Nuffnang

Monday, August 8, 2011

~ Kisah buah Melaka ~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari nie dah hari ke-8 kita berpuasa kan kawan-kawan. Hari Sabtu lepas aku bersungguh-sungguh nak membuat kueh Buah Melaka. Tanya recipe dari mak aku dan mak aku bagitau apa nak tambah untuk jadikan buah melaka itu bulat-bulat. Hohoho. Aku rasa semua buah melaka bulat-bulat. Pagi-pagi bangun pagi, tak pagi-pagi betoi pun. Pukul 10 juga aku sampai kat market pagi. Orang super ramai. Hohoho. Mungkin semua kalut nak beli untuk dimasak sebagai juadah bebuka petang nanti. Aku beli tepung beras, tepung pulut, gula gerek a.k.a gula melaka yang keras-keras bentuk bulat itu dan juga kelapa putih. Tapi sayangnya kedai Islam yang jual kelapa tue, tak putih kelapanya. Jadi aku pun beli juga. Hohoho.
Gula gerek

Balik rumah, aku potong-potong gula gerek bentuk cube dan around 2.20pm usai solat aku mula blender daun pandan. Huishh jangan tak tau, aku guna ja penapis teh. Hohoho. Dalam keadaan yang tidak lengkap semua alatan, biasalah rumah bujang kan.
Guna ja apa yang ada. Lepas blender and tapis pati pandan, aku mula la membuat dough. Huiishh Gena..mula-mula tepung lembek, takmo jadi bulat. Then mak aku cakap tambah lagi tepung pulut tue. Tambah-tambah then aku rasa ok. Mau bulat. Kendian start masak air dalam periuk and test 2 biji. Sekali lamanya buah tak timbol-timbol. Awat pula. Mak aku cakap jangan buat tebal sangat, nanti x masak so aku cuba untuk buat sekecil yang mampu. Hohoho. Tapi besar juga jadinya dengan jemari yang kembang nie, mana mungkin nak buat buah melaka yang cute. Hohoho. Akhirnya dapat juga aku hasilkan dalam 70biji buah melaka. Aku agihkan kepada Fiza-pembekal daun pandan, Shila, Fidah dan adik aku. Untuk adik aku, aku bagi lebeh sikit memandangkan depa suka bebuka posa berjemaah kat situ. Student kan, sedap tak sedap sure habeh. Lagi-lagi dak lelaki. Hohoho. Tengok la hasil buah melaka aku...
Kueh Buah Melaka

Buah Melaka lagi

Pestimer try, awat aku ras mcm liat2 sikit. Review dari Shila-OK. Fidah- ok cuma guna gula melaka. Fiza -kata sedap elok, lembut and liat elok. Mak Fiza pun komen. Tapikan, masa aku nak makan dalam pukul 10.30pm, dah berbau dah sebab nyoq dia dah masam. MUNGKIN ake kena kukus nyok kot, baru kira nyoq tue masak tak mentah. Kesimpulannya, aku rasa dah gitu nature kueh buah melaka..so jadi la gitu.. Cuba suruh buat tepung talam, sure kepala kemana, yang bawah kemana.

Rupanya seronok buat kueh-mueh nie. Rasa nak buat lagi minggu depan. Hohooho. Kalau balik Perlis, cun juga...

Photo credit for Gula Gerek to: http://suealeenskitchen.blogspot.com/

2 comments:

.:Mrs Hafiz:. said...

oh babe! i pun buat buah melaka. err.. for the third time. sebab puasa lepas dh pernah buah. yep, kalau kukus kelapa tu bru lebih lama. i did the pemalas way, blend pandan and buh ayaq sket smpi hancuq then u tak payah nak tapis2,terus campuq dgn tepung. jgn risau the texture will be ok!

Yani said...

oh...boleh eh mcm tue...lagu mudah kannn...then kueh tue tak rasa serdak2 pandan ka?

hohoho..nak try buat puding lak lepas nie..tengok gena nak jadi...

since Ramadhan nie, dah kueh apo mung buat? share la ngan i..hohoho