Nuffnang

Monday, August 1, 2011

~ 1 Ramadhan / 1Aug ~

Assalamualaikum...Hoyeay!

Hari pertama puasa. Bangun pagi seawal 10pg, seawal ok! Then mak aku ajak ke Kangar untuk jumpa tabib Cina tua. Sebab semalam mak aku dah sakit pinggang masa lepas tarawih. Banyak kereta tadi, jenuh juga aku pusing nak cari parking. Penat pusing dah, then mak aku suruh masuk ja tempat parking berbayar RM2. Legaaa.....

Ramai pula orang tadi. Tok aku sapa jaga? Ohooi. Pakcik aku dari Jitra mai lawak tok aku, kami suruh dia tengok sat tok aku. Kami balik lambat, sampai 1.30pm baru sampai umah, then tengok ayah dh balik rest kat rumah and pakcik aku dah balik Jitra. Dia pun mai umah aku naik moto, kesian pula. Dah la tengahari panas lit-lit, kesian...

Petang tadi aku duk online saja.. mak, tok aku duk rest then pukul 4 mak aku ajak ke bazaar Ramadhan. Fuiyoo! Ramai dah berniaga...lawak-lawak...45 peniaga mak aku kenal. Hohoho. Lawak pun ada, dah nama kawan kenal, then singgah ada yang kami beli tapi kami tak teringin pun nak makan. Tak apa la...tolong kawan-kawan kan...hiihi...seronok la p bazaar kat rumah aku nie, lain dari Kulim...aku suka...maybe sebab nie bazaar tempat aku sendiri kot, sebab tue ada sentimental value kat situ. Teringat masa kecil-kecil dulu..ayah akana bawak aku p bazaar tanya nak makan apa..sampai ada 1 kes, aku tersalah pegang tangan pakcik mana ntah. Aku sangkakan itu tangan ayah aku, rupanya ayah aku tak gerak lagi dari gerai tue. Huhuh. Nasib baik ayah aku panggil aku...Pening-pening.. Kisah aku nak pitam kat bazaar pun ada. Masa tue kecil lagi juga tapi dah sekolah la..Rindunyaaaa masa tue...

Nie pun aku baru balik dari pasaraya, beli 2,3 barang kat mak aku and makcik Pora pun nak p bazaar. Aku tumpangkan dia..Sebenarnya bazaar dari rumah aku tak jauh mana pun...Macam parking lot company jalan nak ke office buiding saja. Macam dari blok 3 bank Muamalat nak ke Kolej YAB saja. Hihihi. Dekat chehh cheehhh..

Besok pagi, selepas subuh aku nak gerak balik Kulim dah. Makcik Pora nak tumpang aku sampai ke Butterworth..besok dah keja..alahai....malasnya...cepatlah nak cuti raya...hiihi..

Selamat berbuka semua...yokk ke surau..malam kedua pula...InsyaALLAH..

No comments: