Nuffnang

Sunday, July 31, 2011

~ Salam Ramadhan 1432/2011Masihi ~

Assalamualaikum semua,

Ahlan ya ramadhan al mubarak. When is Ramadhan? It will start on tomorrow, Monday on 1st Aug 2011. :)

Well, sekejap saja dah 12 purnama berlalu dan besok sudah mahu start puasa. Ramadhan 1432 kembali lagi untuk tahun 2011 ini. Alhamdulillah aku bersyukur di panjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa bersama-sama keluarga, housemate dan kawan-kawan semua. Apa akan terjadi sepanjang 30hari ini, hanya kita sendiri yang rancang sendiri. InsyaALLAH ada niat yang murni aku tanam dalam hati, aku rasa sama juga dengan hampa semua. Hihihi. Kita hanya mampu merancang, ALLAH Taala yang mengizinkan-NYA. Sama-samalah kita berusaha untuk kumpul dana pada bulan yang telah di khaskan untuk umat sekalian. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita, mungkin ya..mungkin belum lagi. Apa-apapun, cubalah pulun sehabis mungkin. InsyaALLAH kita semua boleh! Ganbatte kudasai!!

Kisah nak sambut puasa.
Alhamdulillah, petang tadi Gaius ada scratched petang tadi. Panjang juga. Of course la aku rasa sedey, jangan sebab Gaius saja aku sedey, Merlina, Merlin calar pun aku akan termenung sakan. Tak apa, mak aku suruh aku bersyukur sebab nasib baik DIA bagi scratch saja tak bagi yang lebeh berat. Alhamdulillah. Mungkin sebab ada benda yang aku buat tak ikhlas kot. MasyaALLAH. Apa-apa pun ayah aku cakap boleh polish sebab tak luka dalam. Aku harap elok-elok saja. Ya memang, sure ada yang cakap "Ala, keta mana yang tak calar". Betul tue. Cuma aku rasa sedey saja Gaius dah calar. Tue saja, nampak sangat aku tak pandai jaga kereta, gara-gara nak bagi jalan pada makcik tadi yang teragak-agak nak memcari jalan, kereta aku juga bergesel dengan pokok kering tua. Semuanya atas kehendak-NYA. Dugaan untuk aku sempena nak sambut Ramadhan kali ini.

Apa aku harapkan dalam bulan Ramadhan kali ini?
1. Smile moreeeeee, maniskan muka.
2. Do more, talk less.
3. Less angrily.
4. Berjimat, sederhana.
5. Do not/less nagging.
6. Tidak bangga diri,.
7. Makan dengan sopan dan perlahan. Tabah untuk kunyah makanan 44kali.
I hope all those yang aku listed here, will guide me to be a better person, this is so-called to sucikan diri ala-ala aku. ^-^ ...

To all my beloved friends, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H. May Allah Taala give you peace and harmony in our life here. Common let's grab all the pahala during this months, lebehkan bersedekah, lebehkan amalan-amalan sunat, yang sunat solat Tarawih tiap malam cuba usahakan sebab hanya pada bulan ini saja kita dapat mengerjakannya.

Assalamualaikum..take care all..

Saturday, July 30, 2011

~ Oh sayang oh anak ~

Assalamualaikum,

Lalaalala...aku kat kampung nie. Tok aku tak sihat and she being hospitalized on 24July and discharged on 27July. Pity her. Mak aku cakap she's fainted for a while tak sedarkan diri and my dad called 911 and so kecoh la lorong rumah aku. Jiran-jiran aku semuanya baik hati, tolong menolong dan ambil berat sesama mereka. Tapi tak semua ok! Then MA came in to my house and cocok tang situ cocok tang sana, cocok glucose sebab kandung glucose yang tidak stabil dalam badan tok aku. Ini tok side mak aku. Lepas tue dia sedar dan haruz di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Oh drama! Adik aku cakap bilik aku ada hantu sebab tue tok aku pengsan. Hampeh sungguh tak masuk dek akal kenit aku nie. Merepek!

Sepanjang tok aku admit, mak aku yang jaga. Alhamdulillah mak aku pun tak kalut apa-apa sangat. Ini lah hikmahnya segalanya yang telah di aturkan-NYA. Elok segalanyaa..syukur. Ok OK..

Sebenarnya tok aku nie ada anak fav dia. And anak tuahnya itu sungguh tidak balik melawat ibunya yang sedang sakit. Mungkinkah sibuk? Mungkinkah tiada masa? Mungkinkah sibuk renovate rumah barunya? Mungkin segalanya.. Tapi dia ada bertanyakan kabar melalui telefon pintar. Hohoho. So apa masalah aku? Tak ada pun, cuma la nie kalau aku tengok muka tok aku, tu dia duk tidoq atas tilam aku. Hohoho, aku rasa kasihan saja kat tok aku. Anak yang disayangi, tidak munculkan wajah beliau. Sungguh sayang...sayang sekali.....sebenarnya aku pun tak balik lawak tok aku masa tok aku dalam hospital. Sebab apa? Sebab aku rasa aku akan balik this weekend and betul, aku balik la nie.

Cukuplah sekali! Jangan ulangi lagi, hanya ada seorang ibu untuk anak itu bersusah-payah setelah Arwah bapak juga telah kembali menemui Pencipta-nya. Weii! Aku sedey atas peristiwa lalu...Sungguh sedey...anakku sayang, bapakmu sudah tiada. Sesampainya dia, hanya mampu melihat sekujur tubuh Arwah bapak di atas tilam sepi saja. Tiada lagi suara Arwah bapak, bunyi batuk keh keh Arwah bapak, pesanan-pesanan Arwah bapak dan ucapan "Selamat jalan" dari Arwah bapak lagi.

Al-Fatihah untuk arwah Tokwan aku, Hj Saad Abd Rahman. Rindunya kt wan Saad..

Apa yang aku harap dalam diri aku, for future kalau mak ayah aku tak sihat, aku akan cuba sedaya mungkin untuk tiba di sisi mereka. Iya ini angan-angan aku masa aku single, belum kahwin lagi. Dan aku akan buat usul ini antara usul penting sebelum malam pertama..ececee...**Galak dah nie**. Penting nie wei. Aku nak pastikan aku dapat sama-sama rasa perit, sakit mak ayah aku..juga in law aku. **Ececece. galak sungguh-sungguh dah nie**. Aku pun berdoa aku tak jauh dengan mak ayah aku bila sudah berumahtangga. ecececece..Sungguh galak entry kali nie.

Moral of the story:
Jangan salahkan orang lain, kalau diri sendiri tidak mampu untuk menunaikannya...
Aku pesankan teramat sangat untuk diri aku dan kamu semua juga..ambillah berat ke atas mak ayah, tok,wan kita selagi mereka ada...

Assalamualaikum...ramai dalam rumah aku nie..meriah!

Thursday, July 28, 2011

~ Happy blogging dear ~

Assalamualaikum...

It's good to see my bestie being a blogger now. Yeay! And me already being her follower already. She is one of my best friend since kinder-garden, primary/secondary school until form3 and a while masa kat univ. Maybe 2 semesters kot.

Perhaps, she will colored her blog's with a lots of story for her next generation. All the best mama Suria. Nanti Hannah dah besar, leh share baca dengan adik-adik. Hiihi.

Here is the blog Mama Love Diary

Happy blogging Mama Suria......

Monday, July 25, 2011

~ Buat bersama ~

Assalamualaikum,

Indah bukan kalau apa juga tugasan di buat bersama-sama. Huuu...ringan sama di jinjing, berat sama di pikul..Oh! Bukan nak pikul kayu balak atau pokok baku untuk buat arang di Kuala Sepetang, Taiping ya. Jangan mengharapkan hanya satu pihak saja untuk melunaskan tiap tugasan, tak salah take turn. Minggu nie aku tambah paper, minggu depan hang pula. Minggu nie aku susun bata, minggu depan hang pula. Kalau hang saja duk buat semua tue, aku pula tak ada keja. So, tolong menolong amalan mulia dan jangan lupa pesanan mak "permudahkan urusan orang lain". Kata-kata tue aku takkan lupa, insyaALLAH selagi aku masih waras. Kalau buat sama-sama, benda yang berat pun jadi ringan..tak kisah la nak change route 1239 operations pun, kalau sangup buat bersama..sure rasa macam change 12 operations saja. Tak ke ringan beban kalau macam tue? Kannn...

Kalau rasa lenguh, rest for a while sebab kalau lama sangat buat kerja yang sama, memang perit badan jadinya. Then bila dah larat sikit, mulakan kembali. Buat sikit-sikit..ingat sikit-sikit lama-lama jadi la bukit. Hoyyeayy!! Air yang melimpah, dari setitik-setitik lama-lama bagaikan menjadi air hujan..kenapa? Sebab pipe dah loose. Huhuhu. So panggilkan tukang pipe betulkan.

Hello! Bangla keja kat kedai nasi kandaq pun ada blog ok!

Have a nice day. Salam..

Sunday, July 24, 2011

~ Bersyukur dengan MATA, SUARA ~

Assalamualaikum,

Last week aku join charity walk for blind and silent juga deaf. Kami berjalan sepanjang 3.8km start from Youth Park to Botanical Garden and patah balik ke Youth Park. Partner aku Cik Mary kita. Masa p, aku guide Cik Mary, masa balik Cik Mary guide aku. Kami berjalan dengan keadaan tutup mata dan lagi nak feel pejam mata sama. Berjalanlah kami berdua-dua. Kami bukan berdua, tapi fews IFKM colleagues pun join juga. Meriah juga. Sepanjang berjalan aku dengan Cik Mary sama-sama kongsi perasaan menjadi blind for a while.. She said " Rasa pijak di bumi saja" Sayu! Aku pun rasa sama tapi perasaan aku, bagi aku tak pure since aku tau aku bukan blind. Sebab at the end of 3.8km aku akan celik semula..cuma apa la perasan those yang blink, deaf buat selamanya. Betul kata kawan aku kat wall FB aku Ati Kayat's "Dorang dah sampai martabat reda yang tertinggi, itulah lebihnya golongan Orang Kelebihan Upaya seperti mereka. :) ". Subhanallah.. hebatnya mereka! Aku tak mau nak cakap apa company aku achieve masa event nie, tak penting langsung! Cuma masa sesi lucky draw, aku dan the gangs duduk dekat dengan deaf, silent people then masa ada orang duk cakap atas stage ada juru-isyarat pun sama-sama terjemahkan apa yang diucapkan d atas stage. Masa tue, sayunya aku tengok depa. Depa semua senyum saja, manis saja muka. Muka ikhlas tak macam kita, bermuka-muka penuh dengan makna.

Segalanya anugerah-NYA dan depa memang hebaaaccckkk di mata dan di hati aku. Tak perlu kemewahan dunia, cukuplah dengan senyuman ikhlas yang mereka ada. Ohhh sayu! Jadi bagi aku, juga bg hampa semua juga..sungguh kurang ajaqqq kalau kita duk buat lebeh kurang pada OKU ini. Ada lebihan duit makanan apa saja, marilah kita hulurkan pada mereka. Mereka tak minta pun cuma indahnya kalau kita sendiri hadiahkan pada mereka dengan seikhlas hati kita. Apa saja yang kita mampu...









Beramai-ramai kami berjalan.

Event selesai dalam pukul 12 dan kami - aku, Cik Mary, Masyitah dan Izzah balik ke rumah masing-masing.. Apa yang penting semangat kita reramai nak bersama-sama merasai mcm mana perasaan mereka yang blind, deaf, silent ini even tak lama at least ada seketika merasai macam mana. Our sweet Sunday's morning lebih bermakna untuk bulan nie. Hihihi. :)

Photo credit to: Walk for Sight and Sound 2011' FB

Sunday, July 10, 2011

~ Redang Islang ~

Assalamualaikum...heyya!!!

Last May1-3, aku p Pulau Redang dengan family. 9 of us including in law bgcik aku. Seronokkk! Snorkeling, swimming tapi impian nak tengok baby shark terhalang dek karena ibunda tidak mengizinkan. Katanya takut baby tue ngapp kaki kami! Huhuhu. Akhirnya petang itu, balik ja dari snorkeling, kami berendam saja dalam pool di saksikan oleh ibunda dan MIL bgcik aku. Hihihihi. Yang expert berenang Fuad and Kak Ani, lelain duk guna floating getah tue saja. Aku pun tak sure orang panggil apa tapi benda tue buat kita floating la.

Kami gerak ke Kuala Terengganu seawal 5.30am. Naik van khas untuk ke KLIA. Solat Subuh dan sarap di KLIA. Flight kami dalam pukul 8.45am then sampai KT around 10am gitu. Tak ingah dowhhh. Van untuk membawa kami ke jeti nak ke Redang sedia ada. Nasib baik sempat naik feri kalau tak kena tunggu la lagi. Kami sampai peak hours and kami kena charged RM780 for it. Gilaaa mahai! Kaya la kalau ginii. Aku nak bukak chalet la. Kami stay kat Laguna Redang dan bilik kami 3 bersebelahan mengadap pool. Sampai-sampai saja, isi perut tapi aku tak makan banyak, maybe macam mabuk-mabuk cikit tapi lepas tue elok terus lepas dengar nak p snorkeling. Hoyeaaay!!

Around 3pm kami snorkeling until 5pm. Balik bilik cuci sat, then ke pool mandi kendian kami p main air laut pula. Seronoook! Petang tue kami tanam bgcik dalam pasir. Gila jenuh nak tanam dia. Dah la besarr..jenuh tangan kecil aku dengan Fuad nak korek pasir..Sampaikan tangan aku luka kat tapak tangan macam diguris pisau youewww! Pedihh!! Lagi-lagi terkena air masin.

Malamnya, dinner ada BBQ! Yeaaay! Sungguh sodaappp. Banyak makan laukk saja. Memang target memasing tak nak makan nasi sangat. Seafood memang fresh! Then ada live band kat bawah duk hiburkan telinga kami. Malam tue kami jalan-jalan pantai...all of us..It's time for me to test my new cam. Redang's trip..this is the main reason why I bought my Nex5. Huhuhuh. Kemudian malam tue family potret reramai dan balik ke bilik memasing coz semua dah tired.

2nd day.
Wake up early in the morning, konon nak tengok sunrise! Chet!!! Penipu!! Nak bangun solat Subuh pun jenuh mum duk kejut. Best nya tidoq dalam room tue. Oh ya, our room ada 4 single bed. So tiap sorang kami sorang bed la. Mak ayah pun sama, malas katanya nak rapatkan katil. Same goes to bilik MIL Bgcik. Ada makcik, Kak Ani and Hasnul. Bilik bgcik memang depa amik ada king's bed. Nampak best juga..macam California's King Bed. Hihihi. Kami breakfast dan makcik tak sihat so naik wheelchair untuk ke tempat makan.. Masa 1st and 2nd day, onlyl 3 Malay's family..rest mat-minah saleh, dan ramai Chinese. Aku teringin nak tengok minah arab...sure lawa kan..kehkehkeh.. Kami breakfast dan pagi tue ada snorkeling lagi. This time semua p including my mum. Tue pun jenuh nak pujukkkk. Subhanallah, cantik sungguh coral, ikan-ikan yang sungguh jinak sampai luka tangan aku masa fish feeding. Tapi rasa seronokk sungguh. Tired!
Balik lunch dan get ready untuk snorkeling pukul 3 pula. Rest a while, solat dan terus sarung baju nak snorkeling lagi. Yeay! Balik pukul 5, kami berenang-renang ke tepian di pool diawasi mak dan MIL bgcik. huhuhu. Sebab depa takut kami lari p tengok baby shark.

Malam dinner dan malam nie menu biasa saja. The foods yummy sedap. Malam tue kami p shopping cikit kat Tree Tea Inn's shop. Mum belanja tshirt tiap sorang dan aku beli souvenir untuk kawan-kawan office dan harganya sungguh mahal! RM1O0 juga la aku beli. Termasuk ada orang pow aku, nak batch la, keychain la. Hancuss!

3rd day,
Lat day kami kat sini. So after Subuh, kami ke pantai nak amik pict sunrise. Cantiknyaa! Sakan posing maut reramai tapi mak, ayah, makcik and Hasnul tak join kami. Kendian breakfast dan get ready nak balik. Sayuuuuuu hati, sayu sekaliii....ntah bila nak datang lagi..

Kami ke KT untuk shopping cikit, flight kami ke KL pukul 4. Ada masa lagi..lunch kat airport dan tunggu la masa nak depart. Penat sungguh! Kami sampai KL around 5 something. Hujan! Air mata Kuala Lumpur. Penatnyaa....

Sampai rumah bgcik, diner sesama..Mum masak dan besoknya semua decide nak balik. Aku memang kena balik besok coz Khamis aku dah keja.

Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar....untuk semua..silalah ke Redang..cantik..Kalau aku p honeymoon nanti, aku nak stay kat Laguna la. Konon...aku rasa tak p dah kot..hihihi...

Enjoice the picturee!! wiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeeeeeee!


Kita makan dulllu..






While waiting nak masuk dalam..























Inilah trip pendek lami selekuarga....semua happy, berbaloi-baloi...
Kawan-kawan, p la sini kalau ada masa naa...

Have a nice day!
Wassalam..

Friday, July 8, 2011

~ Kawan, all the best naa ~

Assalamualaikum..

Apa kata yang indah-indah? Apa bahasa yang molek-molek untuk di cakapkan? Huhu.

Perasaan sedey juga aku terasa di mana Cik Zai akan tinggalkan co sekarang. Lepas ini tak nampak lagi la kelibat dia kat office. Lepas ini kalau mak aku call, tak ada dia untuk sekodeng aku tapi ada pengganti, housemate aku.

Sedey pastinya ada, tapi gembira sebab she's gonna be happy in new thing that she wanna to do.. Doing what? Haiipp!!! Cooking? Baking? Errrrr...babies? toing toing toing...sorry Zai! Hihihi.

Sapa dia pada aku?
Ya. Dia 1 sekolah rendah dengan aku and she was my junior tapi tak penah pula kenal masa sekolah dulu. Masa nampak dia kat cafe, "rasanya aku penah lihat la dia ini, tapi di mana ya?". Itu yang aku tertanya-tanya masa dia duduk dekat dengan Etun, one of my INSEPian's gang. Finally dapat tau dia nie orang Perlis and so more dia orang Tok Pulau. Laaaaaa. Then tau dia sama sekolah rendah dengan aku. Hohoho. Kenal! Then bermulalah kisah aku menumpang kereta dia untuk balik kampung halaman. Since aku tak ada motokar lagi masa tue. Tahun ini saja aku baru ada motokar. Alhamdulillah. Jadi bermulalah episode aku tumpang kereta dia tiap kali dia pun nak balik kampung. Memecutt cik kelisa dia dengan comel sekali, dan alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung dan selamat pulang kembali ke Kulim nan permai.

Sejak itu, banyak la juga aktiviti kami reramai di mana aku ada juga join group IMMO, ini dari zaman Cik Lulup ada lagi. So reramai la dak-dak IMMO akan anjurkan any aktivitas secara berjemaah dan reramai join bagi yang tak ada kekangan. Seronok keluar bersama-sama, shopping, tengok movie, makan-makan. Reramaiii...macam semut..

Lepas ini, insyaALLAH ada rezeki ada peluang kita semua boleh berjumpa lagi. Sedangkan Mung Aimi and Mung Lulup di KeyELL pun kita boleh ketemu, insyaALLAH dengan cik zai pun boleh ketemu. Masak banyak-banyak ya kat rumah, nanti kami p berjemaah p makan sampai licin. Hihihi.
All the best Zai!
Semoga gembiraaaa.. I hope your life will be loaded with luck and loves. Aamin.

Lupa nak cakap, Mak yani pun doakan kebaikkan untuk Zai!

Photo credit to: Axel Cardenas[Flickr]

Saturday, July 2, 2011

~ Happy birthday Ayah!! ~

Salam...

yay! hari nie aku kat Perlis. Beshnyooo. Janji palsu abgchik aku yang kononnya nak sampai Kulim around 6pm kemarin memang super janji palsu. Penat den tunggu nak balik Simpang 4 awal sebab nak ke pasar malam dengan pulang ke rumah dalam keadaan tangan penuh dengan plastic makanan. Hohoh. Angan-angan aku punah sebab bgcik aku sampai Kulim pun dah 8 lebeh. Hancus berkecai hati adik-perempuan-nan-sorang ini. Tapi takpa, alhamdulillah bgcik aku sampai Kulim dengan selamat dan plan seterusnya kami nak ke Perlis. Weiss! Banyaknya roadblock. Kami bukan pemakai baju kuning, kereta pun tak color kuning. Wakakakkaka. Sampai rumah, even masa tue seawal 11pm, kami tetap santap masakan mak. Sambal udang! Yumm yummm yummy! Semalam aku gagah juga habiskan final epi Boys over Flower. Yeay! lega..

Plan hari ini.
Buat kek birthday untuk ayah. Bahan-bahan dah beli tadi masa p shopping barang fuad untuk di bawa ke Poli Kulim. Then berperang bersama-sama mak aku. Yeay yeay!
Semuanya berjalan lancar dan mak aku suruh saja aku follow step yang tertulis pada kertas tepung itu. Kami decide nak kukus instead of bakar. Sebab kukus lagi lembutt...suka! Then setelah mencampurkan segala bahan, aku kaki kisar. Sebenarnya aku tengok saja sebab mesin tue yang pusingkan segalanya. Jimat tenaga aku. Dah settle semua tue, masa untuk kukus. Kami kukus selama sejam. Dan masa untuk topping, ada pengacau yang rajin nak tolong. Macam biasa mode: in control terus tukar ke mode: out of control! Suka-suka nak test double boiling la apa benda la. Sapa lagi kalau bukan bgcik! Then topping siap sedia, then masa untuk deco. Deco mum yang settlekan. Yeay! Finish it. Masa untuk potong, bukan ayah yang potong ok. Tapi mak yang potong. Wakakaka. Then kami agihkan chocolate cake tue ke jiran-jiran. Banyak juga dapat. Dapat juga buat kenduri.

Untuk malamnya,
Mum teringin nak makan GCB, tapi sebab dah lewat benor, kami tak yakin nak ke AS, then decide makan kat Kuala Perlis ja. Wei!! Orang perlis ini sekeluarga memang cerewet bab nak makan kat Kuala Perlis. Sebenarnya for us **eececcce**, hanya ada 2,3 kedai ja yang sedap dan semestinya tak semua orang tau. Tapi iya la, itu based on tekak kami ja la. So kami jenuh juga pusing-pusing malam nya, nak cari kedai kesukaan. Finally kami ke kedai yang mak ayah selalu p makan, kami anak-anak baru 1st time p makan. And the food! Memang yummm yummmmm yummmmmmmmy! Because for us, mak masak super rocket sedap!! No challengerrrs at all. Same goes to ur mum right? Hihihi. Mak masak memang sedap kannn....

To Ayah,
Happy birthday Sjn Ahmad Abd Rani. Semoga sihat sejahtera agar ayah mudah untuk meneruskan ibadat kepada-NYA, murah rezeki**diharap padi Tuan menjadi seperti tahun-tahun sebelum ini, anakanda mu ini ada angan-angan lain**, semoga ayah gembira dengan hidup ayah, semoga mak bagi izin ayah untuk beli engine yang super duper power laju untuk gerakkan boat baru ayah. Budget semua dalam tangan mak. Hohoho. Semoga apa yang ayah lakukan selama ini diberkati-NYA, InsyaALLAH.

Kami selaku anak-anak Ahmad, cukup bangga dengan ayah KARENA ayah berjaya membesarkan kami sehingga terlebeh besar sudah. Terima kasih atas usaha jaya ayah untuk ke laut demi mencari ikan, udang, makanan laut la amnya untuk di bawa pulang kepada isteri tercinta untuk memasak hidangan yang sedap untuk di makan oleh anak-anak yang memang gemarkan makanan lautan itu. **nampak sangat anak malas masak, hanya mak masak**. Makan ketam yang baru, adalah sungguh heaven dan isi sungguh manis sekali. Yummy! Oh Ayah! Kami gembira ada kamu di sisi kami. Hugs and kisses to you dad...We love u so much!! Hoooooo..
Ayah kami: Ahmad Hj Abd Rani

Oklah semua, semoga weekend anda semua indah-indah belaka naa..Assalamualaikum..