Nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

~ Tukang Kebun ~

Assalamualaikum... hohohoho.

Aku pepagi datang kerja sure akan nampak tukang kebun IFK* akan tekun memotong rumput la, menyiram pokok la, touch-up pokok-pokok bunga especially ala-ala bonsai tue. Sungguh suci murni kerja mereka. Bagi aku la, depa ini la yang membuatkan semangat aku nak menapak ke atas sebab dari jauh tengok pokok-pokok bunga indah kat round-about tue. Kadang-kadang aku gagah nak cari parking atas even aku mai lambat, tapi aku gagah, gedix nak juga cari then ada pakcik tukang kebun Islam berlebai akan angkat tangan plus senyum kat aku. Aku balas angkat tangan dan senyuman. Sihat walafiat ja pakcik-pakcik tukang kebun ini. Tidak aku lupa juga, ada makcik tukang kebun yang jarang juga aku nampak time dia deco-deco taman kecil kat round-about IFK* tue. Sungguh dedikasi depa mencantikkan landscape IFK* tue.
Antara peralatan tukang kebun.

Penah juga tukang kebun letak baja taik kambing, Huissh! Harum jaa bau, especially time kalau mai dalam pukul 7.30am tue - embun-embun pagi, ada wap-wap gitu, semarak bau wehh. Then kalau pulang ke rumah dalam masa 7-8pm, memang angin petang suree akan menusuk hidung dengan baja organic itu. Huissh! Jangan nak kata apa masa tue, just feel it the aroma.

Kagum tengok pokok-pokok yang tukang kebun tanam, semua menjadi. Tak nampak pula ada pokok yang mati. Tak macam tangan buldozer aku tanam pokok. FYI, semua pokok orkid aku dah mati!!! MATI!!! MATI!!! Ohh, hampa ok. Salahkan sapa? Salahkan diri yang tak reti jaga. TAPI, TAPI, TAPI pokok betik menjadi. Hohohoo. Sempat merasa sebiji even buah dah terjatuh sendiri ke tanah. Maniss dong!
Haruslah aku berguru gena nak menjadi petani pokok dengan baik sekali. Adoiii.

Bukan senang nak jadi tukang kebun. Maunya lately hari-hari hujan, jadi rumput-runput sure sakan meninggi bak kacang panjang. Then tukang kebun la orang yang harus mencantas rumput-rumput itu. Yang pastinya aku respect la pada tukang kebun di dunia nie, even gaji mereka tidak terlalu tinggi tapi mereka sungguh tekun untuk mengindahkan landscape yang harus mereka jaga. Oleh itu kita sebagai pekerja, pelajar, harus appreciate apa yang mereka lakukan. Indah mata kita memandang tiap hari. yeay!!

Pssst: Tukang kebun wanita, rambut saya tubuh dengan tidak sihat, tukang kebun buleh potong ka?

Photo credit to: megatdotnet [Flickr]

1 comment:

twinscraftlife said...

Hi! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com/