Nuffnang

Monday, July 25, 2011

~ Buat bersama ~

Assalamualaikum,

Indah bukan kalau apa juga tugasan di buat bersama-sama. Huuu...ringan sama di jinjing, berat sama di pikul..Oh! Bukan nak pikul kayu balak atau pokok baku untuk buat arang di Kuala Sepetang, Taiping ya. Jangan mengharapkan hanya satu pihak saja untuk melunaskan tiap tugasan, tak salah take turn. Minggu nie aku tambah paper, minggu depan hang pula. Minggu nie aku susun bata, minggu depan hang pula. Kalau hang saja duk buat semua tue, aku pula tak ada keja. So, tolong menolong amalan mulia dan jangan lupa pesanan mak "permudahkan urusan orang lain". Kata-kata tue aku takkan lupa, insyaALLAH selagi aku masih waras. Kalau buat sama-sama, benda yang berat pun jadi ringan..tak kisah la nak change route 1239 operations pun, kalau sangup buat bersama..sure rasa macam change 12 operations saja. Tak ke ringan beban kalau macam tue? Kannn...

Kalau rasa lenguh, rest for a while sebab kalau lama sangat buat kerja yang sama, memang perit badan jadinya. Then bila dah larat sikit, mulakan kembali. Buat sikit-sikit..ingat sikit-sikit lama-lama jadi la bukit. Hoyyeayy!! Air yang melimpah, dari setitik-setitik lama-lama bagaikan menjadi air hujan..kenapa? Sebab pipe dah loose. Huhuhu. So panggilkan tukang pipe betulkan.

Hello! Bangla keja kat kedai nasi kandaq pun ada blog ok!

Have a nice day. Salam..

No comments: