Nuffnang

Saturday, July 30, 2011

~ Oh sayang oh anak ~

Assalamualaikum,

Lalaalala...aku kat kampung nie. Tok aku tak sihat and she being hospitalized on 24July and discharged on 27July. Pity her. Mak aku cakap she's fainted for a while tak sedarkan diri and my dad called 911 and so kecoh la lorong rumah aku. Jiran-jiran aku semuanya baik hati, tolong menolong dan ambil berat sesama mereka. Tapi tak semua ok! Then MA came in to my house and cocok tang situ cocok tang sana, cocok glucose sebab kandung glucose yang tidak stabil dalam badan tok aku. Ini tok side mak aku. Lepas tue dia sedar dan haruz di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Oh drama! Adik aku cakap bilik aku ada hantu sebab tue tok aku pengsan. Hampeh sungguh tak masuk dek akal kenit aku nie. Merepek!

Sepanjang tok aku admit, mak aku yang jaga. Alhamdulillah mak aku pun tak kalut apa-apa sangat. Ini lah hikmahnya segalanya yang telah di aturkan-NYA. Elok segalanyaa..syukur. Ok OK..

Sebenarnya tok aku nie ada anak fav dia. And anak tuahnya itu sungguh tidak balik melawat ibunya yang sedang sakit. Mungkinkah sibuk? Mungkinkah tiada masa? Mungkinkah sibuk renovate rumah barunya? Mungkin segalanya.. Tapi dia ada bertanyakan kabar melalui telefon pintar. Hohoho. So apa masalah aku? Tak ada pun, cuma la nie kalau aku tengok muka tok aku, tu dia duk tidoq atas tilam aku. Hohoho, aku rasa kasihan saja kat tok aku. Anak yang disayangi, tidak munculkan wajah beliau. Sungguh sayang...sayang sekali.....sebenarnya aku pun tak balik lawak tok aku masa tok aku dalam hospital. Sebab apa? Sebab aku rasa aku akan balik this weekend and betul, aku balik la nie.

Cukuplah sekali! Jangan ulangi lagi, hanya ada seorang ibu untuk anak itu bersusah-payah setelah Arwah bapak juga telah kembali menemui Pencipta-nya. Weii! Aku sedey atas peristiwa lalu...Sungguh sedey...anakku sayang, bapakmu sudah tiada. Sesampainya dia, hanya mampu melihat sekujur tubuh Arwah bapak di atas tilam sepi saja. Tiada lagi suara Arwah bapak, bunyi batuk keh keh Arwah bapak, pesanan-pesanan Arwah bapak dan ucapan "Selamat jalan" dari Arwah bapak lagi.

Al-Fatihah untuk arwah Tokwan aku, Hj Saad Abd Rahman. Rindunya kt wan Saad..

Apa yang aku harap dalam diri aku, for future kalau mak ayah aku tak sihat, aku akan cuba sedaya mungkin untuk tiba di sisi mereka. Iya ini angan-angan aku masa aku single, belum kahwin lagi. Dan aku akan buat usul ini antara usul penting sebelum malam pertama..ececee...**Galak dah nie**. Penting nie wei. Aku nak pastikan aku dapat sama-sama rasa perit, sakit mak ayah aku..juga in law aku. **Ececece. galak sungguh-sungguh dah nie**. Aku pun berdoa aku tak jauh dengan mak ayah aku bila sudah berumahtangga. ecececece..Sungguh galak entry kali nie.

Moral of the story:
Jangan salahkan orang lain, kalau diri sendiri tidak mampu untuk menunaikannya...
Aku pesankan teramat sangat untuk diri aku dan kamu semua juga..ambillah berat ke atas mak ayah, tok,wan kita selagi mereka ada...

Assalamualaikum...ramai dalam rumah aku nie..meriah!

No comments: