Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

~ Emak ingatkan aku ~

Assalamualaikum...

Huwaaaaaaaa! Hari nie dah 26 Ramadhan. Malam nie malam 27Ramadhan..malam tujuh likur bak kata orang lain. Tadi aku called mak aku tanya adik aku sampai rumah pukul berapa..sembang punya sembang then mak aku tanya "p taraweh dak?" aku jawab "tak p" mak aku pesan after aku bagi fews reason "tak apalah, buat lah sendiri kat rumah". Alhamdulillah.. Malam nie lepas Isyak then hati aku sayu...sekejapan saja dah nak berlalu pergi..masih panjangkah umur aku untuk merasai Ramadhan tahun hadapan, hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Panjang umur, ada rezeki insyaALLAH merasa lagi kita tahun hadapan. Apa yang penting malam nie dan malam-malam terakhir Ramadhan ini jangan kita abaikan. Aku ingatkan diri aku juga yang sokmo alpha sungguh.

Lailatul Qadar, sesungguhnya malam itu hanya orang yang terpilih saja mungkin dapat melihatnya. Mungkin pada sapa yang tak melihatnya, tapi mungkin dapat merasainya. Semoga kita antara yang di beri peluang dari-NYA untuk merasai dan melihat malam yang lebeh baik dari 1000 bulan. Subhanallah.

Bertuahlah mereka yang menemuinya...tapi jangan la dah nampak segala daun, pokok tunduk ke bumi kita duk tengok macam tue saja, amik wudhuk dan bersolat la. Syukurrrrrr....

Besok aku dah nak balik Perlis..hihi.2.5hrs ja pun kawan-kawan but still excited nak balik berhari raya even baju raya pun entah di mana. Huhuhu. Momantai..janji kueh raya, duit raya dah tersedia..HAHAHAHAA. kisah p tukar duit raya pun meriah! 3 hari turut-turut aku menapak ke bank. Hari mula aku dengan housemate, Mas..terjah 4 bank. Hari kedua terjah 4bank dengan housemate dan Cik Mary juga *ada bank yang sama hari ketiga aku sorang terjah the best bank untuk tukat duit raya which is Public Bank..huhuhuhu..bagus bank nie..sungguh senang nak tukar duit..Tolong tukarkan duit untuk mak aku sekal...

Hohohoho..balik kampung..besok aku jadi driver la kepada kanak-kanak ribena...amik kat UITM Penang sorang, Poli Seberang Perai sorang...anak-anak jiran aku nie..At least ada juga teman aku di perjalanan nanti...

To all Malaysias's driver....jangan ego di jalan raya, speed limit only 110km/h. Kenapa tak boleh lebeh dari itu? Sebab nanti susah nak handle kalau apa-apa terjadi, pastikan kedudukan seat anda selesa dan relax and be cool..Ingat! Tak semua orang yang p sekolah memandu itu cerdik dan faham dalam peraturan jalan raya, biarlah kita memberi jalan kepada pemandu yang ego, sibuk nak sampai awal ke kampung halaman. Tak lari ayahanda bonda di kampung tue. Ayam, daging juga pastinya tunggu untuk kita telan. Hahahaa..

Aku juga doakan perjalanan kita semua selamat, insyaALLAH...apa yang berlaku adalah kehendakNYA...sapalah kita untuk mempertikaikannya....wallahu'alam bissawab.

No comments: