Nuffnang

Saturday, July 2, 2011

~ Happy birthday Ayah!! ~

Salam...

yay! hari nie aku kat Perlis. Beshnyooo. Janji palsu abgchik aku yang kononnya nak sampai Kulim around 6pm kemarin memang super janji palsu. Penat den tunggu nak balik Simpang 4 awal sebab nak ke pasar malam dengan pulang ke rumah dalam keadaan tangan penuh dengan plastic makanan. Hohoh. Angan-angan aku punah sebab bgcik aku sampai Kulim pun dah 8 lebeh. Hancus berkecai hati adik-perempuan-nan-sorang ini. Tapi takpa, alhamdulillah bgcik aku sampai Kulim dengan selamat dan plan seterusnya kami nak ke Perlis. Weiss! Banyaknya roadblock. Kami bukan pemakai baju kuning, kereta pun tak color kuning. Wakakakkaka. Sampai rumah, even masa tue seawal 11pm, kami tetap santap masakan mak. Sambal udang! Yumm yummm yummy! Semalam aku gagah juga habiskan final epi Boys over Flower. Yeay! lega..

Plan hari ini.
Buat kek birthday untuk ayah. Bahan-bahan dah beli tadi masa p shopping barang fuad untuk di bawa ke Poli Kulim. Then berperang bersama-sama mak aku. Yeay yeay!
Semuanya berjalan lancar dan mak aku suruh saja aku follow step yang tertulis pada kertas tepung itu. Kami decide nak kukus instead of bakar. Sebab kukus lagi lembutt...suka! Then setelah mencampurkan segala bahan, aku kaki kisar. Sebenarnya aku tengok saja sebab mesin tue yang pusingkan segalanya. Jimat tenaga aku. Dah settle semua tue, masa untuk kukus. Kami kukus selama sejam. Dan masa untuk topping, ada pengacau yang rajin nak tolong. Macam biasa mode: in control terus tukar ke mode: out of control! Suka-suka nak test double boiling la apa benda la. Sapa lagi kalau bukan bgcik! Then topping siap sedia, then masa untuk deco. Deco mum yang settlekan. Yeay! Finish it. Masa untuk potong, bukan ayah yang potong ok. Tapi mak yang potong. Wakakaka. Then kami agihkan chocolate cake tue ke jiran-jiran. Banyak juga dapat. Dapat juga buat kenduri.

Untuk malamnya,
Mum teringin nak makan GCB, tapi sebab dah lewat benor, kami tak yakin nak ke AS, then decide makan kat Kuala Perlis ja. Wei!! Orang perlis ini sekeluarga memang cerewet bab nak makan kat Kuala Perlis. Sebenarnya for us **eececcce**, hanya ada 2,3 kedai ja yang sedap dan semestinya tak semua orang tau. Tapi iya la, itu based on tekak kami ja la. So kami jenuh juga pusing-pusing malam nya, nak cari kedai kesukaan. Finally kami ke kedai yang mak ayah selalu p makan, kami anak-anak baru 1st time p makan. And the food! Memang yummm yummmmm yummmmmmmmy! Because for us, mak masak super rocket sedap!! No challengerrrs at all. Same goes to ur mum right? Hihihi. Mak masak memang sedap kannn....

To Ayah,
Happy birthday Sjn Ahmad Abd Rani. Semoga sihat sejahtera agar ayah mudah untuk meneruskan ibadat kepada-NYA, murah rezeki**diharap padi Tuan menjadi seperti tahun-tahun sebelum ini, anakanda mu ini ada angan-angan lain**, semoga ayah gembira dengan hidup ayah, semoga mak bagi izin ayah untuk beli engine yang super duper power laju untuk gerakkan boat baru ayah. Budget semua dalam tangan mak. Hohoho. Semoga apa yang ayah lakukan selama ini diberkati-NYA, InsyaALLAH.

Kami selaku anak-anak Ahmad, cukup bangga dengan ayah KARENA ayah berjaya membesarkan kami sehingga terlebeh besar sudah. Terima kasih atas usaha jaya ayah untuk ke laut demi mencari ikan, udang, makanan laut la amnya untuk di bawa pulang kepada isteri tercinta untuk memasak hidangan yang sedap untuk di makan oleh anak-anak yang memang gemarkan makanan lautan itu. **nampak sangat anak malas masak, hanya mak masak**. Makan ketam yang baru, adalah sungguh heaven dan isi sungguh manis sekali. Yummy! Oh Ayah! Kami gembira ada kamu di sisi kami. Hugs and kisses to you dad...We love u so much!! Hoooooo..
Ayah kami: Ahmad Hj Abd Rani

Oklah semua, semoga weekend anda semua indah-indah belaka naa..Assalamualaikum..

No comments: