Nuffnang

Thursday, November 3, 2011

~ Tips hilangkan batuk ~

Assalamualaikum semua...

Hoyeay!! Keadaan masih membatuk dengan penuh semangat dah tone sungguh tinggi se-office level 3 OPC pun boleh dengar dengan clear...Meh cheq nak share dengan hampa semua tips untuk kurangkan batuk naa setelah berbotol ubat batuk pun tak berkesan. Duk batuk kroh kroh krohh..sakit dada cheq nyah!!

Antara tips yang aku dapat dari ibunda aku terchenta (#1-#4) ialahhh..

1. Setengah sudu teh madu + limau kasturi 2 biji + air masak suam = 1 cawan teh.
2. Perahan limau 2 biji + garam hujung sudu teh + kicap = letak atas sudu and terus minum macam minum ubat batuk.
3. Minum air asam jawa.
4. Strepsils - The sore throat experts
5. Ribena Pastilles

Ini antara benda yang aku buat dalam cobaan untuk hilangkan batuk. So far yang #1 berkesan dan yang #2 perit tekak and tak sedap makan kicap macam tue saja. Aku suka yang #1! Lagi best sebab mak aku yang buatkan. Hohohohooo..

So far batuk aku makin baik. Alhamdulillah. Aku takmau tidoq dalam bilik aircond and akan mandi air panas pepagi and after office. Sebelum tidoq aku akan sapukan minyak panas and pengamatan aku, kalau aku sapu minyak cap Kapak, batuk aku makin menjadi so aku akan sapukan minyak panas yang orang kampung jual tue. Alhamdulillah dengan izin-NYA, makin berkurang...

Until now, aku still minum honey + lime + air masak...boleh amalkan sebab sedapp jaa minum nie. Aku nak cari alat untuk perah limau kecik, ada jual tak ehh...kalau yang lemon tue ada jual kan..errm..nak cari laa..

PENTING!! PENTING!! PENTING!!!
Bila anda batuk, tolong tutup mulut anda! Part nie mak aku expert, suka batuk tak tutup mulut.. Hohohohooo..aku akan sedaya mungkin tutup mulut bila batuk.

Ada sekali tue, ada strepsils dalam mulut aku, then aku terbatuk..tercabut/terkeluar stripsil merah dari mulut aku, time tue aku kat Queensbay. Hahaha..depan makcik guard lak tue..Maafkan sy, sy tak sengaja. Hihihihi..

Have a nice day semua...assalamualaikum...

No comments: