Nuffnang

Wednesday, June 22, 2011

~ Corat-coret Zai's wedding ~

Assalamualaikum pembuka bicara,

Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.

Pantun di atas di ingat untuk tatapan entry khas buat Wedding Zai.

Alhamdulillah! Taniah Puan Zai dan Tuan Zam dengan izin-NYA, majlis berjalan dengan lancar sekali. Hujan rahmat melimpahi bumi Kampung Tok Pulau. Untuk Yani dan Mas, perjuangan bermula lebih awal dari hari tue sebab kami berempas-pulas untuk menyiapkan doorgift special untuk majlis hari tue yakni akad nikah on 17June 2011 dan majlis on 18June 2011. Selaku kawan-kawan a.k.a bidadari terindah, kami sanggup bercuti pada 17hb demi menyelamatkan apa yang perlu. Alhamdulillah perjalanan aku dari Kulim seawal 9.40, heading to Jin's Florist. Amik fresh flower dan menderruu ke Tol Sg Dua. Tak sempat breakfast terus laju ketemui Puan Aimi dan Cik Lulup yang sudah ketaq lutut nak siapkan flower for akad nikah malam nanti. Reach Kg Tok Pulau around 12.30pm dan sampai ja terus iron cadar dan terus pasang. Then terus menderu balik ke rumah aku di Simpang Empat untuk lunch. Hari Jumaat, kami makan terlebeh dahulu sebab nak tunggu ayah dan Fuad habih solat Jumaat lambat pula nanti. Mum pun dah suruh makan, aku yang memang dalam kelaparan, takmo tunggu lagi.. terus makan dengan gembiranya! Yay!! mak masak sedap!!

Lantas pukul 3pm kami menuju rumah Zai. Fresh flower harus di setlekan. Cepat! Cepat! Cepat! Gigih kami susun2 bunga, lekat-lekat kat dinding bilik perantin supaya segalanya indan mata memandang. Alhamdulillah usaha semua orang berjayas! yeay!! Petang keta aku kena block! So mintak Aimi hantar aku dengan Lulup ke rumah aku untuk kami bersiap-in untuk malam nanti. Around 8.15pm Aimi sampai dan kami terus ke rumah Zai! Cantiknyaa!! sungguh cantik the deco dan the pelamin. HOHOHOH..
Come, jamu mata dengan gambornya yaa...

Last minutes decide to deco 3 lanterns kat centerpiece itu. **it is we called it centerpeace?

Perantin yang sungguh cantik..dress dan make-up!

Majlis..
Sedaya mungkin kami bangun awal untuk bersiapan ke majlis. Masturah iron baju awal, di ikuti Lulup dan kemudian aku menyusul. Dalam kekalutan pagi, aku dengan Lulup ke post office amik parcel dari Unaisah yang dekat ja post off tue dengan rumah aku, Dekat cheh cheh saja. Ambil ja parcel tue, rasa macam lanun pun ada juga. Semuanya sungguh cepat dan pantas! Balik rumah siapkan diri dan nak gerak ke rumah Zai tapi tapi tunggu Aimi sampai dan sesama ke rumah Zai.

Kami dah sampai!
Tengok siap reserve parking untuk IFKM'yee lagi.

Sampai bukan duduk saja hoccay!! Terus pegang pedang dan keris untuk berjuang!! Pantas! Ambil bunga dalam rumah dan terus siang beramai-ramai! Deco meja santapan beradan raja sehari menggunakan fresh flower, then untuk table booth kat luar pun sana untuk guess beri ucapan untuk raja sehari ini. Kami berusaha sedaya mungkin while waiting Zai habis make-up kami pulun habis. Weii!!! LAWOOOOOOOnya Zai~~~ Tapi tak banyak gambar aku snap sebab semua sibuk jadi runners of the day. Tapi ada la few yang sempat aku snap. Tengok naa..

The brides with the bridesmaid cun!

Aksi kumpulan Marhaban Tok Pulau yang nampak gayanya sungguh sengal!

IMMO's girls with the Brides

From left, Cik Lulup, Cik Fazlina, Cik Masleena dan Cik Yani

Yay! Gambar dengan Zai!

Inilah yang kami(Cik Mas & Cik Yani) usakan tiap memalam.

Deco meja santapan perantin

Meja santapan raja sehari

I love this cake so much! It's so nicee cake. Not too much, simple and nice!

Tidak saja orang dewasa, kanak-kanak pun turun gembira..tapi apakah tersirat dari air mata Muhammad di bawah ini?
Shah dan Muhammad. Baru lepas nangis akibat Cik Mas agah dia.. Hihihi. Agah manja-manja gitu..

Izz An-Nisa' sungguh cute!

Hari nak ke petang..
Kami sapu habih apa saja hidangan di meja perantin. Semua muka gembira..

Nice!


Sibuk-sibuk menjelang majlis hampir tamat..

Bersama perantin untuk outdoor mereka.
Masa outdoor ini pun ada kisah lucu, gembira dan sedey. Kisah tak sengaja kayu terjatuh pun ada, kisah nyaris jatuh sebab ada lumpur licin dek high-heel yang di pakai oleh pemakai, kisah sedey yang mungkin sebagai permulaan hidup baru... huhuhu. Tengok gambar bawah okaaay! Gambar gembira sebab selepas settle semua ini baru dapat khabaran..
Kami reramai ikut outdoor Zai & Zam. Tapi kami pun ada outdoor sendiri. Huaaghh!

Sarange Marhanis tak habeh-habeh. Masa nie aku dengan Masturah di atas titi untuk nelayan menuju ke boat memasing. While Zai & Zam ada di belakang kami with their OP.

Gadis 3. Cik Lulup, Cik Hanis Safwan dan Cik Marhanis

Model pilihan. Di kepala bunga, di tangan bunga, di hati siapakan bunga hati beliau?

Trying to focus on Masturah's shoe but tak jadi.

I love BW~

Taniah Zai & Zam, semoga hampa dua orang berbahagia dunia akhirat, di murahkan rezeki dari-NYA, dikurniakan zuriat yang sihat sejahtera, comel dan bijak-bijak. Yani tumpang gembira dengan majlis yang sungguh indah ini. Yeay!!

No comments: