Nuffnang

Tuesday, August 30, 2011

~ Raayaa..rayaaaa 2011 ~

Salam Syawal, keikhlasan sanubari.. *amik ayat TV3 sat*

Amacam raya semua? Ermm..syawal aku tahun ini alhamdulillah meriah dalam sederhana. Raya pertama hanya kami berempat di rumah Simpang Empat, Perlis since bgcik and sil beraya kat Ipoh. Usai solat raya, kami terus gerak ke Jerlun untuk ziarah kubur arwah-arwah. Sampai saja..tengok ada orang tambak tanah merah atas kubur dan ada laluan untuk atas kubur tue semua. Tanah merah still lembut sebab 2,3 hari hujan nonstop. Batu nisan semua dah dicabutkan, so kami cari batu nisan and sibuk mencari koordinat kama arwah-arwah yang telah pergi dimakamkan. Alhamdulillah..mungkin tidaklah setepat mana, tapi it was there.






Mereka ber3 sibuk cuci kasut memasing.

Syokkkknya raya!!!
Terus ke rumah Wan side ayah..cuma kami agak awal sampai. Mak, bapa sedara lain tak ramai yang dah sampai rumah wan..cuma ada family Chik Bun dengan ayah aku saja. Huhuhu...then sampai pula family side mak aku nak datang beraya rumah tok iman. Apa lagi...renyuh rendah la rumah tue. Huhuhu.
Kami semua...saudara mara...

Lepas bergambar kat rumah wan, then kami ke rumah toksu pula. Huuhuhu..sembang pi mai pi mai then aku duk bg sign kat mak aku nak ke rumah tok pula. Kami mintak diri dan challow ke rumah tok aku. Hohohoh. Situ memang sedia happening. Memang penat dengan cousins yang sengal-sengal lagi..BUdak2 memang ramai. Jenuhhh...duk tanya duit raya la..jenuh aku nak tepis..yg besaq aku bg laa..selain makcik, pakcik aku.. syokknya raya!!

Kami semuaa...

Wan with Maktok

Mak dan ayah


Wan..Hj Abdul Rani Hj Abdul Hamid

Mak Ayah
Chik Bun
Chik Nazrah with budak merap yang comel...hihihi..

Adik, Teh and ayah

Dari kejauhan aku tangkap ini dua olang..orang nak beraya umah depa, depa jalan x mau balik rumah sendiri..haipps..

Ayah, Teh, Makteh and Mak

TokSu..adik Wan

Mereka-mereka se-kazen duk bercerita...

Toksu perempuan and Wa

Ngah, Pakngah and Ayah

Lepas tue kami berempat, p serbu rumah tok aku pun. Ini side mak..haa..rumah nie memang super duper ramai kanak-kanak ribena yang tunggu duit raya aku yang tak seberapa...tiap tahun macam biasa, duit raya dari paklang and maklang a.k.a ayah and mak aku, aku yang uruskan untuk bagi kat kanak-kanak ribena ini. Weiii syok depaa...yang pastinya dari mak ayah aku lagi banyak dari aku bagi kat kanak-kanak ribena nie. Apa-apapun Public Bank the best bank in town. HAahaha..promote sat...apa-apapun, janji ikhlas..tangan yang memberi lebeh baik dari yang menerima..iyooolahhh... Mak aku cakap, jangan duk bersoal banyak mana orang tue bagi pada kita...sebab masa aku bagi duit raya kat makcik, pakcik aku, aku akan cakap terimalah duit raya yang tak seberapa...then mak aku cakap la..kita ikhlas memberi yang penting...ada ayat toksu aku cakap "kalau kakcik bagi sampul kosong pun toksu dah seghonok" **pelet cakap kedaah naa..**. Terharu aku weii...sebab tak banyak pun aku bagi...rezeki sama di kongi...

Ini tok aku side mak

Ini family Wa..





Cousins yang seronok main bunga api, mercun..aku tumpang sekaki...

Peace ya'll...

Selamat Hari raya, maafkan salah silap aku, bahasa yang terkasar dalam blog mumuyani ini, andai terkata, terkutuk haarap dimaafi...sama-sama lah kita bermaafan sempena lebaran tahun ini. Jangan main mercun, bunga api ok...Hihihi.

Assalamualaikum...

Sunday, August 28, 2011

~ Sepasang setahun baju ~

Assalamualaikum...

Yeayy!! Lusa insyaALLAH dah mahu raya. Sungguh seronok...2 kali p shopping with mere familia..Kenapa 2 kali? Coz semalam 1st round, beli baju-baju persalinan which is bukan baju melayu and baju kurung since baju kurung and baju melayu dah siap tempah. Aku pun tak kisah even tahun nie aku pakai baju cotton yang aku borong masa kat HCM, Vietnam dulu. Hohoho.. Semua orang ada baju raya baru. Alhmdulillah..Aku ketinggalan aku juga. Ada juga yang sudi sponsor. Hoyeaaahhhhhhhhhhhhhhhh!

Ramai nauuuuu orang kat Alor Star...1st day kira ok sebab ayah yang drive tapi hari kedua, aku kena drive sebab kena p tukar baju ayah. Hohoho. Ayah kereja, so kami la p terjah Star Parade sekali lagi. Hohoho...Sokmo gitu kan..bila ada baju yang bekenan, tapi size lak tak ada, thus kena tukar baju lain..hambikk kau..mak aku up lagi..golden JM..tambah la duit cikit lagi. Tapi memang lawa...tengok laa anak yang pilih. hohohoho...

Lepas tue, aku dengan mak masuk Pacific beli barang-barang dapur plus beli bahan buat kek. Hohohohoooo...orang memang super ramai.. Nak raya la katakan kan..meriah kau Senah..

Untuk aku, raya tahun nie ala kadar saja. Tiada sakan pun sebab..entahlah..semangat nak raya memang ada cuma..haiishh..entahlah. Ada la sepasang baju kurung baru pun Alhamdulillah. Hangin juga..makcik aku cakap tailor tue tak letak list...haishh...aku dah pesan awal-awal plus aku nak linen semua..baju dan kain..Semua dia tak buat. Tak apalah lah. Actually tak linen pun tak apa, tak jarang pun. Cuma aku ja gedix nak. Even baju kurung sepasang ja Senah, tapi baju office ada penaja yang baik hati. Hooiihoooiihooooy~ trimas mummy, daddy...oh lupa mak ayah aku tengah kaya raya la nie. Duit padi...tapi sebenarnya duit padi tak dapat lagi..hihih. Alaa..tak apa..selalunya mak ayah lagi kaya dari anak-anak. Tak gitu kawan-kawan..

OKlah...hari ini mak aku berbuka kat luar, so aku take over tugas untuk prepare meja makan. Seeee..meja makan saja..segala lauk pauk sudah awal mak aku sediakan. Even untuk ketuk ketuk ais menjadi kecik pun mak aku dah buat..aku just bancuh air yang super tak payah letak gula and just mix it with ice cream soda a bit. Then tadaaa...siap!!!

Selamat berbuka semua kawan-kawan...kita ada sehari saja lagi untuk berpuasa. InsyaALLAH kalau raya jatuh hari Selasa kan...

Thursday, August 25, 2011

~ Emak ingatkan aku ~

Assalamualaikum...

Huwaaaaaaaa! Hari nie dah 26 Ramadhan. Malam nie malam 27Ramadhan..malam tujuh likur bak kata orang lain. Tadi aku called mak aku tanya adik aku sampai rumah pukul berapa..sembang punya sembang then mak aku tanya "p taraweh dak?" aku jawab "tak p" mak aku pesan after aku bagi fews reason "tak apalah, buat lah sendiri kat rumah". Alhamdulillah.. Malam nie lepas Isyak then hati aku sayu...sekejapan saja dah nak berlalu pergi..masih panjangkah umur aku untuk merasai Ramadhan tahun hadapan, hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Panjang umur, ada rezeki insyaALLAH merasa lagi kita tahun hadapan. Apa yang penting malam nie dan malam-malam terakhir Ramadhan ini jangan kita abaikan. Aku ingatkan diri aku juga yang sokmo alpha sungguh.

Lailatul Qadar, sesungguhnya malam itu hanya orang yang terpilih saja mungkin dapat melihatnya. Mungkin pada sapa yang tak melihatnya, tapi mungkin dapat merasainya. Semoga kita antara yang di beri peluang dari-NYA untuk merasai dan melihat malam yang lebeh baik dari 1000 bulan. Subhanallah.

Bertuahlah mereka yang menemuinya...tapi jangan la dah nampak segala daun, pokok tunduk ke bumi kita duk tengok macam tue saja, amik wudhuk dan bersolat la. Syukurrrrrr....

Besok aku dah nak balik Perlis..hihi.2.5hrs ja pun kawan-kawan but still excited nak balik berhari raya even baju raya pun entah di mana. Huhuhu. Momantai..janji kueh raya, duit raya dah tersedia..HAHAHAHAA. kisah p tukar duit raya pun meriah! 3 hari turut-turut aku menapak ke bank. Hari mula aku dengan housemate, Mas..terjah 4 bank. Hari kedua terjah 4bank dengan housemate dan Cik Mary juga *ada bank yang sama hari ketiga aku sorang terjah the best bank untuk tukat duit raya which is Public Bank..huhuhuhu..bagus bank nie..sungguh senang nak tukar duit..Tolong tukarkan duit untuk mak aku sekal...

Hohohoho..balik kampung..besok aku jadi driver la kepada kanak-kanak ribena...amik kat UITM Penang sorang, Poli Seberang Perai sorang...anak-anak jiran aku nie..At least ada juga teman aku di perjalanan nanti...

To all Malaysias's driver....jangan ego di jalan raya, speed limit only 110km/h. Kenapa tak boleh lebeh dari itu? Sebab nanti susah nak handle kalau apa-apa terjadi, pastikan kedudukan seat anda selesa dan relax and be cool..Ingat! Tak semua orang yang p sekolah memandu itu cerdik dan faham dalam peraturan jalan raya, biarlah kita memberi jalan kepada pemandu yang ego, sibuk nak sampai awal ke kampung halaman. Tak lari ayahanda bonda di kampung tue. Ayam, daging juga pastinya tunggu untuk kita telan. Hahahaa..

Aku juga doakan perjalanan kita semua selamat, insyaALLAH...apa yang berlaku adalah kehendakNYA...sapalah kita untuk mempertikaikannya....wallahu'alam bissawab.

Wednesday, August 24, 2011

~ Ada rasa nak nangis? ~

Assalamualaikum semua,

Happy fasting. Huishhh...semangat awal-awal nak puasa memang pulun sakan, dah nak akhir-akhir puasa nie, makin liat...boleh bilang dengan sebelah jari saja berapa kali p surau untuk Ramadhan kali ini. Tapi kalau kat Perlis aku leh p sebab mudah saja aku jalan kaki ke surau dekat rumah. Alhamdulillah...dah kalau tak leh p tue, tak reti-reti aku nak buat sendiri? Haiiiyaa...Yani oiii...insap-insap...

Tajuk entry aku nie sempena tadi kat office duk communicator dengan kawan-kawan office. Ada sorang kawan aku nie, Cik Mary la aku letak nama dia kat sini...she felt like wanna to cry...iya..aku pun penah rasa..reason kita nak nangis hanya kita saja yang rasa, yang tahu...so tak payah nak explain kat orang kenapa kita rasa nak nangis...Air mata juga anugerah ALLAH Taala kan..nikmat air mata mengalir dari mata. Imagine nikmat tue di tarik...tak ada air mata...mahunya mata kering-kering, merah-merah then akan rasa pedih...

Aku juga suka menangis, then lepas nangis sure akan rasa better...so ada hikmah semua tue..Nangis lah...nangis lah....nangis laahh...

Sebenarnya kalau kita rasa kita dah kurang, ada lagi orang lebeh kirang dari kita..Untuk hal-hal duniawi kita kena bezakan dengan orang yang kurang dari kita, tapi untuk hal-hal akhirat kita kena bezakan dengan orang yang lebeh rajin beribadat dari kita...Jangan duk compare aku nie derma RM5 lebeh baik dari Si A yang derma RM1...ada orang naik kereta, ada orang naik moto, ada orang jalan kaki, ada alhamdulillah..memang itu rezeki ALLAH tapi syukur atas nikmatnya...huhuhu..Kadang-kadang aku juga alpha...dengan duniawi...betul...aku mengaku...

Enjoice this song..ooh, ooh, yeah, yeah

Selamat berpuasa...mana yang dah tuang puasa...nanti kita ganti beramai-ramai ya..InsyaALLAH...

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 8, 2011

~ Kisah buah Melaka ~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari nie dah hari ke-8 kita berpuasa kan kawan-kawan. Hari Sabtu lepas aku bersungguh-sungguh nak membuat kueh Buah Melaka. Tanya recipe dari mak aku dan mak aku bagitau apa nak tambah untuk jadikan buah melaka itu bulat-bulat. Hohoho. Aku rasa semua buah melaka bulat-bulat. Pagi-pagi bangun pagi, tak pagi-pagi betoi pun. Pukul 10 juga aku sampai kat market pagi. Orang super ramai. Hohoho. Mungkin semua kalut nak beli untuk dimasak sebagai juadah bebuka petang nanti. Aku beli tepung beras, tepung pulut, gula gerek a.k.a gula melaka yang keras-keras bentuk bulat itu dan juga kelapa putih. Tapi sayangnya kedai Islam yang jual kelapa tue, tak putih kelapanya. Jadi aku pun beli juga. Hohoho.
Gula gerek

Balik rumah, aku potong-potong gula gerek bentuk cube dan around 2.20pm usai solat aku mula blender daun pandan. Huishh jangan tak tau, aku guna ja penapis teh. Hohoho. Dalam keadaan yang tidak lengkap semua alatan, biasalah rumah bujang kan.
Guna ja apa yang ada. Lepas blender and tapis pati pandan, aku mula la membuat dough. Huiishh Gena..mula-mula tepung lembek, takmo jadi bulat. Then mak aku cakap tambah lagi tepung pulut tue. Tambah-tambah then aku rasa ok. Mau bulat. Kendian start masak air dalam periuk and test 2 biji. Sekali lamanya buah tak timbol-timbol. Awat pula. Mak aku cakap jangan buat tebal sangat, nanti x masak so aku cuba untuk buat sekecil yang mampu. Hohoho. Tapi besar juga jadinya dengan jemari yang kembang nie, mana mungkin nak buat buah melaka yang cute. Hohoho. Akhirnya dapat juga aku hasilkan dalam 70biji buah melaka. Aku agihkan kepada Fiza-pembekal daun pandan, Shila, Fidah dan adik aku. Untuk adik aku, aku bagi lebeh sikit memandangkan depa suka bebuka posa berjemaah kat situ. Student kan, sedap tak sedap sure habeh. Lagi-lagi dak lelaki. Hohoho. Tengok la hasil buah melaka aku...
Kueh Buah Melaka

Buah Melaka lagi

Pestimer try, awat aku ras mcm liat2 sikit. Review dari Shila-OK. Fidah- ok cuma guna gula melaka. Fiza -kata sedap elok, lembut and liat elok. Mak Fiza pun komen. Tapikan, masa aku nak makan dalam pukul 10.30pm, dah berbau dah sebab nyoq dia dah masam. MUNGKIN ake kena kukus nyok kot, baru kira nyoq tue masak tak mentah. Kesimpulannya, aku rasa dah gitu nature kueh buah melaka..so jadi la gitu.. Cuba suruh buat tepung talam, sure kepala kemana, yang bawah kemana.

Rupanya seronok buat kueh-mueh nie. Rasa nak buat lagi minggu depan. Hohooho. Kalau balik Perlis, cun juga...

Photo credit for Gula Gerek to: http://suealeenskitchen.blogspot.com/

Thursday, August 4, 2011

~ Mak, Kulim dan air mata ~

Assalamualaikum semua,

Waa! Hari nie dah masuk hari ke-4 puasa kan? Gena puasa anda? Gena Solat anda? Gena Solat Taraweh anda? Hishh sibuk ja nak tanya orang kan, solat-solat aku gena? Huhuhu. Ada juga solatnya cuma tak berkembang pesat pun. Baru berpeluang solat 1 malam which is last nite..alhamdulillah. Aku stay lambat juga sebab duk honline. Ish-ish. Lagha-Lagha. Ini manusia menang sukakan hiburan.

Oh ya. Aku nak story drama air mata mak aku. Tapi ya, drama air mata super slow, super lowww soksek, hekk-hekkk and i know her's nose currently watery. Pity my mum. She's so thinking a lot for my younger brother, Fuad. Apalah si kecil kanak-remaja itu makan untuk pestimer bebuka without her. Hohoho. Semasa membuat telecon with Si kecil kanak-remaja itu, he refuse to have a walk to bazaar Ramadhan which is only takes fews minutes saja. Si kecil kanak-remaja itu memang lagi membuatkan hari emak lagi gundah-gulana. Kesan dari itu, mum tak lalu makan untuk bebuka, cuma aku dengan ayah saja pulun duk makan. Hohoho. Actually aku pun hampir tewas dek air mata, mak aku cuma aku tabahkan diri. Iya la aku pun kesian juga kan Si kecil kanak-remaja itu. Hahaha. Malam itu juga mum tak ke surau untuk bertarawih tapi memilih untuk membuatnya sendirian di dalam biliknya itew. Hohoho. Aku pula? Duk nganga depan tv sambil makan kueh-mueh, buah durians sejukkk. Yummmm yummmy!

Mak aku, aku rasa mak-mak hampa juga kan, sure akan sokmo duk pikir gini kan.."Anak-anak aku.....":
1. Makan lauk apa nak bebuka?
2. Beli kat mana?
3. Ayaq apa bebuka"
4. Soq=sahur nanti dah beli ka?
5. Sok=sahur nak makan apa?
6. Bangun dak soq=sahur pagi tadi? kalau tak bangun pasti lembik ja hari nie.
7. P solat tarawih dak?

Kebetulan kalau hari tue mak masak lauk fav anak-anak, sure mak akan sayu..hohooh...

Lately, ayah pula ada aktiviti harian, sms anak-anak makan lauk apa untuk berbuka. La nie mak ayah, especially mak dah tak hirau lagi untuk bgcik since bgcik dah stay with SIL. Alhamdulillah mereka sudah tinggal bersama-sama setelah 5thn kot menjadi weekend hus-wife. So la nie mak aku hanya perlu hirau untuk dua orang warga Kulim sahaja. Hahaha. Untuk aku dah kurang cikit cuma untuk Si kecil kanak-remaja itu saja berlebihan.

Petang kemarin aku bawak Si kecil kanak-remaja itu ke bazaar Ramadhan dan dia angkut sekali dengan kawan-kawan dia naik kereta aku. Sungguh melompat budak-budak tue, duk dalam keta duk terhinggut-hinggut sebab seronok leh ke bazaar. What-the-hhhooooo? Tak kisahlah kanak-kanak remaja, janji hampa suka. Petang nie misi memasing nak balik kampung pula, aku juga la jadi driver depa hantar, amik ke stesen bus. Ousihh! Sungguh untung noo hampa. Dapat duit PTPTN, belanja aku makan naa..

Oh mak, Oh ayah,
Jangan hirau, anak-anak pandailah mencari makanan untuk berbuka nanti. Apa yang penting mak ayah makan, jangan la tak nak masak/makan best-best sebab kami tak ada di sisi mak ayah. Janganlah tak berbuka dengan gembira bila mak ayah call kami and kami bagitau lauk yang kami beli nie tak sedap, tak macam mak masak. InsyaALLAH kami akan makan, cuma mungkin jenuh nak telan and maybe end-up makanan itu masuk dalam tong sampah. Juga janganlah mak ayah tak makan banyak-banyak, nanti tak larat nak ke surau.

Bulan Ramadhan, bulan gembira untuk segalanya...tambah amal ibadat, mostly akan makan makanan yang sedap tapi harus ingat jangan membazir sebab itu amalan syaitan.

Selamat bebuka ya kawan-kawan.

Monday, August 1, 2011

~ 1 Ramadhan / 1Aug ~

Assalamualaikum...Hoyeay!

Hari pertama puasa. Bangun pagi seawal 10pg, seawal ok! Then mak aku ajak ke Kangar untuk jumpa tabib Cina tua. Sebab semalam mak aku dah sakit pinggang masa lepas tarawih. Banyak kereta tadi, jenuh juga aku pusing nak cari parking. Penat pusing dah, then mak aku suruh masuk ja tempat parking berbayar RM2. Legaaa.....

Ramai pula orang tadi. Tok aku sapa jaga? Ohooi. Pakcik aku dari Jitra mai lawak tok aku, kami suruh dia tengok sat tok aku. Kami balik lambat, sampai 1.30pm baru sampai umah, then tengok ayah dh balik rest kat rumah and pakcik aku dah balik Jitra. Dia pun mai umah aku naik moto, kesian pula. Dah la tengahari panas lit-lit, kesian...

Petang tadi aku duk online saja.. mak, tok aku duk rest then pukul 4 mak aku ajak ke bazaar Ramadhan. Fuiyoo! Ramai dah berniaga...lawak-lawak...45 peniaga mak aku kenal. Hohoho. Lawak pun ada, dah nama kawan kenal, then singgah ada yang kami beli tapi kami tak teringin pun nak makan. Tak apa la...tolong kawan-kawan kan...hiihi...seronok la p bazaar kat rumah aku nie, lain dari Kulim...aku suka...maybe sebab nie bazaar tempat aku sendiri kot, sebab tue ada sentimental value kat situ. Teringat masa kecil-kecil dulu..ayah akana bawak aku p bazaar tanya nak makan apa..sampai ada 1 kes, aku tersalah pegang tangan pakcik mana ntah. Aku sangkakan itu tangan ayah aku, rupanya ayah aku tak gerak lagi dari gerai tue. Huhuh. Nasib baik ayah aku panggil aku...Pening-pening.. Kisah aku nak pitam kat bazaar pun ada. Masa tue kecil lagi juga tapi dah sekolah la..Rindunyaaaa masa tue...

Nie pun aku baru balik dari pasaraya, beli 2,3 barang kat mak aku and makcik Pora pun nak p bazaar. Aku tumpangkan dia..Sebenarnya bazaar dari rumah aku tak jauh mana pun...Macam parking lot company jalan nak ke office buiding saja. Macam dari blok 3 bank Muamalat nak ke Kolej YAB saja. Hihihi. Dekat chehh cheehhh..

Besok pagi, selepas subuh aku nak gerak balik Kulim dah. Makcik Pora nak tumpang aku sampai ke Butterworth..besok dah keja..alahai....malasnya...cepatlah nak cuti raya...hiihi..

Selamat berbuka semua...yokk ke surau..malam kedua pula...InsyaALLAH..