Nuffnang

Tuesday, August 30, 2011

~ Raayaa..rayaaaa 2011 ~

Salam Syawal, keikhlasan sanubari.. *amik ayat TV3 sat*

Amacam raya semua? Ermm..syawal aku tahun ini alhamdulillah meriah dalam sederhana. Raya pertama hanya kami berempat di rumah Simpang Empat, Perlis since bgcik and sil beraya kat Ipoh. Usai solat raya, kami terus gerak ke Jerlun untuk ziarah kubur arwah-arwah. Sampai saja..tengok ada orang tambak tanah merah atas kubur dan ada laluan untuk atas kubur tue semua. Tanah merah still lembut sebab 2,3 hari hujan nonstop. Batu nisan semua dah dicabutkan, so kami cari batu nisan and sibuk mencari koordinat kama arwah-arwah yang telah pergi dimakamkan. Alhamdulillah..mungkin tidaklah setepat mana, tapi it was there.






Mereka ber3 sibuk cuci kasut memasing.

Syokkkknya raya!!!
Terus ke rumah Wan side ayah..cuma kami agak awal sampai. Mak, bapa sedara lain tak ramai yang dah sampai rumah wan..cuma ada family Chik Bun dengan ayah aku saja. Huhuhu...then sampai pula family side mak aku nak datang beraya rumah tok iman. Apa lagi...renyuh rendah la rumah tue. Huhuhu.
Kami semua...saudara mara...

Lepas bergambar kat rumah wan, then kami ke rumah toksu pula. Huuhuhu..sembang pi mai pi mai then aku duk bg sign kat mak aku nak ke rumah tok pula. Kami mintak diri dan challow ke rumah tok aku. Hohohoh. Situ memang sedia happening. Memang penat dengan cousins yang sengal-sengal lagi..BUdak2 memang ramai. Jenuhhh...duk tanya duit raya la..jenuh aku nak tepis..yg besaq aku bg laa..selain makcik, pakcik aku.. syokknya raya!!

Kami semuaa...

Wan with Maktok

Mak dan ayah


Wan..Hj Abdul Rani Hj Abdul Hamid

Mak Ayah
Chik Bun
Chik Nazrah with budak merap yang comel...hihihi..

Adik, Teh and ayah

Dari kejauhan aku tangkap ini dua olang..orang nak beraya umah depa, depa jalan x mau balik rumah sendiri..haipps..

Ayah, Teh, Makteh and Mak

TokSu..adik Wan

Mereka-mereka se-kazen duk bercerita...

Toksu perempuan and Wa

Ngah, Pakngah and Ayah

Lepas tue kami berempat, p serbu rumah tok aku pun. Ini side mak..haa..rumah nie memang super duper ramai kanak-kanak ribena yang tunggu duit raya aku yang tak seberapa...tiap tahun macam biasa, duit raya dari paklang and maklang a.k.a ayah and mak aku, aku yang uruskan untuk bagi kat kanak-kanak ribena ini. Weiii syok depaa...yang pastinya dari mak ayah aku lagi banyak dari aku bagi kat kanak-kanak ribena nie. Apa-apapun Public Bank the best bank in town. HAahaha..promote sat...apa-apapun, janji ikhlas..tangan yang memberi lebeh baik dari yang menerima..iyooolahhh... Mak aku cakap, jangan duk bersoal banyak mana orang tue bagi pada kita...sebab masa aku bagi duit raya kat makcik, pakcik aku, aku akan cakap terimalah duit raya yang tak seberapa...then mak aku cakap la..kita ikhlas memberi yang penting...ada ayat toksu aku cakap "kalau kakcik bagi sampul kosong pun toksu dah seghonok" **pelet cakap kedaah naa..**. Terharu aku weii...sebab tak banyak pun aku bagi...rezeki sama di kongi...

Ini tok aku side mak

Ini family Wa..





Cousins yang seronok main bunga api, mercun..aku tumpang sekaki...

Peace ya'll...

Selamat Hari raya, maafkan salah silap aku, bahasa yang terkasar dalam blog mumuyani ini, andai terkata, terkutuk haarap dimaafi...sama-sama lah kita bermaafan sempena lebaran tahun ini. Jangan main mercun, bunga api ok...Hihihi.

Assalamualaikum...

No comments: