Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

~ Dah setengah tahun ~

Assalamualaikum...

Masa meninggalkan kita. Cepat sungguh masa berlalu kan..setiap saat jangan berharap lagi boleh diundur lagi. Kadang-kadang aku duk malasan atas katil, then aku duk pikiaq tak leh dah nak undur lagi masa 1 saat yang baru ja taksat lepas. So silap aku sebab aku tak hargai tiap saat tue semua. Hohohoho. Tak terasa nooo.

Pagi tadi dalam kereta aku mai dengan housemate aku. Bercerita kisah usia dunia. Dari kisah Israj Mikraj Rasulullah dan Malaikat Jibrail dan Malaikat Israfil.
"13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat."
So usia dunia sekarang macam mana? Dah nazak agaknya kan. Kisah selanjutnya sila baca kat SINI

Jadinya, kita kena hargai tiap masa yang kita ada. Penuhkan dengan banyak amalan-amalam baik untuk di bawa ke akhirat kelak. Tapi untuk diri aku, banyak benda buruk juga aku buat. Syak wasangka, iri hati, kejam oh ya semua tue aku tak mau, tapi kadang2 terjadi juga. Huuuuuu..

La nie semut banyak dalam toilet aku. Adakah sebab aku ada diabetes? Oh noooooo! Aku penah terbaca, kalau dalam toilet ada semut, seems that kita nie potential ada diabetes. So untuk kurangkan membunuh, aku cuba selamatkan semut-semut itu dah parking depa kat dinding. Tak ke 1 keja pula aku nak buat. Haddddooi!

Semoga kita semua berubah kearah kebaikkan. InsyaALLAH..

Friday, June 24, 2011

~ Agenda hujung minggu ini ~

Assalamualaikum....Salam Jumaat ya'll!

Minggu nie last week for Fly FM Pagi Show with Fabes and Ben. Surely, next week will not be the same. And today it's 800 morning show for them and it's goodbye show by this two funny, cool guys. Hohoho..I'm wondering who gonna replace them??? Whooo???

Fly FM Pagi Show crew

Ben cried this morning for his last speech, errm..sunguh sedih but then Fabes buat lawak, see until their time call pun still buat lawak. Anyway, all the best guys.. for me, this trio is the best combination pagi show so far...Don't worry Nadia, I will stay with you... to listen your kepoh pagi-pagi :)

Oh ya! Talking bout tomorrow agenda..Hoyeay! MAYBE I will join my friend for photo shoot session. This is Jr Sifu - 2 young man, with 2 beautiful lady. Perhaps, I can make it. InsyaALLAH. Location: Pantai Bersih, Penang. Haven't been there yet..

And on Sunday, another Sony Photo challenge at Bukit Hijau. This time to snap waterfall pula. Haish! Gena wei? Practice pun idak, then gena nak pandai. Sebab tue la on Saturday plan nak follow Jr Sifu, maybe they can teach me something related to water. Hohoho.

Malam nie, final Maharaja Lawak. Sapa nak menang? Kak Jemah?? Oh sukanya kalau Kak Jemah menang, sepah pun not bad tapi rating sokmo berpihak ke Jozan. How bout Jambu and Nabil. Nabil pun not bad sebab dia sorang-sorang duk buat lawak, while the rest duo, bertiga. Jambu kena lawak lebih matang, memang lawak jugak cuma kena ada isi sikit dalam lawak mereka. All the best to all finalist. Sapa menang penting sebab menang daapt $$$$$$. Ahaha..

Have a greeeeaattt weekenderss all. Kepada yang nak berkenduri kahwen, semoga majlis dipermudahkan-NYA. InsyaALLAH...

oH! Aku nak kena p isi minyak keta. Dah blink-blink pun tadi.
Assalamualaikum, tc ya.

Photo credit to: here

Wednesday, June 22, 2011

~ Corat-coret Zai's wedding ~

Assalamualaikum pembuka bicara,

Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.

Pantun di atas di ingat untuk tatapan entry khas buat Wedding Zai.

Alhamdulillah! Taniah Puan Zai dan Tuan Zam dengan izin-NYA, majlis berjalan dengan lancar sekali. Hujan rahmat melimpahi bumi Kampung Tok Pulau. Untuk Yani dan Mas, perjuangan bermula lebih awal dari hari tue sebab kami berempas-pulas untuk menyiapkan doorgift special untuk majlis hari tue yakni akad nikah on 17June 2011 dan majlis on 18June 2011. Selaku kawan-kawan a.k.a bidadari terindah, kami sanggup bercuti pada 17hb demi menyelamatkan apa yang perlu. Alhamdulillah perjalanan aku dari Kulim seawal 9.40, heading to Jin's Florist. Amik fresh flower dan menderruu ke Tol Sg Dua. Tak sempat breakfast terus laju ketemui Puan Aimi dan Cik Lulup yang sudah ketaq lutut nak siapkan flower for akad nikah malam nanti. Reach Kg Tok Pulau around 12.30pm dan sampai ja terus iron cadar dan terus pasang. Then terus menderu balik ke rumah aku di Simpang Empat untuk lunch. Hari Jumaat, kami makan terlebeh dahulu sebab nak tunggu ayah dan Fuad habih solat Jumaat lambat pula nanti. Mum pun dah suruh makan, aku yang memang dalam kelaparan, takmo tunggu lagi.. terus makan dengan gembiranya! Yay!! mak masak sedap!!

Lantas pukul 3pm kami menuju rumah Zai. Fresh flower harus di setlekan. Cepat! Cepat! Cepat! Gigih kami susun2 bunga, lekat-lekat kat dinding bilik perantin supaya segalanya indan mata memandang. Alhamdulillah usaha semua orang berjayas! yeay!! Petang keta aku kena block! So mintak Aimi hantar aku dengan Lulup ke rumah aku untuk kami bersiap-in untuk malam nanti. Around 8.15pm Aimi sampai dan kami terus ke rumah Zai! Cantiknyaa!! sungguh cantik the deco dan the pelamin. HOHOHOH..
Come, jamu mata dengan gambornya yaa...

Last minutes decide to deco 3 lanterns kat centerpiece itu. **it is we called it centerpeace?

Perantin yang sungguh cantik..dress dan make-up!

Majlis..
Sedaya mungkin kami bangun awal untuk bersiapan ke majlis. Masturah iron baju awal, di ikuti Lulup dan kemudian aku menyusul. Dalam kekalutan pagi, aku dengan Lulup ke post office amik parcel dari Unaisah yang dekat ja post off tue dengan rumah aku, Dekat cheh cheh saja. Ambil ja parcel tue, rasa macam lanun pun ada juga. Semuanya sungguh cepat dan pantas! Balik rumah siapkan diri dan nak gerak ke rumah Zai tapi tapi tunggu Aimi sampai dan sesama ke rumah Zai.

Kami dah sampai!
Tengok siap reserve parking untuk IFKM'yee lagi.

Sampai bukan duduk saja hoccay!! Terus pegang pedang dan keris untuk berjuang!! Pantas! Ambil bunga dalam rumah dan terus siang beramai-ramai! Deco meja santapan beradan raja sehari menggunakan fresh flower, then untuk table booth kat luar pun sana untuk guess beri ucapan untuk raja sehari ini. Kami berusaha sedaya mungkin while waiting Zai habis make-up kami pulun habis. Weii!!! LAWOOOOOOOnya Zai~~~ Tapi tak banyak gambar aku snap sebab semua sibuk jadi runners of the day. Tapi ada la few yang sempat aku snap. Tengok naa..

The brides with the bridesmaid cun!

Aksi kumpulan Marhaban Tok Pulau yang nampak gayanya sungguh sengal!

IMMO's girls with the Brides

From left, Cik Lulup, Cik Fazlina, Cik Masleena dan Cik Yani

Yay! Gambar dengan Zai!

Inilah yang kami(Cik Mas & Cik Yani) usakan tiap memalam.

Deco meja santapan perantin

Meja santapan raja sehari

I love this cake so much! It's so nicee cake. Not too much, simple and nice!

Tidak saja orang dewasa, kanak-kanak pun turun gembira..tapi apakah tersirat dari air mata Muhammad di bawah ini?
Shah dan Muhammad. Baru lepas nangis akibat Cik Mas agah dia.. Hihihi. Agah manja-manja gitu..

Izz An-Nisa' sungguh cute!

Hari nak ke petang..
Kami sapu habih apa saja hidangan di meja perantin. Semua muka gembira..

Nice!


Sibuk-sibuk menjelang majlis hampir tamat..

Bersama perantin untuk outdoor mereka.
Masa outdoor ini pun ada kisah lucu, gembira dan sedey. Kisah tak sengaja kayu terjatuh pun ada, kisah nyaris jatuh sebab ada lumpur licin dek high-heel yang di pakai oleh pemakai, kisah sedey yang mungkin sebagai permulaan hidup baru... huhuhu. Tengok gambar bawah okaaay! Gambar gembira sebab selepas settle semua ini baru dapat khabaran..
Kami reramai ikut outdoor Zai & Zam. Tapi kami pun ada outdoor sendiri. Huaaghh!

Sarange Marhanis tak habeh-habeh. Masa nie aku dengan Masturah di atas titi untuk nelayan menuju ke boat memasing. While Zai & Zam ada di belakang kami with their OP.

Gadis 3. Cik Lulup, Cik Hanis Safwan dan Cik Marhanis

Model pilihan. Di kepala bunga, di tangan bunga, di hati siapakan bunga hati beliau?

Trying to focus on Masturah's shoe but tak jadi.

I love BW~

Taniah Zai & Zam, semoga hampa dua orang berbahagia dunia akhirat, di murahkan rezeki dari-NYA, dikurniakan zuriat yang sihat sejahtera, comel dan bijak-bijak. Yani tumpang gembira dengan majlis yang sungguh indah ini. Yeay!!

Wednesday, June 15, 2011

~ Kasut omak den ~

Assalamualaikum..guten morgen!!

Aku doakan semuanya dalam sihat sejahtera ya. Bukan nak cerita pasal Cinderella dengan kasutnya, tapi kasut omak den. I suka benar dengan kasut omak den. Kasut omak den pastinya selembut softlan oh tidak! Kasut omak den memang selesa bila memakainya. Omak den very particular related to her shoes. She doesn't need all those mahal-mahal kasut tapi hanya cukup memadai dengan Crocodiles-shoe, Hush-Puppies and why not for Bata comfort and Marie Claire pun buleh. Kasut omak den lagi banyak dari kasut aku..sesungguhnya omak den pastinya akan mencari kasut baru kalau beliau untuk kemana-mana. Oh! Sungguh seronok membeli dan pastinya sungguh selesa di sarung di kaki kembang aku ini. Oh yueyy!! Akulah makhluk tuhan paling seksi inilah yang kaki rembat kasut omak den tapi tak banyak aku pinjam, dua saja. Pinjam tanpa pemulangan kembali sebab dah jatuh hati dengan kasut omak den itu.

Dulu aku suka beli Nose and Vincci but then aku dah tak beli sebab mahal **ececece.. dan aku tak suka bunyi tapaknya. Aku tak suka orang tahu bunyi kasut adalah bunyi aku.. Aku suka tima aku jalan diam-diam ja dengan kata lain i hate any noisy sound while I'm stepping. Hohoho. Dannn dann dan..aku akan setia pada satu kasut dalam satu masa tapi omak den lebeh dari 3 kasut beliau dalhttp://www.blogger.com/img/blank.gifam satu masa. Tiap kali ke kenduri, aku lah paling selekeh, pakai baju kurung with Crocs dan jalan dengan samsengnya di sebelah omak den. While omak den jalan dengan penuh lemak lembut sambil menyapa mereka yang mengenali beliau dan aku hanya membalas senyuman panas. Selalunya tak bawak payung, so panaihh benor!!

Kasut idaman aku? Ermmm! My dream shoe was designed by our local designer Datuk Jimmy Choo! Perhaps ada la kasut ini masa aku kahwen nanti..Aamin..Grant

Okaylah! Moh bekerja dengan niat penuh untuk mencari rezeki. Can't wait for this Friday and oh ya misi kami tiap malam bakal berakhir...Alhamdulillah..hope empunya bunga will puas hati dengan hasil ketekunan kami tiap malam berusaha untuk menyiapkannya. Success! Success!!!!!!

Happy working all...Assalamualaikum..

Photo credit to: Jimmy Choo website

Friday, June 10, 2011

~ Ada peningkatan ~

Assalamualaikum...

Hello Bella, Bello,

Tengah bermimpikah anda semua? Iya. Aku still duk menjadi burung hantu namum aku tidak keseorangan together0gether bersama housemate untuk menyiapkan tugas yang telah di amanahkan kepada kami. Alhamdulillah hari ini kami bermula dengan dua kemudian menjadi 3 sejenak. Hasil yang kami dapat pada malam ini sungguh tinggi. Menyamai kuantiti yang terhasil pada malam tadi. Yeayy!!

Bila tengok banyak-banyak, memang nampak cantik untuk di hadiahkan pada jemputan. Memang berbaloi-baloi laa. Rasa seronok tengok ianya mekar indah di atas platform yang ala kadar kami sediakan. Di harap empunya diri pasti akan gembira dengan hasil yang kami usahakan ini. InsyaALLAH.

Gosh!! mata aku dah mengantuk dan kepala sudah rasa pusing-pusing. Sebenarnya kami bukak kedai around 11.30pm dan baru saja kami tutup kedai untuk malam ini selewat jam 2.30am. Besok pagi adakah mampu kami bangun dengan penuh semangat? Sememangnya tiap pagi bangun tidur adalah tidak semangat, rasa hanya ingin duduk di rumah saja sepanjang hari. Tapi during weekend hilang pula tabiat tidak sihat nie.

Ouchhh!! Terasa indahnya menanti hari gembira bukan? Dari kami, di doakan majlis empunya bunga akan berlangsung dengan mariah sekali, berlangsung dengan apa yang empunya bunga inginkan dan segalanya berlalu sepertimana empunya bungan inginkan. Kami pastinya akan reramai memeriahkan majlis empunya bunga. InsyaALLAH.. persiapan untuk diri memasing di mana telah tertempah busana meriah untuk majlis empunya bunga. YEAYY!! Can't wait for that big day..

Oklah! Rasa makin pusing-pusing. Ingin turun ke bawah untuk tengok ulangan Maharaja Lawak sebentar...Selamat malam semua...tidurlahh...

Assalamualaikum....tomorrow is Friday..yay!!!

Sunday, June 5, 2011

~ Tujuan aku hadir ke kenduri ~

Assalamualaikum...nite already..

Aku dalam mood nak download drama Nora Elena, so aku stay sajalah since internet speed kat rumah Perlis lajuu. Hohoho. Aku suka tengok drama nie, but lately sokmo duk missed tengok sebab balik keja lambat benooor. Hate it!

Back to the story.
Contoh: Ini rombongan perantin.

Tadi aku ke kenduri one of my primary classmate kat SKSE. Since a few friends cannot make it only Suria, Kah Pah, Fizal, Baby Hannah and me dari 4-6Berjaya! Iya...dulu nama class kami Berjaya! pasti berjaya di akademi fantasia. Cehh. Eecececee..semangat nak makan kenduri kawan-kawan kampung kan. Then kami decide nak gerak pukul 2pm. But then Kak Pah kena tunggu mak dia pula. Tapi tak apa, masa tue around 1.20pm while Suria and Fizal dah otw ke rumah Aidil. So kami budget, tak apa lah, satgi sepat lagi nak amik gambar sama-sama pengantin. Time tue sure Aidil dah sampai. You know what? Kami sampai pukul 2, perantin tak sampai lagi. OK fine, 2.30pm kot. Tunggu sat. Then Baby Hannah dah mula nak meragam and Suria have to excuse themselves. But before that kami dah bergambar berempat without the perantin. Then aku and Kak Pah cakap, oklah kita tunggu la sekejap dah alang-alang menunggu. Tengok jam pukul 3pm. While waiting for the perantin, kami masuk lawat tengok bilik perantin and the pelamin. Then kami mencari ruang menunggu perantin. Kerusi penuh since ada orang nak makan, so nak tak nak kami duduk tempat makan vvip. Lantaklah. Then now dah 3.15pm perantin still tak wujud. Kompang pun tiada bunyinya. Huhu. Enough! Kami kena balik sebab Kak Pah ada kenduri lain pun. Tengokk! Pukul 3.15pm perantin tak wujud lagi. Haiishh. "Awat lambat lagu tue?", "Nie kalau duk mekngot macam nie, memang jenuh la duk tunggu", As per Aidil's mum, rombongan stay kat Kangar which is only 20mins to reach Simpang Empat dan rombongan adalah sebijik bus dan 5 buah kereta. Jadi haruslah segalanya lambat kan. Aku nak tunggu hang, hang nak tunggu aku. Hooihhh. Penattt kami jemputan nunggu nak tatap wajah perantin tau. Sebagai bukti aku hadir, aku just amik gambar banner perantin saja lah.

Tujuan datang ke kenduri:
1. Penuhi jemputan tuan/puan rumah dengan tidak langsung akan menggembirakan tuan rumah.
2. Nak tengok perantin.
3. Nak tengok baju perantin, color apa, design gena, kasut tinggi mana.
4. Nak jumpa rerakan seperjuangan yang turut hadir di walimah tersebut.
5. Nak tengok bilik perantin, pelamin perantin, hantaran perantin.
6. Nak bergambar dengan reramai seperjuangan with perantins.
7. Nak tengok apa doorgift yang diberikan oleh tuan/puan rumah.
8. Nak seronok-seronokkkk.. gelak kuuu-kittt, kuukk-kitttt.
9. Nak berbincang if there's any hot, new topics. Always akan ada. Hahaha.
10. Ikhlas datang..

Lantaklah tujuan aku tue macam mana pun, for sure u'oll attend wedding pun akan ada tujuan seperti mana yang aku listdown di atas bukan? Kalau tak semua betul, but a few ada juga kan. Hihihihi..

Penattt tau nak nunggu di bawah khemah nan bawah mentari jam 2pm which is aku tak kisah sangat. AKu nak tengok perantinnn! Please jangan mai lambat-lambat naa bakal perantin semua.

Sehala, selaluan, serasa, seeerr serr serrrr...sertoppp.

Baiklah semua. Almost reach 1pm. Mata segarrrrrr. Nenite all...
Wassalam...

Saturday, June 4, 2011

~ Banyak kenduri noo ~

Assalamualaikum,

Heyya!! Banyak sungguh kenduri nak kena attend nooo. Tak kurang juga kawan-kawan sekolah aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah tak kurang juga kawan zaman univ. Ya aku nak seronok la nie. Aku bersama-sama housemate sedang enak pulun membantu kawan kami yang nak kawen 3rd week of June. Berbekalkan pengalaman kami sama-sama seia mengerjakan goor gift housemate last Dec10, and the pressure was there and last nite aku termimpi door gift yang kami buat tue memang blink-blink gitu. Nie sure akibat fews day back aku ada cakap dengan housemate nak letak something macam perada to that gift. Hahaha. It was awesome exp whereby we both enjoying do it. Yeayy!
Of course kami tak buat macam ini.
And today will attend on of our primary school friend's wedding, Aidil. Congrats Aidil and Laili. Hope you two have a happy marriage and loving each other everyday. InsyaALLAH.

Alhamdulillah, Tokwan aku dah selamat admit after minor operation to insert lens dalam mata. And now he can see everything clearly. Alhamdulillah and also now can see whose calling from his hand-phone's screen. 2 night in the ward, 1 night night over in my house and today they decide to going back to their home. Hope he will get well soon and his eyes will ok. InsyaALLAH.

And also it was good news to my parents since by youngest brother dapat tukar ke Politeknik Kulim. Hohoho. Nearby with me and just now mum asking me whethttp://www.blogger.com/img/blank.gifher to buy him a laptop, what brand, the price? Then I replied "No laptop yet! guna apa yang ada!". EwAAHH! Aku dulu mana ada kesenangan sebegitu. Sabarr Fuad!!

Preparation in progress untuk Fuad ke Poli. Memang pulun mak aku, siap dah beli bantal bagai last May walhal budak tue nak ke poli next month. Then siap nak upar seluar, tak nak beli. Nak sedap pakaai katanya..Ini kata-kata ibunda kami ya. Hohoho. Memang sakan la budak Fuad nie. Hohoh. Lucky him!

Baiklah all...happy weekenderrrss... Drive safely ya since banyak kereta di jalanan..almaklumlah school break=lotss of kenduri.

Assalamualaikum...

Photo credit to: adinangcs [Flickr]

Wednesday, June 1, 2011

~ Tutup tak? or tak tutup?? ~

Assalamualaikum,

Sudah menjadi trend aku la ni dengan memakai inner untuk baju yang bertangan pendek. Ada certain inner merupaka tshirt dan longgar bagi aku. Cuma pemakaian cara ini akan menyebabkan aku bertaaammmbah besar yang mana aku sedia gemoks. Dan aku ada menjumpai satu inner lengan yang pada mulanya aku membeli free size but still for me nampak bentuk tangan aku. Ohhoi! Kemudian aku order 1 lagi inner size plus dan still aku nampak lebeh kurang. Aku bukan nak promote product ini ka apa. Tapi aku dah beli pun tapi aku x pasti ianya memang akan nampak sangat tak bentuk tangan aku ini.

Aku terpikir sebenarnya aku nie nak tutup aurat or nak balut aurat? Huhuhu. Nak kena cuci hati lagi nie. Iman tak tinggi lagi aku nie. Haish! Baju jarang, tudung jarang. Bila nak insaf.. Tolong la YA ALLAH bukak pintu hati aku untuk tutup aurat dengan sebaiknya.

Dan untuk kita semua, aurat untuk di tutup bukan untuk di balut. Maafkan aku kalau aku tersilap cakap.

Assalamualaikum..