisah sangat kalau aku kehujanan.
3. Bawak keta takut aku tercium dengan keta/moto lain. Nauzubillah ini bukan doa aku.
4. Bawak keta susah nak selit. Maybe skill selit-nyelit aku tak reti lagi.
5. NAK u-turn Gaius! Takuttt and pesan ayah jangan pusing stereng sampai habis. Kadang2 aku terpusing sampai habis. Hadoiii.
6. Sebab ada pelanggar lampu isyarat yang cium Merlin. So aku dah ada fobia untuk u-turn espcially at that area.

Tapi bawak moto, sungguh senang bagi aku. Aku suka bawak moto sesangat. Selain jimat minyak dan aku senang, duduk ja kat tepi jalan tue sambil bawak Merlina dengan senang hati. And aku akan pastikan aku takkan halang jalan kereta kat sebelah kanan aku tue. Pengalaman kena simbah ayaq masa keta lalu pun penah kena. Aku tak salahkan keta tue sebab sometimes ada keta kat lane sebelah sana. So he has no choice to splash the water. Huhuhu. Sungguh!! Aku suka bawak moto! Bawak keta memang menakutkan and lagi-lagi bawak Gaius. Huhuhu. I wish to have a smaller Gaius. Huhuhu.

Aku takut bawak keta sampai last 2 nights aku mimpi ada orang langgar aku dari kiri, kanan and belakang. Masa tue color kereta aku bukan color Gaius and that car is Honda Civic. Sampaikan ada Cik Kiah kata, jangan beli Honda Civic. Hohoho. Aku tak ada nak beli keta lain lagi rasanya. Cukup2 la hutang aku yang keliling pinggang dan kaki nie.

Aku kena belajar bawa keta dengan berhemah dan cekap. hopefully lama-kelamaan aku akan menjadi driver yang cekap. InsyaALLAH. Mak ayah aku selalu pesan, selalu jalan atas lane kita, elok-elok masa memotong and kalau tak confident, jangan sesekali potong. Aku berani potong kereta lain masa kat highway saja. Huhhuhu.

Apa-apapun aku kena tambah supplement especially vit-c. Kesihatan jangan di abaikan.
Happy working all...boring aku nak masuk meeting satgi. Nak Fast and Lean pulak!! huisshh..

Tuesday, March 15, 2011

~ Mulalah bekerja ~

Assalamualaikum,

Hohoho. 14Mac kena lah datang ke office untuk kerja. Malas juga tapi tak la semalas sangat since dah lama aku rest kat rumah. Alhamdulillah getting better and aku rasa aku kena add-on some supplement la such as Ion and omega-3 as well. Aku nak try cari yang Safwa Sihat lagi Suci la. Kehalalan tidak aku ragui lagi. Blackmores mahal sikit la. Huhuhu.

Pepagi Isnin datang office, jenuh juga aku nak baca email. Related to work dalam 55& the rest in chain-mails geng-geng kat office. Huhuhu. 2weeks left office there's so many thing happen and thanks to my housemate to update it. Seronok kami duk bercerita itu-ini. Tidak dilupakan Indian guy yang masuk dalam ramcangan ASTANA bersama Kak Nita kita on 13Mac2011. Kami siap cari sapakah dia? And sama-sama duk pikir gena dengan business gitu leh beli Ferrari, Mercedes bagai. Memang kuat this guy keja tanpa pinjam duit dari sesapa. Betoi ka?? Huhuhu. Mungkin tokwan dia tinggalkan ber-ekar2 tanah, puluhan ribu ekor lembu dan sebagainya. Huhuhu.

My boss said that my colleagues miss me so much! Yes boss! I know it there's a lot req under my technology and thankful to my team for backup me during my absent for 9working days. Huhuhu. Few thing nak kena follow up yang buat aku rasa boring. To get the feedback from module memang buat aku nak muntah.

ermm. Pening sat!

Nite.

Thursday, March 10, 2011

~ Alhamdulillah another good news ~

Assalamualaikum,

Holla Bella's, Bello's,

Today ada follow up with doc and I'm driving with parents, adik and Tok to KPJ. Around 10.40am reach KPJ and waiting for my turn. Kebetulan jumpa makcik sebelah bed aku. While waiting my turn, ada la sembang-sembang dengan makcik tue. Mak aku yang lebeh ramah tanya itu ini. Aku duk baca paper saja.

I'm getting better now. Doc Anuar said -ve for TIBI, alhamdulillah. There's no "heeeet" sound bila aku breath in/out. Another follow up is on 7th April pula. Time tue akan x-ray sekali lagi nak tengok ada tak any small liquid area lung aku. Doakan tak ada lagi. Ada additional med tadi and aku kena habihkan. No more antibiotic and batuk pun dah makin kurang. Alhamdulillah.

Now aku online kat Penang. Another pestimerrr. I'm drivin here! Huhuuh. Ayah aku kat sebelah tapi tadi ada adegan nyaris nak suruh lori pendek cium tepi Gaius. Alhamdulillah sempat slow. Ayah dah pesan suruh slow-slow. Aku ingat sempat. Alhamdulillah sempat. Yeay!!!

Now kenyang dah and nak masuk kali be bopa dah nak makan. Tadi doc timbang berat aku.Weiss! Naik sekiloss. Seminggu aku duk rumah makan sakan. Name it nak makan apa, sure mak aku akan setlekan. HuUHHU. Berat aku 53.6kg dah. Weii gemok lemak la. Gena nak kena kuruskan lepas nie pula.

Doc pesan lagi juga tadi, aku tak leh duk dalam sejuk-sejuk sebab baru lega. Nak suruh Botman slowkan temp aircond kat cubic aku. La nie aku rasa dah kurang sakit dada and tak ada serangan diam2 kat dada aku lagi. Alhamdulillah.
Aku sempat tambah 2.5bottles. Sakit.Needs to finish my drugs. Hohoho

Trip to Sin, 50-50 dahh...

Tapi tengok la macam mana, bulan depan follow up tengok apa kata doc lagi.

Minggu depan dah nak keja. Malas dah rasa. Duk rumah syokkkk!

Thanks for those yg concerns on me. Ada yang call, ada yg sms. Thanks for the doa abnd thought. Tak lupa ada yang call untuk diupdate kepada rerakan lain. Ini part aku tak tahan nak gelak which is my cute housemate. Hohoho. Thanks Masturah! For MDM's team trimas, extra workload nooo. Aku tak tahu status pokok-pokok orkid aku. Last Friday tengok semnua layuuuu. Mungkin depa pun layu macam aku juga. Hohoho.

To all, take care! badan kita 1 saja, jaga semua part badan dengan baik. Assalamualaikum.

Photo credit to: deathtiny42
Photo credit to: epSos.de

Friday, March 4, 2011

~ Alhamdulillah discharge ~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku dah discharge petang kelmarin. Around 2.30pm Doc Anwar came over to me and asking bout my condition. My condition: No fever since 2days, batuk sikit and no flu. Alhamdulillah. Doc orders to drip antibiotic and med for paru-paru and 2 and half bottle of water (is it DI water?). Sungguh sakit masa drip and I always keep on asking nurse to do it slowly. There's a new hire nurse and experience nurse. It's ok for me. So that they can learn and expose how to handle patients.

My experience being admitted in wad. So far ok ja aku rasa. No creepy creepy since sebelah wad aku wad kanak-kanak. And my wad-mates pun orang tua-tua. 2 Indians and another makcik Melayu. 2nights over. Every 4hrs nurse will came over suruh makan ubat and to inhale ubat guna inhaler. I'm not sure apa med people called it tapi aku buat tue untuk bagi saluran pernafasan aku lancar. Morning and petang around 3pm ada physiotherapy session which is they will tepuk-tepuk my belakang untuk bagi kahak cair. The problem now is, kali nie aku batuk kurang kahak and sungguh sedap badan masa kena tepuk-tepuk and they really friendly. Sampai aku hampir ketiduran.

Lastday dalam wad, sungguh seronok once doc inform aku boleh keluar wad and cepat-cepat aku kemas barang yang tak banyak mana pun. Luckily I do bring my laptop, thus can online on-the-bed. Hihihi. Settle those bill with billing people and they charged for RM2455.00. Company insurance Great Eastern paid it. Now still waiting the result for TIBI since aku duk batuk-batuk and -ve for H1N1 test. My lung ada sikit liquid and doc provide 1months medicine and as per doc it's recovering now and alhamdulillah aku datang cepat. Alhamdulillah.

Doc advice:
1. Avoid go to crowded area.
2. Mandi air suam.
3. Finish the medicine.
4. Datang follow-up next week.

Doakan aku cepat sihat ya. Take a good care to all of you.
Assalamualaikum..

Wednesday, March 2, 2011

~ Bersyukurlah ~

Assalamualaikum..



Tazkirah yang sunguh memberi makna mendalam. Moh kita tengok dalam diri kita, apa yang kita inginkan dalam hidup kita? Apa yang kita perlu dalam hidup kita..bersyukurlah. Aku juga lalai, kadangkala aku juga minta lebeh-lebeh yang mana ada yang ALLAH Taala izinkan, adalakalanya tidak di izinkan-NYA. Ada sebab atas segalanya. Sebagai hamba-NYA, kita redha dan bersyukur atas segala ketentuan-NYA.

Tuesday, March 1, 2011

~ So many first time ~

Assalamualaikum,

It was many first time happen to me. Such as:

1. 1st timer naik flight.
2. 1st timer accident which is it wasn't my fault.
3. 1st timer drive to Perda alone.
4. 1st timer meet specialist since aku deman and sakit.
5. 1st timer warded and luckily my parents and youngest brother with me.
5. 1st time drip antibody and 3times try fail coz susah nak cari urat sampaikan needs neeps from doctor kanak-kanak to drip me. Alhamdulillah berjaya!
6. 1st timer aku tidor di katil pesakit as a patient.

Now I'm in hospital and kids crying. Kesian.

Need to rest now. Do pray nothing happen to me. InsyaALLAH.